Bossku Suamiku

Bossku Suamiku
Episode 20


__ADS_3

Sedang Hawa melihat semua baju didalam butik tersebut.Hawa sudah penat membelek baju. Mikail hairan dengan Hawa. Macam tu ke perempuan bila nak pilih baju. Patutlah berjam-jam kalau shopping.


" Ummm...Hawa,Mikail tengok dulu baju tu sebab Aunty ada urusan dekat butik di bangi. Jadi aunty akan suruh pekerja aunty tolong tengokkan dekat kamu berdua ya. Maafkan aunty. Lagipun aunty tengah rushing ni. Sarah, dia akan tolong Hawa to make the right decision. Okay. " Datin Marisya yang agak kelam kabut meminta diri daeipada Hawa dan Mikail. Pekerjanya iaitu Sarah pula yang menggantikan Datin Marisya.


"okay aunty. " Hawa menyalami tangan Datin Marisya sebelum dia pergi.


Mata Mikail tertancap pada satu busana jika dilihat amat seksa sekali bagi Hawa yang muslimah itu.3


"Hawa! Look at this! Great? " Mikail tersenyum nakal sambil mengangkat ibu jarinya.


Mata Hawa membuntang dan sempat lagi dia menelan air liur.Baju yang terdedah pada bahagian belakang dan juga bahagian dada.Jika dia seorang yang free hair sudah lama dia setuju tetapi dia masih lagi waras.


Dia mengendahkan sahaja dan tidak berkata-kata setelah Mikail menunjukkan busana tersebut. 


Mikail sengaja memainkan dia. Sikap Mikail itu yang membuatkan Hawa susah sangat nak menerima dia.


Hawa sambung membelek baju sehingga dia mendengar namanya dipanggil semula. Tetapi dia tidak mengendahkan kerana dia tahu Mikail akan mengenakan dia lagi. Sudah puas dikenakan. Hawa memekakkan telinganya.


"Hawa! Hawa! Tengok ni! " Mikail terjerit kecil.


Kali ini Mikail memang serius. Sebenarnya sudah tidak tahan menunggu Hawa yang sudah lama membelek-belek baju namun tiada perkembangan. Jadi Mikail mengambil keputusan untuk mencari busana mengikut citarasanya.


"Hawa! " Mikail sekali lagi memanggil Hawa. Melihatkan Hawa yang sedari tadi tidak menyahut atau tidak berpaling. Mikail berjalan menuju ke arah Hawa.


Sekarang Mikail sudah berada  dihadapan Hawa bersama baju pengantin ditangannya.


"Nah! Ambil ni pakai aku nak tengok! Cepat... sekarang! " Mikail membisik di telinga Hawa.


Hawa terkejut lalu mancapai busana tersebut dan masuk ke dalam fitting room. Dia selesai mengenakan baju pengantin tersebut ke atas badannya. Dia kelihatan begitu cantik dan shawl yang terlilit pada kepalanya masuk sekali dengan baju itu.


'Bagus jugak mata kau, Mikail. Cantik pulak! Good taste! Not bad huh? ' Hawa sempat memuji dirinya. Eh bukan dirinya tetapi baju tersebut.


"Hawa... dah siap belum? " Mikail bertanya kepada Hawa.


"Jap jap sikitttt je lagi "kata Hawa yang sedang touch-up shawl dan melabuhkan pada bahgian dada.

__ADS_1


Sarah berjalan ke arah Mikail dan melabuhkan punggungnya ditepi Mikail. Mikail yang berkaca mata hitam itu hairan melihat pekerja Datin Marisya yang sedari tadi sudah tersengih seperti kerang busuk itu.


'Pehal pulak minah ni! Tak pernah tengok orang kacak ke apa? ' Mikail memuji dirinya.


Walaupun Mikail berkaca mata hitam tetapi matanya sesekali memandang Sarah sambil menjeling panas ke arahnya.


Sarah yang sedang seronok sendirian mendekatkan dirinya pada Mikail.Mikail masih lagi tenang dan menyilangkan kakinya.


'Haih... kalau kau datang sini nak teman adik kau.Dah lama aku try kau.Ni perempuan tu tunang kau. Tak ade chance aku nak mengayat.hergh ' Sarah mengomel didalam hati.


Hawa yang sudah selesai membetulkan tudungnya bersedia untuk keluar. Dia menyelak kain tirai itu dan melangkah setapak. Dilihatnya aksi panas Mikail dan Sarah. Sarah yang sedang cuba untuk memaut lengan Mikail tidak sempat apabila kelibat Hawa sudah berada diluar bilik persalinan.


"Ehem ehem! " Hawa berdehem dan kedua mereka, Sarah dan Mikail berpaling ke arah Hawa.


Sarah menarik lengannya semula dan bingkas bangun. Mikail yang dari tadi berkaca mata hitam terus membukanya dan matanya membuntang,dia menelan air liur tatkala melihat baju yang dikenakan ke atas Hawa. Sungguh cantik.


'Gorgeous! Amazing! Fantastic! Hawa?' Mikail berkata didalam hati. Sepertinya dia tidak percaya yang itu Hawa.


"Okay tak? " Hawa bertanya acuh tak acuh.


Hawa sepertinya malu apabila Mikail melemparkan senyuman kepadanya.Sarah juga sudah tidak berniat jahat dan terpempan melihat kecantikan Hawa.


"Cik Hawa selesa dengan baju tu" Sarah menanyakan soalan.


"Okay! Selesa sangat! " Hawa tersenyum manis.


"Ukuran saiz badan pun okay. Tak perlu alter dah. Jadi kira perfect la ye. " Sarah meminta kepastian dari Hawa.Hawa mengangguk tanda setuju.


"Tapi Cik Hawa kena datang kesini semula untuk selesaikan urusan pakej dan mengesahkan baju ni dan mencuba sekali lagi. " Sarah bersuara kembali.


"Baik..." Hawa tersenyum puas setelah urusan bajunya separuh siap.


"Jadi giliran Encik Mikail pula? Macam mana? " mata Sarah tertumpu kepada Mikail pula.


"Biar saya yang pilihkan okay?" HAWA meminta kepada Mikail. Namun Mikail menggelengkan kepalanya.

__ADS_1


"Ala boleh laaa " Hawa berkata dengam nada manja manja comel. 


"Kalau kau yang pilih. Lama lagi la kita dekat sini. Silap-silap esok pagi baju boleh dapat. Duduk sini diam-diam. Okay? " Mikail berkata separuh bisik.


"Hurmm... " Hawa mencebikkan mukanya.


Mikail berjalan ke arah sepasang baju pengantin lelaki. Sudah lama matanya terpaku pada baju itu. Cuma menunggu gilirannya sahaja.


'Cepat betul kau cari baju. Baju tangkap muat la tu. ' Hawa berseloroh didalam hati.


Mikail masuk kedalam fitting room untuk mencuba tetapi dia keluar tidak memakai baju tersebut malah dia memasuki bilik itu tidak sampai 20 minit.


"Kau buat apa kat dalam tu. Sekejapnya!" Hawa hairan.


"Aku lelaki,bukan perempuan banyak songeh macam kau. Pilih baju pun terkedek-kedek ,tukar pun lembap " Mikail memerli Hawa.


Muka Hawa sudah memerah menahan marah dan hatinya panas membahang. Jikalau Mikail tidak berhenti membuatkan hatinya membahang sudah lama hati si Hawa ni rentung.


"Sarah,awak just alter bahagian pinggang.Terlalu longgar lah. Saya nak fit sikit bahagian tu.Lain semua okay. Dan seluar sekali. Nampak menggelebeh." Mikail memberitahu Sarah apa yang patut dialter.


"Baik Encik Mikail! Sama juga seperti cik Hawa. Encik Mikail perlu datang semula ya." Sarah mengulangi ayat tersebut. Mikail mengangguk.


Jam sudah menunjukkan pukul 5:13 minit petang. Mereka merancang untuk menunaikan solat fardu asar disurau itu.


Setelah selesai, mereka pergi ke kedai kasut untuk memilih kasut pengantin pula. Mereka menolak pelawaan Sarah untuk memakai kasut khas untuk baju tersebut tetapi kasut yang cuba dimuatkan pada kakinya terlalu besar dan lebar untuk dikenakan kepada kaki Hawa yang kecil. Kalau mengikut standard Malaysia. Kaki Hawa sesuai dengan kategori kasut kanak-kanak.Mereka memasuki sebuah kedai kasut yang berdekatan dengan surau.


Mikail menyuruh Hawa memilih kasutnya sendiri tetapi disamping tu memberikan amaran agar tidak terlalu lama memilih kasut. Hawa hanya mengamgguk.


Sedang Hawa leka memilih kasut. Kelibat Mikail sudah tidak ada didalam kedai tersebut. Sampai suatu masa, Hawa sudah berpuas hati dengan sepasang kasut. Dia bertanyakan kepada Mikail tetapi tiada sahutan.


"Mikail, okay tak yang ni?" kata Hawa mesra sekali.


"Mikail! Mikail! Okay tak? " Hawa membelek-belek kasut itu. Dia menyangka yang Mikail masih berada dibelakangnya namun setelah dia berpaling ke arah belakang,Mikail sudah tiada disisi.


Hawa risau yang dia ditinggalkan oleh Mikail begitu sahaja. Dengan siapa dia mahu pulang ke rumah. Tergamak Mikail berbuat sedemikian. Hawa masih tenang dan berfikir. Mungkin Mikail pergi ke tandas. Hawa mengambil tempat duduk sambil menunggu batang hidung Mikail menjelma didepannya. 

__ADS_1


__ADS_2