
Di dewan besar di salah sebuah institusi pengajian tinggi....
"Hey!congrats bruh! " Syakim menepuk bahu Mikail.
"Kau pun sama! Congrats! " Mikail berjabat tangan dengan Syakim.
"Mikail! Malam japgi ade majlis untuk student Malaysia yang dah grad! Kau nak ikut ke? Aku ambil kau kat mane? " Syakim menyilangkan tangannya.
"Sorry arr bruh! Aku bukan tak nak datang tapi Mama ngan Papa aku nak buat makan-makan sikit dekat rumah tu! " Mikail berat mengatakan.
"Tahu dah kau tu! Ramai-ramai mana kau suka kan! " Syakim mengagak.
"Eh mana ada! Betul la Mama aku buat makan-makan. " Mikail tersenyum kekok.
"Mikail! Aku nak datang jugak!Kau tahu kan aku ni kalau tak de kau ni, sengsara aku! Yela hensem sangat aku ni, Kalau ade kau boleh la aku selamatkan diri aku ni! " Syakim berseloroh. Tentulah, Syakim ni boleh tahan hensem jugak nanti sibuk aje, bukan sibuk makan, tapi melayan peminat. Kalau Mikail ade kurangla sikit peminat dia tu.Dia harap Mikail akan setuju.
"Eh...tak terfikir plak aku! Jom arr.. jangan risau.. kau boleh datang. " Mikail menepuk belakang Syakim dengan kuat.
"Mikail! Siapa ni? " Datin Suhaila melemparkan senyuman ikhlas .
"Syakim Ma!Bakal CEO Syarikat Mutiara dekat Pahang! " Mikail menjawab.
"Dato! " Syakim menyalami tangan orang tua itu. Kepada Datin Suhaila, Syakim hanya menunduk kecil dan memberikan senyuman manis.
"Hish... kalau Mama ni ada anak perempuan la kan....Syakim ni confirm bakal menantu Mama! " Datin Suhaila bercanda.
"Datin ni ...." Syakim malu-malu biawak. ( actually kucing XD )9
"Ma!Sembang dengan Syakim jap! Ail nak pergi ke sana kejap! " Mikail menuding jari jauh ke arah seorang perempuan yang membelakangi mereka.
"Hey! Meline... !" Meline memalingkan mukanya, dia kelihatan begitu marah setelah melihat wajah Mikail.
"Hey! Meline! I'm sooo sorry! My mom bukan sengaja nak buat macam tu! Biasalah dia tu kalau makan..." Mikail meminta maaf.
"Sebenarnya I pun nak minta maaf dekat U dengan mummy U " Meline bercakap gaya perempuan bimbo. Sambil jari telunjuknya mengelus lembut pipi Mikail. Mikail menegur Meline supaya berhenti kerana ada yang melihatnya.
"Erhh... Meline. Stop it. Yeah!! I lupa.. semalam duit U. " Mikail mengeluarkan dua helai keping duit kertas.
"Ouh... just save it! I don't want! " Meline menolak.
"Meline, duit ni duit awak! " Mikail memberontak.
"sudah la U, lelaki ni memang faham tak! Sorry tak faham!!! " Meline beredar dari situ selepas membetulkan katanya.
"Hai...kite pulak yang kena marah" Mikail mengeluh.
Tepat jam 8:30 p.m.
Syakim mematikan enjin kereta Sesampainya dia di depan teratak indah Dato' Kalid dan Datin Munirah..
__ADS_1
Syakim tercegat di depan rumah tersebut. Mikail keluar setelah melihat kereta yang diparkir elok didepan rumahnya.
"Ha... kim kenape kau kat situ... masuk la. " Mikail menjemput.
"Takdela aku ni tak pasti rumah makcik kau ni. Kang masuk salah rumah pulak " Syakim berjalan menuju kearah Mikail.
"Macam kau tak pernah datang rumah ni! " Mikail hairan.
"Time aku datang petang!Malam ni aku tak berapa nak cam sangat!" SYAKIM menjelaskan.
"Tula kau datang pun sekali aje! " Mikail menyeluk tangannya kedalam poket.
"Mikail!Buang tabiat ke kau nak!Cakap sorang-sorang! Eh...ermmm Sya-sya-syakir kan? " Datin Suhaila berjalan ke arah Mikail. Sebaik sahaja dilihatnya Syakim, dia terus mengingati nama pemuda kacak tersebut.
"Syakim la Ma.. " Mikail tergelak kecil melihat Mamanya yang sedang gigit bibirnya.
"Ha.. sudah tercegat apa lagi tu! Masuklah! " Datin Munirah pula mengajak.
"Assalamualaikum... " Syakim masuk ke dalam rumah. Wow ni la keluarga separuh lengkap Mikail. Semasa dia datang haritu hanya Datin Munirah sahaja yang ada.
"Ni Papa aku, Dato Kamal. "
"Hai Uncle " Syakim menyalami Dato Kamal.
"Aunty aku, Mama aku, adik perempuan kesayangan aku, adik kepada adik perempuan aku ni, dan yang paling bongsu dalam keluarga ni! " habis semua diperkenalkan oleh Mikail.
Syakim hanya mengganguk kecil.
"Alhamdulillah....kenyang " Dato Kamal berucap.
"Alhamdulillah.. makan pun dah selesai ye,Papa nak cakap sikit. Papa tak datang kan tadi. Jadi...papa nak ucapkan tahniah kepada kamu,Ail. Tak lupa juga, kepada kamu Syakim!Lepas ni kamu ada kerjaya, dan mempunyai isteri,Papa berharap kamu akan menjalankan tanggungjawab kamu dengan baik selepas ni! Bertuah betul menantu Papa dekat Malaysia tu " Dato Kamal berkata dengan bangga diselangi dengan tawanya.
"Bang!Aku pun dah ada calon menantu! " Dato Kalid berkata.
"Siapa? Dari mana pulak kau ambil? Orang sini ke? " Dato Kamal memberikan soalan bertubi-tubi.
"Tula, Orang Melayu! " Dato Kalid menjeling Datin Munirah.
"Tula orang sebelah abang ni! " Datin Munirah pula menjeling ke arah Syakim. Dia tertunduk malu.
'Seriously... aku ke... macam tau tau je, eee rezeki weii rezeki.. alhamdulillah... ' kata Syakim didalam hati sambil menjeling manja kepada Hani.Hani sedikit tersentak. Lalu dia menunduk malu. Wajah putihnya itu memerah.3
Makan malam tersebut penuh dengan gelak ketawa.
Keesokan paginya....
"Mikail cepat angkat beg ni masuk dalam kereta! Kita dah lambat ni! " Datin Suhaila merungut.
"Mama la bersiap lambat sangat! " Mikail pula merungut sambil tergelak kecil melihat ibunya yang kelam kabut itu.
__ADS_1
"Dah dah kamu anak beranak ni!" Datin Munirah menggeleng kepala.
"Uni,kami balik dulu ye! Jaga diri elok-elok. Nanti hujung tahun kami datang lagi ye! Pak Wan jalan! Bai.... "suruh Datin Suhaila kepada pemandu Dato Kalid.
"Bai... Aunty, Bai abang, uncle!! " Termengah - mengah Hani melambai ke arah mereka.
"BAI HANI!!! JANGAN BANGUN LAMBAT BUDAK! " Mikail bercanda.
"Tahulah... bwerkk! " Hani menjelirkan lidah.
"Haih.. macam-macam kamu ni! " Datin Suhaila menampar paha anaknya.
"Terima Kasih Pak wan! " Dato' Kamal berterima kasih sebaik sahaja selesai mereka mengangkat keluar semua barang dari kereta.
"Sama-sama Dato', datanglah sini lagi! " mereka berpelukan dan bersalaman.
"Yela Pak wan! Kirim salam dekat Dato' Kalid ,suruh dia datang Malaysia jugak! " Dato Kamal berpesan.
Di dalam 'flight'...
"Encik nak pesan apa-apa! " kata pramugari cantik tersebut.
"Cappucino secawan!" MIKAIL memesan.
"Ail, Mama pun nak!!! " Datin Suhaila berbisik.
"Dua! Maaf! " Mikail tersenyum kelat.
"Sila Puan! " pramugari tersebut kembali sambil membawa dua cawan cappucino panas.Pramugari tersebut menghulurkan dahulu secawan kepada Datin Suhaila. Sedang pramugari tersebut mahu memberikan secawan lagi kepada Mikail, namun dia sengaja menumpahkan air cappucino yang panas tersebut ke atas dada Mikail yang sasa itu.
"Sorry... Encik... maaf !" Pramugari tersebut mengambil kesempatan dengan mengelap baju terutamanya pada bahagian dada Mikail.
'Pantang tengok lelaki hensem!
Perempuan murahan. Ada je nak ambil kesempatan! ' Datin Suhaila geram dengan tindakan pramugari tersebut.
"Eh...tak pe aku boleh buat lah! " Mikail berkata dingin.
"Maaf!" MIKAIL sempat menepis tangannya. Dia meminta maaf tetapi tidak ikhlas. Sempat juga tangannya meraba dada Mikail.9
"Dah....dah! " Datin Suhaila menyuruh pramugari tersebut pergi.
Kejadian itu agak sedikit kecoh di dalam pesawat membuatkan penumpang lain melihat drama tersebut.
#support me plis ツ
If love this story...plis ⇩
★Like ★share ★coment
__ADS_1
#komen anda amat membantu ✔
#cabut dulu