Bossku Suamiku

Bossku Suamiku
Episode 7


__ADS_3

Makan malam bermula dengan kekecohan dari dlam bilik Mikail. 


Datin Suhaila memapah Mikail menuruni tangga untuk makan.Dilihatnya seperti baru lepas berkhatan. Mengengkang sahaja jalannya.


Mereka memandang Mikail, hendak sahaja gelak berguling-guling tiga hari tiga malam. Namun, tidak bagi Hawa. Dia tidak berniat, lagipun bukan sengaja. Dia hanya tertunduk malu dan rasa bersalah.


"Ma...pahal dengan long tu! " sudah pasti la anak Datin Suhaila yang sorang tu, dah lihat abangnya sakit lagi dia suka. Bergelak sakan dah time abang dia tu turun.


"WIN!!!" Dato Kamal tegas memanggilnya.


Mikail duduk ditepi Mamanya dengan tertunduk malu seperti mahu sujud menyembah bumi.


"Ail... cerita dengan Mama. Kenapa dengan kamu! " Datin Suhaila membuka mulutnya bertanya kepada Mikail.


Mikail hanya terdiam sebaliknya melemparkan jelingan maut kepada Hawa.Hawa cepat mengubah pandangan matanya ke arah lain.Datin pula bertanya kepada Hawa. Mungkin Hawa tahu kejadian yang telah berlaku.


"Hawa! Hawa tahu kenapa Mikail jadi macam ni!" Datin Suhaila risau.


'Malu la nak cakap, takkan nak cakap aku tak sengaja tertendang tongkat dia! ' malu Hawa berkata didalam hati.


"Ma...jangan tanya si Hawa ni! " Mikail berkerut mukanya sambil tuala masih menutupi mukanya dek kerana malu.1


"Sudah dulu. Long kau tolong tahan! aku nak makan. Lapar duh! " perut Merwin sudah berkeroncong. Seperti rentak rave dimainkan.


"Hmm..." Mikail hilang mood terus.


"Dah! Merwin. Baca doa! " Dato Kamal mengarahkan.


"BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM......" Merwin menadahkan tangannya sama seperti yang lain. Lalu doa dibacakan dengan lantang sekali. Mereka meraup muka selepas selesai Merwin mengaminkan doa tanda selesai.


Kesunyian pula turut menginap didalam rumah tersebut. Datin Suhaila yang sangat tidak selesa memanggil suaminya.


"Abang... mulakanlah.. " Datin Suhaila menjeling kepada suaminya.


"Yelah... " Dato Kamal mengangguk faham.


"Alhamdulillah... seorang lagi anak Papa dah pulang lepas grad. Tahniah Along! Dan lengkaplah juga keluarga kita ni. Sebenarnya,Papa nak meraikan juga orang baru dalam keluarga ni iaitu Nur Nawfa Hawa,merangkap personal assistant Papa dan sekarang menjadi P.A Merwin.Papa juga nak umumkan pasal meraikan bakal menantu papa ni!" Dato Kamal menepuk sedikit pada bahu Hawa.


'Aku?Aku ke?seriously !!! Takkan dengan Merwin kut' Hawa tersentak.

__ADS_1


"Papa akan jodohkan Hawa dengan Mikail!" Lancar sahaja percakapan Dato Kamal.Tapi yang tergagap-gagap ,tidak lancar itu si Hawa ni.


"Ap-aa- apa!!!" Sekali dengar perkataan 'Hawa...Jodoh...Mikail'


Pakat sudah pengsan tiga hari tiga malam macam ni.Tapi Hawa cuba berlagak bertenang.


Mikail sedikit terkejut,takkan si Hawa ni boleh tenang je.Tak nak ke dia bantah ke apa ke,Mikail dah tentulah kalau dia menentang,papanya akan meradang tapi kut la Papanya akan mengikut si Hawa ni.Dah sudah berjanji dengan Papanya.


Begitu juga dengan pemikiran Hawa.Dia berfikir,kenapa si Mikail tak nak membantah.Bukan ada apa-apa pun dekat Hawa.Takkan dia terima je,takkan dia redha je .Dah la lepas kena tendang dengan Hawa.Tak takut eh.


"Mana boleh!!  Hawa tak sanggup nak kahwin muda... Datin! Datin tak boleh buat macam ni! " Hawa memohon simpati dari Datin Suhaila.


"Tapi... " Datin Suhaila bingung apa yang harus dia jawab. Dah berkerut dah muka Datin Suhaila.


"Mikail setuju, Pa! " tiba-tiba Mikail mencelah.Dia membuat jelingan maut kepada Hawa sudah turut juga bersetuju.


Semua mengendahkan Hawa yang merungut tidak mahu berkahwin muda itu.


"Hawa? Kamu macam mana! " Dato bertanya kepada Hawa.


"Hmmm...setuju " perkataan dituturnya perlahan sambil mengganguk kecil.


"Bang! Bila nak buat majlis pertunangan diorang! " Datin Suhaila teruja.


"InShaa Allah... lusa, lagi cepat, lagi bagus! Yelah nak bina masjid ni bagus sangat kalau dipercepatkan! " Dato berceramah sedikit.


"Hawa... malam ni tidur sini aje ye! " Hawa terus mengangguk.


Selesai sudah makan malam, Hawa mengangkat pinggan mangkuk ke dapur untuk dibasuh. 


Sebelum Datin naik ke bilik....


"Hawa...hawa... biar la Aunty yang basuh, esok kan Hawa nak kerja! " Datin Suhaila risaukan Hawa takut dia tak larat esok.


"Tak apa... Hawa dah rindu nak buat kerja-kerja dekat rumah ni! " Hawa hanya tersenyum. Tetapi dia masih risau dengan perasaannya sekarang ini.


"Tak salah la Aunty pilih menantu!Baiklah kalau macam tu! Aunty naik dulu okay! " Datin memuji bakal menantunya itu.


"Okay! Aunty... rehat la baik-baik ye! " Hawa sempat berpesan. Mana taknya... Datin Suhaila  yang masak harini. Mak Jah bukannya tak tolong cuma, Datin yang berkeras nak masak hari ni. Lagipun masakan dia boleh tahan walaupun jarang masuk dapur. 

__ADS_1


Datin Suhaila terserempak dengan Mikail apabila dia sedang memijak anak tangga yang ke empat. Lalu dia bertanya kepada anaknya.


"Ail... nak pergi mana ni! "


"Dahaga... nak pergi dapur ambil air " nadanya agak sedikit muram,nasib baik dah lega sikit.


"Ambil lah! Mama nak tidur ni. Jangan lupa tolong check jap,pintu dah kunci ke! Kut la Pak Man terlupa. " Datin sempat mengarah. 


Sedang Mikail hendak ke dapur.... dia terdengar pili air ditutup oleh seseorang.


Hawa mengelap tangannya yang basah selepas selesai membasuh pinggan dan mengelap. Seluruh isi rumah sudah berada di dalam bilik masing-masing.


Ketika hendak balik ke bilik, dia terdengar ada seseorang yang hendak masuk ke dapur! Dia berfikir yang hanya dia sahaja yang berada di bawah, tiada sesiapa lagi, lagipun pintu depan tidak berkunci, Pak Man terlupa sememangnya, jadi dia membuat andaian yang pencuri memasuki rumah itu. Cepat sangat aura negatif dihidunya.


Hawa dengan pantas mencapai senduk besi.Setapak demi setapak disusunnya. Mikail sudah mengetahui siapakah gerangan yang masih berada didapur kerana ketika melewati bilik Hawa pintu terbuka sedikit tetapi , Hawa tidak ada.


Mikail berancang hendak menekup mulut Hawa, dia sudah mengagak yang Hawa pasti terkejut melihatnya.


Setapak demi setapak, akhirnya kedua mereka bertentang mata. Hawa dengan riak terkejutnya itu terus menjerit namun ditekuo mulutnya. Ya sudah pasti si Mikail sempat menekup, kalau tidak satu rumah pasti dikecohkan dengan jeritan Hawa.


"Pakkkk!"Hawa sempat memukul lengan sasa milik.


Mikail melepaskan Hawa sambil mengaduh sakit mengusap lengannya dan Hawa hampir terjatuh tetapi sempat disambut oleh Mikail. Mata mereka bersabung. Muka Hawa memerah kerana malu. Hawa sudah boleh berdiri tegak. Hawa hendak keluar dari dapur dan Mikail hendak masuk ke dalam dapur.


Hawa membuka langkah ke kanan dan Mikail juga ke kanan. Mereka berdua berundur ke posisi asalnya. Mikail membuka langkah ke kiri, Hawa juga begitu. Dan mereka kembali ke posisi sebelumnya. Mikail sudah bengang lalu berkata.


"Stop! Dah kau  tunggu situ! " Mikail melangkah ke depan.Hawa hendak naik ke atas lalu ditegah keras oleh Mikail.


"Aku cakap berhenti situ! " Hawa terkejut dan kaku sebentar.


Mikail mengacau airnya dan Hawa terpaksa menunggu Mikail dek kerana perintahnya yang agak tegas itu. 


#support me plis ツ


If love this story... plis ⇩


★Vote  ★Share ★Coment


#komen anda amat membantu ✔

__ADS_1


#cabut dulu 


__ADS_2