Bossku Suamiku

Bossku Suamiku
Episode 8


__ADS_3

Selesai Mikail membancuh airnya. Dia mendekati Hawa. Hawa berundur ke belakang dan tidak mengetahui apa yang bakal berlaku nanti.


Kaki Hawa berundur ke belakang dengan cemas.Nafasnya naik turun naik turun. Sekarang Hawa sudah kembali di dalam dapur.


"Aku nak tanya kau! " Mikail mengangkat tangan kanannya dan mengunci Hawa yang sudah bersandar pada peti ais. Dia terkaku dan hanya berdiam diri.


"Aku nak tanya kau. " jelas sekali kedekatan Mikail dengan Hawa kerana dengusan oleh Mikail yang berhambur dimuka Hawa.


Hawa memejamkan matanya rapat dan menarik nafas sedalam-dalamnya. Dia kembali merenung Mikail. Diamatinya wajah Mikail. Sesekali dia berasa cair tatkala melihat wajah tampan milik Mikail itu.


"Ye...apa.. kau..nak tanya? " Hawa perlahan berkata.


Mikail mengangkat tangannya dan melepaskan Hawa dari menguncinya.


"Kenapa kau tendang my precious 'tongkat' huh?" Mikail agak sedikit kasar walaupun tengah menahan malu.


"Sebelum tu... maafkan aku sebab bukan sengaja. " Hawa ketakutan. 


"Kau!!!! Tengok muka kau la aku rasa perit dia tu ada lagi tau! " suara Mikail semakin kuat.

__ADS_1


"Lagi satu... apa masalah kau pun aku tak tahu! Kenapa kau tak cakap jelagi... bantah pasal perkahwinan kita tu! " Mikail menggenggam penumbuk. Hawa hanya menunduk. Dia tidak melihat wajah Hawa dengan sebetulnya.


Hawa mendongakkan kepalanya dan memandang Mikail dengan pandangan seperti meminta belas dari Mikail. Mikail memerah kerana itu kali pertama dia melihat wajah gadis kecil itu dengan sebetulnya. Sepertinya dia terlopong, hendak sahaja air liur itu mengalir. Wajahnya begitu cantik dan saiz tubuh kecilnya itu comel. Namun, cuba dikawal oleh Mikail.


"Saya dah bantah dah, lagipun kenapa awak yang setuju sangat!" Hawa berkata dengan nada sedikit keras tapi masih comel sebab suaranya agak marah cuma perlahan itu yang membuatkan dia begitu comel.


"Aku setuju sebab aku memang tak dapat bantah. Lagipun aku mahukan syarikat tu.Dan kau....jangan kau ingat kau akan bahagia setelah aku kahwini kau!" MIKAIL menundukkan kepalanya merenung Hawa. Disebabkan Hawa terlalu pendek sebab tu dia terpaksa tunduk mendadak. Yelah tinggi Hawa adalah 151 dan Mikail pulak 185. Tak ke bezanya banyak.24


"Jadi... kau memang lelaki tak guna! " Hawa menyepak kaki Mikail dengan kuat sambil berlari menaiki tangga.


"Akkkk..." Hawa terjatuh di anak tangga ke tujuh akibat tergopoh-gapah ketika menaiki tangga.


Dia bingkas bangun dan berlari walaupun sedang mengerang sakit.


'Apa?? Lelaki tak guna!! Kau siap kau minah!! Belum ada lagi yang pernah panggil aku macam tu! Kau tunggu la nanti! " Bentak Mikail didalam hati.


Hawa masuk ke dalam bilik lalu mengunci rapat bilik itu. Hawa terduduk di depan pintu di dalam bilik, suara yang memarahinya itu masih terngiang-ngiang jelas difikirkannya. Lantas air mata jatuh membasahi pipi. Mikail hanya mengambil kesempatan di atas perkahwinan mereka yang akan mendatang.


"Kau.... sampai macam tu ke... kau terdesak sangat nakkan Syarikat papa kau... " air mata Hawa jatuh deras dan perkataannya sekat-sekat sahaja.

__ADS_1


Mikail yang reda naik masuk ke bilik! Ingin sahaja di mahu melepaskan tumbukan kepada gadis kecil itu sekarang. Memikirkan yang dia tidaklah sedayus itu sanggup memukul wanita, dia menghapuskan niatnya itu. Namun, dia berdendam dengan Hawa kerana selalu menjadikan dirinya mangsa keganasan.


'Apa dia ingat dia kuat ke? Selalu tak dak manner. Tak padan dengan kecik, ada hati nak pukul orang! Tak pergi sekolah kut, cikgu mesti tak ajar macam mana nak beradab! Adab mesti fail minah ni! ' geram betul hati Mikail sambil mengutuk Hawa di depan biliknya Hawa.Sejak itu mereka saling bermusuhan. Si Hawa pula bermusuh kerana Mikail tidak seikhlas memaafinya dan hanya mengambil kesempatan. Mikail pula berdendam dengan Hawa kerana selalu menjadikannya mangsa.


Keesokan paginya,


Datin Suhaila menyiapkan sarapan kepada suami dan anaknya. Mak Jah mengambil cuti kerana suaminya kurang sihat. Jadi terpaksalah dia mengerjakan kerja rumah berseorangan.Hawa? Bukan si Hawa tu bangun lambat atau pemalas tetapi sudah awal subuh lagi dia drive balik rumahnya.1


"Hawa... Hawa tidur la semalam aje lagi lepas pertunangan tu ye! " Datin memaut lengan Hawa yang sudah berdiri di depan pintu rumah.


"Tak boleh la Aunty... Hawa ada banyak kerja nak buat dekat rumah tu,lagipun kerja office pun tak siap lgi!Ingatkan nak buat dekat sini tapi tertinggal dekat rumah sana! Hawa janji, Hawa akan datang balik pagi esok ye! " Hawa berjanji akan datang pada pagi hari pertunangan mereka berlangsung.


"Baiklah kalau macam tu! " Datin lega mendengarnya. Yelah mana taknya, dia tak sanggup kalau Hawa ni lari, dah la dah panggil orang datang tetiba bakal pengantin perempuan tak ada. 


Datin Suhaila sebenarnya yang jemput ramai orang. Dah berupa majlis resepsi pulak, padahal nak bertunang aje. Yelah.... Keluarga Dato la katakan. Banyak kenalan.


Di meja makan untuk bersarapan, Merwin menuruni setiap anak tangga sambil membetulkan tali leher merahnya. Dato juga membuntuti Merwin sambil memimpin beg kerja.


Mikail sudah awal turun ke dapur untuk menolong ibunya. Sebelum Mamanya memasak didapur, Mikail ada bertanyakan kepada Datin Suhaila mengenai Hawa.

__ADS_1


"Ma, budak kecik tu dah berambus?" Kasar benar bahasa Mikail sehingga kepalanya diketuk oleh senduk sakti Datin Suhaila,yang juga dikenakan oleh Hawa ke atas Mikail. Mikail memang serik dikenakan oleh kedua-dua wanita tersebut. Dia mendiamkab diri dan sudah tidak mahu mengajukan soalan.


"Mikail... itu kan bakal isteri kamu, tak baik cakap macam tu, dan mama tak pernah ajar anak-anak mama untuk sekurang ajar macam ni! " Datin mengerutkan mukanya dan keningnya hampir bertaut. 


__ADS_2