
Seusai kapal terbang itu mendarat.Semua penumpang mengosongkan kapal tersebut....
"Ail... tolong ambil bagasi ye! Papa dah suruh Mama tengok-tengokkan adik kamu, kalau dia dah sampai... tak payah la tercari-cari nanti! Lagipun baju kamu tu basah. Tak elok orang pandang anak mama yang hensem ni tapi selekeh, tak jaga kebersihan. Mama dah text Win suruh dia bawa baju kamu sehelai. Boleh la kamu tukar nanti! " Datin Suhaila memesan kepada anaknya sambil mereka berjalan keluar dari kapal tersebut.
"Okay Ma! " Mikail hanya menuruti.
Pada pagi itu.... Hawa agak sedikit lewat.
'Agaknya Merwin dah masuk ke ha? ' fikir Hawa.
Dia bertanya kepada pembantu Merwin yang sorang lagi.
"Kak Rosni! Encik Merwin lambat ke? " Hawa bertanya kepada Rosni yang 6 tahun lebih sudah bekerja di syarikat itu.
"Tak lah.. dia ambil Dato' dan Datin dekat airport. " Kak Rosni membalas sambil tangannya sedang menaip menulis sesuatu.
"Dato' ,Datin pergi mana? " ditanyanya lagi.
"Dia ambil anak sulung dia dekat U.S. Dia kan baru lepas grad. Dengar Merwin kata, abang dia pulak lepas ni jadi CEO Syarikat ni!" Panjang lebar Kak Ros membuka cerita.1
"Bila dia nak masuk sini! " yelah..takut-takut dia akan jadi macam first meet dengan CEO sementara itu, Merwin.
"Dah latu Hawa... nanti kamu tahula. Kamu ni, dari tadi masuk dah lama tapi satu kerja pun akak tak tengok lagi kamu kerjakan!" Kak Ros agak sedikit tegas! Mana taknya dia ni persis seperti Kak Ros dalam cerita Upin Ipin itu. Kembar agaknya kut.
"Baiklah, Kak oii... " Hawa mengangguk tanda bersetuju. Memang betul apa yang Kak Rosni cakapkan.Dah la masuk office lambat ada hati nak bersembang melarat!
Hawa mengambil laptop yang terperuk di dalam beg galasnya itu .Dia membuka laptop itu, sebaik sahaja laptop tersebut sudah bersedia.Dia melihat suatu emel yang datang dari Dato' Kamal.Yelah orang tua-tua ni, malas sikit nak perasan macam orang muda!Guna aplikasi segala macam. Yang termampu hanyalah emel sahaja. Paling pro!!!
[To:hawaNawfa97@yahoo.com
Subject: Makan Malam.
Hawa, Uncle nak kamu datang ke rumah malam esok !Jangan lupa datang awal sikit sebelum maghrib tau. Uncle harap Hawa dapat balik awal sikit dan dapat siapkan kerja dengan cepat! Maaf menyusahkan.
23:46 |Waktu Tempatan | Diterima✔
Emel tersebut datang dari Dato' Kamal. Dia bersungguh-sungguh menyiapkan kerja selepas Dato' Kamal menyuruhnya menyiapkan kerja sebelum datang ke rumah itu. Sudah pastilah tujuan utama dia nak jumpa pasangan suami isteri tersebut kerana terlalu rindu, bukan sebab mereka tidak bagi datang ke rumah itu cuma setiap kali Datin Suhaila mengajaknya, dia hanya mampu berkata sibuk dan berat menolak permintaan Datin.
"Haih... Hawa... bukan main teruja dan hard working semacam Kak Ros tengok kamu ni!" KAK ROS hairan dan menggeleng-geleng kepalanya kerana rajin tetiba.
__ADS_1
"Hari ni ada special date la Kak Ros! " Hawa galak seketika menceritakan.
"Apa apa jelah.... Hawaaa! " Kak Ros mengendahkan sahaja si Hawa. Tak nak busy body katanya. Malas nak korek hal peribadi orang lain. Tak mahu jaga tepi kain orang. Buang masa sahaja.
"Huish... penatnya Ma! " Merwin bersandar di atas sofa selepas mengangkut bagasi abangnya yang terlalu banyak itu.
"Sabar la Win.Nah! Mak Jah dah siapkan air jus oren untuk semua! Sila... " Mak Jah iaitu orang gaji yang paling tua mempelawa mereka.
"Ha...bang. Dah bagitahu Hawa! Suruh dia datang malam ni! " kata Datin Suhaila selepas meneguk air jus itu.
"Sudah! " Dato mengambil gelas yang penuh berisi air.
"Apa dia balas! " Datin Suhaila seronok bertanya.
"Entahla... dia dah terima tapi tak balas apa-apa pun!Tahu la tu... " meleret percakapan Dato diakhir perkataannya.
"ASSALAMUALAIKUM.. Aunty, Uncle!!! Hawa datang ni! " Hawa tercegat didepan pintu, dia tidak mahu redah sesuka hati, kekok pula sebab lama tak datang.
"Kau sape! " Mikail yang bertuala menutupi sedikit mukanya.
"Kau sape? Orang gaji baru ke?Tukang kebun eh? " banyak pula soalan si Hawa ni.
"Eh...Hawa... masuk la nak! " Datin tersenyum lebar.
'Wait. What? Who? Were? ' Mahu taknya si Mikail ni dengar nama si Hawa. Mikail terus lari dari situ. Dia menaiki anak tangga untuk ke biliknya.1
"Aunty... apa khabar? " Hawa menyalami tangan bakal ibu mertuanya itu.
"Aunty sihat... alhamdulillah... Hawa sendiri macam mana! Mesti penat. Masuk la dulu " Datin Suhaila menjemput.
"Aunty siapa lelaki tu? Tukang kebun baru eh? Tak pernah nampak pun. " Hawa dengan lancar bertanya.
"Hai...tak kan hensem macam tu, tukang kebun.. " Datin Suhaila tergelak kecil.
"Tak jelas, muka dia tutup dengan tuala!Siapa dia?" Hawa bertanya lagi.
"Tula anak sulung Aunty! Mikail! "
'Wait. What? Who?Were? ' terkejut beruk Hawa seketika itu.
__ADS_1
Patutla dirasakan aura negatif berhampiran rupanya ada pada si Mikail tu. Ha sudahhh... Mulalah peperangan jarak jauh.
Jam menunjukkan tepat pada pukul 7:30 malam. Waktu perjumpaan keluarga tersebut untuk merai orang baru didalam rumah tersebut.
Hawa menolong Mak Jah meletakkan set pinggan kaca diatas meja tersebut.
Manakala Datin Suhaila pula menghidangkan lauk-pauk. Kaum adam tidak menonjolkan diri lagi,berada didalam bilik mungkin. Mahu suruh orang datang jemput turun ke bawah kut.
Tetapi Izz hanya duduk di sofa sambil bermain game didalam Ipadnya. Anak-anak zaman sekarang. Semua dah pandai.1
Tepat jam 8 malam... Datin Suhaila menyuruhku memanggil turun semua kaum adam. Aku mulakan dahulu dengan Dato' Kamal, kemudian ke bilik Merwin.Seketika aku sampai didepan pintu bilik Mikail. Hatiku seperti rasa teruja, yalah mahu tengok sikit anak teruna sulung Datin Suhaila. Tadi tak nampak sangat.
Tombol pintu dicapaiku, ketika mahu memulasnya... pintu itu sudah sedikit terbuka oleh orang dalam... aku apa lagi, tombol masih ku pegang, lalu badan ku tertarik bersama pintu itu membuatkan aku jatuh tersungkur di atas badan si Mikail. Maaf sekali, tongkatnya si Mikail aku tertendang. Lepas tu.. fikirlah apa yang jadi....
"MAM-MAAAAAAA!! " mata Mikail seperti mahu bergenang saja. Namun dia cuba menekup mulutnya menahan sakit tetapi dia tidak boleh melepaskan tongkatnya yang saait itu.8
Weiii barang berharga dia hampir rosak.
Hawa bingkas duduk lalu menekup mulut Mikail. Lagi dia bertambah marah. Merah sudah muka Mikail menahan sakit dan marah sekaligus.
Muka Hawa turut merah kerana malu dan takut satu hal.
"Sudah!Sudah! Sorry sorry.... " Hawa bangun dan pergi meninggalkan Mikail yang tengah meraung macam singa.
"Tolong jangan lupa turun bawah ye! " sempat juga Hawa menyuruhnya.
"Tolong panggil Mama ngan Papa!" MIKAIL berpesan dengan keras dengan jelingan maut.
"Aunty! Uncle! " terpekik terlolong si Hawa memanggil kedua orang tua Mikail.
"Ada apa tu... kejap!kejap!Hawa...Aunty datang ni! " Datin Suhaila cepat-cepat berlari anak menaiki tangga. Sesampainya didepan bilik Mikail. Dia melihat anaknya mengerang kesakitan.
#support me plis ツ
If love this story... plis ⇩
★Like ★Share ★Coment
#Komen anda amat membantu ✔
__ADS_1
#cabut dulu