
Di dalam bilik, Hawa sedang mengikat rambutnya di depan meja solek setelah selesai mandi dan juga solat.
"Kenapa tak bawa aku masuk je dalam bilik ni!" Hawa hairan .
"Ke ada apa-apa! Ke dia tipu aku! Dia... Angkat...aku.. Semalam?" bermacam-macam persoalan timbul di benak Hawa.
"Oh...ye tak ye la...bilik ni tingkat paling atas.Mana nak larat nye Datin angkat aku!" Hawa sudah mencapai selendang dan menutupi kepalanya.
Hawa turun ke dapur untuk menolong Mak Jah. Tak lama kemudian, Datin Suhaila dan Izz turun untuk sarapan.
"Hawa dah selesai solat?" Datin Suhaila bertanya kepada Hawa yang sedang sibuk menolong Mak Jah.
"Dah.. ma..mama... hee" kekok jugalah Hawa membalas.
Datin hanya tersenyum puas. Izz yang duduk di atas kerusi mengajak Hawa dan Mak Jah bersarapan bersama.
"Kak Awa,Mak Jah jom la makan sama!" Izz memanggil mereka berdua.
"Kejap,sayang." Hawa membalas sambil tersenyum ke arah Izz.Kebetulan Mikail yang sudah turun,sampai didepan Izz.Dia terdengar panggilan 'sayang' ,terkejut lalu tersadung pada kerusi.3
Hawa melihat kejadian itu,apalagi gelak sakan dan sempat mengalirkan air mata .Itu memberikan suatu kepuasan baginya. Dia mengelap air mata dan kembali memperbetul semula tudung dan wajahnya.
Mikail menahan sakit, ibu jari kakinya diusap-usap beberapa kali.Sakit!!siapa yang tak sakit.
'Kau siap Hawa,kau gelakkan aku ye!Siap kau dekat pejabat nanti!' Mikail geram.
Datin Suhaila,Mak Jah dan Izz hanya tergelak kecil.Namun diendahkan sahaja si Mikail.Kata anak jantan,apa la sangat kalau nak dikirakan dengan tersadung kecil tu.
"Awak tu jangan perasan sangat ye!Bukan 'sayang' tu dekat awak!" Datin Suhaila berseloroh sambil mata mengerling ke arah Mikail.
"Hihihi!" Hawa tergelak tanda faham apa yang dimaksudkan oleh Datin Suhaila.1
'Hawa,kau sorang je yang lebih!Malu pulak!Ah...biar la ape kurangnya diaorang ..gelak jugak kan' Hawa berkata didalam hati dan tangannya masih bergerak mengacau sup cendawan.
Setelah selesai ,Hawa menutup api dan mencapai mangkuk besar untuk dimasukkan kedalamnya. Dia baru sahaja mahu memasukkan sup ,Datin menyuruh supaya berhenti dan memintanya sesuatu.
"Dah..dah...Hawa tolong Mama jap boleh?" Datin Suhaila mengambil senduk dari Hawa.
"Ye..boleh Ma.Ape die?" Hawa bersedia menolong.
"Ambilkan minyak angin untuk mama dekat atas jap!Kesian Mikail,sakit jugak Mama tengok!" Datin Suhaila bisik ke telinga Hawa.
"Ouh...okay" Hawa melihat Mikail yang sudah murung wajahnya.
'Lahai....parahnye sakit kau tu!Hidup tak menyusahkan aku,tak senang!Tu la kau Hawa,gelak sangat dekat orang.Kan dah susah!Tak pelah bakal hubby punya pasal,lautan api sanggup kurenang tau!' Hawa sempat ber jiwang karat. Hahaha.
Hawa naik ke atas dan mencari minyak angin,botol minyak angin diambil dan segera turun ke bawah. Melihatkan ketiadaan Mikail dimeja makan mahupun ruang tamu , hati Hawa sudah panas namun mukanya beriaksi tenang sahaja.
"Ma,Mikail mana?" Datin sudah cuak dengan soalan Hawa.
"Maaf la Hawa,susahkan kamu,Mikail dah keluar pergi office." Datin sepertinya acuh-acuh menjawab soalan.
__ADS_1
"Ouh..yeke tak apa!Bukan salah mama pun!" Hawa hanya tersenyum hambar.
'Aku Dah Agakkkk!!!! wuish...Ariff Mikail!!!!Huih!!!#-$-36#-hdwgsngs;#*#+#*#62jahqhwan' Hawa merapu di dalam hati.
'Rileks Hawa!!!Office is the better place!" Hawa kembali tenang tetapi hatinya tetap bersisa panasnya.
"Tadi pun Mama cakap suruh tunggu Hawa.Tapi...." Datin Suhaila gelabah.Dia tahu hati Hawa sudah membara.
"Tak ape lah Mama" sekali lagi Hawa berlagak tenang.Hawa sendiri pun tak tahu.Kenapa dia seteguh tu.
"Tapi Hawa nak naik apa nanti!" Datin Suhaila bertanya kepada Hawa.
"Mama...bas kan ada,tak pun teksi pun selamat juga!" Hawa memberi alasan.
"Urm....Pak Wahab cuti harini!Ouh!!!ye tak ye jugak!" Datin Suhaila memikirkan suatu idea yang bernas. Hawa terkejut sedikit mendengar suara deras Datin Suhaila.
"Apenye Mama?" Hawa berkata sambil menunjukkan riak hairannya itu.
"Merwin kan ade!" Datin Suhaila bertepuk tangan sekali.
"Tak payah la Ma..susahkan aje!"Hawa berkata.
"Alah,tak ape dia bukannya buat apa pun,layan drama korea,gaming,bersukan aje kerjanya!" Datin Suhaila bingkas bangun dan pergi ke tingkat atas.4
'Adehhh!!Layan cerita korea jugak mamat tu!' Hawa menjongketkan keningnya.
"Tok!tok!tok!" pintu bilik Merwin diketuk oleh Datin suhaila.
"Ape ma!" Merwin menyarung t-shirt pada badan.
"Hantar Hawa kejap ke office!" Datin Suhaila berkata perlahan.Dia takut Merwin akan melenting.
"Hurm.K.Suruh Hawa tunggu kat kereta!" Merwin kembali kedalam biliknya dan menukar baju yang lebih elok.
'Wah...unbelievable!Dahsyat bakal menantu aku tu!' Datin Suhaila tersenyum puas.
Hawa sudah tunggu di depan kereta sambil termenung.
"Hurm...termenungkan siapa tu cik Hawa!" Merwin dengan suara merdunya menegur Hawa yang sudah entah kemana lamunannya.
Hawa terkejut dan hampir terjatuh namun sempat Merwin menyambut Hawa.Dah pasti lamunan Hawa tu sampai ke eropah nu.
Mata mereka bertentang,wajah Hawa sudah merah.Merwin juga begitu.
"Ouh,sorry!" Merwin melepaskan Hawa dan mengusap tengkuknya.Hawa pun sudah dapat menyeimbangkan badannya.
"Hurm..." Hawa masih malu.Entah kenapa dia berasa lebih selesa dengan Merwin yang bersifat baik hati itu.
"Dah...jom masuk dalam kereta!" Merwin mempelawa.
"Yaya!" Hawa berkata memperlahan.1
__ADS_1
Setelah lima minit memandu,Merwin memecahkan suasana yang sunyi sepi.
"Sorry tau fasal tadi.Tak sengaja." Merwin berasa serba salah.
"Ouh.Hurm" Hawa hanya tersenyum pahit.
'Tak kan dia masih marah kut.Eh tak!tak....tak kan dia nak jawab 'sokay' pulak kan!Dia bukan ada hubungan apa-apa dengan aku!' Merwin berbisik didalam hati.
"Okay...kita dah sampai!Hati-hati Cik Hawa Nawfa" Hawa sudah membuka tali pinggang keledar dan keluar dari perut kereta.
"Okay" Hawa senyum manja.
"Have a nice day ya!" Merwin melambai dan keretanya terus meluncur laju pergi meninggalkan Hawa.
'Auw...merdunya suara dia!' Hawa berkata didalam hati sambil tangannya juga melambai ke arah pemandu kacak tersebut.
"Okay Hawa!Have a nice day!" Hawa meyakinkan dirinya bahawa hari ini tiada kemalangan buruk yang berlaku kepada dirinya.
Pintu lif terbuka dan Hawa melangkah keluar,terpampang diwajahnya yang sudah tidak percaya,mata sudah terkedip-kedip dan mulutnya sedikit ternganga.
'Aku baru tinggal kerja tiga hari! Ni dah macam berbulan-bulan. Lahai..kalau aku kahwin nanti,nak pergi bulan madu sebulan aku macam mana?Haih mengalahkan bossssss!!!!!!' sedang Hawa bermonolog didalam hati,matanya beralih ke bilik boss...
'Hai,boss cantik benar kau mencekik!Atas meja kau tu kosonggggg aje!' Hawa meleretkan perkataannya.
'Hurm...nasib badan la Hawa oii' Hawa sudab tidak mahu menambah dosa mengata bakal suaminya itu.Hawa mengambil tempatnya dan mula mengemas mejanya yang dipenuhiboleh fail-fail.
Belum sempat dia hendak membuat air.Boss yang banyak songeh itu memanggilnya.
'Eeee...laki ni cekadak betul,memang tak boleh tengok aku senang ke apa?Tak apa la Hawa ,first day kau dengan dia.Kau tengok la,Merwin adik kau pun kena dengan aku,tak kan abang aku tak boleh tawan' Hawa berjalan masuk ke dalam bilik itu.
"Ye,Tuan.Ada apa panggil saya?Ada apa-apa yang boleh saya tolong." Hawa senyum manis.
'Lahai...pehal kau Hawa.Dah tak waras' bisik hati nakal.
"Kau tolong aku buatkan air?" Mikail menyuruh tanpa melihat wajah manis si Hawa.
'Hah!Nasib tujuan sama!' Hawa berasa lega.
"Cepat la,tercegat dekat situ buat apa lagi!Aku nak air bukan nak kau!nak air!A I R?" kata Mikail dengan tegas.1
"Ouh...humm" Hawa mengatur langkah keluar.
Hawa selesai membancuh air kepada Encik Boss Banyak Songeh dan menuju ke bilik.Tombol pintu dipulas dan memasuki bilik itu.
"Nah...kopi awak!" Hawa berkata dengan nada lemah.
"Hawa,boleh awak tunggu kejap?Ada benda saya nak cakap dengan awak ni pasal hubungan kita." Mikail menukar panggilan aku-kau kepada saya-awak.Hawa agak sedikit terkejut.
'Tahu pun kau sopan sikit!Aku dah la banyak kerja ni,dia nak cakap pasal hubungan pulak.Tak apalah layan kan aja.Manalah tahu penting.Ni soal kahwin,jangan bawa main-main.' Hawa sekali lagi bermonolog didalam hatinya.Mikail pelik memandang Hawa.Soalan si Mikail ini belum lagi dijawab oleh Hawa.
"Hai...cik Hawa Nawfa.Boleh tak awak tunggu sekejap?" Mikail menyoal kembali.
__ADS_1
"Boleh boleh" Hawa tersengih seperti kerang busuk.Entah kenapa perangai peliknya semakin menjadi-jadi.