Bossku Suamiku

Bossku Suamiku
Episode 19


__ADS_3

Hawa menarik kerusi dan duduk berhadapan dengan Mikail seperti yang diperintahkan.


"Awak nak cakap pasal hubungan kita ya?Kenapa?" Hawa memulakan perbualan.


"Sebelum tu jadual aku hari ni ada apa-apa tak?" Mikail bertanya pula.Soalan Hawa dijeda sebentar.


"Tuan ada appoinment dengan Dato' Wahid.Nak saya cancelkan?" Hawa sepertinya tahu apa yang berligar di otak Mikail.Mikail hanya mengangguk.


"Baiklah" Hawa faham.


"Lagi satu,kau tak payah la panggil aku tuan ke encik ke boss atau apa pun,kalau ada orang aje kau panggil la.Tak perlu nak formal sangat." Mikail menambah lagi.


"Jadi apa yang sebenarnya awak nak cakap?Hubungan kita?" Hawa masih dengan soalan yang sama.


"Sebenarnya Mama suruh bawa kau pergi butik pengantin untuk tengok-tengok dulu.Jadi aku nak ajak kau hari ni memandangkan semalam aku dah siapkan kerja aku.Jadi aku free." Mikail dengan nada serius berkata.


'Kau memang la free. Yang aku ni kau tak nak tanya pulak?free ke tak!!!' Hawa mencebik.


"Sorry lah bukan aku tak nak ikut kau tapi kau tengok ajelah meja aku.Berlambak nak disiapkan." Hawa kelihatan murung.Sapa yang tak suka nak cari pakaian,tapi kerjanya banyak yang bertimbun.


"Aku dah suruh Kak Ros yang settle kan!Kau jangan risau" Mikail tenang sahaja sedari tadi.


"Tapi...." Hawa seperti serba salah.


"Tak ada tapi,tapi!Kak Ros cakap dia okay je.Yang kau nak melebih pehal!" Mikail tegas.


"Dah hari ni lunch dekat kafe lepas tu terus ke butik kawan Mama." tambah Mikail lagi.


"Tok tok tok!" pintu bilik Mikail diketuk oleh Hawa.


"Jom pergi lunch! Dah sampai masa ni!" Hawa melemparkan senyuman.


"Mentang-mentang kerja aku leave dekat Kak Ros.Terus riang kau eh!" Hawa terasa dengan tutur bicara Mikail.Perasaan serba salah yang telah dilupakan diingati kembali.Hawa kembali masam mencuka.


"Dah siap!Cepat la selalu lembap!" Mikail kali ini agak melampau.


"Tunggu!" Hawa sudah naik angin.


"Ape" selamba Mikail berkata.


"Kenapa kau suka sangat nak perkecilkan aku!" Hawa sudah mula menyinarkan sisi jahatnya.


"Mana aku perkecilkan kau!Kau tu memang dah sedia kecil,Budak!" Mikail tersenyum sinis.


' ishhh mamat ni!Tak lama ni dengan aku!' Hawa mendengus.


Hawa dengan perasaan geram yang membuak-buak itu terus merancang idea jahat.


Dia memijak kaki Mikail dan membuka langkah dengan pantas.

__ADS_1


"Hambek kau!Rasakan!" Hawa sudah tergelak.Bibirnya kembali mengukir semyuman nakal.


"Once aku dah dapat kau!Teruk malam pertama aku kerja kan kau!" Mikail memegang kakinya dan terhinjut-hinjut mahu mengejar Hawa.Nasib baik kesemua pekerjanya sudah keluar makan tengah hari.Kalau tidak sudah pasti dia malu kerana dipijak oleh pekerjanya sendiri.


"Alah, tu pun kalau kau boleh la, aku akan lari sekuat hati aku,and kau ingat! aku ni bab lari-lari memang jaguh.Bwerkk " nada suara Hawa seperti menjerit dan dia sempat menjelirkan lidah kepada Mikail yang sedang terkial-kial hendak berjalan.Mana taknya,kasut yang Hawa pakai,kasut tinggi!Nasib sepatu Mikail itu tidak tembus dek kerana tumit kasut Hawa.


"Hesh! Geram pulak aq minah senget ni " bentak mikail. 


Hawa terus berjalan pantas keluar dari bangunan itu.


"Kau nak apa?Cepat aku nak pesan!" Mikail mahukan jawapan segera.


"Apa-apa jelah,asalkan boleh telan!" Hawa sebenarnya tidak tahu mahu minum air apa.


"Mocha dua" Mikail terus memesan sesuka hatinya.Hawa pun tidak banyak songeh kerana dia yang sendiri setuju pilihan Mikail.


Mereka sudah selesai solat berjemaah bersama buat kali kedua.Mereka menghabiskan minum sebelum naik ke pejabat semula untuk menunaikan solat.


"Masuk dalam kereta!" Mikail mengarahkan Hawa.Hawa yang sedari tadi tidak bercakap sepatah pun.Berasa bersalah agaknya.Bukan tindakan dia sengaja tetapi tidak sengaja dek kerana pemikiran nakalnya itu membuak-buak.


"Mikail,kau berhentikan aku dekat farmasi dekat situ kejap!Aku nak beli ubat lah!" Hawa meminta kepada Mikail perlahan-lahan.


"Humm" Mikail hanya menuruti.


"Dah!Jom"Hawa selesai membeli sedikit ubat entah untuk siapa.Sama ada untuk diri sendiri atau encik di sebelah kanannya itu.


Mikail terus sahaja memulakan pemanduan sebaik sahaja Hawa menyuruhnya.Kereta mewah itu meluncur laju pergi dari perkarangan itu.


"Hello" Mikail melekapkan telefon di telinganya.


"Hai...abang!!!!!!" jeritan suara seorang gadis yang amat Mikail kenali.


"Hani....adik abang ni sihat tak?" Mikail mengukir senyuman.


"You know me huh?" Hani berkata dengan nada berlagak.


"Yes you are.So what's goin' on?" Mikail kembali bertanya kepada Hani.


"Hani....nak...datang...Malaysiaa" Mikail terus teruja setelah adik sepupu kesayangannya mahu datang ke Malaysia.


"Then when you're coming?" Mikail masih bertanya.


"Next week or before your wedding ceremony maybe?" kata Hani acuh tak acuh.Dia sendiri tidak pasti.


"So terserah Hani la...jangan terlepas tengok bakal isteri abang sudah kay!" Mikail tersenyum sekilas memandang Hawa yang sudah menunggu diluar kereta.


"Ish lambatnya Mikail ni!Tah tah on the phone dengan awek tak?" Hawa mula berfikiran negatif.


"Okay abang!See you soon!" Hani mematikan panggilan.

__ADS_1


"Tuuuttttt"


Mikail agak geram dengan tindakan Hani.Dia lantas keluar dari perut kereta dan menegur Hawa.Hawa berpaling untuk memandang Mikail yang sudah berada diluar kereta.


"Dah habis!" mereka berdua berkata serentak cuma nada percakapan agak berbeza.


"Dah!" Mikail membalas dan mereka berjalan masuk setelah Mikail mengunci kereta.


Mereka memasuki mall itu.Mata Hawa sudah menyinar.Kalau bab shopping aje mulalah fikirannya membayangi barang-barang yang mahu dibelinya.Tapi sayang dia bukan hendak shopping tetapi mahu beli baju pengantin.Hawa hanya membuntuti Mikail yang sedang menuju mencari butik milik kawan mamanya.Mikail berhenti tiba-tiba.Hawa sudah terbertuh Mikail yang berada dihadapannya.


"Auw..." Hawa mengusap-usap batang hidungnya.


"Kau boleh tak jalan sebelah aku! Dah macam bawa anak kecil je aku rasa.Meh jalan sebelah aku ni" Mikail menjeling ke arah kiri supaya Hawa berjalan di sebelahnya.2


"Humm..." Hawa berkata dengan nada yang tidak ada perasaan.


"Dekat mana butik kawan mama tu?" Hawa mula bertanya.


"Tu sana tu dekat aja!" Mikail dengan tenang menunjukkan sebuah kedai yang terhias xantik dengan busana pengantin.


'Jarang ada butik pengantin dalam mall .' Hawa berkata dalam hatinya.


"Dah jom masuk" Mikail menarik lengan baju Hawa.


"Apa tarik-tarik ni?" Hawa mendengus.


"Argh..kau ikut jelah" Mikail mula berang.


Kaki mereka melangkah masuk ke butik tersebut.Mereka berdua disambut mesra oleh pemilik butik tersebut,Datin Marisya.


Sebenarnya,butik itu adalah salah satu cawangannya yang berada di Kuala Lumpur ini.Tetapi butik ini yang paling dekat dengan pejabatnya.


"Selamat datang ke butik aunty." Hawa menyalami Datin Marisya dan mereka saling berpelukan.Mikail hanya melemparkan senyuman manis sahaja.Tak kan mahu peluk,berlaga-laga pipi bagai.Hehe.


"Kamu berdua sihat" soalan spontan yang agak mesra itu diajukan kepada mereka berdua.Agak hairan juga kerana mereka baru sahaja bersua beberapa minit tetapi lagaknya seperti sudah bertahun-tahun sudah kenal.


"Alhamdulillah,kami sihat aunty!" Hawa kekok ketika menjawab.


"So take a look after the wedding dress.Yes,please or need my suggestion?"2


"My pleasure,aunty." Hawa membalas sambil senyuman manis turut diberikan.


"Kalau ditengokkan tubuh Hawa ni memang kecil.Jadi perlu banyak alter la wedding dress tu.Hahaha" Datin Marisya menilik tubuh badan Hawa yang kecil.Mikail sudah tergelak kecil,cuba menahan daripada gelaknya terhambur.


'Memang la kecil...dah la kurang kasih sayang mak bapak...huhuhu duduk sensorang,mana nak senang hati.Makan pun macam tu lah' Hawa memejamkan matanya sesekali.


"Aunty,Hawa baru je masuk next stage.So macam tu la badan dia." Mikail berseloroh.


"Ouhhhhh...next setageeeee...baru 18 lani.Patut la kecil molek aje aunty tengok" Datin Marisya memuji Hawa.

__ADS_1


Hawa tersenyum kelat.Mukanya merah padam.Mikail pula menekup mulutnya sambil memejamkan matanya rapat.Mahu sahaja dia gelak terbahak-bahak.


__ADS_2