
"Buka mulut kau tu! "Mikail menghalakan sudu yang dipenuhi nasi lalu menyuap kedalam mulut kecil Hawa.
Suapan demi suapan membuatkan Mikail sudah terbiasa dengan Hawa. Sambil suap sambil bergelak-gelak. Sambil makan sambil bertepuk tampar. Mereka berdua leka yang mereka adalah musuh abadi.
Sesampainya dibilik pesakit yang bernama "NUR NAWFA HAWA ",tombol dipulas oleh Datin Suhaila.
Namun dia tidak membuka malah melepaskan kembali genggaman pada tombol itu.
Dia melihat adegan romantis oleh mereka berdua. Dato' Kamal hampir berlanggar isterinya yang berdiri di hadapannya.
"Nah! Kau minum air ni. Jangan sampai tersedak pulak. Susah pulak aku nak susun ayat jawab dengan mama papa aku! " Mikail berkata sambil mengajukan segelas minuman dan ubat kepada Hawa.
"BANG! Tengok tu kan saya dah cakap!! "Ujar Datin Suhaila selepas menepuk-nepuk dada suaminya itu.
"Aduh! Ape ni awak. Sakit dada saya. "Dato' Kamal mengaduh kesakitan selepas dipukul oleh suaminya.
"Abang, tengok tu "senyuman amat berpuas hati yang dilemparkan oleh Datin Suhaila tanda betapa seronoknya dia melihat kemesraan anaknya dan bakal menantunya itu.
"Yelah!tengah tengok ni. Alah, jomlah kita masuk! "Seraya Dato'Kamal berkata kepada isterinya.
Tombol pintu dipulas kembali setelah digesa oleh suaminya.
Datin Suhaila berdehem tanda mereka sudah berada didalam bilik itu agar tidak mengejutkan kedua mereka.
Mikail yang terkejut tertolak gelas minuman Hawa lalu Hawa tersedak-sedak.
Mikail meminta maaf kepada Hawa dan mengelap pipi Hawa dan terkena ibu jari Mikail ke bibir kecil milik Hawa dengan tidak sengaja. Lantas ditariknya semula jarinya dan menggenggam.
"Astaghfirullah! "Mikail terkejut apa yang dibuatnya itu.
"Haih, kamu berdua ni, Melebih-lebih pulak ye! "Datin Suhaila membuka katanya tapi di dalam hati sudah seronok.
"Haish kamu ni Mikail, habis menantu Mama! "Datin Suhaila memarahi Mikail dengan lembut.
"Mama, bakal okay!! Bukan menantu lagi! "Mikail berdiri dan memprotes kenyataan oleh mamanya itu.
"Sudahlah tu Mikail. Jangan diikutkan sangat perangai mama kamu tu! Sudah Mikail, kamu duduk bertenang, Papa ade bende nak bincang pasal kamu berdua " Dato' Kamal berkata.
Terbeliak biji mata kedua mereka. Lagi hairan adalah. Mana taknya, bukannya ada mesyuarat atau sidang pun.
"Dah! Dah berhenti buat muka pelik tu! "Dato' Kamal berkata lagi.
"Sebenarnya Papa ada nak bagitau berita gembira untuk kamu berdua. " Dato'Kamal bersuara dengan senyuman terukir dibibir.
"Kenape pa? Pasal kami berdua? Papa dah ade calon baru untuk Mikail ke! " Seronok sahaja dia berkata.
"Hish kamu ni, dengar la dulu kata papa kamu tu".Datin pula lancar berkata.
"Papa nak langsungkan perkahwinan kamu berdua minggu depan! "Dengan penuh yakin Dato'Kamal melafazkan ayat hikmah itu.
__ADS_1
"apa?? "Serentak kedua mereka agak sedikit terkejut. Hawa sudah tentu pipinya kemerahan.
"Bila papa?? "Mikail bertanya dengan nada terkejut sekali lagi.
Macam tidak percaya sahaja apa yang dikatakan oleh Papanya.
'Minggu depan '.....perkataan ngeri itu terngiang-ngiang.
"Dah, dah.... sekarang Papa nak tanya kamu setuju ke tak "seloroh Dato' Kamal mematikan lamunan kedua-dua mereka.
"Mikail! Hawa! Cepat.. setuju ke tak? "Gesa Datin Suhaila.
Kedua mereka masih memikirkan lagi... mata Hawa memandang ke arah Mikail, lantas sahaja mikail membalas kembali pandangan mata, sekarang mereka saling berpandangan.
Riak wajah Hawa menunjukkan bahawa dia meminta pendapat dari Mikail.
"Hawa...hawa...ikut Mikail , Datin!"kata Hawa,Namun dia berharap supaya Mikail membatalkan perkahwinan yang terlalu awal itu. Mikail hanya mengangguk kecil sahaja. Dengan itu Mikail memutuskan.
"Ya, kami setuju Mama. "Mikail berkata tegas.
Perasaan Hawa agak sedikit hambar. Apa yang diharapkan tidak seperti yang dijangkakan.
"Hawa! Okay? "Dato' Kamal bertanya dengan Hawa kembali.
"Alah abang, kan Hawa cakap dia ikutkan apa aje keputusan si Mikail ni! Dah dah kira jadi lani! " Senyum saja bakal ibu mertuanya itu.
"Hurmm... ye Dato '"kata Hawa dengan nada agak sedikit lemah.
"Saya doktor kepada Puan Nur Nawfa Hawa, Dr.Hussein. "kata doktor yang menjaga Hawa lalu menyalami Dato' Kamal.
"Saya Dato' Kamal Hasan, ini isteri saya Datin Suhaila, saya ayah mertua Hawa. "
Balas Dato' Kamal sambil tangannya masih menggenggam tangan Dr.Hussein dan memulakan lakonan sebagai ayah mertua Hawa.
"Ouh, sebenarnya saya ada berita gembira nak sampaikan kepada Dato', Datin dan Encik Mikail. " perbicaraan bermula dari Dr. Hussein.
"Hawa dah boleh pulang ke rumah ke Dr.? "seloroh Datin Suhaila mengejut.
"Betul tu! "Dr.Hussein mengiakan sahaja sambil tersenyum.
"Alhamdulillah.... "semua berucap serentak tanda bersyukur.
Keesokan paginya, Hawa bangun awal untuk mengemas pakaiannya dan mengemas katil dibiliknya. Namun dia berasa risau akan tarikh yang ditetapkan oleh bakal ibu mertuanya itu. Dia risau kalau-kalau dia tidak bersedia dan tidak mampu membahagiakan keluarga Dato' Kamal dan Datin Suhaila.
"Hawa, hawa buat apa ni! Biar Aunty je yang kemaskan. Hawa tu pun bukannya sihat betul pun! Keadaan kamu tu mmg la dah stabil tapi tak de maknenye kamu ni dah sihat sepenuhnya! Dah dah biar Aunty je yang buat eh. " Datin Suhaila memberikan ceramah kepada Hawa pagi-pagi sebegini.
"Terima Kasih, Datin. Sikit je lagi ni. Nah! Kan dah selesai. " Hawa membetulkan bantal dan selesai sudah dikemaskan bilik itu.
"Mikail! Tolong angkat ni! "Ujar Datin Suhaila.
__ADS_1
"Yelah, Ma! "Kata Mikail dengan keluhan besar.
"Tak pelah, Aunty. Tak berat pun. " seraya Hawa berkata dengan senyuman terukir dibibir kecilnya itu.
"Tak payah,biar aku yang angkat!" suara Mikail muncul.
"Tak pelah... "suara Hawa dengan lembutnya.
"Ah sudah kau ikut jelah cakap aku ni "mikail membisik ketelinga Hawa.
"Hmmmm..." Hawa mengeluh kecil.
"Ewin, ewin pergi dengan Papa ye, Mama nak duduk dengan bakal menantu mama... dah dah cepat cepatttt! " Datin Suhaila menolak bahu Merwin supaya menaiki kereta Papanya.
"Yelah, yelah "Merwin membalas dengan anggukan kecil.
"Ma,ape ni? "Mikail mendengus.
"Tak pe jangan risau Mama ada! " Datin Suhaila berkata.
"hish! "Mikail mengetap bibirnya.
"Mikail! Papa dah cakap, tak baik macam tu, yang awak ni pun satu Ila, saja nak kacau orang-orang muda! " Dato' Kamal bersuara.
"Kak Awa...kak awa...Izz nak ikut kakak boleh tak?? " Wajah comel Muhammad Izz Haikal Putra sesekali membuatkan Hawa terpena.
Betul la orang cakap, anak kacukan ni memang tersangatlah comel.
'Eeee... aku cepuk jugak budak ni, nak aku gigit-gigit je telinga hidung dia tu! 'Hawa mengomel di dalam hati, terpesona dengan kecomelan Izz.
"Boleh... boleh. Duduk dengan kakak tau! "Hawa melemparkan senyuman yang paling ikhlas ke atas budak comel itu.
Mikail dan Datin Suhaila hanya memandang adegan itu.
Didalam hati Mikail, hatinya berbisik mengatakan sesuatu.
'Sedar Mikail, sedar, ape kau buat nih! Bodoh 'dia mencebikkan mukanya dan menampar sedikit tanda supaya dia sedar. Sungguh dia kagum melihat Hawa kerana berjaya menarik perhatian Izz. Datin dan Hawa melihat kehairanan apabila muka Mikail merah dengan tiba-tiba. Bukan kerana menampar mukanya, tetapi malu plus kagum sekali.
Datin Suhaila sudah mengerti apa didalam hati anaknya itu. Datin dan Hawa tak henti-henti memandang kearah Mikail.
Mikail tersentak dan kemudian berkata.
"Dah masuk cepat, lambat betul! " Datin Suhaila berkata kepada Mikail.
Selepas 15 minit beredar jauh dari hospital, Datin Suhaila memecahkan kesunyian didalam kereta itu.
"Hawa, hawa, Aunty nak tanya boleh?"
"Kenapa Aunty? "Hawa membalas dengan lembut.
__ADS_1
"Boleh tak mulai sekarang Hawa panggil Aunty,Mama,? "Datin Suhaila memejamkan matanya dengan harapan Hawa dapat menerimanya.
"Erm...erm...boleh je, Aunty ... eh Mama... "Hawa agak sedikit kekok dan malu ketika memanggil Datin dengan panggilan yang baru.