Bossku Suamiku

Bossku Suamiku
Episode 22


__ADS_3

Mereka sekeluarga telah sampai ke sebuah kedai emas,Mikail malas kalau urusan berkaitan emas. Perempuan kalau memilih memang mengambil masa yang lama. Dia mengambil keputusan untuk menunggu diluar sahaja biarpun lama. Tidak tahan matanya melihat bling-bling yang boleh menyakitkan matanya, dengan lampu-lampu berwarna oren cukup membuatkannya pening.


Apabila dia sedang menunggu diluar sambil bermain telefon pintar. Seseorang menyapanya dengan mesra sekali.


Mikail mendongakkan kepalanya,dilihatnya susuk tubuh seorang gadis yang tinggi lampai berkulit kuning langsat itu.Dia agak sedikit tersentak. Dia mencabut earphone yang melekat didalam cuping telinganya.


"Who are you?" MIKAIL mula membuka soalan.


"Alah I, stewardess hari tu.Tak kan U dah lupa! Anyway U buat dekat sini? " gadis itu berasa lega sekali. Dia juga berangan-angan sebentar yang dia mungkin dipertemukan sebagai jodoh.


'Minah ni rupanya! ' Mikail mendengus.


Mikail membuka kaca mata hitamnya. Bergaya sekali. Macam mana lah gadis-gadis tak sawan. Apa semua dia buat aja mesti boleh cair.


"Kau lagi? " Mikail sudah tidak mempedulikan apa gadis itu nak kata.


"Fine! " Gadis pramugari tersebut menhentakkan kakinya dan berlalu pergi dari situ.


"Huh?" Mikail memakai kaca matanya semula.


"Hawa! Yang ini cantik! Bling-bling gitu... mama suka! " Datin Suhaila menepuk bahu perlahan bahu Hawa dan menunjukkan sebentuk cincin.


Hawa membuat menggelengkan kepalanya. Katanya cincin itu terlalu heavy. Berat mata memandang, berat lagi jari memikul. Hehe.1


Hawa tidak arif atau tidak tahu harus bagaimana dia hendak memilih cincin. Sebelum ini jari jemari tidak pernah disarung cincin. Ini adalah kali pertama dia mahu memakai.2


"Okay,okay kalau yang ni? " Datin Suhaila menunjukkan sebentuk cincin yang mempunyai permata yang agak besar. Jika disarungkan ke jari manis Hawa yang kecil itu, sudah pasti tidak sesuai.


Sedang mata Hawa melihat dari tadi, mencari cincin yang mengikut citarasanya. Matanya tertancap pada sebentuk cincin yang amat simple tetapi permatanya yang bersinar apabila terkena cahaya lampu yang dipantulkan. Begitu menarik perhatian Hawa.


Hawa menunjukkan cincin tersebut kepada Datin. Dia berharap Datin juga berkenan dengan cincin itu.


"Macam mana dengan ni mama? " Hawa menunjukkan cincin itu sambil tersenyum puas.


"Wow. Nice! " Datin juga begitu.


"Ikutlah Hawa rasa ini yang terbaik, Mama ikutkan aja, lagipun mama ni tukang tengok aja, yang nak pakai tu Hawa ni ha! " tambah Datin Suhaila lagi.


Setelah selesai mereka membeli cincin. Mereka ke dewan untuk majlis pernikahan mereka nanti. Sebenarnya sebelum mereka bertunang lagi, Datin Suhaila dan Dato' telah menyiapkan segala preparation untuk majlis pernikahan mereka itu. Dato' dan Datin juga tidak menyangka yang majlis tersebut akan berlangsung pada waktu terdekat itu.Segala persiapan berada di dalam 80-90%.Cuma hanya perlu tinggal menghias dewan tersebut.


Menurut wedding planner itu, dia akan sampai di dewan serba mewah itu pada jam 3 lebih untuk memulakan kerja menghias.

__ADS_1


"Sekarang baru pukul 2 suku, jadi sebelum pergi hall, Baik kita solat dahulu lepas tu lunch. " kata Dato' Kamal.


"Okay, " kata Datin Suhaila.


"Hai... assalamualaikum... Syahada... sihat ke? Lame tak jumpa ye?" Datin Suhaila memeluk erat sahabat karibnya itu.Aunty  inilah yang menjadi wedding planer bagi majlis resepsi Mikail dan Hawa nanti.


Hawa menyalami aunty syahada.Sempat lagi Hawa memujinya kerana wajahnya yang cantik dan awet muda itu.


Seterusnya, mereka terus berbincang bagaimana struktur atau planing untuk majlis resepsi mereka nanti.


Aunty syahada mengeluarkan katalog untuk tema perkahwinan mereka nanti. Pelbagai tema yang menarik perhatian Hawa.Aunty Syahada memberikan masa kepada pasangan tersebut untuk membuat tentukan. Datin dan Dato sedang merancang serba sedikit tentang rancangan mereka kepada aunty Syahada.


Hawa mendekati Mikail. Langkahnya itu perlahan-lahan. Hawa takut sebenarnya hendak bercakap dengan Mikail yang cengeng itu. Apa yang Hawa buat atau akan buat selalu dimarahinya. Tetapi Hawa seorang yang berani.


Tak kan lah wedding diorang Hawa yang kena bagi cadangan aje.Macamlah Hawa sorang yang nak duduk atas pelamin tu.


Hawa sudah berada di sebelah Mikail. Dia sambung membelek-belek katalog tersebut. Dia hanya diam di sebelah Mikail. Tidak mengeluarkan sebarang bunyi mahupun kata-kata.


Mikail yang sedari tadi tidak menghiraukan Hawa terus mencabut earphone.


"Kau nak apa? " lembut Mikail bertanya.


"Kau fikir la sendiri cik Hawa. Aku ikutkan aje. " Mikail selamba berkata.


"Betul ni. Kau ikut aje. " mata Hawa seperti bersinar-sinar.


"Iye. Apa saja kau suka, semua aku suka.sayang " Mikail tersenyum nakal dan pergi meninggalkan Hawa.


Hawa? Hahaha. Sudah merah mukanya. Malu aduh malu. Dengan suara romantis dan betapa tenangnya wajah  Mikail.


Perasaan Hawa bercampur baur.


'Sayang jugak kau dekat aku! ' Hawa memejam matanya rapat sambil bibir mengukir senyuman. 


"Woii minah kau dah kenapa? " Mikail bertanya kerana dari tadi Hawa dipandangnya pelik. Tersengih seorang diri.


Erkkk!?!


'Apa?Hawa kau berangan ke tadi? O.M.G!!! Aduh malu aku ni! Mana nak letak muka dah la dia dekat depan aku. ' wajah Hawa merah padam.


"Tak de pape, aku pergi dulu! Hehe" Hawa sudah membuka langkah. Ketika itu dia hanya berfikir apa yang dia patut buat adalah lari daripada Mikail yang sekarang sudah pasti meneka yang Hawa sedang berangan. Mikail hanya mampu tersenyum.1

__ADS_1


Hawa yang sudah jauh 10 meter dari Mikail itu berasa cemas.Sempat juga dia mendengus tentang sikap Mikail.


'Jangan berangan la Hawa!!!Mana mahu nya mamat otak tak center tu nak berbaik dengan kau? Jangan harap lah. Harap je muka hensem dia tu, tapi! Tak boleh pakai langsung. Ada aja nak bagi aku malu '


Hawa pergi pula mendekati tiga orang dewasa yang berada tidak jauh dengan Hawa.


"Ha, Hawa dah bincang dengan Mikail?Tema apa? Cantik tak? " Datin Suhaila mula dengan kaunter pertanyaan dia tu.


"Belum lagi. Tengah buntu. Mikail pun dari tadi diam aje. Maybe tengah fikir. Mama tanyalah dia ya? " Hawa tersengih.


"Yelah baiklah." Datin Suhaila pergi mendapatkan anaknya, Mikail.


"Ail,datang sini kejap. Jom jom duduk sini. Kenapa dengan kamu ni.Okay tak? Jangan mengada cakap tak sihat. Kamu nak kawen lagi dua hari.Ni malas-malas dah kenapa? Ingat perjanjian dulu. Dah ambil katalog ni cepat pilih. Nanti karang mama datang balik. Pastikan cantik ".Datin Suhaila menjengil kepada Mikail sambil kaki melangkah pergi.


"Hawa! Sini jap! " Mikail memanggil Hawa.


Hawa tergesa-gesa datang ke arah Mikail.


"Kenape.. huh? " si Hawa termengah-mengah.


"Kau pilih satu jap! Jangan lama. " Mikail melemparkan katalog di atas meja yg berdekatan. Hawa mencapai dan terus membuka halaman muka surat. Dia memang sudah berkenan dengan konsep florist itu. Dia menunjukkan tema yang dia mahu.


Mikail terus mengambil dan melihat pilihan Hawa dengan lebih dekat.


'Hurm... pandai minah ni tengok!'Mikail mengangguk.


"Hurm... okay la yang ni! " Mikail dengan nada tanpa perasaan.


"Betul ni! Kau jangan ingat aku sorang je nak kawen kau pun akan duduk jugak kawen dengan aku . Betul ni serius?" Hawa sudah tersenyum seperti kambing. Seronoknya dia.Apa yang dia nak, semua Mikail akan bagi dan setuju.


"Thanks babe! " Hawa terus berlari anak mendapatkan ibu mertuanya itu.


'Babe! ' Mikail tersedak kering. Matanya membulat apabila mendengar panggilan itu.


'Kau mulakan dulu ye? ' Mikail tersenyum nakal. 


#support me plis ツ


If love this story...plis⇩ 


★Vote ★Share ★Coment

__ADS_1


__ADS_2