
"Layla, bangun sayang" suara seorang wanita paruh baya membangunkan Layla yang sedang tidur. "Ibu?" Layla melihat ibunya yang sedang tersenyum sambil mengusap rambutnya. Layla bangun dengan segera memeluk ibunya. "ibu, ini benar ibu?" kata Layla sambil menangis memeluk ibunya. "Iya sayang, ini ibu" kata wanita itu tak lain tak bukan ibunya Layla, Luna Aliyeva. "ibu takkan tinggalkan Layla kan?" tanya Layla tetap dalam posisi memeluk ibunya. "Layla sayang, dengarkan ibu nak" kata Luna sambil melepaskan pelukan anaknya dan menyapu air mata Layla. "Walau dimana pun kamu berada, walau banyak sekali pun dugaan yang kamu terima, janganlah sesekali kamu mengikut jejak ibu" pesan Luna kepada anaknya Layla. Ketika itu Layla terkejut kerana secara tiba-tiba ibunya bangun dan berjalan meninggalkannya jauh dan menghilang secara perlahan lahan.
"Ibu!! Jangan pergi!!" teriak Layla sembari bangun dari tidurnya. "Ya ampun, itu cuma mimpi" kata Layla sambil memijit kepala nya kerana bangun dari tidur secara mengejut. Badannya banyak mengeluarkan keringat. "Masih awal lagi" kata Layla melihat jam di telefonnya yang menunjukkan waktu sekarang masih jam 3.30 pagi.
Layla berjalan keluar dari kamarnya menuju ke dapur untuk meneguk segelas air putih. Setelah itu, Layla menuangkan lagi air putih di gelasnya kemudian membawa ke ruang tamu rumahnya. Layla duduk di sofa yang tersedia di ruang tamu itu sembari mengambil remote tv yang berada diatas meja membuka tv. "Kenapa ibu berkata begitu?" gumam Layla dengan muka yang penuh rasa ingin tahu. Setelah kelelahan Layla tertidur di ruang tamu dengan tv yang terbuka.
Jam dinding di rumah sekarang menunjukkan jam 6.30 pagi menandakan sekarang Layla harus meluangkan waktu untuk berolahraga. Layla sangat mementingkan kesihatan dirinya kerana jika dia sakit dia tidak akan boleh bekerja untuk menyara hidupnya. Layla bangun dan bergegas membersihkan dirinya. Layla tidak mengambil waktu yang lama untuk bersiap pergi ke taman untuk berjoging. Dengan memakai kaos hoodie berlengan panjang berwarna hijau, seluar tracksuit berwarna hitam dan berkasut sukan warna unggu. Layla keluar dari rumahnya mengunci pintu dan terus berjoging sehingga sampai ditaman.
__ADS_1
Sampai saja dia taman Layla mengurangkan kelajuan berjoging kerana terlihat kanak-kanak berlari lari main kejar-kejar dan melihat pasangan-pasangan yang sedang berjoging juga sambil bermesraan. Hampir termuntah hijau Layla melihatnya. Setelah hampir setengah jam Layla berhenti berjoging kerana lelah. Layla mendekati seorang lelaki paruh baya yang berjual berdekatan dengan taman membeli sebotol air mineral untuk diminum.
"Pak satu air botol mineralnya pak" kata Layla kepada bapak itu
"Sebentar ya" bapak itu menjawabnya.
Setelah itu, Layla mencari bangku yang berdekatan dengan taman itu untuk duduk berehat. Ketika Layla ingin duduk dia duduk secara bersamaan dengan seorang lelaki yang tidak dikenalinya. Lelaki sangat tampan
__ADS_1
Lelaki itu berpakaian kaos berhoodie tanpa lengan berwarna abu abu dan berseluar pendek berwarna biru. Lelaki itu melihat Layla dari atas kebawah dengan wajah yang sangat dingin kemudian lelaki itu menghela kan nafasnya kerana kelelahan berjoging/bersukan. "Jika kamu mau menggoda ku lebih baik kamu lupakan saja niatmu itu", kata lelaki itu dengan wajah arrogantnya. Layla tidak menghiraukannya malah setelah dia selesai minum air mineralnya, Layla hanya membuang botol air itu di tong sampah recycle yang berada tepat di sebelah lelaki itu dengan wajah yang datar seperti tiada apa-apa berlaku. Setelah itu, Layla sambung berjoging dan terus meninggalkan taman itu. Lelaki itu menatap Layla dengan perasaan aneh kerana baru pertama kali ada perempuan yang tidak menghiraukannya.
Oke guys..Ini merupakan karya pertama saya..saya berharap kalian suka..tapi kalau ada kesalahan seperti typo saya mintak maaf ya
Vote and Likeπβ€
__ADS_1