
Dik Mawar hadir lagi.
"Kak Zura, saya tengok Kak Zura macam orang dalam kegelisahan je hari ni, mengapa?" soal Dik Mawar.
"Tak ada apa-apa, Dik Mawar," jawabku cuba menyembunyikan perkara yang sebenar. Maafkan akak, dik kerana akak tak dapat berkongsi cerita ini denganmu.
"Kak Zura, Kak Zura tak sihat? Pucat aje saya tengok muka akak." Jelas riak-riak kerisauan terpancar di wajah Dik Mawar.
"Taklah," jawabku ringkas.
Dik mawar sedang merenung wajahku.
Aku menjadi serba-salah. Apa alasan yang harus aku berikan agar Dik Mawar tidak akan terus bertanya?
"Macam mana dengan hasil karya yang Kak Zura cipta? Dah siap atau belum?" soal Dik Mawar.
Mujur sekali soalan yang diajukan tidak lagi berkisar tentang soalan yang pertama tadi.
"Oh, sajak tu. Dah siap, dik. Nah! Tolong baiki kalau ada yang tersilap. Kalau ada perkataan yang tidak sesuai, tolong gantikan dengan. perkataan lain," pintaku.
Dik Mawar mencapai kertas yang aku unjukkan. Kemudian diteliti satu demi satu bait-bait kata yang aku tulis.
"Oklah ni, Kak Zura. Teruskan berkarya. Kalau Kak Zura nak mantapkan lagi proses membuat sajak atau cerpen, Kak Zura bolehlah membaca hasil karya penulis-penulis yang terkenal. Mungkin dengan banyak membaca dan mengkaji, Kak Zura dapat hasilkan karya yang terbaik." Cadang Dik Mawar itu telah memberi aku semangat yang berkobar-kobar.
Aku hanya tersenyum mendengar cadangan Dik Mawar. Kata-kata Dik Mawar itu telah memberi aku semangat untuk terus berkarya. Terima kasih, Dik Mawar.
"Dik Mawar, Kak Zura akan terus berusaha untuk menjadi seorang penulis yang berkebolehan." Janjiku kepada Dik Mawar, minatku terhadap dunia penulisan semakin membuak-buak.
"Oh ya! Kak Zura, kalau Kak Zura bolehlah daftar untuk menjadi ahli persatuan penulis. Banyak aktiviti yang boleh Kak Zura ikuti nanti berkaitan dengan bidang penulisan ni, cadang Dik Mawar lagi.
"Macam mana tu, Dik Mawar?" soalku tidak faham.
"Beginilah, Kak Zura... esok atau lusa saya akan datang lagi membawa borang keahlian. Nanti setelah siap diisi, Kak Zura boleh serahkan pada saya untuk dihantar ke pejabat Persatuan Sasterawan Terengganu," cadang Dik Mawar lagi.
Baik sungguh hatimu, Dik Mawar.
"Terima kasih, dik. Jom kita keluar makan," ajakku. Segera aku, Normah dan Dik Mawar ke kedai makan untuk mengisi perut.
Sewaktu tiba di meja makan, aku memesan makanan.
"Nor, beruntung aku dapat mengenali adik kita ni. Semenjak aku didedahkan dengan dunia penulisan oleh Dik Mawar, aku rasa masa luangkubdah banyak terisi," luahku kepada Normah.
Dik Mawar tersenyum malu. Terasa dirinya dihargai.
"Yelah tu, Zura. Tapi semenjak kau mula menulis ni, aku tengok kaunsemakin kuat termenung," balas Normah pula.
"Termenung mencari idea la tu Kak Nor," sampuk Dik Mawar pula.
Aku mengiakannya.
"Nampak gayanya bertambahlah seorang lagi penulis kita yang mewarnai dunia penulisan tanah air," puji Normah pula dalam nada sindiran.
Aku tahu Normah menyindirku.
"Kalau kau juga berminat bertambah pula seorang lagi," perlihku membalas sindirannya. Padan muka!
"Sorrylah, Zura. Aku bukan jenis jiwang-jiwang," balas Normah berterus-terang.
"Rugilah kau, Nor. Dik Mawar kata penulis ni boleh buat duit," beritahuku sambil menjeling ke arah Dik Mawar.
Dik Mawar menghadiahkan senyuman kepadaku.
__ADS_1
"Nak buat macam mana... kayalah kau nanti, Zura," balas Normah lagi.
Seketika setelah makanan yang dipesan tiba, kami mula menjamu selera. Sedang asyik aku menghadap rezeki tiba-tiba mataku terasa ingin menoleh. Suara mesra yang kedengaran lalu di sebelahku telah merangsang untuk aku membuat demikian.
Patutlah! Dila, kau kejam!!
Mataku menatap tajam wajah Dilah dan insan di sebelahnya. Sampai hati kau, Abang Syah! Pulang tanpa memberitahuku sepatah pun Sudahlah begitu, sengaja datang ke sini untuk menayang kemesraan bersama sahabatku. Sengaja untuk menyakiti hatiku!
"Kak Zura!"
"Kak Zura! Kak Zura tenung siapa tu?" Kedengaran suara Dik Mawar.
Tersentak aku dari lamunan.
"Encik Syahrul dan Dila!" Normah tiba-tiba bersuara pula. Mungkin kerana suara Dik Mawar yang mengejutkanku dari lamunan tadi memaksa Normah mensyaki aku sedang memandang sepasang kekasih dua sejoli itu.
"Syyy!" Aku segera memberi isyarat kepada Normah supaya hal itu tidak akan diperhebohkan pula kepada Dik Mawar. Malu kalau hal ini diketahui!
"Mengapa Kak Zura? Macam ada sembunyikan sesuatu dari saya aje?" soal Dik Mawar selepas itu. Alamak! Apa yang harus aku katakan?
"Tak adalah, Dik Mawar. Ah! Lupakan. Dah dekat pukul 2 ni." Dalihku tidak keruan. Biarkan. Apa saja yang terkeluar dari mulutku, aku katakan saja. Demi untuk menyelamatkan keadaan.
"Tak kan tak ada apa-apa, Kak Zura. Saya tengok Kak Zura kegelisahan aje memandang sepasang kekasih tu? Apa... mereka tu kena mengena. ke dengan Kak Zura?" tanya Dik Mawar ingin kepastian.
Aku terperangkap lagi. Menyesal aku mengikut kehendak hati tadi. Sekarang apa sudah jadi? Haruskah aku ceritakan pula pada Dik Mawar?
Aku terdiam tidak menjawab. Normah juga begitu.
Dik Mawar masih menunggu kata-kata dariku.
"Dik Mawar, maafkan Kak Zura kerana tidak dapat bercerita panjang mengenai situasi yang terjadi ini. Tapi cukuplah Kak Zura katakan sepasang kekasih yang berada di sebelah meja kita tu memang ada kena mengena dalam hidup Kak Zura." Tiada lagi jawapan lain yang aku berikan selain itu. Terpulanglah kepada Dik Mawar untuk memahaminya sendiri.
"Faham? Apa yang Dik Mawar faham?" soalku sujurus selepas itu
"Saya faham perasaan Kak Zura. Tentunya lelaki itu pernah muncul dalam hidup Kak Zura. Dan sekarang Kak Zura tentunya kecewa dengan sikapnya." Tafsir Dik Mawar.
Aku tidak tahu macam mana Dik Mawar mudah benar menangkap apa yang bermain di fikiran ku. Benar kata Dik Mawar! Abang Syah sebenarany memang pernah... oh tidak! Aku malu untuk mengaku! Malu. Malu kerana aku adalah seorang wanita. Seorang wanita tidak harus mengada-ngada meluahkan rada cinta kepada seorang lelaki... begitulah menurut firasatku. Aku harus berpegang dengan kata-kata itu.
"Sudahlah, Kak Zura. Lupakan saja dia. Di dalam dunia ni bukan dia seorang sahaja lelaki. Ramai lagi kan? Yalah, benar kata orang... bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekilor," pujuk Dik Mawar.
Aku tahu kata-kata Dik Mawar itu hanya untuk menyedaokan hatiku. Lupakan... memang ungkapan lupakan memang mudah untuk filafazkan tetapi untuk dipraktikkan bukannya senang.
" Terima kasih, Dik Mawar. Betul kata Dik Mawar tu, lelaki lain memang ramai tetapu dalam ramai-ramai tu jarang kita jumpa lelaki yang betul-betul ikhlas," balasku memberi penjepasan.
"Alah Kak Zura, senang-senang saya perkenalkan aje Kak Zura dengan abang saya. Untung-untung nanti, Kak Zura jadi kakak ipar saya pulak." Sambung Dik Mawar cuba bergurau.
"Isyy... ke situ pulak Dik Mawar ni," balasku malu-malu. Ada ke patut! Dik Mawar hendak kenakan aku agaknya.
"Apa...Kak Zura tak sudi kalau saya nak ambil Kak Zura sebagai kakak ipar saya?" Duga Dik Mawar pula.
Bersungguh-sungguh benar dia nampaknya!
"Dik Mawar, Kak Zura bukan tak sudi tapi... sanggup ke Dik Mawar lihat nanti abang Dik Mawar naik pelaminan dengan orang cacat macam Kak Zura ni," ujarku meluahkan apa yang aku rasa.
"Apa salahnya, kak. Kejujuran kan terletak pada hati. Bukan terletak pada kaki atau kecatatan fizikal. Lagi pun saya yakin, kaki Kak Zura tu boleh disembuhkan kalau Kak Zura berusaha untuk berubat atau sentiasa berlatih berjalan," ujar Dik Mawar pula.
"Nak buat macam mana, Dik Mawar? Kak Zura bukannya anak orang berada. Biarlah Kak Zura berterusan begini. Kalau ada jodoh, taka ke mana," balasku lagi.
"Kak Zura, Kak Zura nak tahu tak? Abang saya seorang doktor. Kalau saya perkenalkan abang saya dengan Kak Zura, mungkin abang saya dapat membantu masalah Kak Zura," kata Dik Mawar beria-ia.
Ah! Mana mungkin seorang doktor digandingkan dengan insan seperti aku.
__ADS_1
"Elok sangatlah tu, Zura. Orang dah nak perkenalkan, rugi kalau kau jual mahal." Sampuk Normah yang sejak dari tadi membisu. Cuma menjadi pendengar setia.
*
*
*
Pagi yang hening.
"Zura, mengapa membisu aje ni?" soal Abang Syah sebaik sahaja aku berada di dalam kereta. Memang sejak dari Abang Syah sampai tadi lagi aku tidak mengeluarkan sepatah perkataan pun. Saja.
"Takkan tak nak tanya kabar mengenai tempat yang abang pergi tu?" Abang Syah masih lagi ingin memancing jawapan dariku.
Aku tetap jua membisu. Beginilah sikapku jika hati sedang panas. Daripada bertikam lidah mengenai sesuatu yang aku tidak puas hati, lebih baik aku diam. Elak ketegangan.
"Zura, seronok tau berada di Langkawi baru-baru ni. Tapi kalau Zura turut bersama-sama abang di sana, lagilah seronok. Seminggu berada di sana, rindu juga abang pada Zura," luah Abang Syah.
Entahkan benar atau saja hendak ambil hati! Konon hendak memujuklah itu. Sorry, bang... Zura bukan jenis yang cepat makan pujuk. Sekali hatiku terbakar dek sikapmu, sepuluh kali hatiku ini memendam rasa.
Abang Syah tidak lagi berkata-kata namun sesekali ditolehnya aku di sebelah. Senyum. Apa kena mengena Abang Syah ini, tiada angin tiada hujan, tiba-tiba senyum-senyum padaku. Ini mesti ada apa-apa! Segera ingatanku terbang pada Dila. Agaknya Dila sudah ceritakan apa yang terjadi tiga hari lepas. Ah! Malunya. Patutlah Abang Syah asyik senyum saja setiap kali memandang ke arahku. Banggalah agaknya..
"Zura, apa sudah berlaku waktu abang berada di Langkawi baru-baru ni?" soal Abang Syah lagi.
Aku sudah agak! Ini mesti Dila ceritakan. Kalau tidak Abang Syah tidak akan bertanya begitu.
"Jangan berpura-pura dengan Zura, bang. Kalau dah tahu mengapa buat-buat tak tahu lagi?" Amarahku meletus tiba-tiba namun aku sedaya upaya mengawal suara agar tidak terlalu lantang. Aku masih sedar dengan siapa aku bercakap.
"Zura, mengapa boleh jadi macam tu? Mengapa tidak berterus-terang dengan abang?" soal Abang Syah lagi. Kali ini soalan yang dikemukakan benar-benar mencabar perasaanku. Terus terang, apa maksudmu Syahrul?
"Abang, Zura tak kisah kalau abang nak pilih siapa sahaja sebagai insan teristimewa dalam hidup abang. Tapu salahkah Zura sekadar ingin mengetahuinya sahaja daripada Dila? Salahkah Zura ingin mengambil berat tentang abang angkat Zura?" ujarku melepaskan rasaa yang terbuku dalam hati.
"Zura..." Hanya itu yang terkeluar dari mulut Abang Syah.
"Abang, percayalah Zura menganggap abang tidak lebih dari seorang abang!" Benarkah itu? Aku terpaksa mengatakan demikian demi untuk mempertahankan air mukaku. Aku tidak sanggup dikatakan pemburu. Pemburu cinta di hutan pancaroba. Bersaing pula dengan insan-insan yang sama-sama ingin mengecap asmara.
Aku lihat Abang Syah tersentak. Wajahnya serta merta menjadi pucat.
"Zura, maafkan abang!" Kalimat itu bernada lesu.
"Abang tak perlu minta maaf pada Zura kerana selamanya Zura telah memaafkan abang. Semoga hubungan abang dengan Dila terpelihara."
"Zura... Zura telah salah sangka."
"Zura rasa Zura tidak tersalah sangka lagi. Andai ada jodoh abang dengan dia, Zura tumpang gembira."
Kata-kataku itu seperti tidak dipedulikan.
"Zura tak faham," balas Abang Syah perlahan.
"Zura rasa Zura sudah lama memahami..." cuma kau aje yang tidak pernah memahami perasaanku.
"Zura, Zura akan mengetahui segala-galanya nanti," kata Abang Syah.
Sah! Kau dan Dila ada menyimpan rahsia. Ungkapan yang sama aku dengar dari bibir mereka.
Perjalanan sudah tiba di destinasi. Sebelum keluar dari perut kereta, aku terlebih dahulu menyampaikan pesanan.
"Rehat nanti abang tak payahlah jemput Zura makan. Zura ada janji dengan adik angkat Zura. Lagi pun Zura tak nak ganggu abang berdating dengan buah hati abang," pesanki.
Abang Syah kuperhatikan hanya menggeleng-geleng kepala. Padan muka!
__ADS_1