Diari Hati

Diari Hati
4


__ADS_3

Bersendirian lagi dan lagi...


Hari demi hari aku menanti kehadiran Doktor Rashdan. Bujan kerana apa, aku cuma ingin mengucapkan kata maaf. Maaf atas keterlanjuran kata-kata mak cik. Tidak tenteram rasanya jika aku tidak bertundak begitu. Aku tidak mahu dikatakan manusia yang tidak mengenang budi. Dalam diam aku mula menggambarkan bagaimana perasaan Doktor Rashdan dengan tindakan mak cik tempoh hari.


Andai aku berada di tempat Doktor Rashdan, tentu aku merasai apa yang Doktor Rashdan rasai. Ah! Malunya aku. Dengan kesilapan tersebut, aku kini menanggung rasa malu yang tidak terkira. Salahkah aku membiarkan Doktor Rashdan menghantarku pulang dulu? Salahkah aku tidak berterus terang kepadanya perihal sikap mak cik yang tidak pernah menyenagi kehadiranku sejak dulu lagi?


Dalam menyelam lautan malu dan sesal, aku turut mengundang kesilapan ku. Ya, aku juga bersalah tetapi apa yang harus aku lakukan? Aku tidak mahu menangung rasa bersalah berpanjangan. Aku pasti, selagi diriku di kepung rasa beraalah, perasaanku tidak akan tenteram. Aku mesti bertindak demi menjaga air mukaku dan mengharmonikan hubungan persahabatan dengan doktor muda itu.


Aku masih mencari-cari jalan penyelesaian. Sungguh rencam hidup ini. Di sini berkaca, di sana berduri.


Akan aku cuba membaiki persahabatan yang tercalar ini. Berat sekali untuk aku mendail nombor telefon yang telah aku perolehi dari buku panduan telefon semalam. Entahkan sudi, entahkan tidak Doktor Rashdan berbicara denganku. Ataupun mungkin Doktor Rashdan sudah serik melayani kesusahan yang terpikul di bahuku. Mungkin juga hatinya terluka dengan apa yang telah terjadi. Keikhlasan dibayar dengan kezaliman.


Haruskah aku menelefonnya? Nanti kalau aku... ah sekadar mengunggkapkan maaf. Maaf!!! Tapi... maaf!!!


Talian telefon sudah kuperolehi kini.


"Hello! Err.. boleh saya bercakap dengan Doktor Rashdan?" tuturku bersama debar yang datang menggangu perasaanku.


"Maaf Doktor Rashdan sibuk. Dia ada appointment dengan pesakit sekarang. Ada hal penting ke? Kalau penting boleh tinggalkan pesan," jawab seorang perempuan dengan suara lembut. Jururawat agaknya.


"Tak mengapalah. Saya telefon semula nanti." hampa melingkari hati dan sanubariku tetapi tidak mengapa, aku akan cuba lagi.


Lima belas minit kemudian, setelah beredar dari ruang tamu, kedengaran telefon menjerit nyaring minta diangkat. Tiada siapa di rumah untuk menjawab panggilan tersebut kecuali aku. Aku segera bergerak. Harapanku agar Doktor Rashdan yang menelefon.


"Hello!" Satu suara lelaki kedengaran dari gagang telefon. Aku kini sudah dapat mengagak. Abang Syah!


"Abang telefon dari mana ni?" Aku segera mengajukan soalan.


"Dari tempat kerja," jawab Abang Syah jujur.


"Abang dah dapat kerja? Di mana?" soalku ingin kepastian. Setahu aku, sewaktu bertemu dengan Abang Syah di hospital tempo hari, Abang Syah belum bekerja.

__ADS_1


"Di sebuah syarikat swasta di sini, sebagai penolong pengurus," ujar Abang Syah.


"Di sini tu, di mana?" tanyaku ingin penjelasan selengkapnya.


Kedengaran Abang Syah ketawa kecil mendengar pertanyaanku.


"Zura nak tahu di mana?" soal Abang Syah kembali.


"Abang, Zura tanya ni tentulah nak tahu. Kalau Zura tak nak tahu, buat apa Zura tanya," blasku bersungguh-sungguh. Tiada lagi tawa kedengaran.


"Zura, kalau Zura nak tahu, Zura kena kotakan janji Zura dulu, ok?" balas Abang Syah memasang jerat. Licik juga abang aku yang seorang ni.


"Janji apa pula, bang?" Aku berpura-pura tanya. Padahal aku sudah mengagak apa sebenarnya maksud Abang Syah. Aku yang membuat janji, pastinya aku tidak akan lupa. Memang itulah prinsip hidup aku sejak dari dulu lagi.


"Janji apa? Eh! Zura jangan buat-buat lupa pulak," jelas Abang Syah.


Aku benar-benar telah termasuk dalam jerat Abang Syah. Baiklah, sekiranya hari ini telah ditakdirkan untuk aku meluahkan segala-galanya aku pasrah seadanya. Janji tetap janji. Janji mesti dituruti walauoun jalannya beronak dan berduri.


Aku akan terus berusaha. Gagang telefon kuangkat lagi. Nombor yang yang tertulis di atas kertas kudail tanpa teragak-agak. Hari ini aku lebih berani berbanding semalam. Ya... benar kata orang, berani kerana benar, takut kerana salah.


"Hello! Boleh saya bercakap dengan Doktor Rashdan?" tuturku tanpa ditemabi debar lagi.


"Maaf, Doktor Rashdan baru sahaja keluar. Telefon lagi lain kali." Kedengaran suara jururawat yang semalam menjawab kedengaran.


"Baiklah. Terima kasih." Aku meletakkan gagang telefon dengan sebuah kehampaan. Akan kucuba lagi.


Aku akan terus mencoba.


"Hello, boleh saya bercakap dengan Doktor Rashdan?" ajuku tidak putus asa. Harapanku kali ini semoga dapat juga aku mengunggkapkan kata maaf. Sepatah pun sudah cukup.


"Maaf, Doktor Rashdan cuti hari ini. Boleh saya tahu siapa yang membuat panggilan ni? Saya agak tentu ad hal penting ni." Duga jururawat yang sama itu.

__ADS_1


Aku tergamam. Tidak mampu untuk meneruskan kata-kata. Ah! Sukarnya untuk melafazkan kata maaf. Kalimat yang berharga itu tidak dapat aku luahkan jua.


"Tak mengapalah. Sampaikan salam terima kasih saya kepadanya kerana telah banyak membantu saya, seorang bekas pesakit yang menghuni di Wad 3C bulan lepas," beritahuku sebelum meletakkan gagang telefon.


Kehampaan yang bersarang di hati, kupendam dalam diam. Sukarnya aku membaiki kebenaran. Wajarkah aku terus menerus menyalahkan diriku? Aku telah sedaya upaya untuk memulihkan kekusutan namun mungkin Tuhan masih ingin memanjangkanbujian buat diriku dalam menempuhbonak dan duri kehidupan.


Memang, sebuah kesilapan ada jalan penyelesaian tetapi jika jalan penyelesaian berlingkar dan berduri, sukar juga untuk diuraikan.


Apa yang pasti, aku telah berusaha. Doaku, semoga Allah membuka pintu hati Doktor Rashdan agar dirinya dapat memaafkan aku dan mak cik.


Ah! Apakah yang harus aku buat?


Kebosanan yang melanda diriku tidak dapat dibendung lagi. Sepi, sunyi kian tidak terperi di dalam sanubari. Apa sudahnya hidup begini?


Hari ini aku mesti berterus terang dengan mak cik. Cadangan Abang Syah yang menawarkan peluang pekerjaan kepadaku akan aku kemukakan kepada mak cik. Aku sudah membuat keputusan, walau apa jua halangan yang mak cik berikan, aku akan cuba juga untuk meyakinkannya. Keputusan ini tidak sekali-kali menyusahkan mak cik, fikirku.


"Mak cik, esok Zura akan mulai berkerja," beritahuku terus terang.


Mak cik yang sedang asyik menjahit pakaian Atie, terhenti menjahit. Dipandangnya wajahku dengan penuh kehairanan.


"Kerja? Kerja apa yang kau boleh buat, Zura? Tak cukup ke makan-minum yang mak cik berikan?" jawab mak cik lembut. Jarang-jarang mak cik bernada begitu apabila bertutur denganku. Hairan juga aku melihat mak cik dalam sehari dua ni. Dari riak wajahnya, ada jalur perubahan. Mungkin kerana simpati dengan keadaanku.


"Bukan macam tu, mak cik. Zura dah puas berkurung, mak cik. Kebetulan abang angkat Zura ada menawarkan kerja sebagai pembantu kedai di kedai buku dan alat tulis berdekatan tempat kerjanya," balasku tanpa berselindung.


"Habis, Zura nak pergi kerja dengan apa? Dengan berkerusi roda begitu?" soal mak cik lagi, tak puas hati.


"Dia sanggup untuk ambil dan hantar Zura pulang," ujarku berani dan tegas.


Mak cik terdiam.


Aku faham.

__ADS_1


__ADS_2