Diari Hati

Diari Hati
10


__ADS_3

Waktu rehat sudah bermula.


"Tahniah Kak Zura!" ucap Dik Mawar sambil tersenyum.


"Tahniah apa pula ni, dik?" soalku terpinga-pinga.


Normah yang sedang membuat kerja binding turut terpinga-pinga.


"Kak Nor, kakak kita berjaya sekarang!" berritahu Dik Mawar masih berteka-teki.


"Berjaya apa pula, Dik Mawar?" soalku dan Normah serentak.


"Kak Zura, Kak Nor, cuba tengok ni!" kata Dik Mawar sambil menunjukkan senakhah akhbar. Aku terus membelek-belek akhbar tersebut. Tiba di ruangan Sastera dan Budaya Akhbar Berita Harian, mataku terpaku menatap. Bernarkah ini? Aku masih terpaku dan Normah juga begitu. Sungguh tidak kusangkah. Bukan kepalang gembira hatiku.


"Tahniah, Zura! Sebuah Duka puisi kau," ucap Normah pula.


"Bila masa aku hantar kepada Akhbar Berita Harian ni?" Aku masih ragu-ragu.


"Saya yang tolong hantarkan, Kak Zura. Kak Zura tak marah kan?" Sampuk Dik Mawar membuat aku terkejut.


"Terima kasih, Dik Mawar. Dik Mawar dah banyak tolong Kak Zura," ujarku sambil merenung wajah Dik Mawar.


"Sama-sama Kak Zura. Saya tolong Kak Zura dengan niat ikhlas," balas Dik Mawar mesra.


"Semoga terbuka pintu hati kau Zura untuk terima perkenalan dengan abang Dik Mawar." usik Normah pula.


"Kau ni Nor, kesitu pulak! Kalau kau cemburu sangat, kqu aje yang berkenalan dengannya. Kau kan manusia sempurna. Lainlah aku, cacat," kataku membalas usikan Normah.


"Tak baik cakap macam tu, Kak Zura. Bukanya saya dah kata, cacat atau sempurna sama-sama ada hati dan perasaan. Ketulusan hati bukan terletak pada cacat atau tidaknya seseorang itu, Kak Zura," balas Dik Mawar.


Berulangkali Dik Mawar menegah aku berkata begitu. Nampaknya Dik Mawar seperti insan yang sudah lama mendalami perasaan insan sepertiku. Tulusnya hatimu, Dik Mawar. Bersopan santun pula orangnya. Beruntunglah siapa yang berjaya memiliki hatimu kelak...


"Zura, sempena kejayaan pertamamu hari ini, kau kenalah belanja kami tengah hari." Celah Normah menyambung bicaranya.


"Tak kisah, Nor. Jomlah pergi makan," pelawaku segera


Aku tak kisah kalau bab belanja. Tiada ruginya aku berbuat demikian kerana kemesraan yang aku rasai semenjak bersahabat dengan Normah dan Dik Mawar tiada aku samakan dengan nilai wang ringgit. Aku bahagia bersama-sama mereka. Keceriaan yang terpancar dari warna kemesraan ini sekurang-kurangnya dapat mengubat keresahan yang seringkali mendatangi hatiku.


Aku, Normah dan Dik Mawar segera menuju ke kedai makan. Hari ini andai di takdirkan aku bertembung dengan Abang Syah dan Dila, aku tidak akan terkejut lagi. Aku akan cuba belajar menerima hakikat. Biarlah mereka bahagia walaupun hatiku terluka. Biarlah mereka bermesra biarpun perasaanku gundah gulana. Aku sudah bersedia.


"Oh ya! Kak Zura, dulu Kak Zura janji nak datang ke rumah. Apa kata kalau hari Jumaat ni saya ambil Kak Zura?" Cadang Dik Mawar sewaktu kami sedang berselera menghadap rezeki.

__ADS_1


"Tak payahlah, Dik Mawar. Malulah Kak Zura nanti," bantahku tidak setuju.


"Apa nak dimalukan, Kak Zura. Lagipun hari Jumaat ni rumah sewa saya tak ada orang. Kawan-kawan semua balik kampung," pujuk Dik Mawar beria-ia.


"Tengoklah, Dik Mawar. Kau pula Nor, tak nak ikut sama ke?" tanyaku pada Normah.


"Kebetulan hari Jumaat ni aku ada kerja. Tak dapatlah aku ikut sama. Tak apa, kau pergilah. Untung-untung terjumpa dengan abang Dik Mawar," balas Normah pula. Masih juga mahu mengusik aku seperti selalu.


"Kau ni Nor, tak sah kalau tak menyakat aku. Kalau kau tak nak pergi sudah, jangan nak kaitkan aku dengan abang Dik Mawar pulak," balasku bersahaja. Aku sebenarnya bukan marah tetapi sekadar hendak menutup rada malu. Aku sudah tahu, Normah sudah arif dengan sikapku.


"Kalau macam tu Kak Zura setujulah ni. Sukanya hati saya..." Sambung Dik Mawar pula.


"Suka apa, dik, menyusahkan adalah!" ujarku pula.


"Kak Zura selalu aje cakap macam tu. Tak susahnya, Kak Zura. Lagipu Kak Zura bukannya orang lain, kakak angkat saya juga," balas Dik Mawar ceria.


Aku hanya tersenyum melihat gelagat Dik Mawar. Manja dan berbudi bahasa.


Setelah selesai makan, kami segera beredar. Sewaktu melintasi meja paling depan, aku terpandang Abang Syah. Pelik pula aku perhatikan. Mengapa bersendirian? Ke mana pula hilangnya si buah hati.


Oh! Dila... mengapa kau biarkan buah hatimu bersendirian begitu? Tidakkah kau kasihan melihat dia bersendirian?


Abang Syah perasaan aku menjeling ke arahnya. Aku cuba menghadiahkan senyuman namun segera pandangannya berpaling ke arah lain. Mencari kelibatan Dila agaknya. Tidak mengapalah, bang... Zura faham. Mulai hari ni, Zura tidak akan ganggu kemesraan abang dengan Dila lagi tetapi kalau ada orang lain, entahlah! Zura tidak pasti lagi apa yang harus Zura lakukan. Semoga kebahagiaan abang sampi ng Dila berpanjangan. Itulah doaku buatmu.


Aku menanti Dik Mawar di anjung rumah. Pintu rumah sudah kukunci.


Mak cik sudah lama ke sawah.


Atie tidak balik minggu ini. Semenjak Atie berjaya masuk ke Maktab Perguruan Batu Rakit, rumah ini semakin sunyi.


Sambil menanti, aku termenung mencari idea. Maklumlah semenjak terlibat dengan dunia penulisan, aku tidak senang kalau duduk bersahaja.


Lama menanti barulah aku melihat Proton Saga warna merah masuk ke halaman rumahku.


"Maaf, lambat sikit," tutur Dik Mawar sebaik sahaja pintu kereta dibuka. Segera Dik Mawar naik ke anjung untuk mendapatkanku.


"Tak masuk dulu, Dik Mawar?" pelawaku.


"Lain kali aje, Kak Zura. Jom kita pergi," jawab Dik Mawar.


"Dik Mawar ke mana tadi? Lewat tiba ke sini?" soalku sebaik sahaja berada di dalam kereta. Sengaja ingin memulai perbualan.

__ADS_1


"Ke pasar dulu, beli apa-apa yang patut. Saya nak ajak Kak Zura makan tengah hari di rumah nanti," ujar Dik Mawar tanpa berselindung.


Aku terdiam. Hendak membantah tidak berguna lagi. Bahan-bahan sudah dibeli. Kalau tolak, terasa hati pula nanti.


Perjalanan sudah tiba ke destinasi. Kereta yang di pandu oleh Dik Mawar berhenti betul-betul di hadapan bagunan Flat Sri Kolam.


"Dik Mawar menyewa di sini?" Aku bertanya untuk kepastian. Mana tahu kalau-kalau Dik Mawar saja-saja singgah di sini dulu. Ke rumah kawan ke atau ke rumah saudara-mara ke...


"Ya. Kak Zura jangan bimbang. Saya akan bantu Kak Zura naik ke atas," jawab Dik Mawar.


Setelah tiba di ambang pintu, Dik Mawar segera mempersilakan aku masuk.


"Cantik perhiasan di dalam rumah Dik Mawar," pujiku memandang sudut ruang tamu tempat aku berada sekarang.


Dik Mawar tersenyum mendengar.


"Kak Zura berehatlah dulu. Saya nak ke dapur sekejap," pinta Dik Mawar sejurus kemudian.


Aku bersendirian di ruang tamu. Mataku tidak lepas memandang perhiasan disekelilingku. Cantik dan kemas. Teratur dan bersih. Dik Mawar ini tentu rajiin orangnya. Setelah menatap di sudut kanan ruangan tersebut, mataku membelingas pula ke sudut kiri. Sejambak bunga ros menancap pandanganku. Menarik sekali gubahannya. Patutlah Dik Mawar tenang orangnya. Sesuai sekali perhiasan yang diatur di dalam rumahnya untuk dikaitkan dengan latar peribadinya.


"Apa Kak Zura perhatikan tu? Asyik sekali nampak?" tegur Dik Mawar yang muncul secara tiba-tiba. Dia menatang dulang berisi dua cawan air dan sepiring kuih.


"Menatap keindahanbdi dalam rumah ni, Dik Mawar," kataku memuji lagi. Memang patut dipuji.


"Biasalah Kak Zura. Rumah orang perempuan," balas Dik Mawar.


"Jemputlah makan, Kak Zura," pelawa Dik Mawar lagi.


Setelah berbual dan bergelak ketawa di ruang tamu, Dik Mawar mempelawa aku ke biliknya pula.


"Sebenarnya Kak Zura, saya berhasrat untuk melatih Kak Zura berjalan. Saya yakin kalau Kak Zura berlatih, tak mustahil suatu hari nanti Kak Zura dapat berjalan semula. Lagi pun kecacata kaki Kak Zura bukannya kecatatan asal, masih boleh disembuhkan," beritahu Dik Mawar setelah berada di dalam biliknya yang tidak lah seluas mana itu.


"Tapi, dik..."


"Tak ada tapi-tapinya Kak Zura. Pokok pangkalnya kita kena berusaha," sambung Dik Mawar.


Terdiam aku seketika.


"Apa kata kalau setiap hari Jumaat saya bawa Kak Zura ke sini untuk berlatih berjalan," cadang Dik Mawar lagi.


Oh Tuhan, sesungguhnya Kau Maha Mengetahui apa yang aku rasai kini. Aku bersyukur kepadaMu kerana dipertemukan dengan insan yang memiliki hati yang semulia ini. Tiba-tiba hatiku sayu. Terkenangkan babak perkenalan dengan Dik Mawar. Hanya kerana Dik Mawar selalu datang ke tempat kerja untuk fotostat hasil karyanya yang tersiar. Kemudian mungkin kerana aliran simpati menusuk jantungnya dihulurnya tali perkenalan itu kepadaku. Sehinggalah perkenalan itu pun terus memekar dan berkembang seperti hari ini.

__ADS_1


Aku masih juga terdiam. Malu untuk bersetuju.


__ADS_2