Diari Hati

Diari Hati
14


__ADS_3

Debar kian terasa di hatiku. Benarkah Dik Mawar ingin membawaku berjumpa dengan keluarganya hari ini?


"Mengapa Kak Zura ni? Nampak macam takut aje. Relekslah, kak. Saya bukannya nak bawa Kak Zura ke tempat tidak baik, cuma ke rumah saya untuk diperkenalkan kepada keluarga saya. Itu aje." Pujuk Dik Mawar sambil membawa kereta berhati-hati.


"Kak Zura tau, Dik Mawar." Hanya itu yang mampu aku katakan.


Setelah satu jam perjalanan, tiba-tiba kereta yang dipandu oleh Dik Mawar memasuki lorong jalan kampung.


"Kita dah hampir sampai, Kak Zura. Inilah kampung saya, Kampung Batu Rakit," beritahu Dik Mawar.


Memang aku pernah dengar nama kampung itu. Aku juga pernah melalui jalan Kampung Batu Rakit ini suatu masa dahulu. Cuma singgah sahaja belum lagi.


Kereta Dik Mawar berhenti betul-betul di hadapan sebuah rumah banglo yang besar. Tetpempan aku melihatnya.


"Kak Zura, inilah rumah saya," beritahu Dik Mawar.


Tersentak aku mendengarnya.


"Assalamualaikum!" Dik Mawar memberi salam.


"Waalaikumsalam. Eh Mas, dah sampai rupanya. Ini ke Zura yang selalu Mas beritahu umi?" soal ibu Dik Mawar sebaik sahaja keluar dan menjawab salam Dik Mawar.


Aku hanya tersenyum.


Ibu Dik Mawar membalas senyumanku dengan ikhlas


"Ya, umi. Inilah Kak Zura. Kak Zura, inilah mak saya." Perkenal Dik Mawar mesra.


"Kalau ye pun masuklah dulu." Jemput ibu Dik Mawar.


"Kak Zura, masuklah." Jemput Dik Mawar sekali lagi.


Aku mula terasa segan namun untuk mengambil hati ibu dan Dik Mawar, aku menurut.


Langkahku yang perlahan-lahan diperhatikan oleh ibu dan Dik Mawar yang dikenali dengan panggilan Hajah Syamsian.


"Macam mana dengan kaki tu, Zura?" soal Hajah Syamsian ingin kepastian. Patutlah dari tadi diperhatikan saja kakiku.


"Alhamdulillah, mak cik. Semakin pulih. Berkat pertolongan Dik Mawar juga," jawabku sambil memuji Dik Mawar.


"Bukan kerana pertolongan Mas semata-mata, Zura. Semua itu terrjadi adalah kerana pertolongan Allah sebenarnya." Hajah Syamsian membetulkan kata-kataku.


Aku terdiam mendengar kata-kata Hajah Syamsian.


"Berbuallah dulu dengan Mas, Zura. Umi nak ke dapur, buat air." Mesra sekali Hajah Syamsian membahasakan dirinya umi denganku.


"Tak payahlah bersusah-susah... umi," ujarku. Segan rasanya hendak panggil umi.


"Tak ada susahnya, Zura," balas Hajah Syamsian dan berlalu.

__ADS_1


Tinggal aku dan Dik Mawar saja di ruang tamu yang luas. Ke mana perginya orang lain? Dulu Dik Mawar kata, dia ada abang dan masih ada ayah tetapi kemana mereka? Sunyi saja.


Sebentar kemudian Hajah Syamsian datang kembali dengan menatang juadah dan diletakkan di atas meja di hadapanku.


"Jemputlah minum, Zura," pelawa Hajah Syamsian.


"Umi jemput Kak Zura aje ke? Mas, macam mana?" ujar Dik Mawar manja. Mesra sekali aku perhatikan.


"Tuan rumah kena jemput juga ke, Zura?" soal Hajah Syamsian bergurau.


Aku hanya tersenyum memerhati.


Dik Mawar tergelak sendiri mendengar soalan ibu yang dikasihinya itu.


"Abah dan abang ke mana, umi? Dari tadi tak nampak pun," soal Dik Mawar pula.


"Belum balik lagi. Tadi umi suruh abang Mas ke pasar. Beli buah sikit. Abah Mas ikut sama. Tapi sampai sekarang tak balik-balik lagi," beritahu Hajah Syamsian.


"Makan tengah hari kita hari ni special ye, umi. Maklumlah, nak raikan kedatangan Kak Zura, Mas ni," tutur Dik Mawar bergurau.


"Raihkan kedatangan Kak Zura, Dik Mawar?" soalku terkejut.


"Alah sekali-sekala macam ni, Kak Zura. Apa salahnya," jawab Dik Mawar beria-ria.


"Yalah, Zura. Sesekali bersama keluarga kami apa salahnya. Lagi pun..." Kata-kata Hajah Syamsian terhenti di situ.


"Lagi pun Zura ni anak yatim piatu kan?" Hajah Syamsian meneruskan kata-katanya.


"Benar, umi," jawabku.


Lama aku berbual dengan Hajah Syamsian dan Dik Mawar. Seketika kemudian terdengar suaranorang memberi salam.


Umi bergegas menjenguk ke luar


"Abah dan abang long dah balik, Mas," beritahu Hajah Syamsian.


Tersentak aku mendengarnya. Entah mengapa tiba-tiba dadaku mula berdegup kencang. Ah! Malunya. Bagaimana aku hendak berhadapan dengan abang Dik Mawar? Tidakkah nanti di katakannya aku tidak tahu malu kerana bertandang ke rumah mewahnya ini?


Derap langkah kedengaran semakin hampir ke arahku. Dengan rasa malu dan takutbaku, segera berpaling.


"Kak Zura, inilah abah dan abang long saya." Perkenal Dik Mawar kepadaku.


Aku cuba mengukir senyum kepada Haji Abdullah dan senyuman tersebut di sambut.


Lantas aku berpaling pula ke arah abang Dik Mawar. Eh... rasa pernah tengok tetapi di mana ye?


Abang Dik Mawar juga begitu. Merenung lama ke arahku. Tatkala mata bertentang mata, aku masih mencoba untuk mengingat wajah lelaki itu.


" Zura!" ujar abang Dik Mawar tiba-tiba.

__ADS_1


"Doktor Rashdan." Terpacul nama itu dari mulutku. Benarkah iti adalah Doktor Rashdan? Benarkah? Memang tepat sekali. Insan di hadapanku ini pernah merawatku suatu masa dulu. Ah! Sempit benar dunia ini. Patutlah hatiku berdebar-debar sewaktu Hajah Syamsian memberitahu kepulangan abah dan abang Dik Mawar tadi.


"Eh, abang kenal Kak Zura?" Tiba-tiba Dik Mawar bersuara kehairanan.


Segera ingatanku terbang jauh menyingkap babak pertemuanku dengan Doktor Rashdan. Doktor yang telah banyak berbudi kepadaku tetapi sayang perkenalan ini terhalang sembelum sempat ianya berkembang dan memekar di taman persahabatan. Dengan terhalangnya persahabatannya itu, aku juga belum sempat mengungkapkan kata maaf. Ya, maaf! Maaf yang begitu sukar untuk dilafazkan sehingga sekarang.


Tertunduk aku mengenang babak perkenalan itu. Tidak kusangkah!


"Kak Zura, Kak Zura berbuallah dulu dengan abang. Saya nak ke dapur." Pinta Dik Mawar.


"Yalah, Zura. Mak cik pun nak ke dapur. Nanti kita makan tengah hari bersama-sama," beritahu Hajah Syamsian pula.


Mahu tak mahu aku terpaksa menurut.


Hajah Syamsian, Haji Abdullah dan Dik Mawar berlalu. Tinggalkan aku bersama Doktor Rashdan di riang tamu.


"Tak sangka kita bertemu kembali disini," kata Doktor Rashdan memulakan percakapan


Aku tertunduk lagi. Tiada kata-kata yang dapat aku lafazkan.


"Zura!"


Tersentak lagi aku buat sekian kalinya. Qku segera mendongak.


"Maafkan saya, Doktor Rashdan..."


" Tak payah berdoktor-doktor lagi dengan saya Zura. Di rumah saya bukan lagi seorang doktor. Panggil saya Rash. Dan tak perlu lagi Zura meminta maaf kepada saya kerana seingat saya Zura tidak pernah melakukan kesalahan kepada saya." Belum sempat aku meneruskan kata-kata, Doktor Rashdan segera mencelah.


Kelu lidahku untuk berkata-kata lagi.


"Zura, macam mana dengan kaki tu?" soal Doktor Rashdan lagi.


"Alhamdulillah. Dik Mawar telah banyak membantu saya," jawabku cuba mengawal kegugupanku.


"Dik Mawar? Siapa Dik Mawar?...Oh ya!"


Hairan Doktor Rashdan apabila aku menyebut nama Dik Mawar. Memang patutlah Doktor Rashdan merasa hairan kerana di rumah Dik Mawar tidak dipanggil Dik Mawar. Mawar hanyalah nama pena kepada Masyitah Abdullah.


"Saya tahu tapi kaki Zura masih masih memerlukan pemeriksaan. Selalulah berjumpa doktor untuk tujuan tersebut." Sambung Doktor Rashdan sambil merenung tajam ke arahku.


Aku kehilangan kata-kata lagi. Aku merenung jam dinding. Hampir 12.30 tengah hari.


Sejurus kemudian Dik Mawar mucul di ambang pintu dapur.


"Kak Zura, abang, jomlah makan. Hidangan dah siap," beritahu Dik Mawar.


Dik Mawar mengernyit nakal ke arah Doktor Rashdan. Kemudian diahlikan pula pandangan itu kepadaku.


Keadaan ini membuat aku menjadi semakin malu dan tersipu-sipu.

__ADS_1


__ADS_2