Diari Hati

Diari Hati
13


__ADS_3

Rasa syukur segera aku panjatkan kepada Ilahi. Aku sudah dapat berjalan kini!


Pertama kali dalam hidupku, aku melihat Dik Mawar menangis. Rasa terharu dihatinya mungkin tidak dapat dibendung lagi.


Dengan perlahan-lahan aku meneruskan langkah. Aku masih berhati-hati dalam setiap langkah yang kuatur. Sesekali aku terjatuh juga tetapi aku bangkit kembali. Kadang-kadang aku sempat berpaut pada objek tetdekat denganku.


Setelah penat berjalan-jalan, barulah aku berhenti.


"Dik Mawar, Kak Zura dapat berjalan sekarang," ujarku dengan perasaan gembira sekali.


"Syukurlah, Kak Zura. Bukankah dulu saya dah cakap, kalau Kak Zura rajin berlatih... tak mustahil kaki Kak Zura dapat disembuhkan," jawab Dik Mawar sambil mengesat-ngesat air matanya.


Tertunduk aku seketika.


"Dahlah, Kak Zura. Walau apa pun yang kita kecapi kini, segalanya telah ditakdirkan Allah. Allah sesungguhnya tidak kejam, Kak Zura," ujar Dik Mawar lagi.


Aku masih lagi tertunduk. Tiada kata-kata untuk aku gambarkan kesyukuranku kepada Illahi. Hanya air mata ini berjuraian jatuh dari kelopak mata.


"Dah lama Kak Zura tidak berdiri, Dik Mawar. Apatah lagi berjalan-jalan menggunakan kaki sendiri." Luahku tidak dapat mengawal perasaan sedih dan terharu.


"Kini berjalanlah sepuas-puasnya, Kak Zura. Tapi beringatlah selalu, kaki Kak Zura tu masih lemah." Nasihat Dik Mawar.


Aku mengangguk-angguk faham.


"Oh ya Kak Zura, masih ingat janji dulu? Setiap janji wajib untuk ditepati." Dik Mawar masih lagi menagih janjiku dulu.


"Maksud Dik Mawar... Dik Mawar nak bawa Kak Zura ke rumah Dik Mawar?" Aku cuba mengagak.

__ADS_1


"Ingat pun," balas Dik Mawar.


Aku terdiam seketika. Memikirkan apa yang harus aku katakan. Rasa bersalah mula mendatangi fikiranku. Bukankah aku ini pemalu orangnya. Jarang bertandang ke rumah orang kecuali rumah sewa Dik Mawar.


"Baiklah, Dik Mawar. Tapi bukan hari nilah ye," ujarku kemudian.


"Terima kasih, Kak Zura. Nantilah, saya aturkan pertemuan itu nanti," jawab Dik Mawar pula.


*


*


*


Semalam Dik Mawar menitiskan air mata melihat aku berjalan tidak menggunakan kerusi roda dan tongkat lagi.


Hari ni Dila pula.


"Abang sesungguhnya gembira, Zura. Tapi..." Abang Syah turut terharu melihat perkembangan kakiku.


"Tapi apa, bang?" Aku ingin Abang Syah menyambung kata-katanya kembali.


"Abang Syah takut kalau-kalau kau tidak lagi sudi tumpang keretanya untuk ke tempat kerja." Sampuk Dila menyambung kata-kata Abang Syah yang terputus tadi.


"Bukanyabtak sudi, Dila tapi aku rasa telah banyak menyusahkan Abang Syah. Pagi-pagi lagi Abang Syah..."


"Itu semua alasan Zura aje. Alasan untuk Zura cuba melarikan diri daripada abang bukan?" Sampuk Abang Syah sebelum sempat aku habiskan kata-kataku.

__ADS_1


"Tidak, bang, tidak!" balasku tegas.


"Kalau tidak, mengapa Zura sengaja menciptakan alasan yang tidak logik? Bukankah tempat kerja kita menghala ke arah yang sama? Salahkah abang berbakti sesama manusia?" balas Abang Syah pula.


Aku hampir kehilangan kata-kata. Macam mana Abang Syah dapat menggagak semua ni? Apa lagi alasan yang harus aku ciptakan? Abang, sebenarnya aku tidak mahu mengganggu hubunganmu dengan sahabatku. Aku sebenar sudah dapat terima hakikat bahawa kau diciptakam untuk Dila dan Dila diciptakan untuk dirimu. aaku tidak mahu hubunganmu tercalarbkerana kehadiranku lagi. Cukuplah apa yang telah terjadi selama ini.


"Zura, izinkan abang untuk mengambil fan menghantar Zura pulang seperti biasa." Rayu Abang Syah.


Aku semakin rasa bersalah. Antara bersetuju dan menegaskan pendirian. Ah! Sukarnya membuat keputusan.


"Zura, bersetuju sajalah. Lagipun Abang Syah bukannya orang lain. Saudara kita juga ." Pujuk Dila.


Senanglah kau cakap, Dila. Entahkan ikhlas entahkan tidak!


"Nantilah Zura fikirankan, bang." Hanya itu yang mampu aku katakan.


Abang Syah terdiam.


Fikirkan apa lagi, Zura. Bersetuju sajalah. Tak baik buat Abang Syah macam tu." Desak Dila lagi.


Memang tidak baik membuat orang lain hampa tetapi aku... bagaimana? Semenjak mengenali Abang Syah sudah berapa kali aku mengalas kehampaan itu. Bercakap memang mudah, Dila. Kau seperti lebih mendalami hati dan perasaan Abang Syah daripada mendalami hati dan perasaan sahabatmu sendiri.


"Maafkan aku, Dila. Aku tak dapat buat keputusan sekarang," ujarku masih berkeras.


"Tapi..." bersungguh-sungguh benar Dila cuba untuk mempengaruhiku.


"Tak mengapala, Dila. Tak guna kita mendesak orang. Orang tak sudi dengan kita. Kita nak buat macam mana lagi." Rajuk Abang Syah

__ADS_1


Memang aku tahu Abang Syah merajuk. Hari ini baru sekali kau merajuk Abang Syah tetapi hatiku ini sudah lali. Cuma alu tidak pertontonkan saja. Sekarang rasailah apa yang telah aku rasai selama ini. Bukan aku berdendam tetapi keadaan telah memaksa aku bertidak sedemikian.


Aku membiarkan Abang Syah dan Dila berlalu tanpa sepatah kata. Demi Allah! Aku tidak bermaksud untuk memegahkan kakiku yang sudah dapat melangkah kini tetapi sengaja aku ingin menguji.


__ADS_2