
Syukur! Berada di tempat kerja dapat juga hilangkan resahku.
"Hai Zura, macam mana kerja? Tak letih ke?" soal Abang Syah seperti biasa. Waktu rehat begini Abang Syah tidak malu untuk membawaku ke kedai makan untul makan tengah hari.
"Biasalah bang. Zura suka kerja tu. Sekurang-kurangnya Zura dapat juga hidup berdikari. Lagipun kalau selalu sibuk bekerja begini, dapat juga Zura lupakan keperitan hidup yang ditanggung dek hati," jawabku tanpa berselindung. Aku kini tidak malu lagi meluahkan apa saja yang aku rasa kepada Abang Syah. Sikap keterbukaan Abang Syah telah mendorong aku untuk berterus terang apa saja yang aku rasa.
Syukur... kerana perkenalan dulu rupanya pengikat tali kemesraan antara aku dan Abang Syah. Beruntung mempunyai abang yang mengambil berat tentang perihal adiknya.
Sesungguhpun Abang Syah cuma abang angkat, tiada pertalian darah denganku namun Abang Syah menganggap aku lebih daripada itu. Aku jua begitu.
"Abang, Zura rasa Zura telah banyak menyusahkan abang. Tak tahulah bagaimana untuk Zura membalasnya," tuturku lagi untuk melihat reaksi Abang Syah.
"Zura, abang ikhlas menolong. Abang tak perlukan apa-apa balasan dari Zura. Abang sebenarnya simpati dengan penderitaan yang ditangguh oleh Zura selama ni," balas Abang Syah sambil merenung anak mataku.
__ADS_1
Aku cuba melarikan pandangan itu. Malu untuk bertetang mata dengannya.
Simpati... benar. Ramai yang simpati melihat penderitaan yang aku alami. Abang Syah hanya simpati melihat penderitaan yang aku alami tetapi Abang Syah sendiri tidak merasai apa yang aku rasai.
Hari demi hari berlalu. Tanpa kusedari, perasaan tulus ini tumbuh di jiwaku. Benarkah apa yang aku rasai kini? Ah! Cepat benar perasaan ini hadir. Telah kucuba untuk menerima hakikat diri, mengejar hati mengenal kelemahan diri namun aku lelah jua. Tidak! Tidak mungkin.
Simpati! Semakin aku mengingati kata-kata itu, semalam aku tidak mengerti. Kecacatan ini telah menumpahkan rasa simpatu Abang Syah terhadapku. Ada hikmahnya aku ditakdirkan cacat begini. Dengan kecacatan yang aku alami ini telah meraparkan hubunganku dengan Abang Syah. Bukankah Abang Syah telah menyatakan bahawa dia bersimpati dengan kecacatanku ini lalu mendorong dirinya untuk membantuku.
Tidak sanggup untuk aku mencalarkan hubungan mesra ini hanya kerana hadirnya sebuah perasaan yang terpendam ini. Abang, maafkan Zura sekali lagi.
"Zura!" Tersentak aku mendengar sapaan Abang Syah yang muncul tiba-tiba.
"Abang!" Terpancul laju ungkapan itu dari mulutku.
__ADS_1
"Zura, apa yang Zura sedang renungkan tu? Dari tadi abang tengok Zura asyik termenung saja. Zura ada masalah ke? Kalau ada masalah, mengapa tak berterus terang pada abang?" Ramah dan mesra sekali Abang Syah melayani karenahku.
"Tak ada apa-apa, bang," ujarku cuba berbohong. Masakan tidak ada apa-apa.
"Abang tidak percaya. Zura tentu ada menyembunyikan sesuatu daripada abang. Ceritakanlah, Zura. Jika Zura menganggap abang ni abang Zura, Zura ceritakan pada abang a pa sebenarnya yang merungsingkan Zura." Memang Abang Syah seorang yang bijak memerangkap. Pandai sekali dia membaca apa saja yang berada di dalam hatiku.
"Betul, memang Zura tak ada apa-apa masalah. Cuma..."
"Cuma apa, Zura?" Pintas Abang Syah sebelum aku meneruskan kata-kata.
"Ah tak payalah kita bercakap mengenai perkara yang remah temeh ini. Abang, jom pergi makan. Zura dah lapar ni. Hari ni biar Zura yang belanja abang pulak." Dalihku untuk mengelak Abang Syah dari mengemukakn pertanyaan.
"Baiklah Zura. Tapi Zura jangan ingat abang tidak berusaha untuk mengetahui masalah Zura tu," jawab Abang Syah sambil membantuku bergerak menuju ke arah kedai makan yang jaraknya hanya beberapa meter sahaja dari tempat aku berkerja.
__ADS_1