
Sesungguhnya aku pasrah di atas segala-galanya.
"Tahniah Zura! Aku yakin keputusan yang telah kau buat ini adalah yang terbaik," ucap Dila.
Aku hanya mampu tersenyum.
"Aku gembira, Zura. Walau apa pun keputusanmu, aku doakan kau bahagia sampai ke anak cucu." Sambung Dila lagi.
"Terima kasih, Dila. Walau apa pun yang terjadi kau tetap sahabatku dunia dan akhirat, Dila. Aku pasti tidak akan melupakanmu sampai bila-bila," balasku terharu.
Dila menganguk perlahan. Sebutir air matanya gugur membasahi pipi.
__ADS_1
"Dila, usah dikenang lagi apa yang telah berlalu. Aku tahu kau masih diselubungi rasa bersalah," pujukku. Tidak sanggup aku melihat Dila berkeadaan begitu.
Seketika pandangan beralih ke arah sebuah kereta yang sedang menuju ke arahku dan Dila.
Rasa bersalah kini mula berdalih kepadaku pula. Tidak sanggup lagi aku bertentangan mata dengannya lagi.
"Selamat bertunang, Zura!"
Abang Syah! Aku sebenarnya tidak sanggup kehilanganmu. Aku sayang padamu. Tetap menyayangimu sampai bila-bila.
"Zura, abang datang nak sampaikan hadiah ini pada Zura sebagai hadiah perkahwinan Zura nanti. Maafkan abang kerana tidak dapat hadir di hari bahagia Zura nanti."
__ADS_1
Aku bagaikan tidak percaya mendengar kata-katanya itu.
"Abang naka ke mana?" soalku lirih. Rasa sebak dan pilu kini bersatu di hatiku.
"Abang nak pergibjauh, Zura. Membawa hati," jawab Abang Syah menahan sebak.
Ah! Kejamkah aku kerana telah mencalar kasih yang telah lama tersemai dalam dia? Berdosakah aku?
"Maafkan Zura, bang... Zura..."
"Sudahlah, Zura. Jangan menangis lagi. Kesaatlah air matamu itu. Abang pergi dulu, Zura. Abang doakan Zura bahagia di samping pilihan hati Zura," ujar Abang Syah dan segera berrlalu.
__ADS_1
Benarkah apa yang telah aku buat ini? Lantas aku menangis tersedu-sedu.