
Hari yang perit bersama masalah yang menghimpit terpaksa jua aku lalui. Dalam diam aku mula mengakui dan memujuk diri bahwa hidup ini tidak pernah dijanjikan dengan kemanisan dan kepahitan yang perpanjangan. Mendung tidak selamanya berarak, cerah tidak selalunya memuncak. Hari ini kau gembira,Airi...dan aku terluka. Saat kau ketawa aku menangis. Waktu kau mencampakkan cinta aku...aku derita. Dalam masa kau berpesta ria, aku rentung dibakar api sengsara.
Keperitan mula terasa. Sedar tak sedar sudah seminggu aku terlantar di rumah sakit. Dalam tempoh tersebut, hanya sekali ibu tiriku datang melawat. Itu pun datang setelah di pesan Doktor Rashdan untuk menghantar pakaian.
Selama tinggao di sini, aku kerapkali ditemani oleh Doktor Rashdan. Dalam diam, aku mengakui doktor muda itu adalah doktor yang baik hati dan peramah. Itu juga dapat aku perhatikan dengan layanannya terhadap pasien-pasien di sini. Selain Doktor Rashdan, pasien-pasien lain juga adakalanya datang berbual-bual untuk menghilangkan kesepian masing-masing.
Ibu Rasidah, pasien yang ditempatkan di sebelahku juga seorang yang baik hati dan suka menolong. Sesungguhpun tangannya turut berbalut tetapi kedua-dua belah kakinya masih boleh berfungsi.
"Zura!" Satu suara menjegah di telingaku. Sungguhpun aku belum menoleh ke arah suara tersebut namun suara tersebut sudah biasa kudengar. Memang tidak salah lagi, Doktor Rashdan yang memanggil. Tatkala aku menoleh ke arahnya, sekuntum senyum berbunga di bibirnya.
"Hai. Zura, saya perhatikan Zura ni macam orang dalam kesusahan saja sejak beberapa hari ni. Apa...Zura dah bosan tinggal di sini atau Zura menanti seseorang yang belum datang"? Tebak Doktor Rashdan dalam nada bercanda.
Aku terkaget mendengar soalan tersebut. Segera aku coba untuk bertingakah santai. Aku tidak mau Doktor Rashdan curiga sesuatu yang selama ini memang aku sembunyikan daripadanya. Aku menatap sekilas wajah Doktor Rashdan di hadapanku. Dari reaksi wajaahnya, aku perhatikan Doktor Rashdan seperti menunggu jawapan dariku. Tidak tega pula aku membiarkan Doktor Rashdan tertunggu-tunggu.
"Saya tidak menanti siapa-siap doktor. Cuma saya teringat nasib diri saya saja. Doktor lihatlah sendiri, hampir minggu saya tinggal di sini, tiada siapa pun yang datang melawat. Orang lain, saya perhatikan ada saja tetamu yang datang melawat tapi saya..." Kepiluan di jiwa tidak mampu kupendam lagi.
Segera ingatanku terhadap Dila, teman karibku yang kini melanjutkak pelajaran di Amerika mul berlegar. Dahulu sewaktu Dila masih di sini, dialah teman penganti ibu yang telah tiada dan dia jugalah teman sejati, tempat mencurah segala masalah.
Sudah setahun warkah dari Dila tidak ku terima. Apakah Dila juga melupaiku, insan yang sering dalam kesepian? Dila, mengapa kau terus menyepikan diri saat aku amat memerlukanmu? Sudah bosankah kau mendegar rintihan hatiku saban waktu? Hatiku merintih sendiri.
"Zura, saya faham dan mengerti bagaimana perasaan Zura. Kalau saya berada di tempat Zura, saya juga pasti bersa begitu," pujuk Doktor Rashdan buat sekian kalinya.
Ah! Doktor Rashdan, kau pasti tidak akan merasai sebagaimana yang aku rasai kini.
"Zura, sebenarnya ada sesuatu yang ingin saya katakan. Sebelum itu saya harap Zura dapat bersabar mendengar keputusan ini. Tabahkan hati Zura menghadapi segalanya..." ujar Doktor Rashdan sambil meneliti fail di tangannya.
__ADS_1
Aku terdiam mendengar kata-kata Doktor Rashdan.
" Apa dia doktor? Jelaskanlah. Insya-Allah, saya akan coba tabahkan diri untuk menghadap apa saja keputusan doktor," ujarku memberi jaminan. Sungguhpun begitu, dadaku mula berombak kencang.
"Zura, sebenarnya kaki kamu tidak dapat berfungsi buat masa ini. Hanya boleh bergerak dengan menggunakan bantuan kursi roda. Kaki kamu boleh disembuhkan tetapi ianya memerlukan waktu yang agak lama. Itu pun hanya melalui latihan-latihan dan..."
Belum sempat Doktor Rashdan menghabiskan kata-kata, air mataku mula membasahi pipi.
"Tidak perlulah doktor menjelaskan
lagi. Saya tidak sanggup untuk mendengar segala-galanya. Saya tau, saya kini telah cacat. Biarlah saya cacat untuk selama-lamanya," balasku tersedu-sedu.Tangisku memutuskan kata-kata Doktor Rashdan.
Pagi hadir lagi.
Dengan bantuan kursu roda, aku kini bergerak ke sana dan ke sini dalam keadaan yang terbatas. Aku termenung seketika mendengar pertanyaan Doktor Rashdan. Aku tidak tau bagaimana untuk memberikan jawapan. Pastinya aku berada dalam dilema sekarang. Hendak diberitahu pada ibu, bimbang akan menambahkan beban. Jika tidak diberitahu, bagaimana caranya untuk aku pulang.
Melihat aku tidak memberi respon, Doktor Rashdan kembali bicara.
"Zura, saya tahu sukar untuk kamu beri jawapan, bagaimana kalau sata hantar kamu pulang?Boleh juga saya berkenalan dengan keluarga kamu." Cadang Doktor Rashdan.
Sekali lagi aku terkejut. Mengapa Doktor Rashdan pula yang bersusah payah untuk menghatar aku pulang? Aku tahu, tugas Doktor Rashdan hanya untuk merawat pasien, bukan untuk menaggung beban pasien. Dalam keadaan sebah salah, aku cepat-cepat bicara.
"Tak mengapalah..." Entah mengapa aku tidak dapat meneruskan kata-kata. Fikiranku semakin binggung.
"Zura besok sore kamu bersiaplah. Saya akan hantar kamu pulang. Jangan kamu bimbang, saya ikhlas membantu." selepas menuturkan kata-kata tersebut, Doktor Rashdan terus berlalu meninggalkan aku dalam keadaan berfikir.
__ADS_1
Setelah Doktor Rashdan pergi, aku masih lagi di situ. Sambil melayan perasaan, aku membuang pandangan ke luar jendela. Melihat orang yang berlalu-lalang dan menyaksikan panorama alam yang begitu indah.Sesekali apabila terpandang insan berdua-duaan bersama pasangan masing-masing sedang bermesra dan bertepuk-tampar, ingatan lalu kembali teringat. Oh! Kenangan, betapa susahnya untuk aku lupakan.
"Eh, Zura!"
Tiba-tiba aku terdengar ada suara yang memanggil namaku. Aku segera berpaling. ternyata bukan Doktor Rashdan tetapi siapa? Aku melihat pemuda yang memanggil namaku itu memandang tepat ke arahku. Aku coba untuk mengigat siapakah jejaka itu.
"Abang Syah!" Tiba-tiba terpancul dari mulutku nama itu. Tidak kusangaka Abang Syah, abang angkatku yang kukenali sepuluh tahun yang lalu berdiri di depanku kini. Berlegar kembali kenangan bersama Abang Syah di waktu jaman persekolahan sepuluh thun yang lalu. Antara perasaab gembira dan terharu kini bersatu di dalam hatiku.
"Zura, maafkan abang karna tidak menghubungi Zura selama ini. Semenjak tamat persekolahan dulu, kita tidak pernah langsung bertemu.Tapi percayalah, Zura...abang tidak pernah melupai Zura dalam hidup abang."
Terharu aku mendengar penjelasan Abang Syah yang sememangnya tidak pernah aku lupakan dalam arena persaudaraan antara adik dan abang angkat. Cuma sewaktu aku mula-mula terpandang Abang Syah tadi, aku tidak dapat mengecamnya. Lagipun sepuluh tahum...pastinya telah banyak perubahan yang berlaku.
"Abang, Zura tidak sangka setelah sepuluh tahun kita berpisah, kita ditakdirkan bertemu kembali."Aku meluahkan apa yang aku rasai kini.
"Benar, Zura. Abang kembali ke sini untuk mengisi kekosongan kerja," akui Abang Syah sambil matanya tidak lepas menatap wajahku. Agaknya karna terlalu lama tidak bertemu.
"Habis, abang databg ke sini untuk apa? Ingin mengisi kekosongan di sini?" tanyaku dalam nada bercanda.
Abang Syah tersenyum menyambut candaanku. Aduh.. manis sekali senyumanmu, Abang Syah. Siapa yang dapat memiliki hati Abang Syah, pasti beruntung,kata hatiku.
"Tidak adalah, Zura. Sebenarnya abang datang ni mau melawat mama abang. Dia patah tangan dalam kecelakaan seminggu yang lalu. Abang sebenarnya baru saja tahu karna sewaktu mama abng kecelakaan, abang sedang kerja di luar negeri." jelas Abang Syah sambil menuding jari ke arah Bu Rasidah yang ditempatkan bersebelahan denganku.
Setelah mendengar penjelasan daripada Abang Syah, tahulah aku bahwa Bu Rasidah yang telah banyak membantuku itu adalah mama Abang Syah. Setelah aku menceritakan segala yang telah berlaku pada diriku sehingga aku terlantar do sini, Abang Syah pun mengerti.
Bersambung
__ADS_1