Diari Hati

Diari Hati
3


__ADS_3

Keceriaan mula terpamer hari ini.


"Zura, ceria nampak hari ni?" tegur Doktor Rashdan setelah aku selesai berkemas.


"Mestilah. Bukan ke hari ni Zura dah boleh balik," jawabku tidak jujur. Keceriaan yang terpancar di raut wajahku sebenarnya bukan kerana hari ini aku dibenarkan keluar dari wad 3C ini tetapi pertemuan dengan Abang Syah semalam telah mengubati kerinduanku terhadap kemesraan yang pernah terjalin sepuluh tahun yang lalu.


Pengakuan yang menyatakan aku ceria kerana dapat pulang ke rumah hari ni adalah tidak benar sama sekali. Mana mungkin aku gembira kerana itu. Rumah tempat aku bernaung selama ketiadaan ibu bukanlah sebuah syurga seperti mana yang sering diperkatakan. Slogan rumahku syurgaku tidak pernah tercipta dalam buku diari hidupku semenjak ketiadaan ibu enam tahun yang lalu.


"Zura, boleh saya bertanya?" Doktor Rashdan bersuara lagi apabila melihat aku diam.


"Tanyalah," jawabku senang.


"Semalam saya lihat Zura berbual-bual dengan seorang lelaki. Apa... lelaki tu teman istimewa Zura ke?" soal Doktor Rashdan inginkan kepastian.


Tersentak aku mendengar soalan yang keluar dari mulut Doktor Rashdan. Tidak sangka Doktor Rashdan bertanya soalan yang sedikit pun tiada kaitan dengannya. Lalu terasa berat pula aku untuk aku memberikan jawapan. Tidak wajar pula aku bertindak untuk menghampakan insan yang telah banyak berbudi kepadaku.


"Oh lelaki tu... sebenarnya dia adalah abang angkat saya sewaktu di zaman persekolahan dulu. Kemudiam kami terpisah dan semalam bertemu kembali. Kebetulan Mak Cik Rasidah adalah emak dia. Dan dia datang nak ambil Mak Cik Rasidah pulang," terangku panjang lebar.


"Jadi bukam teman istimewalah? Maafkan saya kerana tersalah sangka," ujar Doktor Rashdan malu-malu.


Rasa hendak tergelak pula akubmelihat raut wajah Doktor Rashdan ketika itu. Kasihan...


"Doktor Rashdan, saya ni manalah ada teman istimewa. Rupa tak cantik, harta tak ada, pelajaran pun setakat SPM sahaja. Siapalah yang berkenan. Apatah lagi dalam keadaan saua begini." Suaraku mula bernada ceria tiba-tiba mengendur apabila mengaitkan keadaanku yang kini tidak bebas lagi menghayunkan kaki seperti dulu.


"Zura, jangan terlalu merendah diri. Setiap manusia pasti ada kelemahan dan keistimewaan yang tersendiri. Zura juga ada keistimewaannya tetapi Zura saja yang tak sedar," pujuk Doktor Rashdan.


Aku hanya membisu mendengar pujukan Doktor Rashdan.


"Sudahlah, Zura. Mari saya hantar Zura pulang." Sambung Doktor Rashdan.


Petang itu aku pulang ke rumah bersama Doktor Rashdan. Sungguhoun aku merasa bersyukur dengan bantuan yang dihulurkan oleh Doktor Rashdan namun hatiku juga sesekali terdetik rasa tidak tenteram apabila membayangkan reaksi mak cik di rumah nanti.


Semasa perjalan pulang dari hospital, Doktor Rashdan tidak terus membawaku kerumah. Sebaliknya Doktor Rashdan berhenti di sebuah kedai di dalam kawasan bandar untuk membelikan sesuatu. Aku menanti dengan sabar di dalam kereta seorang diri. Mungkin Doktor Rashdan ingin membeli buah tangan untuk di bawa pulang ke rumahnya. Lama juga aku menanti sehinggalah aku merasa mengantuk.


"Zura!" panggil Doktor Rashdan tiba-tiba. Aku tersentak dari lena. Rupanya aku terlelap seketika. Setelah mata kubuka, aku melihat Doktor Rashdan sudah tercegat di luar kereta bersama sebuah kerusi roda. Aku hanya melihat Doktor Rashdan meletakkan kerusi roda itu di tempat duduk belakang.


Sepanjang perjalan, aku lebih banyak mendiamkan diri sambil pandangan kulepaskan ke luar tingkap. Perasaan bersalahku kerana telah menyusakan Doktor Rashdan mula mendatangi fikiran. Doktor Rashdan bukan ahli keluargaku. Dia juga bukan saudara-maraku. Doktor Rashdan cuma seorang doktor yang di tugaskan untuk merawatku.


"Doktor, maafkan saya kerana telah menyusahkan doktor. Daya sepatutnya tidak membebankan doktor. Saya tahu, tugas doktor cuma merawat pesakit di hospital.." Belum sempat aku menghabiskan kata-kata, Doktor Rashdan siludah menyampuk seolah-olah tidak setuju dengan kata-kataku.


"Zura, saya juga manusia biasa yang bersifat lemah, jadi sifat tolong-menolong adalah perlu. Pertolongan saya ini harap dapat dimengertikan," terang Doktor Rashdan panjang lebar.


Dalam diam aku mengakui kata-kata Doktor Rashdan tadi. Memang manusia itu bersifat lemah.. dan sememangnya hidup tolong-menolong perlu dalam sebuah kehidupan uang sementara ini. Mengenangkan kembali kata-kata Doktor Rashdan, hatiku mula terasa tenang. Sebuah senyuman yang terukir di bibir Doktor Rashdan mula menguntum apabila melihat senyumanku.


Aku tiba di rumah sewaktu azan Maghrib mula berkumandang di udara. Nyaring dan jelas sekali. Sewaktu kerata Doktor Rashdan berhenti betul-betul di hadapan rumah, aku perhatikan makcik menjengah-jengah di jendela. Setelah melihat aku bersama Doktor Rashdan di dalam kereta, mak cik mula menuruni anak tangga untuk mendapatkan aku.

__ADS_1


"Naiklah dulu. Sembayang Maghrib di sini." Pelawa mak cik setelah aku memperkenalkan Doktor Rashdan kepada mak cik. Keramahan mak cik di hadapan Doktor Rashdan berjaya menyembunyikan rasa takutku berhadapan dengan situasi begini.


"Tak apalah mak cik. Saya datang lain kali. Mak cik jagalah Zura baik-baik. Buat masa ni, dia terpaksa bergerak dengan menggunakan kerusi roda. Insya-Allah, jika dia rajin berlatih berjalan, dia akan kembali pulih. Cuma proses itu akan mengambil masa yang agak lama," terang Doktor Rashdan kepada mak cik.


Aku turut mendengar nasihat tersebut mengerti bahwa nasihat yang dituturkan oleh Doktor Rashdan tadi hanyalah untuk menyedapkan hatiku. Aku sudah lali dengan penjelasan sebegitu.


Seperti biasa, aku menanti kehadiran Doktor Rashdan.


"Zura, mak cik tak nak Doktor Rashdan bawa Zura keluar lagi." Pesan mak cik di suatu pagi yang masih sunyi.


Tergaman aku mendengar amaran mak cik yang ingin mengokong kebebasanku. Mak cik...tidakkah kau mengerti makna kesepian hidupku ini? Langkahku bukan lagi seperti dulu. Pergerakanku juga tidak lagi seperti pergerakan insan-insan lain. Salahkah Doktor Rashdan datang membantu aku keluar dari dunia sepiku ini?


"Taoi mak cik, Doktor Rashdan bukannya bawa Zura pergi tempat-tempat yang tak elok. Kami hanya keluar bersiar-siar di pantai. Hanya untuk menghilangkan kebosanan dan..." Aku sesungguhnya merasa amat sedih sekali untuk meneruskan kata-kata.


"Sudahlah Zura. Walau apa pun alasan yang Zura berikan, mak cik tak benarkan Doktor Rashdan bawa Zura keluar. Ingat! Selagi Zura masih tinggal di rumah ni, Zura kena dengar cakap mak cik." Jelas, mak cik memang bermaksud menyekat kebebasanku dalam keadaanku yang begini.


Aku tidak dapat untuk membela diriku. Air mata kian menuruni lembah rasa bergetar ini. Sekilas aku memandang Atie, adik tiriku yang berada di sebelah mak cik.


Atie hanya tersenyum sinis ke arahku.


Aku kembali membawa diri ke dalam bilik. Suasana pagi yang masih sunyi mengundang seribu dukaan buat diriku. Aku termenung dan terus bermenung. Gambar di dalam bingkai di atas meja sesekali kurenung. Oh ibu... aku melewati hidup alam sepi kini. Lihatlah, kakiku ini cacat dan tidak boleh berfungsi lagi.


Di kamar usang ino aku bersendirian lagi. Alangkah sepi hidup ini. Setiap hari hanya bersendirian di kamar usang menatap kelukaan yang mengisi kekosongan. Bertemankan sebuah kesabaran dan ketabaan, aku cuba untuk menerima hakikat bahawa aku adalah insan malang yang sering diuji dengan suka-duka kehidupan. Wajah ibu tidak jemu-jemu aku tatap. Andai wajah itu dapat bersuara, pastinya aku dapat juga berbual-bual melepaskan rasa jerih yang kini bertakhta.


"Kak Zura! Telefon!" Jerit Atie tiba-tiba.


Segera lamunanku terhenti. Cepat-cepat aku mengalihkam kedudukan kerusi roda untuk menuju ke ruang tamu.


"Hello! Zura cakap. Siapa ni?" Aku memulakan perbualan.


"Zura, abang ni." Kedengaran suara lelaki yang membahasakan dirinya abang.


Aku terdiam seketika. Berfikir dan cuba untuk mengecam suara itu. Sejurus kemudian barulah aku kembali bersuara. Abang Syah!


"Macam mana abang boleh hubungi Zura? Hari tu Zura tak bagi pun nombor telefon," balasku hairan. Memang benar, pada hari tu aku tidak meninggalkan nombor telefon rumahku. Aku ingatkan pertemuan tempoh hari cuma setakat itu. Lagi pun aku sedar siapa diriku. Bukan lagi seperti dulum


"Zura, kata orang hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Apa... tak boleh ke abang hubungi Zura? Yalah abang tahu... Zura tentu bimbang kalau insan istimewa Zura tahu ka?"


Benarkah bicara itu yang terkeluar dari mulut Abang Syah?


"Abang, apa abang carap ni? Siapa cakap abang tak boleh telefon Zura? Lagi pun Zura bukannya ada insan istimewa. Zura sedar siapa diri Zura, bang," jawabku tegas. Rasa rendah diri dengan kata-kata Abang Syah tadi segera aku luahkan. Insan istimewa... aku sebenarnya ingin melupakan segala-galanya.


"Zura, maafkan abang andai kata-kata abang tadi menyinggung perasaan Zura. Tak sangka Zura sekarang perasa orangnya. Abang tak bermaksud menghina Zura tapi setahu abang, Zura dulu dah ada..."


"Cukup, bang. Zura sebenarnya ingin melupakan segala-galanya."

__ADS_1


"Tapi mengapa?"


Ternyata Abang Syah masih ingin mendalami rahasia hidupku. Haruskah aku membongkar kembali apa yang ingin aku lupakan? Abang Syah, kau tidak berhak untuk mengetahuinya. Benar kau adalah abang angkatku tetapi apa yang inginbkau bongkar tiada kaitan langsung dengan dirimu. Aku tersepit lagi. Antara berterus terang atau merahasiakan kisah dukaku.


"Abang, maafkan Zura . Zuravtak dapat paksa diri Zura untuk menceritakan apa yang ingin Zura padamkan. Tolong jangan paksa Zura, bang." Rayuku sesungguh hati. Aku kini memang benar-benar ingin melupakan nama itu. Cukuplah apa yang telah dia berikan. Sebuah leukaan dan kekecewaan.


"Zura, abang tidak bermaksud untuk memaksa Zura tapi abang rasa abang berhak untuk mengetahui. Ceritakanlah, Zura. Andai apa yang terkandung dalam cerita Zura itu sebuah kedukaan, abang bersedia untuk merawat kedukaan itu. Zura..." Sayu dan pilu kedengaran suara Abang Syah dalam menyulam kata-kata itu.


Abang Syah... benar-benar kau ingin membongkarkan kedukaan ini. Kau tidak merasai apa yang telah aku rasai. Andai kau sekarang berada di tempatku, aku pasti kau juga keberatan untuk meluahkan apa yang terkandung di dalam hatimu.


"Abang, Zura belum bersedia untuk menceritakannya. Jika abang sungguh-sungguh ingin mengetahuinya, tunggulah masa yang sesuai nanti." Entah bagaimana kata-kata yang keluar dari mulutku merupakan sebuah jaminan untuk aku memburaikan kembali kisah pedih yang tersayat itu. Mungkin secebis simpati hadir memujuk hatiku untuk berkata demikian. Sanggupkah aku menghadapi suatu masa yang sesuai itu untuk menceritakan segala-galanya?


"Zura, abang tunggu masa yang sesuai itu. Zura janji ye? Oklah, Zura... lain kali abang telefon lagi. Jaga diri baik-baik. Bye!" Abang Syah meletakkan gagang telefon sebelum sempat aku berkata-kata dengan lebih lanjut lagi. Jaga diri baik-baik... memang aku sentiasa menjaga diriku sebaik mungkin tetapi... ah! Haruskah aku menyalahkan takdir Tuhan. Astaghfirullahalazim... alangkah berdosanya aku.


Aku kembali termenung di tepi jendela.


Mak cik masih di sawah.


Atie sedang tekun mengulangkaji pelajaran. sesuatu yang ingin aku ketahui masih bersarang di hati. Atie pasti dapat memberikan jawapan.


Dengan pergerakan yang perlahan-lahan, aku terus mendekati Atie yang tidak jauh dari tempatku.


"Arie, maaf Kak Zura mengganggu," tegurku memulakan perbualan.


Atie asyik mengulangkaji pelajaran berpaling.


"Ada apa, cakaplah," jawab Arie pantas.


"Atie, dalam seharu dua ni, ada tak Doktor Rashdan datang ke mari?" soalku tabpa berselindung lagi. Aku berharap benar Atie berterus-terang padaku tanpa berselindung.


"Kak Zura, bukankah mak dah pesan, orang lelaki tidak boleh datang ke rumah. Tak elok tau," jawab Atie tegas.


Jawapan yang dikemukakan itu tidak langsung menepati apa yang aku inginkan. Aku tidak berpuas hati.


"Atie, Kak Zura tanya ada tak Doktor Rashdan datang ke mari dalam sehari dua ni?" balasku keras. Rasa sakit hati dengan jawapan yang diberikan tadi memaksa aku untuk berkeras.


"Ada! Tapi mak dah bagi amaran."


Kelantangan suara Atie memberikan jawapan memberi satu pengertian buatku.


Mak cik kejam.


Atie juga tidak faham. Tidakkah mereka tahu, Doktor Rashdan adalaah seorang yang patut diberi penghargaan? Selama aku berada di hospital, hanya dia yang sering datang membawa penawar untuk mengubat keresahan dan kesepianku. Tidakkah mereka sedar, bahwa Doktor Rashdan itu juga yang telah banyak membantuku dalam segala kesulitan? Wajarkah balasan itu yaang mereka hadiahkan? Aku malu. Malu dengan sikap mak cik dan Atie.


Ayah pula langsung tidak ambil tahu tentang diriku. Pulang setelah melihat kecatatat kakiku dan pergi lagi tanpa sebarang simpati dan belas kasihan.

__ADS_1


__ADS_2