Diari Hati

Diari Hati
11


__ADS_3

Abang Syah seperti biasa datang mengambil aku dan kami sama-sama ke tempat kerja.


"Apa kabar Dila sekarang, bang?" soalku seperti biasa.


Abang Syah kembali terasa dirinya disindir.


"Zura, tolong jangan bercakap tentang Dila lagi. Sudah abang katakan, antara abang dan Dila hanya berkawan biasa saja," tutur Abang Syah serius.


Aku tahu, Abang Syah bohong. Masakan tak ada apa-apa. Sengaja untuk menyembunyikan daripada aku.


"Zura... Zura ke mana hari Jumaat lepas? Abang telefon ke rumah Zura, tak ada orang angkat." Abang Syah cuba menukar topik perbualan.


"Zura pergi dating, bang," jawabku dalam tawa yang dibuat-buat.


Berubah airu muka Abang Syah.


Aku tak hairan.


"Zura dah pandai berdating sekarang ye? Dengan siapa tu? Abang boleh tahu?" soal Abang Syah masih lagi serius.


"Sebenarnya Zura dah lama pandai berdating. Semenjak Zura belum cacat lagi," jawabku bernada perli. Aku tidak kisah kalau Abang Syah nak marah sekali pun.


"Dengan siapa Zura? Cakap!!!" Entah mengapa tiba-tiba Abang Syah marah.


Apa kena dengan Abang Syah ni? Apa silapnya aku? Abang Syah tidak berhak untuk memarahi aku sekiranya benar aku keluar dating sekalipun. Kalau Dila memang patut Abang Syah marah. Abang Syah tersilap orang agaknya. Tidak berfikir dulu melepaskan kemarahannya.


"Mengapa dengan abang ni?" Aku menyoal untuk kepastian. Dalam keadaan begitu aku sedar, aku tidak patut bertanya lagi tetapi untuk memenuhi kehendak hati, terpaksa jua aku bertanya.


Lama Abang Syah terdiam. Soalanku tidak dihiraukannya. Wajahnya masih mencuka.


"Maafkan abang, Zura. Abang sedar, abang tak berhak untuk menghalang Zura. Tapi..." Kata-kata itu terputus di situ.


"Tapi apa, bang?" Aku teringinbsekali mengetahui apa yang bertapi fi hujung kata-kata Abang Syah itu.


Abang Syah tidak lagi menyambung kata-katanya. Dibiarkan kata-kata itu terputus.


*


*


*

__ADS_1


Hari Jumaat tiba lagi.


Pagi-pagi lagi aku sudah berada di rumah Dik Mawar. Beberapa orang rakan Dik Mawar tidak pulang ke kampung. Mereka tidak kisah dengan kedatanganku yang kerapkali berada di situ kebelakangan ini.


"Macam mana, Kak Zura? Ada perkembangan?" tegur Surina, rakan serumah Dik Mawar.


"Alhamdullillah, Ina. Insya-Allah mungkin selepas ini bolehlah Kak Zura berjalan menggunakan tongkat pula," ujarku.


"Syukurlah kalau macam tu, Kak Zura. Dalam masa sebulan Kak Zura berlatih berjalan, sudah nampak perkembangannya. Kalau Kak Zura tak putus asa, ada harapanlah Kak Zura berjalan semula. Mula-mula berkerusi roda, kemudian bertongkat, lepas tu baru sembuh seperti biasa." Sampuk Nurisah pula yang juga rakan serumah Dik Mawar.


Dik Mawar hanya tersenyum.


Aku juga begitu.


"Dahlah tu. Mari kita mula berlatih semula Kak Zura," ajak Dik Mawar.


Aku hanya menurut.


Aku mula berlatih bersungguh-sungguh. Kadang kala terasa juga sengal-sengal badan akibat terjatuh beberapa kali namun aku tidak berputus asa.


Mula-mula aku bangun dengan berpaut pada tangan Dik Mawar. Kemudian dengan perlahan-lahan aku mula bergerak sambil dibantu oleh Dik Mawar sendiri. Baru sahaja hendak melangkah, aku jatuh lagi. Sempat dibantu oleh Dik Mawar. Aku bangun semula. Jatuh lagi dan seterusnya begitulah. Baru sahaja hendak berjalan, kakiku terasa lemah.


Satu perkembangan yang cukup mengembirakan, aku kini sudah boleh berdiri tetapi tidak boleh lama.


Aku hanya mengangguk-angguk.


"Nanti kalau Kak Zura dah dapat berjalan, bolehlah saya bawa Kak Zura kerumah saya pula. Taklah nanti Kak Zura rasa rendah diri lagi," kata Dik Mawar sebaik sahaja berada di meja makan untuk makan tengahari.


"Dik Mawar ni belum apa-apa lagi dah berangan-angan," balasku mesra.


Sulina dan Nurisah tersenyum mendengar jawapanku.


"Berangan-angan tak salah, Kak Zura asalkan diiringi dengan usaha yang bersungguh-sungguh," balas Dik Mawar pula membela kata-katanya tadi.


"Dik Mawar, kalau Kak Zura dapat berjalan nanti..."


Baru saja aku ingin berbicara, Dik Mawar sudah menyampuk.


"Ha... Kak Zura, tadi kata saya berangan-angan... sekarang tengok," Sampuk Dik Mawar mengusik


Terlopong aku terkena usikan Dik Mawar.

__ADS_1


Surina dan Nurisah mula ketawa terbahak-bahak.


Hilang kedukaan tatkala berada di sini. Ya Allah! Aku terasa damai sekali saat ini.


*


*


*


Tengah hari ini Dik Mawar tidak datang. Banyak kerja , katanya semalam.


Dila menggantikan kedatangan Dik Mawar. Kedatangan yang tidak diundang.


"Zura, maafkan aku di atas peristiwa tempoh hari. Aku tahu, kau masih marahkan aku tapi percayalah... tidak sedikit oun terniat di hatiku untuk menyakiti hatimu. Kau selamanya sahabatju yang sejati Zura," tutur Dila sewaktu aku sedang leka membuat kerja.


"Aku dah lama maafkan kau, Dila. Kerana kau telah kuanggap sebagai sahabat sejatilah maka aku sedikit pun tidak termakan hati dengan kata-katamu tempoh hari cuma..." balasku dan terasa berat pula untuk aku meneruskan kata-kata.


"Cuma apa, Zura? Katakanlah. Aku bersedia untuk mendengarnya." Desak Dila.


"Cuma aku harap hubunganmu dengan Abang Syah akan terus mekar untuk selamanya. Janganlah kau bimbang, Dila... mulai saat ini aku berjanji tidak akan mengganggu gugat perhubunganmu itu. Aku berdoabsemoga hubunganmu itu berakhir dengan kebahagiaan," ucapku mengeluarkan isi hati yang selamabini terpendam


Berubah air muka Dipa saat aku menuturkan kata-kata itu. Hilang keceriaan dan redupbmula mengundang di wajahnya.


"Zura, kau salah sangka. Abang Syah bukan kekasih aku. Abang Syah..." Kali ini giliran Dila tidak dapat meneruskan kata-kata. Tersekat di tenggorokan.


Seketika aku melihat redup yang terpamer di wajah Dila kian menjadi-jadi. Aku tahu Dila sebak untuk meneruskan kata-kata. Rasa bersalah mula mendatangi persaanku tapi akukah yang bersalah?


"Dahlah Dila. Aku faham perasaanmu. Sudah aku katakan, aku tidak berniat mengganggu perhubunganmu itu. Percayalah Kita masih bersahabat, Dila. Kejam namanya andai seorang sahabat seperti aku mengahalang kebahagiaan sahabatnya." Aku cuba memujuk hati Dila yang kurasakan saat ini terguris.


Dila membisu. Entah apa yang sedang difikirkannya. Apakah yang ada di fikirannya saat ini? Aku mula mencari kekuatan untuk terus memujuk tetapi dalam keadaan yang mendesak ini, aku merasakannlebih baik aku diam daripada meneruskan bicara.


Dila sahabatku... janganlah kerana seorang lelaki kau mendendami aku yaiu seorang sahabat akrabmu. Masihkah kau ingat, Dila... suatu masa dahulu kita pernah berikrar bahawa kau dan aku adalah pasangan dunia dan akhirat. Ya, Dila... kita adalah pasangan sahabat, mempunyai rasa yang sama. Kita sejiwa, Dila.


"Dahlah, Dila... maafkan aku seandainya kata-kataku dan tingkahlakuku selama ini menguris hatimu. Aku juga tidak berniat melakukan itu, sahabat," tuturku lagi.


"Kau tidak bersalah, Zura. Aku yang bersalah kerana telah mengganggu kebahagiaanmu. Aku oun tidak berniat begitu tetapi aku terpaksa Zura. Terpaksa!" Dila kini bersuara setelah lama membisu.


Tersentak aku mendengar kata-kata itu.


Terpaksa? Apa maksudmu, Dila? Ah! Malaslah aku bertanya. Andai aku bertanya pasti akan mengeruh lagi persahabatan ini. Biarlah! Apa pun yang kau ucapkan, Dila, aku terpaksa terima biarpun dalam keadaan aku yang tidak situasi yang sebenarnya.

__ADS_1


"Dila, sudahlah tu. Jom kita pergi makan. Aku belanja. Lagipun kita dah lama tak makan bersama. Masing-masing punya urusan tersendiri kan?" Aku terpaksa mengalah dalam menghurai makna ketegangan ini.


Aku dan Dila tanpa berlengah-lengah lagi terus menuju ke kedai makanan yang berhampiran. Janggal terasa kerana telah lama aku dan Dila tidak makan bersama.


__ADS_2