
Apakah erti semua ini?
Aku sangkahkan perkenalan mesra dengan keluarga Dik Mawar cuma kerana simpati semata-mata. Lagi pun umi pernah menyatahkan simpatinya terhadapku kerana aku anak yatim-piatu
"Benar Zura. Rash dah fikir masak-masak. Dah sembahyang istikharah pun. Memang wajah Zura yang muncul dalam setiap mimpi Rash di malam hari," terang Doktor Rashdan tegas.
"Tapi tidakkah nanti Rash dan keluarga akan menyesal memiliki Zura dalam keadaan Zura yang serba tiada?" balasku melepaskan apa yang terbuku di hatiku selama ini
"Bercakap tu ingatkan Tuhan, Zura. Zura mesti ingat, Zura juga manusia yang mempunyai hati dan perasaankan? Dan bukankah Rash dah katakan tadi, umi, abah dan Mas dah bersetuju. Beria-ia merwka menyuruh Rash berterus-terang pada Zura," jelas Doktor Rashdan lagi.
Terdiam aku seketika. Benarkah ini? Layakkah aku nanti digandingkan dengan seorang doktor? Sesuaikah aku nanti ditempatkan di dalam sebuah keluarga orang berada?
"Nantilah, Rash. Berilah masa kepada Zura untuk memikirkannya. Tapi Rash juga kena fikir semula sematang-matanya. Ini bukan perkara remeh-temeh, Rash. Penentuan masa depan Rash juga. Zura tak mahu Rash menyesal nanti," Hanya itu yang mampu aku lafazkan.
"Zura, Rash amat berharap pada Zura. Rash janji, andai suatu masa kita dijodohkan berdua, Rash akan cuba menjaga Zura sebaik mungkin," janji Doktor Rashdan.
Saat ini aku sudah kehilangan kata-kata.
"Percayalh, Zura... keputusan Rash ini bukan kerana simpati tapi memang hati Rash dah berkenan. Rash ikhlas, Zura. Ikhlas untuk mengambil Zura sebagai isteri Rash yang sah." Akui Doktor Rashdan bersungguh-sungguh.
Berani sekali Doktor Rashdan berterus-terang. Dari segi keberanian, aku puji Doktor Rashdan tetapi kalaulah Abang Syah berterus-terang begitu, alangkah baiknya... Astagfirullahala'zim! Mengapa mesti aku mengingatnya lagi?
.
.
.
__ADS_1
Terperanjat Dila mendengarnya. Berubah air mukanya
"Tak boleh begitu, Zura. Tak boleh!!" Bantah Dila berani.
"Tapi mengapa? Berdosa ke aku menerima lamaran Doktor Rashdan?" Balasku kurang senang.
"Bukan kau yang berdosaa, Zura... andai kau terima lamaran Doktor Rashdan. Aku yang berdosa," jelas Dila tegas.
"Dila, kau jangan nak memeningkan kepala aku, Dila. Aku tak faham maksud kau!" ujarku memang tidak faham.
"Zura, hari ini biarlah aku berterus-terang saja pada kau yang sebenarnya," kata Dila dengan suara yang perlahan.
Aku membisu. Kubiarkan Dila meneruskan kata-katanya.
"Zura, Abang Syah... Abang Syah..." Kata-kata Dila tersekat di situ.
"Zura, maafkan aku kerana selama ini tidak berterus-terang padamu," kata Dila.
"Teruskan saja apa yang ingin kau beritahu aku, Dila. Apa lagi yang tidak kau terangkan? Sebolehnya aku tidak ingin mengaitkan Abang Syah dengan hal ini," beritahuku segera.
"Tapi persoalan Abang Syah tidak dapat diketepikan dalam keterangan yang ingin aku sampaikan padamu!" Bantah Dila, masih lagi tegas dan bersemangat.
"Sebenarnya, Zura..."
"Sebenarnya apa?" Segera aku memotong.
"Zura, sebenarnya Abang Syah menyintaimu!" Terluah juga ungkapan itu dari mulut Dila.
__ADS_1
Berderau darahku mendengarnya. Benarkah apa yang telah Dila ungkapkan? Tidak! Tidak!!! Aku tidak percaya!
"Kau jangan nak memerangkap aku, Dila? Apa, kau ingat aku tidak tahu tentang hubunganmu dengan Abang Syah?" soalku penuh emosi.
"Demi Allah, Zura! Antara aku dengan Abang Syah cuma kawan biasa," terrang Dila lagi.
"Jadi selama ini apa, Dila?" soalku lagi.
"Selama ini hanyalah lakonan semata-mata untuk menguji kau!" beritahu Dila lantang.
Oh Tuhan! Apa yang telah terjadi? Abang Syah, mengapa kau buat semua ini? Semata-mata untuk memancing perasaanku? Dila, mengapa kau tergamak menjadi pak turut? Apa untungnya kau berbuat demikian? Permainan apa yang kau mainkan ini?
"Kau kejam, Dila! Sanggup kau bersubahat dengan Abang Syah!" tengkingku bagai orang tidak siuman.
Tergaman Dila melihat aku bertidak begitu. Perlahan-lahan pandangannya dihala ke arah lain. Titis-titis gerimis mula gugur dari kelopak matanya yang bening.
"Tolonglah, Zura! Aku selamanya merasa berdosaa sekiranya kau terima lamaran Doktor Rashdan." Sayu suara Dila menuturkan kata-kata tersebut.
"Kau tak berhak untuk menghalang aku, Dila. Maafkan aku. Semoga kau berbahagia di samping Abang Syah. Aku harap lakonan kau selama ini benar-benar menjadi kenyataan," balasku sebelum berlalu.
"Tunggu dulu, Zura!" panggil Dila sewaktu langkah mula kuatur.
Segera aku berpaling.
"Zura, percayalah walau apa pun keputusan yang kau buat, kau tetap sahabatku, Zura. Aku selamanya masih menyayangimu sebagai seorang sahabat sejati. Dunia dan akhirat."
Sayu aku dengar kata-kata itu.
__ADS_1
Tidak sampai hati aku membiarkan sahabatku terus-menerus diserang rasa bersalah. Perlahan-lahan aku kembali menuju ke arahnya dan secepat kilat aku memeluknya dalam esak yang datang mengundang jiwaku saat itu.