Diari Hati

Diari Hati
12


__ADS_3

Pagi ini keriangan mula menggamit perasaan.


"Kak Zura, kaki Kak Zura semakin kuat sekarang. Dah boleh berdiri lama sikit daripada dulu," kata Dik Mawar dengan penuh rasa bersyukur.


"Syukurlah, Dik Mawar. Dik Mawar telah banyak membantu Kak Zura. Macam manalah Kak Zura nak balas nanti," balasku segera.


"Saya tak minta apa-apa, Kak Zura. Kita kan bersaudara. Tak salah kalau saya membantu saudara saya sendiri," tutur Dik Mawar mesra.


Aku terdiam.


Dik Mawar juga terdiam.


"Kak Zura, nanti saya bila kaki Kak Zura benar-benar telah sembuh, saya nak bawa Kak Zura berjalan-jalan..." ujar Dik Mawar kemudian.


"Dik Mawar, janganlah selalu berangan-angan," Bantahku mengingatkan kata-kata yang selalu aku lafazkan.


Dik Mawar tersenyum manja.


Aku merasa hendak ketawa melihat telatah Dik Mawar yang selalu berangan-angan.


"Oh ya, Kak Zura, abang saya kirim salam pada Kak Zura. Katanya, lepas sembayang Jumaat nanti dia nak datang," beritahu Dik Mawar bersungguh-sungguh.


Tersentak aku mendengarnya.


"Kak Zura, abang saya selalu memuji karya-karya Kak Zura. Dia sering mengikuti karya Kak Zura dalam majalah dan akhbar." Sambung Dik Mawar lagi.


"Baca karya Kak Zura? Nasib baik Kak Zura gunakan nama pena, kalau tidak malu orang tahu," balasku.


"Malu? Apa nak dimalukan? Buat kerja baik pun nak malu? Apalah Kak Zura ni." Protes Dik Mawar.


"Dik, Kak Zura bukan malu buat kerja baik tapi..." Belum sempat aku meneruskan kata-kata, telefon di sisi berdering nyaring.


Dik Mawar segera mengangkat.


Aku malas untuk memasang telinga. Tidak mahu mengganggu urusan Dik Mawar.


Seketika kemudian telefon diletakkan.


"Kak Zura, abang saya tak jadi nak datang hari ni. katanya dia kena hadiri seminar selama seminggu di Kuala Lumpur. Petang ini juga kena bertolak ke sana," beritahu Dik Mawar dengan perasaan hampa.


Tidak jadi? Yahoo! Selamat aku. Memang aku malu hendak jumpa dengan abang Dik Mawar. Biarlah setakat kenal macam ni sahaja. Tidak perlu jumpa-jumpa.


"Tak mengapalah, Dik Mawar. Tak jumpa pun tak apa. Bahaya juga kalau main jumpa-jumpa ni. Tahu dek buah hati dia, nahas Kak Zura nanti," ujarku bersahaja.


"Alah Kak Zura, abang long bukannya ada buah hati. Semenjak frust bercinta kali pertama, terus serik untuk bercinta lagi," beritahu Dik Mawar berterus-terang.


"Orang lelaki pun serik untuk bercinta, Dik Mawar? Ingatkan orang perempuan saja macam tu," balasku lagi.


"Abang long memang macam tu, Kak Zura. Jiwanya terlalu sensitif. Pernah dulu katanya dia sukakan seorang pesakitnya tapi timbul masalah lagi," cerita Dik Mawar panjang lebar.


"Masalah apa pula, Dik Mawar?" Celahku.


"Masalah keluarga pesakit tu, Kak Zura. Mereka tak sukakan abang agaknya. Sayang... kata abang budak perempuan tu baik orangnya, lemah lembut dan menarik. Memenuhi ciri-ciri yang abang mahukan " Sambung Dik Mawar.


Tertarik aku mendengar cerita Dik Mawar.

__ADS_1


"Tak sejodohlah tu, Dik Mawar. Kalau abang Dik Mawar rasakan perempuan tu baik, lemah lembut dan macam-macam lagi, tentu ada orang yang lebih daripada itu," ujarku membrikan pendapat.


"Betul tu, Kak Zura. Kak Zura mungkin orangnya," kata Dik Mawar dalam nada bergurau.


"Isy, ke situ pulak Dik Mawar ni. Untuk sepengetahuan Dik Mawar, Kak Zura juga sudah serik untuk bercinta." Luahku dalam nada bergurau juga.


"Kalau macam tu eloklah, Kak Zura. Yang serik berjumpa dengan yang serik. Barulah ngam!" Usik Dik Mawar.


Terkena lagi aku.


*


*


*


"Ai, Zura, dah bertongkat sekarang ye?" tegur Abang Syah pagi itu.


Aku hanya tersenyum.


"Hairan?" Sejurus aku bertanya selamba.


"Ya," jawab Abang Syah ringkas.


"Usaha tangga kejayaan. Kalau nak berjaya kena kuat berikhtiar," ujarku bersemangat.


Terpegun Abang Syah mendengarnya.


"Abang bangga kerana Zura kini bukan lagi Zura yang lemah semangat." Puji Abang Syah serius.


"Masa telah mengubah segala-galanya, bang," balasku segera.


Kali ini wajahnya kelihatan ceria. Aku rasa terhibur berada dalam situasi begini. Tidak selamanya bergaduh dan bertengkar, sindir-menyindir dan lain-lain lagi yang mencengkam perasaan.


"Zura..."


"Ada apa, bang?"


Abang Syah terdiam.


Hairan pula aku dibuatnya. Tadi panggil nama aku. Ingatkanbhendak cakapkan sesuatu tetapi sekarang senyap pula.


Abang Syah terus menerus mengunci bicara.


Aku pula terasa kecewa kerana hajat untuk mengetahui apa yang ingin disampaikan oleh Abang Syah terhenti di situ sahaja.


"Abang, cakaplah apa yang abang nak cakap tadi." Desakku tidak sabar.


Abang Syah masih juga membisu.


Tiba-tiba kereta yang dipandu oleh Abang Syah dihentikan di bahu jalan. Bertambah lagi kehairananku.


"Mengapa abang berhentikan kereta di sini?" soalku kehairanan.


"Zura, abang... abang sebenarnya... nak berterus-terang pada Zura sesuatu." Barulah Abang Syah kembali bersuara.

__ADS_1


"Berterus-teranglah pada Zura? Zura sedia mendengar. Zura kan adik abang." Pancingku agar Abang Syah tidak lagi tergagap-gagap berterus-terang apa yang sedang bermain di fikirannya.


"Zura, abang... abang..."


"Abang apa, bang?" Desakku lagi.


"Err... tak mengapalah, Zura. Lain kali aje abang beritahu." Betapa hampa hatiku mendengar jawapan Abang Syah.


Aku tidak sekali-kali memperlihatkan kehampaan ini di hadapannya. Biarlah kekeruhan dulu jernih kembali. Andai aku menunjukkan kehampaan ini, aku pasti hati Abang Syah akan kembali tidak tenteram. Memang begitulah sikap Abang Syah. Tidak boleh melihat aku sakit hati.


*


*


*


Perjalanan ke tempat kerja diteruskan. Kali ini Abang Syah kembali membisu. Tidak seperti selalu.


"Abang, maafkan Zura andai Zura bertanya."


"Tanyalah, Zura," jawab Abang Syah ringkas.


"Abang, mengapa Zura tengok akhir-akhir ni Zura tengok abang gelisa aje. Dahlah tu sekarang ni Zura jarang pula melihat abang dan Dila keluar makan bersama. Apa... abang dan Dila bergaduh ke?" soalku ikhlas.


"Zura, sudah berapa kali abang cakap dengan Zura. Antara abang dan Dila hanya kawan biasa. Mengapa dengan Zura ni masih nak kaitkan abang dengan sahabat Zura tu?" jawab Abang Syah tegas.


Dalam alunan suara itu masih terselit sebuah kemarahan yang masih tersembunyi.


"Abang marah?" soalku.


Sejurus Abang Syah kembali tersenyum. Aduh! Manis sekali senyuman itu. Hampir terpukau aku kesekian kalinya.


Abang tidak marahkan Zura. Cuma memperingatkan saja. Please, Zura... abang tak suka kalau Zura kaitkan lagi abang dengan Dila," tutur Abang Syah lembut seraya memujuk.


"Tapi, bang..."


"Tak ada tapi-tapinya lagi, Zura." Rayu Abang Syah.


Mahu tidak mahu, aku terpaksa bersetuju. Jauh di sudut hatiku masih tersimpan rasa hampa kerana Abang Syah tidak mengurai maksud yang sebenarnya.


Perjalanan tiba di destinasi. Sebaik sahaja kereta diberhentikan, aku terpandang seseorang. Dila! Mengapa Dila berada di sini pagi ini?


Lantas aku menoleh ke arah Abang Syah. Aku melihat Abang Syah sedang leka bertukar senyum dengan Dila. Aik? Apa ertinya semua ini? Tadi baru saja Abang Syah memberi amaran kepadaku supaya tidak mengaitkannya dengan Dila tapi sekarang? Ah! Dasar lelaki. Suka berpura-pura. Bijak bermain kata-kata. Penipu!


Sejurus kemudian Abang Syah cepat-cepat menoleh ke arahku pula. Secepat kilat aku berpura-pura berpaling ke arah lain.


"Mari aku tolong kau, Zura," kata Dila sebaik saja pintu kereta dibuka.


"Tak apalah, Dila. Aku dah boleh bertongkat sekarang," balasku perlahan. Sengaja untuk menghilangkan rasa marah kerana telah diperdaya.


"Kau dah boleh berjalan menggunakan tongkat sekarang, Zura?" soal Dila kehairanan.


Aku tersenyum untuk mengawal mood.


"Takkan selamanya aku nak berkerusi roda. Nanti kalau ditakdirkan aku dah boleh berjalan sendiri, tak payahlah aku tumpang kereta Abang Syah lagi untuk ke tempat kerja," ujarku menjeling ke arah Abang Syah.

__ADS_1


"Zura, takkan Zura nak jadi kacang lupakan kulit pulak." Sampuk Abang Syah tiba-tiba


Aku tergamam mendengarnya. Ikhlaskah Abang Syah membantuku selama ini?


__ADS_2