Diari Hati

Diari Hati
7


__ADS_3

Aku menanti Abang Syah di anjung rumah.


Pagi yang masih berkabus, seperti biasa Abang Syah sudah pun tiba di perkarangan rumahku tetapi entah mengapa hari ini, aku tiada mood langsung untuk ke tempat kerja.


"Eh, mengapa dengan Zura ni? Abang perhatikan sehari dua ni, Zura selalu aje termenung. Apa yang Zura fikirkan? Kalau Zura tak keberatan, cerita pada abang... mana tau abang boleh tolong," tegur Abang Syah sebaik saja enjin kereta dihidupkan.


Ah! Abang Syah, kalau cerita sekalipun, kau pasti tidak dapat membantu.


Aku masih membatu. Tiada jawapan kuberikan. Tiada guna aku cerita padanya. Dia bukan abang kandung aku, bukan ayah, bukan adik, bukan sepupu malah bukan saudara-maraku. Abang Syah cuma abang angkat aku. Abang yang tiada pertalian darah. Abang yang tidak tinggal sebumbung. Abang yang tidak pernah menyelami maksud hatiku yang bergelora ini.


"Zura!"


Ah! Pedulikan.


"Zura! Zura dengar tak abang panggil Zura ni?" Ulang Abang Syah dengan nada yang sedikit tinggi.


Tersentak aku mendengarnya. Mengapa pula dengan Abang Syah ini? Angin apa yang datang merasuk dirinya sehingga sanggup meninggikan suara terhadapku? Hairan! Sebelum ini Abang Syah tidak pernah begini. Selama aku mengenali Abang Syah, dia seorang yang penyabar. Tidak pernah sekali berkasar denganku. Jauh sekali memarahiku walau apa jua kesilapan yang aku lakukan tetapi mengapa dengan hari ini?


Aku masih jua membatu. Lantaklah! Peduli apa aku. Memandangkan aku masih juga membisu, brek kereta segera ditekan. Kereta diberhentikan di bahu jalan.


Eh! Hatiku mula merasa berdebar dan perasaanku merasa tidak karuan.


"Mengapa berhenti di sini?" Aku mula bersuara memandangkan Abang Syah pula yang tiba-tiba membisu.


Wajah Abang Syah mencuka. Takut juga aku melihat Abang Syah berkeadaan begitu.


"Zura, cakap pada abang. Adakah abang membuat silap pada Zura?" Soal Abang Syah. Wajahnya masih kelihatan marah tetapi nada suaranya sengaja diperlahankan. Mungkin takut didengar orang atau bimbang orang sekeliling memandang curiga.


"Tidak, bang," jawabku ringkas. Tidak mungkin aku membongkar rahsia hatiku ini. Mana mungkin aku meluahkan padanya. Aku masih punyai air muka.


"Kalau tidak, mengapa..."


"Benar, bang. Abang tidak membuat silap apa-apa pada Zura." Belum sempat Abang Syah menghabiskan kata-kata, aku terlebih dahulu menyambung.


Abang Syah terdiam mendengar penjelasanku. Perjalanan kembali diteruskan. Masing-masing membisu, tidak seperti selalu.


Aku tiba ditempat kerja tepat pukul 8.00 pagi. Masih terlalu awal. Biasanya waktu-waktu seawal ini aku dan Abang Syah singgah di warung di tepi jalan untuk bersarapan pagi tetapi tidak hari ini. Biarlah! Abang Syah ingin membuat perubahan mungkin. Atau azam baru tahun ini.


Aku bersendirian menanti rakan sekerja, Normah.


Abang Syah tidak kelihatan keluar dari pejabatnya untuk bersarapan pagi. Kami sama-sama berlapar.


"Hai, Zura! Awal sampai hari ni," tegur Normah tiba-tiba


"Azam baru," jawabku ringkas.


Normah tergelak mendengar jawapanku.


"Baguslah. Azam baru semoga bertambah mutu." Sambung Normah berjenaka.


Aku hanya tersenyum.


Begitu pantas jarum jam berputar. Apabila kujeling jam di tangan, jam sudah pun menunjuk pukul 9.00 pagi. Pelanggan sudah ada yang datang. Aku meneruskan kerja seperti biasa.


Waktu makan tenga hari sudah tiba. Aku masih menanti Abang Syah. Aku bukannya lapar sangat biarpun dari pagi aku belum menyentuh apa-apa lagi makanan tetapi sekadar mahu melihat reaksi Abang Syah. Adakah dia masih marah padaku atau sudah reda api amarahnya itu?


Lama aku menanti.


"Zura!" Tegur satu suara.

__ADS_1


Aku segera menoleh. Sebuah senyuman terukir di bibir empunya suara itu. Aku membalas tawar. Entah mengapa! Lain yang dinanti, lain yng tiba.


"Dah makan?" Soal Dila.


"Belum," jawabku sepatah.


"Mengapa? Tunggu Abang Syah?" Soal Dila sambil tersenyum. Seolah-olah sedang membakar amarahku. Ikhlaskah pertanyaan itu atau ianya hanyalah satu sindiran?


"Kau dari mana ni?" Soalku tanpa menjawab pertanyaannya.


"Aku pun baru aje lepas jumpa Abang Syah. Pagi tadi dia ada telefon aku. Katanya ada hal nak bincang. Aku oun datanglah kemari," jawab Dila berterus terang.


Tersentak aku mendengar penjelasan dari Dila. Aku sudah agak! Bagaimana aku harus ajarkan perasaanku ini? Sudah aku pesan pada hati agar hilangkan resah ini namun hati tidak terdaya. Luluh jiwa ragaku.


"Mengapa dengan kau ni Zura?" tegur Dila setelah melihat aku hilang ceria tiba-tiba.


"Tak ada apa-apa, Dila," ujarku berbohong.


"Kalau tak ada apa-apa, jomlah kita keluar makan. Abang Syah pesan suruh beritahu kau, dia tak keluar makan hari ni. Dia suruh aku aje temankan kau," beritahu Dila tanpa mengerti perasaanlu yang sedanb berombak ini.


"Tak mengapalah, Dila. Aku tak ada mood nak makan. Kerja masih banyak untuk dibereskan." Sekali lagi aku cuba berbohong. Oh Dila, kau juga kini bukan Dila yang kukenali sepuluh tahun yang lalu. Dila yang aku kenali dulu cepat memahami maksud hatiku. Cepat masak dengan dalihku. Cepatnya kau berubah, Dila. Angin seberang lautkah yang telah merubah pengertianmu terhadapku, sahabatmu yang dulu begitu sebati dengan hati dan perasaanmu? Aku kini hilang Dila yang dulu. Dila yang begitu memahami dan amat kukasihi.


"Oklah, Zura. Kalau kau tak ada mood nak makan, aku pulang dulu. Sampaikan salamku kepada Abang Syah."


Begitu berminat sekali Dila terhadap Abang Syah.


Aku memerhatikan gerak langkah Dila sebelum dia berlalu. Dari segi fizikal, Dila tidak banyak berubah tetapi dari segi sikap, Dila telah jauh berubah.


Keperitan kembali bernadi dalam kamus hidupku. Sudah hampir seminggu aku dan Abang Syah tidak berteguh sapa.


Abang Syah asyik membisu.


Sungguhpun kami tidak bertegur sapa namun Abang Syah tetap sudi mengambil dan membawaku pulang setiap hari seperti biasa. Situasi ini aku tidak pasti sama ada sudah dapat dihidu atau tidak oleh Dila atau orang lain. Apa yang pasti, aku tidak sesekali menceritakan kepada sesiapa. Biarlah kupendam saja luka ini. Biarlah aku seorang saja yang menanggung beban ini. Biarlah aku seorang sahaja yang merasai. Biar perih pedih melingkari, biar perih menghimpit.


Biarlah!


Malam ini aku tidak dapat melelapkan mata. Berbagai persoalan bermain di fikiran. Kucuba menganalisis diri. Menginsafi apa yang telah terjadi. Lama aku mencari diri. Aku gagal menemui sebuah kepastian. Gagal menyelami sebuah pengertian.


Ibu... kasihanilah anakmu! Oh, Tuhan... berikan aku kekuatan untuk menghadapi ujianMu. Temukan aku dengan ketenangan hakiki. Tabahkan hatiku mengharungi hidupku yang beronak dan berduri.


Kringgg!!


Siapa pula yang telefon tengah malam-malam buta begini. Tiada yang menjawab.


Kringgg!!


Tanpa berlengah lagi aku segera berpaut pada kerusi roda yang terletak tidak jauh dari tempat tidurku namun belum sempat aku bergerak, kedengaran mak cik sudah pun menjawab. Aku memasang telinga.


"Apa? Bila? Baiklah." Aku mendengar suara mak cik bersuara cemas. Hatiku mula merasa tidak sedap. Berdebar-debar dan tidak menentu.


"Atie!! Zura!!" Seketika aku mendengar suara mak cik melaung nama Atie dan aku. Kedengaran juga langkah mak cik yang sedang menuju ke arah bilikku.


"Ada apa, mak cik?" Soalku sebaik saja mak cik tiba di ambang pintu bilikku.


"Ayah kau, Zura," ujar mak cik sambil teresak.


Belum sempat aku bertanya dengan lebih lanjut, air mataku terlebih dahulu menitis. Aku sudah mensyaki sesuatu malapetaka telah terjadi.


"Ayah kau dah tak ada." Sambung mak cik bertambah kuat esakannya.

__ADS_1


Aku juga begitu. Sungguhpun antara aku dengan ayah tidak pernah mesra semenjak kematian emak dulu namun hati ku terlalu hiba mendengar penjelasan itu. Ayah!


Setelah ibu pergi, aku kehilangan lagi. Jenazah ayah telah selamat dikebumikan. Aku masih lagi di situ. Merenung tanah perkuburan yang masih merah.


"Sudahlah, Zura. Aku faham perasaanmu," pujuk Dila.


Ah! Memang mudah untuk melafazkan faham. Hakikatnya kau tidak faham Dila.


"Zura, jom balik. Abang Syah sudah menunggu tu," ujar Dila lagi.


Abang Syah tunggu kau, Dila, bukan tunggu aku. Memang kau asyik dengan Abang Syah saja. Abang Syah! Abang Syah! Tiada lain yang kau ingat.


Aku masih tidak berganjak.


Dila masih sabar menanti.


"Kau baliklah dulu, Dila. Aku boleh balik sendiri. Bukannya jauh sangat kawasan ni dengan rumahku," kataku memberi keputusan. Aku tidak suka orang menantiku. Aku lebih senang bersendirian. Hajat ziarah pusara ibu pula. Sudah lama aku tidak mengunjunginya. Ya... semenjak aku terlibat dengan kemalangan.


"Tak boleh macam tu Zura. Lain kali kau datanglah lagi." Pujuk Dila menghalang keputusanku untuk bersendirian di sini. Ternyata Dila tidak memahami apa yang aku rasai kini.


Apa yang harus aku katakan lagi? Tetap dengan pendirianku atau menurut sahaja permintaan Dila?


"Dila, tolong jangan halang aku. Aku tahu balik sendiri," ujarku tegas.


Dila terkejut mendengar keputusanku namun dia tetap menanti.


Nantilah... aku tidak halang! Sampai esok pun kalau kau sudi temankan aku di sini, tidak mengapa.


Tiada lagi kata-kata. Masing-masing membisu seribu bahasa. Seketika kemudian terdengar derap tapak kaki menuju ke arahku. Aku tidak menghiraukannya. Tidak kuasa aku menoleh.


"Zura!" Satu suara menyeru namaku.


Ah! Aku benci suara itu. Benarkah aku membenci atau sekadar menyebut perkataan itu saja tanpa mengunya maknanya sedalam-dalam yang mungkin?


Mengapa mesti hampir kepadaku? Abang... aku tidak perlukan kemesraanmu saat ini. Aku tidak perlukan belaian kasihmu. Aku tidak layak berganding denganmu. Aku kini telah hilang tempat mangadu.


"Maafkan abang, Zura." Abang Syah bersuara lembut.


Tersentuh nuraniku mendengar suara itu namun aku bukan insan yang terlalu mudah termakan pujuknya. Kerana itulah aku masih berdiam diri. Langsung tidak menghiraukan jauh sekali menoleh.


"Zura, abang tahu Zura marahkan abang."


Habis, kalu kau tahu aku marah, mengapa hampir kepadaku? Abang, ini bukan masanya untuk kita bersandiwara.


"Zura!"


"Sudahlah, bang, tak elok kita bersandiwara di sini. Tinggalkan Zura di sini." Tegasku biarpun dihati terundang rasa sebak yang tak terhingga.


"Abang tak boleh tinggalkan Zura sendiri di sini," balas Abang Syah juga bernada tegas.


"Tapi mengapa? Abang takut Zura hilang, diculik atau..." Beremosi sekali aku membidas kata-kata Abang Syah.


"Zura, ikut abang balik. Dah senja ni. Esok kita datang lagi," pujuk Abang Syah yang masih tidak berputus asa.


"Abang baliklah dulu dengan Dila. Zura tak ke mana. Lepas ziarah kubur mak, Zura baliklah," ujarku berdegil.


"Zura, jangan terlalu mengikut emosi. Jangan kerana marahkam abang , Zura merajuk begini."


Apa? Kerana dia? Perasan! Hebat apalah sangat dia itu...

__ADS_1


Aku mula merasa serba-salah. Ikut atau tidak?


__ADS_2