
Mengapa hidupku sering dirundung malang?
Termenung dan terus termenung. Dari pagi hingga ke petang aku asyik termenung.
"Kak Zura! Telefon!" Laung Atie mengejutkan aku dari lamunan.
Segera aku menuju ke ruang tamu untuk menjawab panggilan.
"Hello!"
"Zura, Normah ni. Esok datang kerja tak?" tanya Normah ingin kepastian. Sudah seminggu aku bercuti, memang patut Normah bertanya.
"Mengapa? Banyak sangat ke kerja yang tertangguh?" Soalku kembali tanpa memberi sebarang jawapan lagi.
"Banyak tu memang banyak tapi Encik Syahrul suruh saya tanya Zura," beritahu Normah jujur.
"Mengaoa sampai berpesan-pesan? Telefon di pejabatnya rosak ke?" Tanyaku bersama sebuah sindiran.
"Bukan begitu, Zura. Sebenarnya petang ni Encik Syahrul diarahkan ke Langkawi selama satu minggu. Jadi dia pesan kalau Zura nak datang kerja esok, dia suruh Zura datang dengan Encik Nordin. Encik Nordin akan datang ambil dan hantar Zura selama Encik Syahrul tiada nanti," terang Normah panjang lebar.
Apa? Ke Langkawi? Mengapa tidak berterus terang sendiri dengan aku? Dia marahkah? Atau mungkinbjuga terasa dia dengan sikapku? Abang Syah! Maafkan Zura.
"Terima kasih, Normah kerana menyampaikan pesanan Encik Syahrul. Nantilah, saya akan bercakap sendiri dengannya," jawabku dan terus meletakkan gagang telefon ke tempat asalnya.
Aku kembali termenung di tepi jendela. Apa yang kufikirkan bertambah rencam. Haruskah aku menelefon Abang Syah bertanya apa kabar beritanya atau pesan saja kepada Normah?
Setelah berfikir panjang, aku terus ke ruang tamu untuk menelefon Abang Syah. Belum sempat gagang kuangkat, telefonbtelah berdering nyaring. Terus saja aku mengangkatnya.
"Hello!"
"Abang!" Terpacul perkataanbitu sebaik sahaja aku terdengar suara Abang Syah.
"Kata nak telefon abang, mengapa tak telefon? Tak baik berbohong," kata Abang Syah memulakan perbualan.
"Zura tak bohong. Sebenarnya..."
"Tak payah buat alasan lagi, Zura. Abang tahu, Zura masih marahkan abang. Tapi tak mengapalah. Oh ya Zura, esok nak datang kerja ke tak?" Pintas Abang Syah sebelum sempat aku menerangkan perkara yang sebenarnya.
Hatiku kembali sebal. Aku cuba untuk berbaik kembali tetapi nampaknya Abang Syah tidak memberi kesempatan itu kepadaku. Hilang ceria yang baru saja ingin bermula.
"Nak," jawabku sepatah. Mengapa secara tiba-tiba hatiku terasa lain. Aku termakan hati lagi. Terlalu cepat jiwa ini tersentuh. Benar kata Abang Syah, seawal pertemuan dulu, aku ni perasa orangnya tetapi mengapa dia tidak cuba untuk memahami?
"Oklah, Zura. Abang beritahu Encik Nordin sekarang. Bye!"
Belum sempat aku berdalih lagi, gagang telefon telah diletakkan. Hampa.
Pagi ini aku ke tempat kerja bersama Encik Nordin.
"Mengapa dengan Encik Syahrul tu, Zura?" Soal Encik Nordin pagi itu. Sewaktu dalam perjalan ke tempat kerja.
"Mengapa apa pula, Encik Nordin?" Soalku kembali tidak faham.
"Saya perhatikan dalam seminggu dua ni, dia asyik bad mood aje. Dia ada masalah peribadi ke atau Zura bergaduh dengannya?" Jelas Encik Nordin bersama sebuah pertanyaan
"Mengapa kaitkan dengan saya pula Encik Nordin?" Soalku lagi.
"Yelah. Bukankah selama ini Zura adalah orang yang paling rapat dengannya. Masakan Zura tak tahu," ujar Encik Nordin.
"Benar saya rapat dengannya tapi ada yang lebih rapat lagi dengannya," jelasku selamba. Dalam selamba yang aku tunjukkan sebenarnya ada persaan lain yang hadir.
"Entahlah Zura, tapi baru-baru ni ada saya ternampak seorang perempuan datang menemuinya. Tapi cuma sekali itulah yang saya nampak. Pada pandangan mata saya, perempuan tu taklah mesra sebagaimana lagak seorang kekasih. Encik Syahrul juga begitu," beritahu Encik Nordin tanpa ditanya.
"Kalau ye pun, takkan nak ditayang kemesraannya tu, Encik Nordin," jawabku pantas.
"Zura ni nampak macam cemburu je. Ada apa-apa ke ni?" Duga Encik Nordin.
__ADS_1
Tanpa kusedari Encik Nordin sudah membaca isi hatiku. Malunya aku.
"Tak adalah, Encik Nordin. Saja! Lagipun saya kenal siapa perempuan tu," ujarku mencipta alasan. Mujur datang idea. Dapat juga kubendung rasa maluku. Encik Nordin hanya tersenyum mendengar alasanku. Entahkan dia percaya atau tidak, aku tidak pasti.
Tempat yang dituju sudah sampai. Sebaik saja kereta di berhentikan, aku melihat Normah sudah menanti. Cepat-cepat dia membantuku untuk keluar dari kereta. Pelik! Sebelum ni tiada sesiapa pun yang membantu selain Abang Syah. Agaknya Normah saja nak tunjuk baik di depan Encik Nordin yang sudah beristeri dan beranak dua. Ada hati ke budak Normah ini hendak jadi isteri nombor dua Encik Nordin? Rasa hendak tergelak pula!
"Eh, Normah! Mimpi apa pula kau ni? Sebelum ni tak pernah pun kau tolong aku macam ni?" Soalku sebaik saja kami masuk kedalam kedai.
"Tak boleh ke aku buat kebajikan, Zura?" Soal Normah bersahaja.
"Bukan tak boleh. Bagus apa. Tapi mengapa baru sekarang kau terfikir begitu?" Soalku kembali.
"Tak penting untuk dijawab, Zura. Yang lebih penting kerja yang bertimbun tu tolong siapkan cepat. Tuannya nak datang ambil hari ni." Dalih Normah sambil mengarahkan aku supaya menyiapkan kerja fotostat yang bertimbun di mejaku.
Aku meneruskan kerja seperti biasa.
"Assalamuailaikum!" Kedengaran suara pelanggan memberi salam di luar.
"Waalaikumussalam. Nak ambil kertas fotostat yang semalam ke?" Tanya Normah kepada pelanggan tersebut.
"Ya. Akak yang seorang lagi tak datang lagi ke, kak?" Soal pelanggan tersebut.
Aku muncul dari bilik air. Baru keluar dari tandas.
"Ada apa, dik?" Soalku tiba-tiba.
"Tak ada apa-apa. Cuma lama tak tengok, kan," jawab pelanggan itu mesra
"Rindukan akak ke?" Ujarku bergurau.
Pelanggan tersebut malu-malu.
"Perasan!" Sampuk Normah.
Aku tergelak kecil.
"Ya, mengapa?" Soalnya kembali.
"Akak kagum dengan bakat yang adik ada. Apa nama... Mawar Desa?" Soalku inginkan kepastian setelah aku meneliti hasil karyanya.
"Mawar Desa tu nama pena saya. Nama sebenar saya Mashitah Abdullah, tapi kawan-kawan rapat panggil saya Dik Mawar," terang gadis manis itu.
"Akak panggil Dik Mawar jelah. Nama akak Azura. Panggil aje Kak Zura. Akak yang bertahi lalat bawah hidung tu namanya Normah, panggil aje Kak Nor." Perkenalku kepada Dik Mawar.
Normah kelihatan menjelingku.
"Kak Zura tak berminat menulis sajak ke?" Soal Dik Mawar kepadaku.
"Minat tu minat juga, Dik Mawar tapi akak rasa akak ni tak ada bakatlah," ujarku merendah diri.
"Bakat tak ada, tak apa Kak Zura tapi yang penting minat tu," kata Dik Mawar lagi memberi semangat.
"Dulu masa zaman persekolahan, akak pernah juga menulis tapi hanya separuh jalan. Karya akak pun hanya pernah tersiar dalam majalah sekolah sahaja," beeitahuku mengimbas kembali zaman persekolahan.
"Sayangnya kalau macam tu, kak. Untuk menjadi seorang penulis, kta tak boleh berputus asa, Kak Zura." Terang Dik Mawar lagi. Berminat sekali aku mendengarnya. Hampir terluoa masa rehat sudah pun tiba.
"Eh! Dah rehat ni, jom pergi makan Dik Mawar. Kak Zura belanja. Lagi pun Kak Zura masih berminat nak tahu lebih mendalam lagi tentang dunia penulisan ni." Ajakku mesra.
"Oi, mentang-mentang dapat kawan baru... sampai tak ajak aku sekali," usik Normah.
Aku sempat mencebik ke arahnya sebelum beredar ke kedai makan di sebelah.
Aku mendapat teman baru.
Aku ceria bersahabat dengan Dik Mawar. Seronok mendengar celotehnya. Semenjak berkenalan dengannya empat hari yang lalu, tiap-tiap hari waktu rehat bermula Dik Mawar pasti datang. Bermacam-macam cerita kami kongsi bersama. Kebetulan tempat kerjanya tidak jauh dari sini.
__ADS_1
Semalam Dik Mawar datang bersama nota-nota sajak yan diperolehi melalui bengkel-bengkel penulisan yang pernah diikutinya. Aku tidak lagi sunyi. Minatku terhadap dunia penulisan semakin membuak-buak. Dia tambah lagi dengan semangat dan dorongan Dik Mawar yanb bersungguh-sungguh memberi tunjuk ajar.
Hari ini mengapa Dik Mawar tidak muncul-muncul lagi? Jam sudah pun menunjukkan pukul 12.45 tengah hari. Agaknya Dik Mawar terlalu sibuk hari ini. Tak mengapalah.
"Hai! Si adik belum datang lagi ke?" Soal Normah tiba-tiba.
Aku tersentak.
Takkan tiap-tiap hari nak datang," jawabku cuba menyedapkan hatiku sendiri.
Normah hanya menggeleng.
Aku meneruskan kerja. Kerja baru. Tidak menggunakan banyak tenaga tetapi banyak menggunakan akal dan fikiran.
Sejurus kemudian aku mendengar orang memberi salam. Cepat-cepat aku mendongak.
"Waalaikumussalam. Oh! Kau Dila. Ingatkan ikut Abang Syah ke Langkawi," sindirku.
"Apa kau cakap ni, Zura? Abang Syah bukannya kekasih aku. Buat apa aku nak ikut dia kemana saja?" Balas Dila tegas. Lain benar aku mendengar nada suaranya.
"Marah nampak." Usikku mencari reaksinya.
"Memang patut aku marah, Zura, jika itu tuduhan kau padaku," balas Dila lagi. Serius wajahnya merenungku.
"Aku tak tuduh kau, Dila. Kau tu..."
"Kau tu apa, Zura? Mengapa tak berterus-terang aje yang kau cemburu setiap kali aku bersama Abang Syah?" Balas Dila menyambung kata-kataku yang terputus.
Tercabar aku mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Dila.
"Dila, aku rasa kau terlalu melulu membuat tuduhan, bukan aku!" Ujarku keras.
"Zura, aku datang bukan untuk bergaduh tapi untuk mendapatkan kepastian. Apa yang telah kau cakapkan pada Encik Nordin?" Soal Dila meminta kepastian.
Sekali lagi aku tersentak mendengar pernyataannya.
Oh! Jadi sebelum kau datang ke sini, kau terlebih dahulu ke pejabat Abang Syah? Agaknya apabila di sana, tentu sekali Encik Nordin bertanya. Terlupa pula aku bepesan kepada Encik Nordin supaya merahsiakan apa yang aku kataakan tetapi hendak buat macam mana, nasi sudah menjadi bubur. Terpaksalah aku berhadapan dengan persoalan ini.
"Jawab Zura, jawab!" Tengking Dila.
Benarkah apa yang telah terjadi ini? Sungguh-sungguh benar Dila mahu membuat perhitungan denganku.
"Baiklah, Dila. Aku memang ada beritahu Encik Nordin bahawa kau lebih rapat dengan Abang Syah berbanding aku. Itu saja," jawabku.
"Lagi? Takkan itu saja?" Soal Dila tidak puas hati.
"Lepas tu aku ada mengagak bahawa kau adalah buah hati Abang Syah! Puas hati?" Balasku yang mula naik angin.
"Kau tak ada bukti untuk menuduh aku begitu, Zura. Kau tidak tahu apa yang sebenarnya!" Kata Dila masih benada marah.
"Sudahlah, Dila. Kau ingat aku tak tahu hubungan rapatmu dengan Abang Syah?" Tegasku lagi.
"Zura, kau akan mengetahui segala-galanya nanti," balas Dila sebelum mengundur diri. Kali ini nadanya lebih perlahan dan beremosi.
Aku merenung kata-kata Dila. Ada kekeliruan di sebalik maksud kata-katanya. Ingin aku menghurai maksud kata-katanya itu namun Dila telah tiada di hadapanku.
Kau akan mengetahui segala-galanya nanti... apa sebenarnya maksudmu, Dila?
Abang Syah... keranamu aku bertikam lidah dengan sahabat baikku sendiri. Sebelum ini tidak pernah sekalipun aku dan Dila bertikam lidah apatah lagi bermasam muka. Apa sudah jadi? Itulah kalau bersetankan nafsu. Parah jadinya.
"Sudahlah, Zura. Jangan pula kerana lelaki, kau dan Dila bermasam muka. Tak elok begitu. Dah... jangan menangis lagi," pujuk Normah.
Tanpa kusadari, air mata telah pun berlinang di kelopak mataku.
"Aku tak sangka jadi macam ni, Nor. Memang aku yang bersalah. Terlalu mengikut emosi," jawabku sesal.
__ADS_1
Ah! Apa yang harus aku buat sekarang? Aku tidak mahu Abang Syah tahu. Malu! Lebih mencemaskan hatiku lagi, jika Abang Syah tahu pasti rahasia hatiku ini akan terburai.
Tidak! Tidak!!!!