
Manis sekali pertemuan hari itu.
Buat kali pertama, hari ini aku ke tempat kerja dengan menaiki bas. Aku tidak mahu menyusahkan Abang Syah lagi. Tidak mahu mengganggu perhubungan yang terjalin antara Abang Syah dengan Dila. Aku amat berharap dengan tindakan yang kuambil ini akan mengukuhkan lagi perhubungan tersebut. Biarlah aku berkorban. Berkorban demi untuk kawan dan abang angkatku sendiri.
Aku tiba ke tempat kerja hari ini agak lewat dari biasa.
"Mengapa dengan kau ni, Zura? Kau bergaduh lagi?" soal Normah kehairanan.
"Tak adalah, Nor. Saja aku nak naik bas sekali-sekala. Salah ke?" jawabku.
Normah terdiam. Lantaklah! Hendak percaya atau tidak tetapi yang pastinya, aku memang berbohong. Tidak perlu aku berterus-terang. Andai aku berterus-terang sekalipun, Normah tidak akan faham. Maafkan aku Nor, ini soal hati dan perasaan. Aku meneruskan kerja seperti biasa.
"Oh ya! Zura, kau dah baca surat khabar hari ini?" soal Normah kembali.
"Belum, kenapa?" Aku terus menyoal.
"Mengapa apa? Buat-buat tak tahu pulak," jawab Normah selamba.
"Maksud kau, sajak aku?" soalku ingin kepastian.
"Tahu pun. Kau ni, Zura aku tengok selalu aje ada masalah. Walaupun kau tidak berterus-terang padaku, aku dapat selami hati dan perasaanmu sehinggakan masalah yang kau alami tu terbawa-bawa dalam sajak yang kau hasilkan," ujar Normah panjang lebar.
Termenung aku sejenak. Apa lagi masalah aku sebenarnya.
"Aku hairanlah kau ni, Zura. Kau sekarang dah berjaya. Apa saja impian kau sudah terlaksana sekarang. Dulu kau tidak boleh berjalan, sekarang dah ok. Dulu juga kau berminat nak jadi penulis, sekarang dah tercapai. Apa lagi yang kau mahu, Zura?" Sambung Normah lagi.
"Benar Nor, impian yang ingin kugapai dulu kini telah terlaksanakan tapi sebagian saahaja. Masih ada yang belum selesai," jawabku lemah
"Kau ni peliklah, Zura," Normah membuat kesimpulan.
"Memang orang sering mengatakan aku pelik. Tapi orang tak pernah memahami hati dan perasaan aku," ujarku pula.
"Kerana kau seorang yang perahsia, Zura. Sebab tulah orang lain sukar untuk memahami hati dan perasaanmu," jawab Normah lagi
Kau juga tidak faham Normah. Semua orang tidak faham.
Segera aku mencari akhbar yang dimaksudkan oleh Normah tadi. Baru sahaja aku ingin mencapai akhbar di atas meja, Abang Syah muncul.
__ADS_1
"Zura, ada perkara yang abang nak bincangkan dengan Zura. Boleh kita keluar sekejap?" pinta Abang Syah.
"Tapi masa ni kan masa kerja. Tak boleh!" jawabku membuat alasan.
Sengaja aku ingin mengelak pertemuan tersebut. Sudah aku katakan, aku tidak mahu mengganggu keharmonian perhubungan tersebut. Dila adalah sahabat aku. Mengkhianati namanya andai aku terus-menerus mengganggu Abang Syah. Aku ingin melihat kebahagiaanmu, abang! Bukan kehancuran.
"Sekejap aje Zura, please!" Rayu Abang Syah setelah membisu.
"Tak boleh, bang. Maafkan, Zura. Zura banyak kerja ni. Kalau abang ada perkara penting untuk beritahu Zura, abang cakap aje sekarang." Dalihku lagi.
"Tak boleh di sini, Zura," ujar Abang Syah.
"Tapi mengapa? Malu pada Normah?" soalku tegas.
"Ini bukan perkara remeh-temeh, Zura. Ini melibatkan..."
"Melibatkan apa, bang? Melibatkan hati dan perasaan? Kalau melibatkan hati dan perasaan, Zura bukan orangnya untuk abang luahkan." Entah mengapa perasaaanku tiba-tiba diserang emosi yang mendadak.
Tertunduk Abang Syah mendengarnya. Tidak sangkah barangkali kata-kata seperti itu akan terluah dari bibirku!
Aku dapat rasakan, pastinya hati Abang Syah terguris kerana kelantangan kata-kata itu. Setidak-tidaknya jauh di sudut hatinya pasti terasa.
Abang Syah berlalu tanpa sepatah kata. Rasa bersalah semakin meruntun jiwaku yang gerhana.
"Kau tidak seharusnya bersikap begitu, Zura. Tidakkah kau tahu dengan sikapmu itu telah menghancur luluhkan perasaan seorang insan yang telah banyak berbudi padamu?" Marah Normah pula.
Ya Allah! Apa yang telah aku lafazkan tadi? Alangkah berdosanya aku kerana terlalu mengikut kata hati. Tanpaku sedari, air mata mula menuruni pipiku lantas aku tersedu-sedu.
Terlalu berliku dalam hidup ini.
"Eh! Kak Zura. Mengapa ni?"
Tersentak aku mendengar suara itu.
"Dik Mawar rupanya," kataku apabila melihat Dik Mawar tercegat di depanku.
"Kak Zura menangis?" soal Dik Mawar segera.
__ADS_1
"Tak adalah," jawabku berbohong.
"Tapi mata Kak Zura berair. Kak Zura ada masalah? Kalau tak keberatan, ceritalah pada saya," Pinta Dik Mawar.
"Tak ada apa-apa. Cuma Kak Zura terkenangkan kisah silam Kak Zura," jawabku masih berdalih.
Semoga Dik Mawar tidak bertanya lagi. Cukuplah aku sendiri yang merasainya.
"Kalau tak ada apa-apa, saya nak ajak Kak Zura keluar kejap," beritahu Dik Mawar.
"Ada apa?" soalku tidak faham.
"Kenduri kahwin kakak sepupu saya. Umi suruh saya datang jemput Kak Zura. Abang pun ada dalam kereta tu," beritahu Dik Mawar.
"Mengapa ajak Kak Zura pula?" soalku lagi.
"Alah, Kak Zura. Kak Zura kan dah jadi anak umi. Apa salahnya berkenal mesra dengan saudara-mara saya pula," jawab Dik Mawar.
Lama aku berfikir. Tak pergi apa pula kata umi...
"Baiklah, Dik Mawar. Kak Zura bersiap sekarang," ujarku memberi kata setuju.
"Nor, aku keluar sekejap. Pukul 2 nanti aku masuk balik," beritahu kepada Normah.
Normah menggeleng-gelengkan kepala mengekori langkahku.
"Apa khabar, Zura?" sapa Doktor Rashdan sebaik sahaja aku tiba di tempat letak kereta.
"Alhamdulillah. Rash pula macam mana?" balasku ramah.
"Macam nilah, Zura," jawab Doktor Rashdan tersengih menampakkan giginya yang putih bersih.
Setelah aku dan Dik Mawar berada dalam perut kereta, perjalanan diteruskan menuju destinasi.
Sungguhpun aku merasa ceria apabila bersama Dik Mawar dan keluarganya namun rasa bersalah kepada Abang Syah masih lagi mengepung perasaannku. Telah kucuba untuk membuangnya tetapi gagal.
Maafkan Zura sejali lagi, Abang Syah. Bukan maksud Zura untuk mencalarkan kasih-sayang antara kita tetapi keadaan yang memaksa untuk Zura bertindak sedemikian.
__ADS_1