
“Tuan pendekar mau buat apa dengan rumput perak biru yang beracun itu.”
Mu Zheng hairan mengapa Yun Zhou maukan rumput perak biru yang beracun. Kegunaan rumput perak biru adalah untuk dioleskan pada senjata kerana mempunyai efek melumpuhkan. Yun Zhou tidak menjawab nya dan hanya berdiam diri memikirkan apa yang seharusnya dia lakukan.
“Tuan Mu, aku ingin tahu apakah keluarga Mui mempunyai pendekar dan tahap berapa yang mereka miliki.”
Mu Zheng menjelaskan bahawa keluarga mui mempunyai sekitar 30 orang pendekar tahap spiritual bumi, 10 orang tahap spiritual langit dan bumi, manakala satu orang di tahap langit tian.
“Siapakah yang berada di tahap langit tian¿” Yun Zhou semakin penasaran dengan keadaan keluarga Mui.
“Mui Fan, kepala keluarga Mui. Tuan tidak perlu risau keluarga kami telah bermusuhan sejak lama dan kultivasi aku setanding dengan Mui Fan. ”
__ADS_1
“Sediakan aku sebuah bilik untuk kultivasi dan letakkan semua rumput perak biru di bilik itu.” Yun Zhou sebenarnya ingin menyerap racun rumput perak biru tersebut menggunakan teknik pemurnian tubuh yang bisa menetralkan racun apa sekalipun dan meningkatkan kultivasinya.
Setelah masuk kedalam bilik yang di berikan oleh Mu Zheng, Yun Zhou menaburkan semua rumput perak biru di setiap ruang di bilik tersebut hingga lantai dibilik tersebut di tutupi oleh rumput perak biru. Lalu dia mengeluarkan lagi ratusan inti hewan iblis yang disimpan oleh nya dan meletakkan inti hewan iblis itu di sekitarnya .
kemudian tanpa membuang masa dia duduk dan berkultivasi ditengah-tengah lautan racun itu.
Sementara itu di rumah keluarga Mui....
“Ka.. ka.. kami tidak tau nama orang yang memalukan tuan muda, kami hanya tau dimana dia berada sekarang.” Lalu mereka memberi tahu bahawa Yun Zhou yang mereka cari sedang berada dibawah perlindungan keluarga Mu.
“Ayah.. ayah kau perlu membalaskan ku dia telah mempermalukan ku dihadapan orang ramai, dan aku menginginkan perempuan cantik yang bersama dengannya.” Nampaknya Mui Feng belum sedar akan kesalahannya itu dan berusaha untuk menyalahkan orang lain.
__ADS_1
Kembali pada Yun Zhou:
Yun Zhou telah berada di dalam bilik tersebut hampir sembilan jam dan masih belum keluar juga. Tiada orang yang berani mendekati bilik tersebut kerana gas-gas racun jelas terpancar keluar dari ruang bilik tersebut. Beberapa minit kemudian gas-gas racun yang tersebar itu diserap balik masuk kedalam bilik tersebut. Tiba-tiba berlaku ledakan aura dari bilik tersebut hingga menggegerkan tanah di sekeliling nya.
Tak berapa lama kemudian Yun Zhou keluar dari bilik tersebut dan baju-baju nya kelihatan koyak rabak kerana tubuh badan Yun Zhou membesar dari yang sebelumnya. Otot-otot nya kelihatan besar dan tegap, tingginya juga bertambah, dan yang pastinya dia menjadi lebih tampan dari yang sebelumnya.
Perubahan Yun Zhou yang mendadak itu mengagetkan semua orang. Mereka bertanya-tanya apa yang terjadi di dalam sana dan teknik apa yang digunakannya.
Yun Zhou secara tiba-tiba melepaskan auranya yang kuat itu hingga dapat dirasakan oleh semua yang berada disitu. Yun Zhou pon dapat merasakan perbedaan kekuatannya ketika berada di tingkat legenda berbanding dengan kekuatannya ketika masih berada di tingkat langit tian.
“Perbedaan kekuatannya sungguh jauh sekali , kini aku setanding dengan ayah.” gumam Yun Zhou.
__ADS_1
“Tahniah tuan kerana telah mencapai tingkat LEGENDA ditambah tuan berhasil pada usia yang masih muda, malam ini kita akan mengadakan perjamuan besar besaran bagi menyambut keberhasilan tuan muda mencapai tingkat legenda. ” Mu Zheng mengumumkan berita gembira tersebut dan semua yang ada pun bersorak gembira.