Pendekar Jiwa Naga

Pendekar Jiwa Naga
Episode 2: Berlatih bela diri


__ADS_3

2 TAHUN KEMUDIAN.


"Ahhhhh! beginikah rasanya menghirup udara kehidupan" ucap Yun Zhou. "Ternyata aku akan dihidupkan kembali ke dunia ini". katanya lagi. Walaupun usia masih setahun jagung tatabicara dan kelakuannya sangatlah matang dan berwibawa seakan-akan seorang pangeran. Perilaku yang baik dan peramah membuatkan Yun Zhou terkenal dengan sosok yang baik dalam klan Yun. Namun begitu dia tegas dalam menjalani urusan hidupnya.


"Didunia sekarang ini masih adakah orang orang hebat atau beladiri pada masa ini semakin merosot"gumam Yun Zhou dalam hati. Semasa hidup pertamanya dia berjaya berdiri di puncak dunia persilatan dan dikenali sebagai Kaisar Naga. Namun itu telah menjadi masa lalu. Diapun mengingati masa lalunya sebagai seorang kaisar. Tak terasa masa terus berlalu dengan pantas dan Yun Zhou masih duduk termenung sehinggakan menarik perhatian Ru Yue iaitu pengasuhnya.


"Tuan muda tengah jatuh cinta ya" usik Ru Yue sambil ketawa kecil. Sedar diusik begitu Yun Zhou pun tidak membalas dan hanya tersenyum. Bukannya mengakui kata-kata Ru Yue tetapi dia terus mengelamun dalam ingatan masa lalunya. Walaupun ingatan dan pikirannya matang tetapi kelakuannya tidak kalah seperti anak-anak pada umumnya.

__ADS_1


"Tuan muda sudah tiba masanya untuk mandi dan bersiap-siap untuk makan malam bersama Tuan dan Puan " kata Ru Yue. Kemudian barulah Yun berhenti dari lamunannya dan bersiap siap untuk makan malam.


Semasa makan malam Yun bertanya kepada ayahnya "ayah! ayah! aku ingin belajar beladiri" katanya. Mendengar perkataan anaknya itu Yun Cheng pun menjelaskan bahawa umurnya masih muda dan tubuhnya masih belum mampu untuk berlatih beladiri yang besar cabarannya itu. Manakan tidak kanak-kanak berusia 2 tahun meminta hal yang tidak sepatutnya dilakukan oleh kanak-kanak pada umurnya itu. Kakaknya sendiri pun yang berumur 3 tahun lebih masih belum belajar beladiri. Ini kerana beladiri pada masa kini semakin merosot dan manusia pada masa kini harus membangkitkan roh bela diri dahulu sebelum berlatih beladiri. Dan umur yang cocok untuk membangkitkan roh beladiri adalah 9 tahun dan keatas.


Larut dalam kekecewaannya, Yun pun bertekad untuk berlatih beladiri secara diam-diam. Pada awalnya dia tidak ingin melakukannya secara diam-diam kerana tidak mahu membuatkan orang tuanya risau. Yun Zhou pun menguatkan hatinya untuk memenuhi tekadnya itu.


Dia pun mula duduk dan berkultivasi. Dalam satu tarikan nafas udara disekelilingnya pun menjadi lebih berangin dan kencang. Hal pertama yang dilakukannya adalah memilih teknik kultivasi yang sesuai dengan nya yang terdapat dalam pikirannya. Tubuhnya pun menjadi bercahaya dan dalam pikirannya dipenuhi dengan teknik kultivasi. Akhirnya diapun mendapat apa yang diinginkannya.

__ADS_1


"Teknik kultivasi dewa naga" gumam Yun Zhou. Dalam kehidupan sebelumnya dia tidak pernah berlatih menggunakan teknik ini dan sekarang tidak disangka dia dapat menggunakannya. Teknik kultivasi ini merupakan teknik legendaris tetapi sulit untuk digunakan. Pada masa dia berdiri di puncak beladiri sahaja hanya ada satu orang sahaja yang berjaya menguasai teknik ini iaitu Kaisar Besar yang merupakan gurunya. Kaisar Besar adalah orang terkuat pada waktu itu dan Kaisar Naga berdiri tepat dibawah gurunya itu.


Setelah itu dia pun mengatur nafas dan duduk berkultivasi.


Udara menjadi semakin kencang dan terlihat berkumpul di halaman kamarnya menandakan dia berhasil berkultivasi dan menaik tingkat.


"Hahaha! sungguh teknik yang hebat " katanya. "Baru sekali berkultivasi telah maju 7 tingkat".Yun Zhou sekarang berada di tingkat tenaga dalam yin tingkat ke-7 yang merupakan peringkat pemula bagi para beladiri.

__ADS_1


__ADS_2