Pendekar Jiwa Naga

Pendekar Jiwa Naga
KENANGANKU YANG TERAKHIR DAN TERINDAH


__ADS_3

“Zi Long kau hanya anak tetua tidak berguna kau memalukan sekte. Lebih baik kau tidak berlatih beladiri.”


“Hahahahah betul tu kau seperti kotoran yang melekat pada wajah bagi sekte. ”


“hahahahahahah”


Beberapa anak nakal berani memprovokasi seorang anak yang terlihat sedang berlatih beladiri. Dia terlihat sedang melatih teknik dasar dari beladiri. Namun anak tersebut tidak menghirau kan cemuhan yang dia terima dan lanjut dengan latihannya.


“B... beraninya kau mengabaikan kami semua. Apa kau sudah bosan hidup. Kau memang terhina. ”


Anak-anak nakal itu terus melontarkan kata-kata kesat kepada nya namun dia tetap tidak mempedulikannya. Kata-kata itu akan dia kembalikan kepada mereka satu hari nanti walaupun sekarang juga dia bisa memberi pelajaran kepada anak-anak nakal tersebut.


Motifnya adalah supaya topeng yang dipakainya tidak terbuka dan dia masih dapat menyembunyikan wajahnya. Jika mereka semua menyerang nya mereka tidak akan bisa menang bahkan peluang untuk mereka menang terlalu jauh seperti langit dengan bumi. Itu menunjukkan betapa munafik nya anak tersebut, dia terus menerus menyembunyikan kekuatan nya seperti anak ikan kecil yang bersembunyi di bawah batu besar sulit untuk ditemukan. Tidak lama kemudian anak-anak nakal itu sudah berhenti menghina nya kerana segala apa yang dikatakan oleh mereka tidak hinggap sama sekali pada telinga anak itu. Lalu mereka memilih menyerah sebagai satu-satunya jalan yang ada. Alasan mengapa mereka tidak menyerang anak itu adalah kerana peraturan sekte yang tidak membenarkan setiap dari para murid bertarung selain di dalam arena.


Setiap hari terus berlalu dan hari-hari nya juga sama anak-anak nakal kembali keesokan harinya dan mengulangi perkataan yang semalam bertujuan supaya anak itu hilang kesabaran. Namun siapa sangka bahawa kata-kata mereka seperti air hujan yang jatuh ke pasir langsung tidak diserap.


Tanpa mereka sedar disana di pohon besar berhampiran ada seseorang yang sedang memerhatikan dari jauh dan hanya mampu menggelengkan kepala. Di tahu apa yang terjadi tapi kenapa dia tidak menghalangi nya atau kerana dia ber pilih kasih tentu saja itu bukan masalah nya tetapi anak itu... Zi Long... benar-benar...


“Serigala berbulu domba. ”


Hanya itu kata yang sesuai diumpamakan dengannya sekarang ini, tetap merendah diri walau di pijak namun siapa tahu kaki yang akan memijak nya akan dibaham oleh serigala yang sedang menunggu dengan sabar dari bawah dengan mulut yang ternganga luas.


.............................................................


“Zi Long kenapa kau tidak melaporkan kepada guru besar tentang anak-anak itu mereka langsung tidak menghormati mu.”


“Hahahahaah kakak seperguruan tidak perlu bimbang, kehadiran mereka memecahkan kesunyian ku berlatih. ”

__ADS_1


“Tapi itu penghinaan bagaimana kau boleh terima itu semua”


“Itu kerana, yang kuat lah dihormati, dan yang lemah tiada apa-apa nya walaupun sekuat mana pun latar belakangnya. Jadi aku berjanji dengan makam kedua orang tua ku untuk membalikkan kata-kata mereka itu di masa depan.”


20 tahun kemudian :


“Wah, benar-benar aura yang mendominasi. ”


“Ya kedua-dua nya merupakan murid terbaik di bawah guru besar. ”


Di atas panggung terlihat dua orang pemuda yang sedang bertarung. Kedua-dua nya adalah Kaisar beladiri namun pertarungan mereka ini ingin menentukan peringkat siapa yang lebih kuat.


Yang satunya menguasai teknik legendaris Panduan Naga Syurgawi dan satu lagi mempunyai bakat yang luar biasa dan merupakan kejeniusan tanpa tanding kerana bisa tampil hanya dengan menggunakan teknik ciptaannya sendiri.


”Hahahahaha Zilong kau benar-benar hebat tidak ku sangka kau bisa menahan serangan ku. ”


“Hahahaha kau terlalu merendah hati lihat lah mereka semua terpana melihat kekuatan mu. ”


“Ini bukanlah apa-apa melainkan pembalasan kepada mereka yang telah menghina ku. Hari ini sudah ku buktikan bahawa aku sememangnya cukup mampu untuk membalikkan kata-kata yang pernah nemimpa ku dahulu. Kan sudah benar janji ku yang dulu? ”


“Hahahahah, kau memang sesuatu, selalu saja merendahkan diri namun kata-kata mu tajam seperti pedang pantas sajalah kau tidak mempunyai seorang buah hati ( kekasih). Lihatlah aku yang sudah mempunyai isteri.”


“ Sudah Mari kita lanjutkan urusan kita. ”


“Baiklah itu yang kau mau. ”


PANDUAN NAGA SYURGAWI!!

__ADS_1


“Wah nampaknya kakak seperguruan bersemangat sekali ya untuk mengalahkan ku namun aku tidak akan membiarkan perkara itu terjadi. ”


KEKUATAN NAGA BERSEPULUH!!


...................


“Hahahahahaha, kau memang kuat”


Setelah itu mereka ketawa bersama-sama dan pertandingan dimenangi oleh Zi Long dan jadilah dia jagoan nombor dua dunia beladiri. Hubungan mereka terlalu rapat seperti saudara kandung walaupun bukan sedarah mungkin kerana segala perih payah hidup mereka kongsi bersama.


Semasa dirinya berdiri dipuncak dia tidak lupa untuk membalaskan kedua orang tuanya sehingga akhirnya dia menghembuskan nafasnya bersama-sama saudara nya ketika berita tentang Qi Yong Yi mempunyai panduan naga syurgawi tersebar luas ke seluruh pelusuk dunia dan jutaan Kaisar beladiri datang untuk memperebutkan nya namun semuanya menjadi akhir ketika kitab panduan teknik legendaris itu di bakar oleh saudaranya. Maka marahlah kesemua kaisar yang hadir dan pertempuran berdarah tidak dapat dielakkan lagi.


Ketika saudaranya berhadapan dengan jutaan Kaisar beladiri yang ada dia tidak sanggup untuk membiarkannya lalu turun ke medan perang dengan segenap kemampuan nya. Pada akhirnya mereka berdua mati dan masih tersenyum bersama-sama di saat-saat akhir hidup mereka. Ketika itu tiada penyesalan yang terkandung didalam hati mereka hanya sebuah kata syukur saja yang mampu terungkap kerana telah dibebaskan dari belenggu dunia yang kejam ini.


“Aku bersama-sama saudara ku telah menjalani hidup bersama pada akhirnya mati kami pun bersama, sungguh beruntung aku mempunyai saudara seperti kau ini Zi Long/Kakak seperguruan. ”


“Hahahahaah kau masih saja memanggilku kakak di saat ini..


“Apa bedanya kakak yang mampu ketawa menghadapi kematian..... hahahahah....


Tibalah akhir hayat hidup mereka dan seluruh sekte Da Yuan pun hancur binasa bahkan guru besar pun turut terkorban kerana kejadian hari itu. Sungguh pun mereka bertiga itu kuat dan merupakan jagoan tiga terkuat di dunia beladiri saat itu namun apabila menghadapi lautan musuh yang setara, menjadi akhir bagi hidup mereka ketika itu adalah satu-satunya kebenaran yang tidak dapat dimungkiri lagi.


...........................


“Ah! benar-benar kenangan yang pahit dan indah belaka. ”


Yun Zhou menitiskan air matanya apabila kesemua ingatan masa lalu melintasi pikiran nya. Lalu dia dengan cepat menyelesaikan pelatihan nya, dia tidak mahu perkara yang sama berlaku pada kehidupnya kali ini, dia akan melindungi semuanya, ayah, ibu, kakak, dan klan nya.

__ADS_1


SEMUANYA AKAN KU LINDUNGI!!


__ADS_2