Pendekar Jiwa Naga

Pendekar Jiwa Naga
KEJADIAN SEBELUMNYA


__ADS_3

Sang naga tidak berpuas hati dan kesal dengan Yun Zhou yang berjaya mengembalikan sedikit kesadaran nya pada saat kritis sebelum naga itu sempat untuk membangkitkan kekuatan penuh nya.


Yun Zhou sedang duduk dibelenggu oleh rantai dari sang naga itu pun melihat kearah naga itu dan tersenyum puas. Dia begitu senang ketika berjaya menghalangi niat jahat dari naga tersebut pada masa yang sama juga dia merasa penyesalan kerana dia mungkin akan berada disini selama sisa hidupnya.


“Manusia seperti kau ini beraninya mengganggu rencanaku. Sepatutnya kau merasa bangga kerana aku naga suci ini mengambil alih tubuhmu. ”


“Hahahahahahahah, sungguh lelucon yang hebat. Naga suci apanya aura kau saja mengandung seribu dendam, seekor semut kecil yang tidak berotak pun tahu kau bukanlah baik hahahahaahahaha”


“Hoho! kau sekarang ini berani bermulut besar ya. Hanya berjaya mengembalikan sedikit kesadaran mu saja sudah mampu membuatkan kau membanggakan diri sehingga tahap ini. Manusia memang makhluk yang tidak kenal muka dan tempat. Itulah yang membuatkan manusia menjadi makhluk rendahan.”


“Apa kau bilang!! cerminkan diri kau itu dahulu sebelum melihat kepada orang lain. Kau itu lagi tidak kenal tempatnya, sudah mati ada hati mau hidup kembali lagi pula mengaku sebagai hewan suci. Hahahahahahahahahaha orang gila pun tidak akan mengakui dirinya gila tetapi kau berbeda kau akan mengakui dirimu itu gila...... gila. Kau itu sepatutnya sedar bahawa diri kau yang sekarang ini lebih rendahan daripada manusia rendahan.”


" Cari mati kau. Jika bukan kerana belengu rantai ini sudah lama aku akan memakan jiwa mu itu.”


“Ingin memakan jiwaku. Jangan kau bermimpi disiang hari.”

__ADS_1


“Kau.. kau adalah manusia yang gagal.. ”


“Apa yang membuatkan ku seperti manusia yang gagal? ”


“Kau gagal melindungi kakakmu. Kedua kakinya lumpuh di sebabkan kau tiada di sisinya ketika dia memerlukan bantuan mu. Bukankah kau itu manusia gagal? ”


Yun Zhou terdiam, semua kata-katanya seolah-olah diblokir oleh sesuatu yang sangat berat. Hanya kedengaran suara nafasnya saja yang naik turun. Kata-kata kotor naga tersebut memukul kepercayaan mundur. Namun...


“Jika aku berjaya keluar dari belengu ini, hal yang pertama yang akan aku lakukan adalah pergi ke dunia mu dan aku akan membunuh seluruh ahli keluarga mu terutamanya kakak kau yang tercinta... Hahahahaha pasti akan menyenangkan jika itu benar-benar terjadi.”


“Hahahahahah.. aku.. ti.. tidak akan membiarkan itu terjadi. Aku akan membunuh kau terlebih dahulu. ”


“Huh kau itu sangatlah lemah bagaimana kau ingin membunuh aku ini. Tangisan saja masih belum kau tahan.. benar-benar memalukan.. ”


“Tangisan dan air mata adalah sesuatu yang spesial dari manusia.. dengan air mata kami bisa menjadi lebih kuat dan dengan nya juga kami merasa senang...... Jadi aku akan membiarkan kau merasai kekuatan dari air mata manusia.”

__ADS_1


ROOOOOOOOOAAAAAARRRRR!!


“Benar-benar omongan kosong... marilah dan buktikan kepadaku”


Pertarungan tidak dapat dielakkan lagi apabila rantai yang membelenggu kedua daripada mereka semakin terhakis dengan kemarahan mereka. Lalu mereka bertarung didalam kesadaran yang teramat dalam setelah belengu mereka terlepas. Serentak dengan itu tubuh luar Yun Zhou mulai terbahagi kepada dua bahagian iaitu kesadaran milik Yun Zhou dan kesadaran milik naga. Pertarungan mereka sedikit berat sebelah kerana naga itu lebih kuat daripada Yun Zhou. Tetapi.......


Ada sesuatu yang berlaku kepada semangat naga tersebut. Sebuah cahaya keemasan keluar daripada kepalanya dan menuju ke Yun Zhou. Setelah itu Yun Zhou kelihatan sedang tersenyum hangat. Dia berjaya mendapatkan kekuatan baharu iaitu kekuatan sisi baik daripada semangat naga itu semasa dia masih hidup.


Sisi baik naga tersebut berkata kepada Yun Zhou..


“Gunakanlah kekuatan ku ini untuk menghalangi diri ku daripada melakukan kekacauan. Hanya kau lah harapan ku anak muda... ”


Lalu terbentuk lah sebilah pedang panjang yang mempunyai banyak ukiran emas diatasnya dan Yun Zhou kemudian nya dipakaikan sebuah zirah di keseluruhan badannya. Zirah itu memancar cahaya yang keemasan menerangi setiap penjuru dunia kesadaran nya dan menyilaukan mata.


KASIH VOTE SIKIT...

__ADS_1


__ADS_2