
Pintu pagoda hitam sedikit tidak beranjak walaupun telah ditinju oleh YunZhou berkali-kali dengan kuatnya. Terbuat dari apakah pintu itu sehingga kan begitu kukuh berdiri malahan tidak menunjukkan tanda-tanda mau terbuka sedikit pun. Tampilannya hanyalah seperti sebongkah kayu tebal namun ketahanan nya melebihi tampilannya yang begitu tua dan kuno.
Pelbagai cara telah digunakan untuk menggerakkan pintu tersebut namun YunZhou tetap tidak mendapat sebarang hasil apa pun. Walaupun kecewa namun YunZhou tidak mudah putus asa lalu dia mengumpulkan seluruh kekuatan nya pada sebelah tangan dan meninju permukaan pintu itu dengan sekuat hatinya.
Tiba-tiba sebelum kepalan tinjunya mengenai, pintu itu terbuka dengan sendirinya menyebabkan YunZhou hilang kestabilan dan masuk ke dalam pagoda itu dalam keadaan jatuh mencium lantainya yang berhabuk. Sepertinya ada seseorang yang sedang mempermainkan dia namun tidak terlihat sesiapa pun yang berada didalam pagoda tersebut bahkan tiada tanda-tanda kehidupan pun.
“Kau cacing kecil, dimana terletak nya sopan santun mu. Apakah itu caranya untuk meminta masuk.”
Sebuah suara tiba-tiba datang dan menyapa telinga YunZhou. Suara serak dan besar itu terdengar kuat dan di ikuti oleh gema yang tiada habisnya. Seketika pandangan YunZhou menjadi tercerahkan, dia dapat melihat sepasang mata kebiruan sedang memerhatikan nya dengan tatapan yang menyeramkan.
__ADS_1
“Maaf.. aku pikir tiada orang didalam. ”
“Haaa! apakah kau bodoh kerana terlalu muda atau sebaliknya. Setiap tempat pasti ada yang mendudukinya dan kau beraninya datang ke tempat jagaan aku dan mengacaukan tidur panjang ku.”
“Bukan maksud ku untuk mengganggu tetapi aku datang ke sini untuk menerima tantangan. ”
“Tidak! aku ingin kan perlawanan. Sebelum datang kesini aku di paham kan bahawa hanya ada dua pilihan sahaja iaitu hidup dan mati. Jadi aku tidak ingin mati tanpa perlawanan, ini bukanlah gaya ku sebagai seorang ahli beladiri.”
Keadaan hening seketika sementara sepasang mata tadi sepertinya terpejam selepas mendengar keputusan YunZhou.
__ADS_1
“Bagus-bagus kau telah lolos babak pertama dari ujian dan seterusnya tersisa lima babak ujian lagi. Apakah kau yakin ingin meneruskan tantangan? Biarku peringatkan kau adalah manusia pertama yang berjaya memasuki pagoda ini, harusku akui bahawa kau membuatkan aku sedikit tertarik namun kau adalah yang terlemah dari yang lemah yang pernah masuk ke dalam pagoda kuno Agung ini.”
YunZhou sedikit terkejut bagaimana ujian telah bermula sedangkan dia masih belum mengetahui apa-apa pun. Dia tidak menyangka bahawa aturan didalam pagoda ini memang yang paling terburuk pernah dia jumpa dan sepertinya khusus ditetapkan seperti perangkap yang sedia membunuh kerana begitu mereka menolak untuk berjuang mereka akan mati terbunuh di tempat.
“Baiklah sila teruskan dengan tantangan yang selanjutnya. Aku sedia menghadapi segalanya walaupun di mata mu akulah seekor cacing yang layak mati. Namun tidak bererti bahawa seekor cacing tidak bisa tumbuh menjadi seekor naga.”
“Hahahahahahaha, aku suka dengan sikap manusia yang sombong seperti kau ini dan kau juga terlihat pantang menyerah atau takut mati. Bagus-bagus kita mulakan sekarang.”
Tawa jahat memenuhi pagoda ada sedikit kekaguman dan ada sedikit penghinaan. Namun itu tidak ditujukan kepada YunZhou tetapi bangsa manusia yang memang selalu angkuh walaupun dihadapan kematian sekali pun.
__ADS_1