
Keadaan YunZhou sekarang memang terlihat menyayat kan mata yang memandang. Setengah dari tubuhnya tidak mampu bergerak kerana tiada sokongan dari tulang-tulang nya yang patah kecuali tangan kanan nya yang merupakan pusaka emas sakti.
Dengan menggunakan kelebihan tangan kanannya dia menyerap Qi alam dan memulihkan dirinya sendiri. Dia terus menyerap banyak Qi alam dan mengalirkannya untuk memulihkan dan menyatukan kembali tulang belulang nya yang rusak parah.
Tindakan pertamanya adalah memulihkan tulang yang berada di kakinya supaya dia dapat bangun dari tempat tersebut. Setelah lama dia berada di dalam mode penyembuhan akhirnya dia bisa bangun dari pembaringan nya namun hanya mampu untuk duduk bersila dan tidak boleh berdiri mahupun berjalan.
Kemudian dia mengeluarkan sesuatu dan mengkonsumsi nya dalam jumlah yang banyak. YunZhou mengkonsumsi buah hati baja untuk menguatkan tulang-tulangnya kerana hal yang utama ketika ini adalah memberi sokongan kepada tubuh nya dengan sokongan daripada tulang-tulangnya.
Walaupun masih berada di dalam mode penyembuhan YunZhou tetap mengeluarkan seteguk darah segar apabila tulang-tulangnya bergerak untuk menempati tempatnya semula. Kesakitan semasa proses penyembuhan di katakan lima kali lipat sakitnya daripada kecederaan yang di alami nya.
Hampir dia pingsan kerana kehilangan banyak darah namun dia tidak akan pernah menyerah dan mengkonsumsi lebih banyak sumber daya untuk memulihkan dirinya. Memang susah untuk memulihkan diri sendiri apabila tercedera parah tanpa bantuan orang lain sehingga kan dia perlu menggunakan segala sesuatu yang ada padanya.
Sadar tidak sadar telah lima hari berlalu namun kondisi tubuhnya masih belum mengizinkan nya untuk bergerak. Keaadan nya semakin membaik dari hari ke hari dan tulang-tulangnya pun telah separuh yang pulih.
Memang tidak dinafikan bahawa kecederaan yang melibatkan tulang mengambil masa yang lama untuk pulih walaupun telah mengkonsumsi pelbagai sumber daya yang langka dan terbaik sekali pun.
.........................................................................................
Sementara itu, keaadan di luar makam:
__ADS_1
Cuaca semakin hari semakin menjadi dingin menandakan musim sejuk akan tiba tidak lama lagi. Beberapa sosok sedang melakukan perjumpaan di suatu tempat yang berhampiran dengan makam kuno.
Mereka yang hadir adalah dari empat ras kota empat penjuru alam iaitu manusia, ras demon, ras dwarf, dan ras peri. Mereka terlihat seperti membincangkan sesuatu dan sesekali bertengkar dan bertikam lidah.
“Sebaik saja musim sejuk tiba kita akan memasuki makam dan ras kami yang pertama mengambil harta yang ada di dalam. Kerana anggota kami yang paling ramai.”
Perwakilan dari ras demon langsung saja berkata dengan angkuhnya.
“Tidak!!! tidak boleh. Siapa cepat dia lah yang dapat.” Perwakilan ras peri juga tidak mahu kalah angkuhnya.
“Ras peri terkenal dengan kelajuan nya yang menyerupai cahaya. Tentulah tidak adil bagi kami semua dengan itu bukankah sama sahaja seperti kalian yang mengambil harta duluan.”
“Iya tuh.“
“Cih ternyata kalian ras peri licik juga ingin mengambil harta yang ada sendirian.”
Terjadilah pertengkaran kecil tentang giliran siapa yang akan mengambil harta duluan dan sebagainya. Satu sosok yang sedang mendengar pergaduhan mereka semua itu sudah tidak tahan lagi lalu melepaskan aura miliknya.
Terkejut mereka semua dan kemudian nya keadaan kembali tenang semula. Keadaan menjadi hening seketika sehinggalah sosok tersebut membuka mulutnya sambil mengatakan sesuatu.
__ADS_1
“*Untuk membuka segel kita perlu kan kerjasama dari keempat ras jadi apakah kalian mahu memulai perang. Dengan itu, tiada siapa yang akan dapat memasuki makam tersebut.“
“Tidak.. kami tidak berani.”
“Baik, begini lah sebaik saja kita berjaya membuka segel makam tersebut kita akan mengumpulkan kesemua harta yang ada dan kemudiannya membahagikan sama rata kepada semua ras.”
“Setuju, pemikiran pengeran ketiga memang masuk akal. Aku tidak keberatan mengikuti nya.”
“Iya tuh kami juga sama tetapi bagaimana dengan harta terbaik di dlam makam tersebut*.”
“Mengenai harta terbaik di dalam makam tersebut kita kumpul kan juga seperti harta lain dan kemudian nya kita akan menganjurkan suatu pertandingan beladiri untuk memperebutkannya. Bagaimana, apakah semua setuju.”
“Dengan kata lain yang menjadi juara lah yang akan mendapatkan harta tersebut.”
“Baiklah kami tidak keberatan dan bersetuju dengan aturan yang pengeran ketiga tetapkan.”
Pada akhirnya kesemua ras akur dan bersetuju dengan aturan yang ditetapkan oleh pangeran ketiga namun tiada siapa yang tahu apa yang ada di dalam hati masing-masing dari mereka. Mungkin saja akan berlaku pengkhianatan dari salah seorang dari mereka dan sebagainya.
..............................................................................................
__ADS_1
YunZhou terus memulihkan dirinya sendiri sehingga kan dia mampu untuk berdiri semula dan dapat berjalan walaupun kondisinya masih belum pulih sepenuhnya. Kesemua tulangnya sudah pun di satukan semula cuma keadaan tubuhnya saja sedikit lemah kerana kehilangan banyak darah dan juga tenaga dalam.
Setelah selesai memulihkan sedikit tenaga dalamnya dia pun berjalan kearah bangkai monster tersebut dan mencari sesuatu. Lalu akhirnya dia menjumpai dan mengambil nya. YunZhou mengambil sebuah kunci besar bewarna emas yang asalnya tergantung pada monster tersebut.