Pendekar Jiwa Naga

Pendekar Jiwa Naga
PIL DOU


__ADS_3

Dalam beberapa hari Yun Zhou berada di Kota La Lang dia dengan jelas mengetahui apa yag sedang terjadi. Ketika ini sedang terjadi perperangan di antara Kekaisaran Besar Jia dengan Kekaisaran Besar Song. Dikatakan juga bahawa ini adalah sebenarnya adalah pertempuran antara aliran putih dan hitam kerana di pihak Kekaisaran Jia majoriti sekte-sekte besar dan kecil aliran putih yang melibatkan diri dalam peperangan ini, dan ada juga beberapa sekte besar aliran putih dari Kekaisaran Song turut bergabung dengan pasukan tentera kekaisaran jia. Manakala di pihak Kekaisaran Song adalah keterbalik kannya iaitu majoriti nya adalah dari sekte-sekte aliran hitam.


Berdasarkan maklumat yang dia dapatkan, ayah nya ( Yun Cheng ) mendapat cedera dan dikatakan akan cacat permanent kerana tenaga dalamnya tidak dapat disatukan kerana roh beladiri nya telah rusak. Mendidih darah Yun Zhou hingga naik ke telinganya, tanpa dia sedari dia telah melepaskan aura membunuh yang sangat kuat dan pekat. Ketika itu dia sedang berada di sebuah penginapan dan semua orang berada di situ termasuklah para pendekar mundur ketakutan adapun orang biasa sudah lama hilang kesadaran. Yun Zhou segera menarik kembali niat membunuhnya setelah sedar dari lamunan nya lalu berdiri.


“Kepada semua disini aku minta maaf kerana telah menyebabkan keributan, aku baru saja mengingatkan perkara-perkara yang tidak menyenangkan hati sebentar tadi. Bagi menunjukkan ketulusan ku, semua yang hadir hari ini sila lah pesan makanan dan anggur yang mahal-mahal biar aku yang bayar semuanya. ”


Mendengar perkataan itu semua yang ada melonjak kegembiraan lalu memesan makanan dan anggur yang mahal-mahal sehingga puas. Sebelum Yun Zhou keluar dari penginapan tersebut dia pergi membayar kesemua tagihan dengan sepuluh kali lipat dari tagihan yang dikenakan kepadanya iaitu sebanyak lima koin emas. Terdiam kesemua pelayan melihat uang yang sebanyak itu di bayar dengan mudahnya seolah-olah tidak berharga. Bagi orang biasa seperti mereka sekeping koin emas saja sudah cukup untuk mengubah hidup mereka namun bagi para pendekar emas bukankah apa-apa.


..................


Yun Zhou kemudian berjalan-jalan disebuah pasar dengan harapan dapat menemukan sesuatu yang menarik untuk melegakan perasaan nya. Sosok Yun Zhou menjadi perhatian dan perbualan ramai orang sehingga kan kepala kota juga telah mendengar nya namun tidak berani hendak memprovokasi nya kerana mengetahui bahawa sosok tersebut bukanlah orang sembarangan. Yun Zhou selalu menarik perhatian orang ramai kerana penampilannya yang selalu berkerudung sehingga membuatkan orang semakin mau melihat-lihat wajah nya. Di samping itu, penampilan kudanya yang ganas itu juga banyak menakuti orang dan selalu menimbulkan pertanyaan jenis apakah kudanya itu.

__ADS_1


Sedang dia berjalan-jalan dia terpandang sebuah bangunan yang dikenali sebagai "AOSASI ALKIMIA". Dia lalu memasuki bangunan tersebut untuk mencari sesuatu, sebelum dia masuk dia dihalang oleh tiga orang pengawal bertubuh kekar.


“Pengemis tidak dibenarkan masuk. ”


“Apakah aku terlihat seperti pengemis. Jika aku pengemis sudah tentu aku tidak akan datang ke mari, apakah kalian bodoh? ”


Yun Zhou membalas pertanyaan mereka itu dengan nada yang sedikit terganggu. Wajarlah kerana hatinya sekarang ini tidak senang setelah mendengar apa yang telah terjadi menimpa ayahnya.


Seketika pandangan Yun Zhou menjadi masam dan dia menekan ketiga orang tersebut dengan energi mental nya sehingga menyebabkan mereka menjerit kesakitan. Semua yang ada disitu berasa takut apabila melihat kejadian tersebut. Yun Zhou kemudian nya memasuki kedalam bangunan tersebut dan membiarkan mereka bertiga terbaring di tanah. Setelah dia memasuki bangunan tersebut dia terus bertanya tentang..


“Aku ingin membeli sepuluh pil dou tingkat tinggi. Sebutkan saja harganya akan ku beli. ”

__ADS_1


“Er.. maaf tuan bukannya saya tidak mahu menolong tuan namun apa itu pil dou?”


Sekali lagi Yun Zhou hilang kendali dan menidurkan pelayan tersebut dia sudah kehilangan sabar yang banyak hari ini. Selalu saja ada yang membuat nya tidak senang di sini. Oleh kerana terjadi keributan, lalu keluarlah seorang pria tua dan ditemani oleh dua orang gadis cantik.


“Siapakah yang berani membuat kacau di AOSASI ALKIMIA milik ku ini? ”


Pria tua itu berkata sambil mengeluarkan aura nya yang berada di tingkat Nirwana itu.


“Oh jadi itulah seorang ahli yang telah mencapai peringkat Nirwana di dalam kota La Lang. Sungguh tua sekali lebih baik pergi mampus saja, sudah tua baru mau capai tingkat Nirwana.. ”Cemuh Yun Zhou didalam hatinya. Lalu dia menjawab sekeras kerasnya.


“AKU.. ”

__ADS_1


__ADS_2