
Kini pandangan semua orang terlempar kepada empat orang yang masih belum melalui ujian pembangkitan roh beladiri mereka. Meraka iaitu Yun Qing Tan, Yun Feng, Yun Feng Feng, dan Yun Xiolan. Suasana menjadi semakin panas dan tegang kerana orang ramai yang melihat mereka mulai bertaruh dan berjudi. Tentu saja para tetua yang hadir pon ikut turut berjudi.
"Yun Cheng! menurutmu tahap berapa tingkatan roh beladiri anak mu itu"? kata Yun Guan sambil ketawa keras seolah-olah mau memulai perkelahian dan sengaja membuatkan patriak keluarga Yun marah.
"Cih! keparat ".Yun Cheng tahu bahawa Yun Guan sedang memasang perangkap untuk menjatuhkan reputasinya sebagai seorang pemimpin klan. Walaupun mereka bersaudara tetapi tidak pernah akur kerana Yun Cheng adalah anak dari isteri kedua ayahnya. Yun Guan menjadi semakin berdendam kepada Yun Cheng sejak pertama kali Yun Cheng mendapatkan perhatian seluruh pemimpin klan ketika membangkitkan roh beladiri tingkat sebelas. Dan dia dipermalukan dengan telak pada hari upacara pembangkitan roh beladiri kerana sikap nya yang sombong dan berani bertaruh kepada Yun Cheng.
Kembali pada empat orang yang berada dia arean ujian.
"Baiklah siapa yang duluan"?tanya tetua yang mengendalikan ujian tersebut. Keempat peserta yang tinggal hanya berdiam diri dan masih menunggu siapa yang duluan.
"Huh biar aku yang duluan, aku percaya pada kebolehan diriku yang melebihi semua orang"kata Yun Feng dengan bangga dan angkuh. Sikapnya tidak kalah seperti ayah nya iaitu Yun Guan yang selalu saja angkuh dan merasa diri mereka terlalu tinggi.
Dia meletakkan tangan kedepan menghala kearah sebuah batu yang berfungsi sebagai batu pengukur. Lalu cahaya kemerahan pon keluar dari batu dan mengelilingi tubuh Yun Feng. Kemudian keluarlah aura yang sedikit menekan bersama-sama dengan sebuah sosok seperti hewan kelihatan.
__ADS_1
"Tingkat 9... tingkat 9.. waaaaahhhhh! "teriak penonton.
"Roh tingkat 9 Phoenix api merah Bintang empat" kata tetua tersebut. Selesai dan merasa puas dengan tingkat yang dicapainya dan dibanggakan banggakan itu, dia pon melihat kepada tersenyum dengan penuh makna kerana yakin tiada orang lain yang mampu mengalahkannya.
Kemudian giliran Yun Xiolan untuk membangkitkan roh beladiri miliknya. Dia pon melakukan seperti yang dilakukan oleh Yun Feng kemudian keluarlah cahaya kebiruan dan sosok hewan sepeti harimau sambil mengaum. Para penonton dibuat kaget oleh harimau tersebut dan terlihat sangat kagum.
"Roh tingkat 9 harimau salju satu Bintang"umum tetua yang bertanggungjawab mengendalikan ujian tersebut. Berbeda dengan Yun Feng Yun Xiolan tidak sombong dan hanya mendiamkan diri takut perbuatannya memakan dirinya sendiri.
"Apa!! roh tingkat sembilan lagi" semuanya berteriak kaget dan dibuat kagum.
Yun Guan yang mendengarkan perbualan meraka itu tersenyum penuh makna dan yakin kemenangan akan berpihak kepadanya. Baginya mana mungkin peserta yang lain dapat mengalahkan anaknya.
Setelah beberapa minit kemudian peserta pon berganti tempat. kini giliran Yun Feng Feng pula untuk menunjukkan bakat nya dan roh miliknya. Pandangan penonton pun jatuh kepada sosok tersebut.
__ADS_1
"Wahh! Yun Feng Feng sungguh cantik hari ini "teriak penonton membuatkan dia sedikit bangga.
"Roh tingkat lapan kupu-kupu tujuh warna Bintang sembilan" umum tetua.
Semua yang hadir benar-benar terpukau dengan kecantikan roh beladiri yang dimiliki oleh Yun Feng Feng tersebut dan membuatkan dia semakin angkuh sambil melihat kepada Yun Qing Tan dan tersenyum sinis. Dia berpikir bahawa kecantikan yang dimilikinya dan roh miliknya itu benar-benar telah mengalahkan kecantikan Yun Qing Tan.
Kini tibalah gilirannya Yun Qing Tan dan semua mata terfocus kepadanya. Ramai yang berharap bahawa Yun Qing Tan dapat mengalahkan Yun Feng kerana mereka bertaruh bahawa dia akan melebihi Yun Feng. Semasa dia berganti tempat dengan Yun Feng Feng ,Yun Feng Feng berbisik "kecantikkan ku akan melebihimu...pecundang yang hanya mengandalkan kedudukan ayahnya sperti mu ini tidak akan pernah mengalahkan ku".
Panas hati Yun Qing Tan apabila dia dituduh dan dihina begitu tetapi dia harus bersabar untuk menjadi reputasi ayahnya.
"Yun Qing Tan apakah kau percaya diri dapat mengalahkan ku" kata Yun Feng dengan lantang supaya didengari oleh semua orang. Melihat Yun Wing Tan yang berdiam diri sahaja membuatkan dia semakin yakin diri.
"Maukah kau bertaruh denganku Yun Qing Tan"kata Yun Feng "jika kau kalah, kau harus menjadi isteri ku" katanya lagi dengan lebih lantang agar didengari oleh semua orang. Dia yakin tidak ada yang dapat mengalahkannya.
__ADS_1
Yun Qing Tan kini dalan delima memikirkan reputasi ayahnya jika dia menolak tantangan tersebut dan nasib dirinya jika kalah. Nilai taruhan itu terlalu besar buatnya. Sejujurnya dia tidak menyukai Yun Feng sama sekali kerana sikapnya yang buruk itu.