Awak,Saya, Kita?

Awak,Saya, Kita?
Gadis Biasa


__ADS_3

Ring, ring, ring... bunyi jam loceng yang bingit telah meriuhkan suasana hening di pagi hari.Dengan keadaan sedikit malas ia menggerakkan tangannya perlahan lahan ke arah jam loceng,Tik Sambil menekan jam loceng yang berbunyi.Perlahan lahan ia bangun sambil mengusap matanya.“ Mija bangun, dah lewat kamu tu. Nak pergi kerja pukul berapa!". Suara itu dengan lantang menjerit memanggil namanya. “Iya mummy, sudah bangun" sambil melirik ke arah jam loceng.“Bilalah nak habis kerja ni" sambil bangun dan berjalan malas ke bilik air.


Mija atau nama sebenar ialah Hamizah gadis lulusan universiti yang baru sahaja mendapatkan pekerjaan di syarikat City Holding. Mija ialah gadis yang mempunyai perinsip yang sangat kuat dan sangat mementingkan kerjaya.Baginya, hidup akan lebih indah jika manusia tidak perlu berharap antara satu sama lain. Tetapi kerana beberapa alasan ia mulai malas dan mula pertikaikan zaman pekerjaan. Harapan yang besar akan berakhir dengan kekecewaan yang lebih besar.


“Kau dah siap dah, sini sarapan dulu biar perut kamu tu tak kosong"sapa ibu mija bersahaja. “Dah kenyang mummy, dengar alarm tadi tu" balas mija seakan akan perli. “Eh budak ni, kamu tu jangan terlalu fokus kerja sangat. Kawan kawan mak kan semua dah boleh main dengan cucu. Mak teringin la jugak...." belum sempat menghabiskan ayatnya tiba tiba dicelah oleh ayahnya yang baru pulang dari masjid.“Som, Mija tak pergi kerja ka, saya nampak motor masih ada dekat rumah."Mija yang mendengar suara ayahnya itu pun terus bangun dan besrsiap untuk ke tempat kerja. Bukan dia tak tahu, kalau ayah dengan mummynya akan buka topik pasal kahwin,kahwin, kahwin. Baginya soal jodoh itu ghaib. Bukan dia tak berusaha tapi sudah memang jodohnya belum sampai lagi.


Sambil bejalan keluar daripada rumah, Mija mengambil kunci motor yang disangkutkan di dinding dan bersalaman dengan ayahnya. “Hati hati pergi kerja tu” pesan ayahnya ringkas.Mija hanya membalas dengan senyuman. Sambil membawa motosikal ia teringatkan tentang perbicaraan ibunya tadi. Perlahan lahan air matanya pun mengalir disapa angin lalu menghilang dalam kesibukkan kota.“ Jodoh itu perlukan usaha sayang, dari kamu dan saya. Kalau saya seorang yang beri komitmen tapi kamu tak beri komitmen. Memang tak jadi apalah".“ Oh, awak fikir diri awak je.. awak nampak komitmen awak je, komitmen saya awak tak nampak pulak." Pin, pin,pin tiba tiba Mija tersedar dari lamunan setelah di hon oleh kereta di belakangnya. Dengan perasaan sedikit malu, ia pun terus membawa laju motosikalnya hingga ke tempat kerja.

__ADS_1


Dalam keadaan kelam kabut turun dari motosikalnya, dia terus berlari masuk ke ofis untuk punchcard.“ Huh nasib baik sempat, ini kalau lewat 30 saat lagi memang merah punchcard aku ni. ”Gumam dia seorang diri. “Hai Mija, lewat nampak harini. " sapa salah seorang rakan sekerjanya itu. “Ha, lewat sikit harini" balas Mija sambil tersenyum.“ kalau ye pun buka la helmet dulu, nak pakai sehari ke helmet tu” tegur Ainul selaku senior kerja Mija sambil tergelak. Dengan perasaan sedikit malu Mija pun membuka helmet sambil tesenyum sipu sipu malu. “Tak perasan pulak kak nul" balas Mija. Mija pun perlahan lahan menuju ke meja tempat kerjanya.


Dalam jam 10 pagi“Mija,Mija" dia pon menoleh untuk melihat siapa yang memanggil namanya.“ye kak nul,kenapa?" “Kau ada dengar tak pasal semalam". “pasal apa”.“ Alah pasal si Faiz tu semalam".“ kenapa dengan dia?".“ Akak ada dengar semalam dia melamar wawa dekat dataran,sweetnya..." .“ Oh sekarang wawa tak masuk kerja harini sebab demam lagila terkejut pasal lamaran tu ke".“ Itu akak tak pasti, tapi dari yang akak dengar la kan Wawa tolak lamaran tu".“Ye ke kak, boleh jadi khabar angin je tu".“Betul Mija, dia Boleh tolak lamaran Faiz tu. Kalau akak la kan baik terima je.Faiz tu dah la ramai peminat, kalau dia jual mahal sangat nanti takut dia yang menyesal nanti".“ Biar je lah kak. Kita ni mana tahu.Mungkin dia ada sebab sebab tertentu, sebab sendiri. Kita ni tak duduk tempat dia, mana kita tahu". “ Akak bagitahu ja"balas kak Ainul sambil duduk semula di meja tempat kerjanya. Mija yang mendengar balasan kak Ainul seakan akan marah.“ Suka sungguh menyibuk pasal orang". Gumam Mija dalam hati.


“Huh nak rehat jap, kerja sampai bila pon tak habis". Gumam Mija sambil menyelak handbag mencari earphone. Dalam keadaan bersandar ke kerusi. Mija membuka muzik yang menjadi titik sejarah dalam hidupnya. Lagu yang menyimpan sejuta perasaan,kenangan. " Salahkah aku terlalu mencintai dirimu, salahkah ku terlanjur rindu padamu. Mengapa kau semakin jauh dariku.. ". Entah kenapa lagu itu sangat menyentuh hatinya. Dia seakan akan merasakan lagu itu sesuai dengan kedaannya saat ini.


“Mija,Mija bos cari kau tu. Sempat lagi melamun". Tegur kak Ainul. “ Hah? Oh sekarang ke? ok ok". Dalam keadaan terburu buru, smartphonenya bergetar kerana mendapat mesej. Riak wajahnya tiba tiba berubah bila dia membaca isi kandungan mesej itu. Dia membiarkan smartphone nya itu diatas meja dan terus menuju ke bilik ofis bosnya. Dalam mesej itu tertulis“ Dia masih sayang engkau tu. Kenapa kau tak bagi je dia peluang. Hidup aku terganggu, tiap tiap hari kol aku tanya engkau. Kalau aku jadi engkau la kan, Aku bagi je dia peluang".

__ADS_1


Sementara itu keadaan di ofis menjadi hening.


Dalam perjalanan menuju ke bilik bos. Mija memikirkan kata kata dari mesej kawan baiknya itu. “ Nak bagi peluang macam mana, dia tak buat silap pun, tapi keadaan tak mengizinkan. Aku ni perempuan biasa ja. Bukan dewa. Benda yang lepas sudah tak boleh diubah". Gumam Mija seorang diri sebelum masuk ke bilik bos.


“Cinta, apa Itu?". Satu tanda tentang kehebatan manusia. Dikala saat manusia terleka. Datangnya ia tidak diundang, perginya ia tidak dihalau. Bukti akan cinta manusia itu, mampu mengisi dunia dengan gelak tawa. Adakalanya ketika Terluka, ia mampu membawa petaka. Dunia tanpa cinta umpama manusia tanpa roh, Dan terlebih akan cinta dunia Umpama si tamak yang melupakan hari akan kematiannya.


__ADS_1


Petikan puisi pujangga masih terngiang ngiang di fikirannya tatkala ia memikirkan tentang lelaki itu.


__ADS_2