
Hadi menghadap ke luar jendela rumahnya. Hujan yang masih turun membuatkannya rasa ingin tidur lelap dan tidak mahu bangun lagi.
“ Hujan yang turun, Bagaikan mutiara” Sambil menyanyikan lagu “ HUJAN” nyanyian sudirman. Ibunya yang mrlihat Hadi membuka tingkap di waktu malam pun lansung menegurnya. “ Buat apa dekat tingkap tu, Tutup, tutup. Dah malam malam macam ni jangan buka tingkap. Takut nanti ada yang tumpang menginap di sini ” Beritahu ibunya kepada Hadi agar dia menutup tingkap itu. Ibunya itu tahu, Bahawa sanya Hadi itu juga seorang yang penakut. Dia berani melihat, mendengar kisah kisah seram, Movie movie hantu, Tetapi penakut jika untuk tidur sendirian. Hadi yang mendengar kata kata ibunya itu pun menutup tingkap dan berjalan menuju ke Ibunya. “ Mamaaaaaaaaa...... ” sambil bercakap mengunakan suara keronkong seperti berbisik seram. “ Kenapa cakal macam tuuuuu.... ” Ibunya yang mendengar anak nya itu bercakap seperti itu lansung ketawa dan berkata “ Main main lah, Nanti dia tidur dengan kamu, Baru kamu tahu” Mamanya mengusik Hadi.
“ Ishhh... Mama ni, suka cerita yang bukan bukan” Balas Hadi menggunakan suara normal kembali. “ Ha... Tahu pun takut” usik ibunya. “ Adi ni mama, Bukan penakut sangat. Berani sangat pun tak. Tapi mama jangan doa macam tu, tak kesian ke dekat anak mama ni” Balas Hadi sambil buat muka comel. Ibunya hanya tersenyum ketawa sambil berjalan menuju ke arah dapur. Hujan itu membuatkan Hadi mengantuk. “ Baik aku tidur lah, Sejuk sejuk ni seronok ni kalau tidur” Bisik Hadi sendiri dan berjalan masuk ke dalam biliknya. Dia melihat lihat sekeliling biliknya...seperti sedang mengingat sesuatu, Beberapa saat kemudian dia membuka laci meja bawah dan mencari cari novel Miliknya. “ Ada pun, kesian kau dah berhabuk” Hadi bercakap dengan bukunya itu sambil mengelap habuk yang ada di atas buku itu. Novel itu sudah sangat sering dibacanya dahulu ketika dia masih di bangku sekolah. Itu adalah novel pertama yang telah menarik minatnya untuk membaca novel. Dia mencari cari halaman yang sudah ditandanya.
__ADS_1
“ Tahu charlie chaplin, Charlie chaplin ini terkenal dengan lawaknya pada suatu Ketik dulu. Lawaknya itu berbentuk tindakan dan tiada suara. Lebih kurang sama je macam mr. bean, cumanya Charlie Chaplin ini dahulu baru mr. bean . Pernah suatu ketika, Carlie Chaplin ni bertemu dengan Albert Ainstein. Waktu mereka berjumpa, Mereka saling memuji antara satu sama lain. Albert Ainstein memuji charlie“ beruntung nya aku dapat bertemu dengan orang yang sangat hebat, Kamu boleh buat orang ketawa dan memahami maksud kamu tanpa berbicara” puji Albert Ainstein kepada Charlie itu. Charlie yang mendengar pujian dari Albert pun membalas semula pujian Albert dengan Pujiannya “ Terima kasih kerana telah memujiku, Aku tidak seperti kamu. Kamu bahkan lebih hebat dariku. Manakan tidak, Kamu mampu membuatkan orang lain mengagumi kamu walaupun mereka tidak faham dengan apa yang kamu katakan”. Hebat kan dua orang manusia ini. Tetapi mereka terlupa, masih ada Lagi satu orang insan yang lebih hebat dari ini. Dialah Nabi Muhammad. Nabi kita lebih hebat kerana mampu membuatkan orang lain jatuh cinta kepada dirinya walaupun diantara mereka, ada yang tidak pernah bertemu dengan Nabi Muhammad”
Hadi pun lansung menutup buku yang dibaca ya itu. Sambil menyandarkan tubuhnya ke dinding. Dia mula berfikir sesuatu. “ Aku ni Nabi pun masih belum kenal” Bisik Hadi di dalam Hati. “ Umat apa aku ni, Nabi sendiri pun tak kenal” Sambil matanya melihat ke lampu syiling biliknya. Dia pun menghembuskan nafas yang panjang. Ketika itu, Yang ada di fikirannya hanyalah tentang cinta. Hadi yang mula memikirkan soal cinta pun lansung mengambil phonenya dan melihat mesej. Dia melihat ada mesej dari Mija. Mija hanya mengantarkan emoji budak comel memegang kasut dan ingin melemparkan kasut itu. Hadi yang melihat di noti bahawa Mija online, Lansung memberanikan diri untuk mengacaunya. “ Tak tidur lagi ke?” Hadi memulakan chat. Seketika chatnya dibalas pantas “ Belum, Kenapa encik Nuaim?”. Hadi yang membaca pun tersenyum. “ Jangan tidur lewat lewat sangat. Nanti mata kamu jadi panda”. Hadi cuba mengatur ayatnya agar boleh berbual lebih lama.
“ Jadi panda pun tak ape, Asalkan saya bahagia” Balas Mija garang. “ Kamu dah makan ke belum?” Ayat yang umum ditanyakan ketika awal awal kenal dan sebelum bercinta. Walaupun Mija adalah perempuan pertama yang dia chat, Tapi seolah olah dia sudah terbiasa dengan hal itu. “ Sudah kamu, sudah. Kamu tu dah makan ke. Tengah buat apa sekarang ni?” Melihat respon yang positif. Hadi tersenyum girang sendirian. “ Iya, sudah makan. Saya lagi kebosanan sekarang ni” Balas Hadi sambil menghantar emoji orang sedang duduk ditangga termenung. “ Ouh... Bosan. Kiranya kalau bosan baru lah nak chat saya? Saya ni kira macam pelepas bosak awaklah!” Balas Mija seperti marah dan meletakkan sticker orang yang tengah marah. Hadi yang membaca pun seperti dapat meneka yang Mija memberi nya ruang untuk selalu chat.
__ADS_1
“ Kamu lagi ngapain sekarang?” Tanya Hadi. “ Aik... bila masa kamu jadi orang Indonesia. Haha. Aku lagi sibuk bikin kuih, Untuk besok”
Mija juga sudah dipengaruhi dengan gaya bicara Hadi. “ Ouh..... Buat la keja kamu tu dulu, Kalau dah siap nanti bagitahu. Jangan lupa buat lebih sikit, Untuk saya sekali” Balas Hadi sambil meletakkan phonenya di atas katil dan berjalan keluar pergi ke tandas.
Di sisi lain....
__ADS_1
Mija hanya tersenyum membaca chat dari Hadi. “ Boleh, boleh, tapi kamu kena datang sini dahulu. Tolong saya masak” Balas Mija tersenyum di dalam biliknya. Sambil menunggu mesejnya dibalas, Dia pun bangun dan meregangkan sedikit ototnya. “ Nak pergi mandi lah, Panas pulak cuaca Harini” Mija bercakap sendiri dan bergarak untuk membersihkan diri. “ Mija, Tolong mummy jap” Ibunya memanggil Mija untuk membantunya di dapur. “ Ye mummy, Datang” Balas Mija lalu berjalan menuju ke arah dapur. “ Waktu aku ada kerjalah mummy panggil” Bisik Mija dalam hatinya. “ Ade apa mummy?” Kamu tolong buatkan kopi sekejap untuk ayah kamu, Mummy nak basuh pinggan sekejap" Beritahu ibunya kepada Mija. Mija pun memanaskan air dan membancuhkan kopi untuk ayahnya. Dia pun meletakkan air itu di atas meja makan. “Ayah, Kopi dah siap” beritahu Mija dengan meninggikan sedikit suaranya. Dia pun melanjutkan niatnya untuk pergi menyejukkan badan..