
“ Abang risau la dengan perangai mija tu sekarang. Abang rasakan dia tu macam dah berubah.Entahlah mungkin firasat abang je ke".Sapa ayahnya Kepada ibunya setelah Mija pergi. “Abang ni kenapa cakap macam tu. Dia tu mungkin penat, Letih bekerja. Kita ni mak ayah dia kena la ada sifat memahami. Kalau kita pun tak boleh faham dia, siapa lagi yang nak faham dia abang". “Saya ni bukannya apa Som, saya ayah dia, bila berlaku sesuatu pada dia, saya ni susah hati. Dia macam ada sorokkan sesuatu dari kita. Kamu tak ade tanye dia apa apa ka Som, ke dia ada cerita apa apa dekat kamu".“Macamlah abang tak kenal anak abang tu,kalau saya buka mulut ja semuanya tak kena. Itu tak kena, ini tak kena. Saya jugak salah dia betul semua. Samala macam abang tu, kita jugak yang nak kena tanya". “Aik.. kenapa saya pulak yang awak marah ni. Saya tanya awak, saya pulak kena marah". “Iyalah, abang tu sama je... malam malam keluar sampai pagi. Tengok bola lah, main dam lah, yang saya ni Semua nak kena kisah. Anak awak berubah saya nak kena tanya,basuh pinggan lagi, masak. Yang dia tu asyik keluar ja tak ingat bini kat rumah".“ Ai berat dah orang tua ni,sekali dengan aku kena pulak.Ni kalau aku dengar ni, Boleh pendek umur aku". Bisik hati kecil ayahnya sambil berjalan perlahan lahan keluar dari rumah.
“Yang kita ni penat tak sudah, dia keluar, keluar, keluar". Kerana leterannya tidak dibalas.Ibunya pun berhenti beleter dan melihat di sekeliling.“ Hilang pulak orang tua ni. Abang... abang... ha macam tu lah perangai,cakap sikit hilang, cakap sikit hilang. Macam mana anak tak perangai macam tu".
Dalam situasi yang masih tidak habis berleter sendirian.“ Ding dong kudatang padamu bukalah pintu, kau tak dapat sembunyi dariku". smartphone ibunya berdering.“ Sape pulak yang kol ni, waktu ni jugak lah nak kol. Yang semalam tak nak kol".Sambil melihat nombor phone.“Sape pulak ni, tak save number". Gumam ibunya dalam hati. “Hello".“Hello mummy, sihat ke? Kalsom cuba mengingati suara itu. “Oh kamu...."
Sementera itu, Mija masih memegang daun pintu. Termenung sendirian sebelum masuk ke ofis bos. Tiba tiba pintu bilik itu dibuka. Mija yang terkejut pun melatah dengan serta merta. “Allah Allah". sambil nafas tercungap cungap kerana terperanjat. “Yang kamu ni kenapa pulak Hamizah, macam nampak hantu". Sorry cik Azman, saya ni memang lemah semangat sikit. Kadang kadang bunyi buka pintu pun boleh buat saya pingsan". Balas mija sambil tersenyun senyum macam kerang busuk.“Pulak, awak ada penyakit parkinson ke. Risau pulak saya". “Eh tak, saya ni lemah semangat ja penyakit lain tak de. Kenapa encik cari saya ye".“Saya nak awak ikut encik Rasyidi ke apointment nanti. PA dia tak dapat pergi. Memandangkan awak pun masih baru, boleh la awak cari pengalaman kat sana nanti".“ Dekat mana ya cik tempat tu".“Dekat Laguna resort, Langkawi. Kenapa,ada masalah ke? ".“tak de cik". “takpe nanti tarikh tu saya akan konfirm kan di lain waktu. Kalau ada apa apa awak boleh rujuk cik Rasyidi terus directly".“Ok baik cik”. “Awak dah boleh sambung buat keja awak balik".
__ADS_1
Sambil berjalan menuju ke mejanya,“ Wah Mija, Sayang betul bos dekat engkau. Baru kerja beberapa bulan, dah boleh pergi outstation".Mija menoleh ke arah suara itu, “Mana ada siti aku pun tak tahu kenapa aku, banyak lagi orang dekat company ni.Kenapa mesti aku.Kalau kau nak, aku nak recommend kau ja yang pergi. Nak ke". Bidas Mija perli dalam halus.“Eh, tak pe lah. Aku pun banyak lagi kerja". Balas siti sambil tersenyum sinis dan beranjak pergi dari situ.
Ketika hendak pulang dari kerja, motosikal yang dinaiki Mija rosak. “ Aduh... kenapa rosak waktu waktu macam ni pulak". Sambil memegang dahinya.“ Kol kak Nul lah.....Hello, Kak Nul tolong sikit boleh... motosikal saya rosak dekat tempat parking ni.... ouh ye ke.. okay".“Dia dah balik la pulak. Ni kalau dia ada kan senang.herm.... Apa aku merepek ni.. benda dah lepas..Hamizah! Berhenti fikir tentang dia". Bisik hati kecilnya sambil berjalan untuk mengambil grab.
Sebelum menempah Grab, Mija menelefon ayahnya untuk memberitahu keadaannya.“Ayah, Motosikal Mija rosak...tu Mija tinggalkan dekat tempat parking dulu”.“ Tu kamu balik dengan apa, nak ayah datang ambil ke".Balas ayahnya.
Ibunya yang mendengar perbualan ayahnya melalui telefon pun datang menegur.“ Kenapa bang, siapa kol?".“Mija kol bagitahu motor dia rosak".“Habis tu dia balik dengan apa bang?..abang pergi ambil ke?..".“Tak dia balik dengan grab..". Balas ayahnya bersahaja sambil menyarung baju kemeja.“Abang nak ke mana?".
__ADS_1
“Saya nak pergi rumah Haji Deraman Jap, Nak ajak anak dia, Raja untuk tengok motosikal Mija tu".“Abang tak nak makan dulu ke".“Sekejap lagi Mija balik, Kita makan sekali". Sambil berjalan keluar mengambil kunci kereta.
Dalam kereta grab, Mija terlelap dan dibuai mimpi mimpi yang telah hilang suatu ketika dahulu.“Sayang, petang ni saya lewat sikit. sorry, tiba tiba kerja jadi banyak. Sorry kamu. Dalam setengah jam lagi saya sampai".“ Tak pe la, Kamu siapkan kerja kamu dulu. Kalau ada apa apa kamu kol Sayang okay".“ Okay". Telefon pun ditutup.Sambil menghembus nafas panjang“ herm.... Kena sidai lagi... tak pe lah,maybe dia betul betul sibuk tu".Bisik hatinya.“Baik makan dulu".Gumam mija seorang diri sambil berjalan menuju ke tempat aiskrim.
“ Dik, dik... Dah sampai".Mija disedarkan oleh pemandu grab.“berapa bang?".“15 dik,okay terima kasih". Mija pun keluar dari kereta masuk kedalam rumah dan terus duduk di sofa.
“Mija dah balik ke". Terdengar suara sayup sayup dari dapur rumahnya.“Dah mummy".“Kamu pergi la rehat dulu, nanti ayah kamu balik kita makan sekali". Tiada balasan dari Mija. Mija hanya bangun dan berjalan masuk ke biliknya. Sambil baring memikirkan mimpi tadi.
__ADS_1
“Agak agaknya dia sekarang tengah buat apa eih... hermm.. " Gumam Mija dalam Hati. Sambil melihat mesej yang dihantar oleh kawan baiknya tadi, tiba tiba matanya pedih dan mengeluarkan air mata.“Kalau sudah memang ditakdirkan, kita sepatutnya dah bersatu sekarang. Tapi takdir berkata lain". Fikir Mija di dalam hatinya sambil mengambil bantal dan ditembabkan ke mukanya.