Awak,Saya, Kita?

Awak,Saya, Kita?
Takdir III


__ADS_3

Keesokkan harinya..


“ Untuk sementara Adi ada, Adi lah jaga tok nanti” Hadi yang melihat kondisi atuknya yang sedang sakit itu pun menawarkan diri untuk menjaganya. Dia pun lansung masuk ke biliknya sambil memikirkan masaalah yang sedang menimpa dirinya.“ Pisyang, Pisyang.. Nanti aku jumpa kau memang.... Sambil tangannya seolah olah menggengam bantal... Aku cabik cabik kau.. geramnya..” Hadi yang masih stress memikirkan kejadian yang menimpa dirinya tadi. Dia pun teringat akan wanita yang berada di sebelah perempuan yang melanggar dirinya itu“ Ouh, patut macam pernah tengok, Budak kelas Angah tu.. ”Dia pun menghubungi angah untuk mengetahui nama wanita tersebut.


“ Hallu, Angah ada mana?” Tanya hadi membuka bicara. “ Hello, ada kat cafe... kenapa? ”. “ Angah aku nak tanya sikit. Budak kelas kau perempuan ada berapa orang?” .. Angah terdiam sebentar untuk mengingati jumlah pelajar di dalam kelasnya.“ Ada lima orang, kenapa? ” Tanya angah ingin mendapatkan kepastian. “ Kau ada gambar tak kesemua mereka, Aku ada urusan sikit dengan salah seorang dari diorang, tapi tu lah, Aku tak kenal nama. Muka aku kenal lah. ” Balas Hadi menjelaskan situasi. “ Cinta sudah berkutik kah?" kata Angah sambil ketawa. “ Mana ada, Aku ada urusan mendadak. Kalau aku nak cari pun, aku Cari dari IPT lain, Aku tak cari dari tempat yang sama” Jawab Hadi membalas semula Gurauan itu. “ Nanti aku sent, Kau nak gambar je ke? ke nak nombor sekali?” tanya angah. “ Dua dua” Hadi lansung membalas. “ Orait, tengok whatsapp ”Angah pun menutup panggilan. Seketika angah pun menghantar gambar beserta nombor telefon seorang demi seorang. Hadi melihat dengan teliti satu persatu. “ Jumpa pun kau” Gumam Hadi sendirian.

__ADS_1


Hadi pun lansung kol perempuan itu setelah mendapat nombor. Seketika kemudian...Panggilan diangkat.. “ Hello, Fira bercakap”. “ Fira, ini aku lelaki yang kawan kau tumpahkan air tu" Mendengar pengenalan dari Hadi dia lansung silent panggilan itu. Selepas beberapa minit baru dia Mula untuk bercakap semula. “ Silent pulak, Aku nak nombor kawan kau tu. Kurang asam betul, Dia bagi nombor salah dekat aku. Dah la tumpahkan air di baju aku, Menipu aku pulak ” Hadi memberi pembuka bicara dengan panjang lebar.“ Iya, sorry dari pihak kawan saya. Cuma, Macam mana awak dapat nombor saya ni? Saya rasa kita tak pernah jumpa pun sebelum ni” Tanya adik sedikit bingung. “ Kalau kau tak bagi nombor dia memang kau.... Aduh aku tak tahu lah. Aku santau dua dua. ” Balas Hadi seolah olah mengancam. “ Alah kenapa aku sekali terlibat, Yang tipu engkau kan dia. ” Jawab adik seolah olah mahu menangis. “ Tapi kau kawan dia kan. Mesti kau tahu yang dia tipu aku". “ Okay okay macam ni, sekejap lagi kami ade kelas. Kami selalu lepak dekat Cafe, Kau datang lah cafe minta sendiri nombor dia. Aku tak boleh nak bagi kat kau macam tu je. Nanti dia marah aku pulak” Adik cuba menjelaskan situasi. “ Okay baik, Kalau aku kena scam memang aku santau betul betul korang” Balas Hadi sambil menutup panggilan itu. Dia pun melihat jam tangannya. “ Sempat lagi ni kalau aku keluar sekarang” Dia pun lansung keluar dari rumah dan bergerak ke IPT semata mata hanya untuk satu nombor seorang gadis. Setibanya dia di Cafe. Dia melihat mereka berdua yang rancak berbual. Dia pun lansung pergi duduk semeja dan menyapanya.


“Saya datang nak claim duit saya, yang kedua "sambil mengangkat jarinya menunjukkan 2 jari“saya nak claim nombor yang sepatutnya saya dapat, dan yang ketiga"sambil mengangkat tiga jari dan memandang ke arah Mija“ saya nak claim.." dia tidak menghabiskan ayat nya“ tak pe lah, dua tu cukup dulu". Gadis itu yang ditatap tajam pun terkejut kaku tidak mampu berkata apa apa. Adik yang merasa kehadiranya seperti udara pun memutuskan untuk berangkat pergi dari situ“ Mija aku kena hantar report aku sebelum tengah hari ni, Aku gerak dulu lah". Berjalan adik tanpa menghiraukan rakannya yang masih lagi kaku di cafe itu.


Perempuan itu yang masih belum terbiasa bercakap dengan orang baru pun memutuskan untuk pergi dari situ. Bila saya boleh claim janji yang awak beritahu tu". Tanya Hadi ringkas tapi mendalam. Perempuan itu yang mula merasakan tidak selesa pun berpaling semula muka ke arah Hadi sambil menyebut 019******* dengan laju. Dengan pantas perempuan itu pun bergerak pergi dari situ mengejar adik .“ Hadi hanya mampu tercengang mendengar jawapan dari perempuan tadi“ 01, 019, Ah berapa dia sebut tadi" Gumam Hadi itu seorang diri. Dia hanya mampu melihat perempuan itu berjalan pergi.

__ADS_1


Dalam perjalanan pulang dia memikirkan cara agar dia dapat berkomunikasi dengan perempuan tersebut. Dia tidak dapat mengingati nombor yang disebut oleh perempuan tadi. “ Nombor berapa tadi tu?” tanya Hadi kepada dirinya. Setelah pulang ke rumah dia dikejutkan dengan keadaaan atuknya yang semakin parah. “ Adi pergi mana tadi?” Tanya mamanya. “ Adi pergi IPT nak settlekan urusan". “ Takpelah, Atuk makin tenat tu, Sekarang ada dekat hospital.” Balas ibunya bersiap siap pergi ke hospital. “ Adi nak pergi sekali ke sendiri? ” Tanya ibunya. “ Sendiri lah, Siapa yang nak menjaga atuk di hospital malam ni mama?” Tanya Hadi inginkan kepastian. “ Itu lah tu, Tak tahu lagi. Yang lain semua kerja" Mendengar jawapan dari ibunya itu, Hadi pun merelakan diri untuk menemani atuknya di hospital. “ Tak pe lah, Biar Adi yang tidur sana. Jap Adi nak packing baju. ” Jawab Hadi lantas masuk dan mengemas Bajunya. Hadi mendengar gema kereta semakin menghilang. Itu menandakan yang mereka sudah bertolak pergi ke Hospital. Dia pun lansung menyiapkan diri lalu bergerak menuju ke hospital. Dalam fikirannya, Dia hanya mahu melihat atuknya kembali sembuh seperti sebelumnya. Tidak terlintas lansung tentang wanita itu dalam hatinya dan fikirannya. “ Semoga semuanya baik baik saja. ” Bisik Hadi dalam hatinya.


Setibanya di Hospital dia melihat semua saudaranya, termasuk anak anak atuk dan cucu atuk sudah berkumpul di ruang menunggu. Dia pun berjalan perlahan menuju ke tempat mereka. “ Macam mana? Ada dengar apa apa khabar berita tak?" Sapanya kepada abangnya.


“ Tak tahu. Dokter pun tak keluar lagi” balas abangnya menjelaskan situasi. Mereka pun menunggu di ruangan itu hampir beberapa jam. Seketika kemudian, Pintu bilik Emegency itu pun terbuka. Dokter yang keluar itu pun mahu berbincang dengan anak anak kepada pesakit. Perlahan anak anak atuknya berjalan dan mengikuti dokter ke suatu ruangan untuk berbincang. Mereka yang lain masih menunggu perbicaraan itu selesai...

__ADS_1


Bersambung.......


__ADS_2