Awak,Saya, Kita?

Awak,Saya, Kita?
Awak? Saya? Kita? II


__ADS_3

Setibanya Hadi di tempat yang dijanjikan untuk bertemu itu. Dia melihat sekeliling. “ Tak ramai pulak hari ini. Selalunya meriah lain macam” Bercakap Hadi sendiri sembari melihat jam tangannya. Sambil mengemaskan rambutnya di depan cermin side motornya. Seketika kemudian, Dia melihat dari kejauhan. Kenderaan yang dia sangat kenal. Dia cepat cepat membetulkan keadaannya. Dia menjadi sedikit nervous. Perempuan itu pun lansung memarkir motonya tepat di sebelahnya. Hadi pun memulakan perbualan. “ Ingatkan dah tak datang” sapa Hadi itu sambil tersenyum... “ Jap Kita tunggu adik. Balas perempuan itu. Adik yang sampai pun memarkir motosikalnya itu di sebelah kawan baiknya itu. Sambil menganggukkan sedikit kepala ke arah lelaki itu sambil tersenyum... dia menarik tangan kwannya itu dan berjalan agak berjauhan dari tempat Hadi berada. Hadi hanya melihat dan menunggu mereka dari kejauhan. “ Ni mesti kes dia tak bagitahu kawan dia tu, yang nak keluar dengan aku” berkata Hadi pada dirinya sendiri. Setelah itu, mereka pun datang semula kepada Hadi dan mengajaknya mencari tempat untuk mereka makan. Mereka bertiga pun berjalan jalan sambil mencari tempat makan. Suasana mereka ketika itu seperti sedikit sepi. Mereka masing masing tidak bergaul. Hadi seperti sedang kekok tidak tahu apa yang harus dikatankannya.


Setibanya dia di kedai makan. “ Awak nak makan ape?. Bagi saya maggie sizzling dengan Air teh ais dua”.Hadi hanya asal memesan. Sudah menjadi tabiat dirinya, Bertanya dan menjawab soalan dirinya sendiri. “ Erm.... tiga" adik berdehem sambil mengangkat tiga jari. Hadi hanya tersenyum ketika melihat adik. Dia pun hampir lupa akan kehadiran adik. Maklumlah, Kerana dia sibuk memikirkan topik perbualan yang hendak dibualkan. kerana adik merasa kehadirannya hanya seperti udara. Dia pun meminta diri untuk pergi ke tandas. Setelah adik pergi suasana menjadi hening. Suasana yang canggung itu pun membuatkan perempuan itu memulakan bicara“ Awak, Saya nak tanya?. Sepanjang kita kenal, Saya tak pernah tahu pun nama awak. Awak nama apa? ” Mendengar pertanyaan tersebut Hadi lansung tertawa sambil menjawab“ dah lama kita chat, tapi kamu tak tahu nama saya?.Sambil mengolok ngolok kan perempuan itu. “Nama saya ****** Nu'Aim **** ". Jawab Hadi sambil mendekatkan wajahnya ke arah perempuan itu. “ Awak ketawa jahat. Herm... Awak pun tak tahu nama saya kan” Balas perempuan itu mengangkat keningnya dan senyum provokasi. Hadi yang mendengar provokasi dari perempuan itu pun semakin bertambah ketawanya. Tapi dia tidak menggambarkan ketawa nya itu dari luaran takut takut perempuan itu marah kepadanya. “ Mana ada, Saya tahu nama awak Mija.... Nama penuh awak ialah ****** Hamizah *****" Balas Hadi sambil mengangkat kening untuk membalas provokasi. “ Oh Nu'Aim..." Balas Mija seakan lega. “ Saya nak panggil kamu ape? Nu'Aim ke? Hadi ke?” Tanya Mija inginkan kepastian.


“ Ikut suka kamu lah, Yang penting jangan panggil nama bukan bukan sudah” Balas Hadi.


Mija yang “ Saya baru nak panggil.... ” Mija tidak menghabiskan ayatnya dan ketawa. “ Seronok eh...” Balas Hadi melayan sahaja kerenah Mija. “ Tapi kan, Macam mana kamu boleh tahu nama saya? Saya tak pernah bagitahu kamu pun?” Tanya Mija sedikit kehairanan. Hadi hanya tersenyum... Dia teringat semula kenangan ketika dia menyuruh angah mengambil informasi tentang Mija dari adik.. Sambil acuh tak acuh, Dia membalas“ Tahu lah, mana boleh tak tahu....". Mija tidak mahu lagi membahas tentang itu. “ Sekarang ni kira saya panggil kamu Nu'Aim lah senang". Ucap Mija. “ Kenapa Nuaim, Kenapa tak panggil Hadi jer" Tanya Hadi sedikit pelik. Biasa semua orang akan memanggil namanya dengan Hadi. “ Ade la sebabnya, Awak tak perlu kisah pun. Sebab tersendiri ” Balas Mija. Hadi yang mendengar jawapan daripada Mija pun membalas “ Ouh.. Kalau macam tu, Saya nak panggil kamu Nur lah". Mija pula yang mula tertanya tanya. “ Kenapa Nur? Kan pelik tu? ”. Tidak seperti Mija yang suka menyembunyikan sebabnya, Hadi lansung memberitahu apabila di tanya. “ Sebab tak ade orang panggil kamu dengan nama Nur, Saya nak nama tu saya sorang je yang panggil”


Balas Hadi ringkas. Mija yang mendengar pernyataan dari Hadi menjadi malu. Dapat dibaca dari tingkahnya yang seolah olah duduk tersipu sipu malu. “ Kenapa, Tak boleh ke? Kalau tak boleh saya panggil Mija pun tak ape”

__ADS_1


Pernyataan Hadi itu sebenarnya membawa maksud yang cukup mendalam. Kalau Mija mengiyakannya itu bererti bahawa Mija memberikannya kesempatan untuk menjadi lebih dekat. Tetapi seandainya dia menolak, Itu membuktikan bahawa dia( Hadi) sudah tiada peluang.


“ Siapa yang cakap tak boleh? Kalau kamu nak panggil saya Nur. Walaupun saya tak bagi, Saya tetap tak dapat nak halang kamu pun”. Mija menjelaskan kepada Hadi. Hakikatnya dia semakin suka kerana baginya itu sesuatu yang sweet. Adik yang sudah datang semula dari tandas pun duduk semula ke tempatnya dan hanya diam membisu.“ ” er.. erm." adik berdehem. Mereka yang mendengar adik berdehem pun berhenti memulaukan adik. “ Memang dah kenal lama ke dengan Mija? ” Tanya Hadi kepada adik. “ Lama la jugak, dari sekolah menengah lagi” balas adik.“ Ouh.... Dia selalu membuli tak?...Sambil merenung ke arah Mija... sebab nampak gaya macam kaki buli” sambil tersenyum ketawa". “ Erm.. memang dia kaki buli... Kalau tak buli orang tak tenang hidup dia.. Dah memang...” Tiba tiba peha adik dicubit oleh Mija..“ hahahahha, Tak delah. Dia budak baik.. Paling baik dunia akhirat” Jawab adik ringkas menyanggah jawapan awal tadi..


“ Jangan la puji macam tu, saya tahu la saya baik. Aduh malu saya..” Balas Mija seolah olah tidak memahami yang dia diperli.. Hadi hanya ketawa melihat gelagat mereka berdua. Suasana menjadi meriah dengan kehadiran adik dan Mija. Hadi teringat akan suasana di rumah... “ Nuaim, Nuaim.. awak okay ke? ” tegur Mija melihat Hadi seperti termenung sendirian.. “ Haa?... ouh, okay. Kenapa? lepas ni nak balik dah ke?" Tanya Hadi menukar topik perbicaraan. “ Balik la, Nak kemana lagi.. Awak nak pergi mana mana lagi ke?" Tanya Mija inginkan jawaban. “ Eh, tak lah. Saya pun nak balik dah.”Balas Hadi. Mereka bertiga pun berjalan jalan di sekitar tempat itu lalu memutuskan untuk pulang.. Hadi pun bergerak pergi dari situ....


...Kamu nak tahu tak apa yang dimaksudkan dengan suka,...


...Suka itu lumrah, sama seperti sayang dan cinta,...

__ADS_1


...Andaikan kamu belum memiliki perasaan suka dalam hidupmu,...


......maka tidak akan lengkap hidupmu, Umpama malam tanpa cahaya rembulan,......


...Dan asas kepada kasih dan sayang, sebelum ke peringkat yang lebih tinggi,...


...iaitu cinta....


...Tanpa perasaan suka, Manusia tidak akan tahu bagaimana cara untuk mencintai dan dicintai...

__ADS_1


__ADS_2