
Usai makan malam, Mija membantu ibunya basuh pinggan. Sementara ibunya sibuk mengemas meja makan mereka. “Som, ada nampak rokok abang tak, Abang cari tak jumpa la". “Ibunya yang tadi berada dalam keadaan senyap sunyi, seperti taman bunga melankolia tiba tiba berubah menjadi Radio yang tidak mendapat siaran“ Abang ni kan, bukan nak tolong saya, rokok juga yang dia cari dulu".“Itukan keperluan sayang". Balas ayahnya dalam nada yang lembut. Ayahnya tahu isterinya akan berubah menjadi cengkerik di waktu malam. “Keperluan apanya abang, rokok tu menghabiskan duit ja. Kalau duit rokok tu abang simpan dalam tabung, dah boleh beli rumah 2 buah, boleh pergi haji lagi". Balas isterinya dengan nada tinggi dan halus. Melihat reaksi isterinya yang seakan akan mahu menelan dirinya, ayahnya hanya mampu membalas beberapa soalan dan huraian dengan nada lembut dan halus. “ Sayang tak pernah merokok ke? ".“ Buat apa saya merokok, membazir duit ja".“ Habis tu, mana 2 buah rumah awak? Awak dah berapa kali pergi haji". Soalan ayahnya itu terus mengundang tawa Hamizah yang berada di dapur. Dia cuba menahan tawanya agar tidak didengari oleh ibunya.“ Abang ni kan kalau bab memutar belit ayat, Abang tahu tak rokok ni hukumnya haram. benda haram tinggalkan lah abang oi". Ayahnya yang masih mencari cari rokoknya itu dengan santai membalas“ Sommm, lelaki yang dah merokok ni memang susah nak tinggalkan rokok walaupun hukumnya haram... Sama la macam Som, Som takkan benarkan abang berpoligami walaupun Som tahu Poligami tu halal". Argumen yang diberikan oleh ayahnya memang mengundang perang dunia ke 3.
Hamizah yang tadi membasuh pinggan mangkuk di dapur,cepat cepat menyelesaikannya dan masuk ke bilik.Jawapan balasan dari ayahnya itu betul betul membuatkan dirinya tidak dapat tahan lagi untuk ketawa. Dia tahu perang akan segera terjadi. “Abang nak menikah dengan siapa, cakap. Dah gatal sangat dah.Kalau Abang boleh bagi saya Emas tiga empat kilo sebulan, saya tak ada masaalah. Ini isteri sendiri pun cukup cukup ja makan pakai. Ada hati nak menikah lagi". Nada yang digunakan ibunya seolah olah berada dalam medan perang. Ayahnya yang melihat keadaan semakin tenat, perlahan lahan masuk kebilik dan mengambil baju.“Som itukan contoh". Balas Ayahnya lembut.“ Contoh apa Contoh, ni pakai baju nak pergi mana pulak. Nak pergi rumah isteri lain ka? ". “Abang nak keluar beli rokok jap". Balas ayahnya.“ Amboi, berat la orang tua ni siang malam beletir, Aku ni rasa umur pendek dah kalau macam ni hari hari". bisik hati ayahnya yang sedang berjalan laju sambil menggeleng gelengkan kepala. Ayahnya yang tadi hanya terlupa di mana letaknya rokok, terus membuat keputusan untuk beli rokok baru.
__ADS_1
Hamizah yang berada dalam bilik masih belum berhenti tertawa. Ibunya yang diluar masih beleter. Hamizah yang sudah tidak ketawa pun berbaring di katil sambil melihat ke syiling. Dalam gelak tawanya itu, ia masih menyimpan seribu duka yang tak boleh dikongsikan atau lebih tepatnya tak bisa di ungkapkan. Dia pun bangun dan membuka laci, mengambil diari yang tersimpan. Dalam diarinya ditulis“ Hari.....tarikh...... Sayang, Harini kan saya asyik ketawa ja, teringat saya dulu kamu yang selalu membuat saya ketawa. sekarang kamu dah hilang. Herm... Sekarang dah tiada orang nak buat saya ketawa macam dulu....sekarang tiada siapa siapa nak dengar masalah saya, keseronokan saya, kesepian saya..."tiba tiba air matanya mengalir jatuh ke atas diarinya yang ditulis.“Eh, kenapa aku nangis ni.Mata aku kenapa ni, suka menangis sangat ni" sambil menampar nampar matanya..Dia berhenti menulis dan duduk dalam keadaan kedua tangannya memeluk lututnya.“Sayang, saya kenapa eh, kenapa sekarang saya suka menangis sangat ni, Saya dah buang awak dalam hidup saya, tapi kenapa saya masih rindukan awak.....Saya tak nak awak menyesal pilih saya...". Dia pun mengelap air matanya dan memegang semula pen yang dilepas tadi. “ Sayang saya dah lupakan kamu, saya dah tak sayangkan kamu, Ya Allah lupakan lah aku tentang dia ya Allah. Hamizah sambung Menulis seperti dalam bentuk puisi. Ya Allah, hambamu yang penuh berdosa datang mengadapmu seperti yang dipinta olehmu Ya Allah. Ya Allah, sesungguhnya aku hambamu yang penuh dengan dosa datang memohon ampun kepada mu ya Allah. Hilangkanlah perasaan buruk ku ini Ya Allah. Hilangkanlah rasa kepedihan dirinya tentang diriku ya Allah.Sesungguhnya dia tidak bersalah Ya Allah. Gantikanlah rasa sakit yang dirasakan olehnya disebabkan diriku dengan kegembiraan Ya Allah. Andai engkau menampik tangan hambamu ini yang penuh dengan dosa, Lantas kepada siapa hambamu yang berdosa ingin memohon ya Allah. Andai engkau tidak menerima hambamu yang berdosa ini ya Allah, Lantas siapa yang memiliki kasih sayang". Dia pun tertidur dalam keadaan masih memegang pen ditanganya.
“Mija, Mija" panggil ibunya yang baru sudah mengemas dan berleter. Perlahan lahan daun pintu biliknya dibuka.“ La, dah tidur ka. Kenapa tidur kat lantai ni. Ibunya mengambil buku diarinya dan pen untuk disimpan. Ibunya berniat untuk mengejutkan dirinya tetapi terhenti selepas membaca diari yang ditulis olehnya. Ibunya pun cepat cepat keluar dari biliknya. Ibunya tak boleh menahan air matanya lagi. Akhirnya ibunya sedikit mengerti dengan perubahan anaknya itu. Ibu Mana yang yang mampu melihat anaknya yang sedang dalam kesusahan. Ibunya mula memahami mengapa anaknya begitu sensitif bila berkaitan topik perkahwinan. Dia sering mengatakan kepada suaminya agar lebih memahami anak anak. Tetapi baru dia tersadar, orang yang tidak pernah memahami anak anak itu adalah dirinya.“Mija kenapa kamu tak nak kongsi dengan mummy". Bisik ibunya sambil mengusap mata yang merah bengkak kerana menangis.
__ADS_1
Dari luar rumah, Ayahnya membuka pintu dan masuk.“ Sayang kenapa ni" tegur ayahnya lembut. Ayahnya yang masih belum memahami situasi berasa bersalah atas kata katanya tadi.“ Sayang...sorry.. Jangan la nangis lagi. Abang janji lepas ni Abang akan tolong kamu buat kerja rumah.... sayang janganlah nangis.. abang tak kahwin Lain pun.. niat pun tak ada nak kahwin lain". Isterinya lansung memandang ke arah suaminya. “ Erm... Adalah fikir sikit... " sambil tersengih kerang busuk“ tapi abang tak akan kawin lain. Abang janji". Isterinya lansung bangun dan masuk ke bilik. “Tak habis habis pasal kahwin". Protes isterinya sambil menutup pintu bilik.
Sementara itu,
__ADS_1
“Kau dah cuba contact Mija tak".“ Dah tapi dia block aku. Aku pun dah pening ni".
Bersambung...
__ADS_1