Awak,Saya, Kita?

Awak,Saya, Kita?
Ada yang manis, Tapi Bukan Gula


__ADS_3

...“ Jangan pernah mengajarkan kepada kami, kaum laki laki tentang apa itu kesetiaan. Kerana kami kaum laki laki sangat mengerti apa itu setia dan sangat mengetahui beratnya akan kesetian itu! Tidak ada yang lebih hebat dalam percintaan melainkan hebatnya kesetiaan laki laki. Begitu juga dengan kaum wanita. Jangan pernah kaum laki laki datang kepadanya, Dan mengajarkan kepadanyanya, tetang apa itu erti mencintai. Kerana perempuan itu dilahirkan dengan sifat mencintai dan ingin dicintai. Jika salah satu dari kita cuba untuk mempersoalkan akan sesuatu itu, Maka! yang tinggal selain kesetiaan dan mencintai itu apa? maka yang tinggal selain kesetian dan mencintai itu hanyalah pengkhianatan dan kebohongan semata mata"...


Hadi yang baru sudah pulang Dari IPT nya itu pun membuka perlahan lahan helmetnya. Sambil memikirkan banyak perkara. Dia memikirkan akan maksud kata kata Paan sebentar tadi. Dia juga memikirkan tentang reaksi wanita itu terhadap dirinya. “Hahhhh..... "

__ADS_1


Selepas menghela nafas dia pun turun dari kenderaannya dan bergerak ke dapur. Ibunya yang melihat Hadi sudah pulang pun lansung menyapa “ Dah habis kelas ke? Mama baru sudah masak. Jom, panggil abah sekali makan” perintah ibunya kepada Hadi. Hadi pun mengelilingi rumahnya mencari ayahnya. “ Abah, abah.... ” Teriak Hadi memanggil ayahnya.Tiada sahutan dari ayahnya. Dia melihat jam ditangannya. 5 minit lagi dah nak masuk waktu zohor. Dia pun masuk ke rumah dan menukar pakaiannya. “ Mana abah? ” tanya ibunya kepadanya. “ Adi rasa abah ada dekat kandang lembu ni. Adi cari tadi tak ada pun” Balas Hadi memakai pakaian peladang untuk bergerak ke tempat ternak lembu ayahnya. “ Tadi mama rasa abah kamu dah balik, Pergi pulak lah tu. Sampai tak ingat waktu ” Balas ibunya sambil menarik muka masam. “ Tak apa lah, Adi pergi panggil abah. Sekejap lagi kita makan sekali” Balas Hadi lalu keluar dari rumah menuju ke tempat penternakan ayahnya.


Setibanya dia di tempat penternakan ayahnya, Dia melihat ayahnya sedang mencuci kandang lembu. Hadi berjalan menuju ke arahnya. Dia tidak memanggil ayahnya seperti yang diperintahkan oleh ibunya. Sebaliknya dia membantu ayahnya membersihkan kandang lembu itu sekali. Setelah usai membersihkan kan kandang lembu itu. Baru dia bersalaman dengan ayahnya. “ Awal kamu balik hari ini? ” tanya ayahnya sambil menghulurkan tangan memberikan salam. “ Adi harini kelas sampai tengah hari je” Balas Hadi setelah bersalaman dengan ayahnya. “ Abah, tak lapar ke? ” tanya Hadi sambil memegang perut. Dia tidak berterus terang kepada ayahnya untuk mengajak ayahnya pulang makan. Ayahnya yang mendengar pertanyaan Hadi pun lansung melihat jam ditangannya. “ Allah, Dah nak dekat waktu zuhor dah, Abah ingatkan awal lagi” Balas ayahnya sambil menggeleng kan kepalanya. “ Adi balik pun tadi dah nak Zuhor dah abah” Jawab Hadi menerangkan kepada ayahnya. “ Abah ingatkan awal lagi, Tak perasan waktu dah zuhor” Balas ayahnya sambil berjalan keluar dari kandang. “ Jom, Mama masak dah tu” Ajak ayahnya kepada Hadi untuk pulang dan makan bersama. Hadi pun mengikuti dari belakang.

__ADS_1


Setibanya di rumah, Mereka membersihkan diri dan bersiap siap untuk makan dan solat zohor. Hadi yang melihat suasana rumahnya tak seperti biasa pun lansung menegur “ Abang mana? angah? ”. “ Abang kamu hari ini dia kerja petang sampai malam. Angah dia balik sekejap jumpa suami dia. Dia dapat cuti seminggu” jawab Mama menjelaskan kepada Hadi. “ Ouh... Adik, tak nampak pun?” Dia masih terus bertanya. “ “Adik kamu kan dah mula sekolah, Dia tahun ni dapat asrama". Jawab ibunya sambil mencedok nasi. “ Ouh, patut sunyi ja rumah ni. Kalau tidak, Dia punya meriah macam Raya India” Balas Hadi bergurau. “ Macam ni lah Adi oi.. Ni kamu tak menikah lagi. Tidak kami lagi sunyi. Semua anak anak dah besar. Dah ada kerjaya. Kami orang tua tua macam ni lah” Balas ayahnya menjelaskan kepada Hadi tentang kehidupan. Hadi yang mendengar tidak membalas apa apa. Dia hanya tersenyum dan makan bersama mereka.


“ Herm.... Kalau aku dah claim janji aku, Maksudnya aku dah tak ada alasan lah nak chat dia lagi” Hadi termenung seketika bila dia memikirkan semula tentang apa yang terjadi. “ Kenapa aku seronok sangat dengan dia eh, Padahal waktu dia tumpahkan air dekat aku tu, Bukan main marah lagi aku... Sekarang kenapa aku rasa macam bahagia ni? ” Tanya Hadi sambil menggaru garu kepalanya yang tidak gatal. “ walaupan seketika, Aku rasa... Herm... Aku nak selalu mesej dengan dia. Kalau hanya sekadar jadi kawan pun tak pe... Asalkan dia mahu terima aku, Dan ajak aku bersembang.... Tapi tu la, Aku ni tamak..... Aku takut nanti aku akan paksa dia terima aku pulak.... wargh. .. ” Hadi berbicara sendiri sambil menjerit kerana pening kepala memikirkan hal itu yang tiada kesudahan.

__ADS_1


“ Biar la dekat dia nak terima aku ke tak, Yang penting... Aku dapat tengok dia senyum, dah ok... Kalau dah jodoh tak ke mana jugak... ” Bicara Hadi sendirian sambil berguling guling di atas katil ke kiri dan ke kanan.


......Andai kamu tahu tentang indahnya lautan cinta, Maka, nescaya akan kamu pertaruhkan segalanya yang kamu miliki, hanya untuk setetes air untuk dirimu. ......

__ADS_1


__ADS_2