Awak,Saya, Kita?

Awak,Saya, Kita?
Sesuatu Yang Berharga


__ADS_3

Dari dalam rumah atuk terdengar suara orang sedang membaca wirid doa. Genap 3 hari setelah atuk pergi meninggalkan mereka. Hadi yang masih trauma akan kejadian itu. Masih belum keluar dari biliknya. “ Terima kasih Tok Mi” Tegur ayahnya sambil menghulurkan tangan. “ Aku ni Bukannya apa Adam, Aku dengan ayah kau tu dah kenal lama. Cuma aku terkejut la jugak dia tiba tiba pergi macam ni. Harap kamu semua boleh redha lah dengan apa yang telah ditetapkan tuhan.” Balas Tok Mi selaku imam di kampung itu sambil menepuk nepuk bahu Ayahnya. “ Saya ni masih terkejut tok. Ayah pergi macam tu. Tapi insya Allah, Saya akan cuba tabah” Balas ayahnya kepada Tok Mi. Perlahan lahan, seorang demi seorang pulang ke rumah masing masing.


Mamanya yang baru datang dari dapur menyapa ayahnya dari belakang. “ Abang, Pergi lah tengok Adi tu. Harini sehari tak keluar bilik lagi. Makan pun tidak. Saya risau dengan dia tu. Saya panggil pun dia tidak menyahut". Ayahnya yang mendengar kata kata dari ibunya itu pun lansung masuk menuju ke bilik Hadi. Sambil mengetuk Pintu “ Tuk, tuk, tuk.. Adi, Adi..... ” Tiada sahutan dari dalam biliknya.“ Ayahnya pun berjalan ke ruang tengah untuk mengambil kunci pendua. Seketika kemudian, ayahnya membuka pintu biliknya“ Adi ayah masuk ni” Beritahu ayahnya sambil berjalan masuk ke dalam bilik. Dari depan pintu, Ayahnya hanya melihat Hadi yang masih menangis di penjuru biliknya. “ Anak abah tak lapar ke? ” Tanya ayahnya sambil duduk bersebelahan dengannya... Tiada jawapan daripada Hadi.


“Harini Mama masak lauk sedap sikit, Maklumlah nak jamu orang ramai. Rugi kamu tak makan harini. Esok rasanya kamu dah tak dapat masakan yang sedap macam hari ini". Ayahnya cuba berbual dengannya.“ Abah, abah tak sedih ke atuk dah takde? Abah masih boleh bergurau lagi waktu waktu macamni?.” Tanya Hadi dengan nada datar. Ayahnya yang mendengar pertanyaan dari anaknya itu pun terdiam seketika. “ Hanya anak yang tidak mengenang jasa ibu bapa yang tidak akan sedih dengan peninggalan ibu bapanya. Kalau Adi sedih sebab dia atuk Adi, Bermakna abah lebih sedih sebab dia ayah abah. Tapi bukan bererti abah kena sentiasa meratapi pemergian atuk. Atuk pun mesti tak nak tengok anak anak dia sedih terlalu lama”. Balas ayahnya sambil menghembus nafas yang panjang.


“Mana abah tahu atuk sedih ke tak?" Tanya Hadi. “ Abah tahu, sebab abah jugak ada anak. Abah pun sedih kalau anak abah sampai tak keluar makan, minum. Kamu tu anak abah, Kalau kamu sakit, Kamu sedih, Kami orang tua akan lebih sedih. ” ujar ayahnya untuk menenenangkan anaknya itu. Hadi yang mendengar itu semakin menangis. Ayahnya yang selalu ada ketika dia memerlukan. Perlahan lahan ayahnya mengangkat tangannya dan meletakkan nya di pinggang ayahnya. Ayahnya membelai lembut kepala anaknya itu. “ Kalau adiii” sambil tersedu menangis“ Kalau Adi ada waktu tu, ” Sambil menangis di sisi ayahnya dan memeluknya “ Mesti atuk masih selamat. Ni semua salah Adi, Adi keluar waktu tu” Ayahnya yang mendengar penjelasan dari Hadi, Bangun duduk berhadapan dengan anaknya itu, sambil duduk mencangkung. Dia melihat wajah anak nya itu yang penuh dengan air mata. Lalu mengelap air mata itu perlahan lahan. Baru ayahnya tahu, Beban itulah yang sedang dipikul anaknya. Ayahnya yang cuba menahan air mata pun memeluknya erat. “ Sayang abah” sambil mengusap usap belakang badan anaknya itu“ Itu bukan salah kamu nak, Itu salah kami sebagai orang tua”. Dalam keadaan tidak mampu menahan air matanya. “ Sepatutnya kami sebagai anak anak atuk yang merasakan benda itu, bukan kamu nak”

__ADS_1


Ayahnya yang tidak mampu menahan air mata lansung menangis dalam keadaan yang masih memeluk anaknya itu. “ Maafkan abah nak, Buat kamu tanggung beban itu. Maafkan abah"


Tangisan ayahnya itu membuatkan Hadi semakin kurang menangis. Dia yang dari awal tidak mampu berfikir jernih, Sekarang sudah mula mampu memikirnya semula. “ Bukan salah abah, abah tak buat kesalahan apa pun”


Dia pula yang mengusap usap belakang tubuh ayahnya. Ibunya yang dari tadi hanya berdiri diluar lansung menangis menuju ke dapur mendengar kata kata suami dan anaknya itu.


Hadi yang sudah mula menerima keadaan itu pun berjalan keluar sambil mencari ayah dan ibunya. Dia merasakan sangat beruntung kerana mempunyai seorang ayah yang sentiasa ada waktu dia susah dan senang, dan selalu mampu menenangkan dirinya.

__ADS_1


“ Abang rasa bersalah dengan anak kita tu, Abang tak sangka yang dia akan menanggung beban sebesar tu seorang diri. huh” sambil menghembus nafas panjang.“ Abah, mama” terdengar suara memanggil dari belakang. “ Adi dah makan?” tegur ibunya setelah melihat anaknya itu berjalan menghampiri mereka. “ Sekejap lagi lah”. Hadi yang sudah merasa baik pun membuka perbicaraan. “ Kalau Adi tak keluar waktu tu, Atuk mesti selamat lagi.” Mendengar ayat anaknya itu. Ibunya cuba untuk menghilangkan perasaan yang bersalah terhadap diri anaknya itu. Ibunya pun lansung menyanggah tetapi dengan suara yang halus“ Kalau kamu ada pun Adi, Atuk akan pergi jugak.Bukan kamu yang menentukan umur atuk. Tetapi Allah. Jangan salahkan diri kamu sendiri. Dah memang waktu atuk untuk pergi. Kita manusia ni tak mampu ubah takdir.Kita boleh usaha sahaja. Tapi bukan melawan takdir” Balas ibunya untuk menghilangkan rasa bersalah anaknya itu.


Hadi yang mendengar, Tidak meng iyakan atau menidakkan. Ibunya menyambung lagi “ Sebab tu kita Adi, kena lebih menghargai antara satu sama lain. Sekarang yang tinggal hanya kenangan. Tiada satu jam pun, mahal atau murah, mampu nak putar balikkan keadaan. Yang hidup mesti kena teruskan hidup. Bukan bererti atuk kamu dah hilang dari ingatan. Atuk kamu masih ada dalam ni... ” sambil menepuk nepuk dadanya perlahan. Hadi pun teringat banyak kenangannya bersama atuk. Boleh dikatakan masa kecilnya itu, selalu dihabiskan bersama atuk. Mungkin kerana itulah, kesedihan yang menimpa dirinya itu tidak mampu dia kendalikan. Baginya, Masa yang dihabiskan bersama atuknya itu tidak akan mampu tergantikan dengan segala emas dan perak. Ibunya bangun dan melangkah pergi dari situ. Dia juga mengetahui bahawa bukan hanya dirinya yang menyayangi atuk. Tetapi semua anak anak dan cucu cucu atuk juga menyayanginya. “ Mungkin kamu terlalu sedikit masa bersama atuk, Tapi abah berani berjanji yang atuk sangat sayang kamu lebih dari dirinya” bicara ayahnya sambil mengelus kepalanya dan bergerak pergi dari situ.


Hadi hanya melihat ibu dan ayahnya berjalan pergi dari situ. “ Beruntungnya aku, Ada ibu ayah yang selalu memahami aku” Dia pun berjalan mengikuti ibu dan ayahnya masuk kedalam rumah.


... Kamu tahu tak? penyakit apa yang tiada ubat selain dari mati? Itulah penyakit yang dipanggil rindu. Rindu tidak mampu diubati. Hanya kenangan yang mampu menahan diri agar tidak ikut terjerumus kedalam dasar lautan rindu..... ...

__ADS_1


Bersambung....


__ADS_2