Awak,Saya, Kita?

Awak,Saya, Kita?
Penyemangat


__ADS_3

Hamizah atau disingkatkan menjadi Mija, tesedar dari tidur nyenyaknya setelah mendengar alarm pagi yang bingit itu. Seperti biasa, sama seperti hari hari sebelumnya, Dia merasakan perasaan yang sama setiap pagi. Sudah menjadi kebiasaan dirinya untuk melihat noti di henfonya. Tiada noti yang masuk, noti yang masuk hanya berkaitan dengan pekerjaan di tempat kerja. Mija pun lalu bangun dan mengambil tuala sambil merenung di depan cermin sambil melihat wajahnya. “Mata aku bengkak la pulak, macam mana nak pergi kerja ni. Aduh". Merengek dia seorang diri sebelum membersihkan diri. Selesai bersiap siap ke tempat kerja, dia merasakan sesuatu yang sedikit janggal. Ibunya yang kebiasaannya menjadi alarm keduanya setiap pagi kini senyap sunyi seribu bahasa. “Mummy tak sihat ke". Sambil mengemas buku diarinya semalam, Dia pun membaca semula apa yang telah ditulis.Bagi dirinya, apa yang dirasakan dirinya harus disimpan rapat rapat dalam diri. Dia tidak mahu Ahli keluarganya risau akan dirinya. Bukunya disimpan, Dia berjalan keluar dari bilik.Setibanya di dapur, Dia melihat ibunya sedang menghidangkan sarapan pagi di atas meja. “Anak mummy dah bangun, makan dulu. Mummy nak buatkan air. Kamu nak minum air apa pagi ni?". Nada Suara yang dilontarkan oleh ibunya menjadi persoalan ke dalam dirinya. Dalam fikirannya, Pergaduhan semalam memberi efek yang positif dan juga janggal. “ Mummy okay tak ni, Kenapa macam lain je ni." fikir Mija sambil memperhati tingkah laku mummynya dari belakang. “ Betul ke mummy aku ni, ke....seram pulak aku". fikir Mija dalam hati. Mija yang sedikit janggal dengan keadaan itu pun berharap ayahnya segera pulang dari kedai kopi.


Seperti yang diharapkan, ayahnya muncul tapi tak seperti biasa. selalunya, ayahnya akan singgah di kedai untuk mengopi selepas selesai solat berjemaah subuh di masjid. Tetapi hari ini, Ayah tidak ke masjid, Tidak jugak ke kedai kopi. “Mija dah siap ke, Pagi ni ayah yang hantarkan Mija ke tempat kerja.“ Tak pa la ayah, Mija pergi dengan kereta pun boleh. Kesian kat ayah nak kena datang ambil pulak nanti". “Kamu ni, bukan ayah tak bagi kamu naik kereta, Kamu lupa ka yang kamu tu tak ada lesen kereta lagi?. Kalau dah ada lesen kereta, ayah beli kereta baru untuk kamu". Jawab ayahnya sambil tersenyum dan mengangkatkan keningnya.“ Acececece, Biar betul ayah ni". jawab Mija dalam keadaan tersenyum ketawa. Mija menggunakan kesempatan yang ada itu untuk menanyakan kepada ayahnya tentang perubahan sikap ibunya itu. Sambil mendekatkan diri ke arah ayahnya, dan suara seakan berbisik. “Mummy okay ke ayah, kenapa macam lain je".“Mummy kamu tu" dalam keadaan suara yang sedikit keras. tiba tiba Mija mencelah seoalah olah takut ditangkap polis.“ Ayah jangan cakap kuat kuat. Ini rahsia kita kita ja". Kerana teguran anaknya itu, ayahnya pun menjadi terikut suasana. “Mummy kamu tu semalam mintak dekat ayah emas sekilo setiap bulan. Ayah tak mampu bagi emas, Ayah bagi perhatian dan kasih sayang je. Itu yang harini mood dia jadi baik tu". Balas ayahnya dalam keadaan berbisik. Mija yang mendengar jawaban dari ayahnya itu pun lansung ketawa kecil. Memang dia sudah terkejut lagi dengan perangai ayahnya itu. “Ayahni, sempat lagi bergurau". Mummynya yang baru datang membawa air pun lansung duduk di sebelah anaknya.“ Mija makan cepat, nanti lambat ke tempat kerja". Tegur ibunya.


“Kamu pun Som makan la sekali" jawab ayahnya membuka perbicaraan. Mendengar sapaan dari suaminya itu, Ibunya seolah olah tidak mendengarkan dan bangun menuju ke dapur semula. “Ayah, Mummy masih merajuk dengan ayah lagi tu. Ayah kena pujuk cepat. Rumah ni rasa pelik bila mummy senyap macam tu. “Mija, ayah rasalakan, Kita kena pergi minta maaf dengan mummy cepat cepat".“Kenapa kita, mummy merajuk dengan ayah, Mija tak bersalah". “Kamu tak perasan ke, Mak kamu dah ada tanda tanda tu". Mendengar jawapan dari ayahnya itu, Mija lansung tersedak air yang diminumnya. Mija hanya mengelengkan kepalanya“ Ayah ni nak ke mak mati?". Tanya mija sedikit marah. “Bukan tanda tanda kematian, maksud ayah tanda tanda perang akan bersambung lagi ni. Kamu makan cepat cepat, Ayah nak hantar. Jangan merendang sangat. Lewat nanti". Jawab ayahnya sambil menjadikan dirinya alasan untuk melarikan diri.“ Ayah pergi la pujuk mummy dulu". Pinta Mija dalam nada yang lembut. Ayahnya hanya melihat Mija beberapa minit sebelum bangun dan menuju ke ibunya. “Yang, awak marah abng lagi ke?". sambil memeluk isterinya dari belakang. " Mana ada, Som ni mana boleh marah abang dah sekarang ni. Kalau Som marah nanti, mulalah nak kahwin lain lah, tak mau balik rumah la, bini mudalah" Bidas mummynya tajam seperti pisau sembilahan haiwan korban.“ ala sayang ni, Semalam kan abang bergurau ja, abang bagi contoh dekat sayang, bukan abang nak menikah lagi". Jawab ayahnya lembut sambil mengusap usap rambut isterinya dari belakang.


“Kalau tak dak niat nak kahwin lain, Abang takkan bagi contoh topik tu. Abang bukan tak tau, Saya memang tak suka bab tu". Suaminya yang mendengar keluhan isterinya itu pun tersenyum.“ Sayang abng Kalsom Binti Jamaluddin, kamu tahu tak, apa yang abang ada sekarang ni semua sebab kamu. Abang dapat keluarga yang harmoni sebab ada kamu. Abang ada anak yang cantik, penyanyang, memahami sebab asuhan dari kamu. Abang ada rumah, Kereta, kebun usaha semuanya sebab kamu. Sebab Abang tahu tanpa kamu yang ada disisi abang mungkin semua ni takkan pernah terjadi". Melihat reaksi isterinya yang masih belum terbujuk, Ayahnya terus memujuk." Sayang ialah permata dalam kehidupan abang. Sayang tahu tak kenapa imam Assyafi'e itu hebat".isterinya masih belum memberikan respon balas. “ Imam Assyafi'e itu hebat sebab dibelakangnya ada seorang perempuan yang hebat. Ada seorang perempuan yang selalu mendokan dia, ada seorang perempuan yang selalu mengambil berat tentang dia, sebab tu dia hebat". Tiba tiba Mija mencelah“ Sapa ayah, isteri dia ka".“ Bukan isteri tapi ibunya, Abang pun macam tu la, Abang hebat sekarang sebab di samping abang ada perempuan yang hebat". Isterinya hanya memberi repon sederhana. “Iya la tu abang". Melihat reaksi isterinya yang mula memberi respon ke pada dirinya, Dia pun meyambung kata kata“ Betul yang, tak pe, lepas abang hantar Mija nanti, Abang sambung cerita tentang kehebatan kamu, Kelebihan kamu, okay" Sambil mengusap kepala isterinya dan mencium pipi kiri dan kanan. “ Dah la tu, Abang pergi hantar Mija tu cepat. Nanti lewat pulak Mija tu Masuk kerja".“ Bayiklah cayangku" Balas ayahnya dengan surau sengau setelah berjaya memujuk hati isterinya itu.


Mija yang hanya melihat tingkah laku ayahnya pun tertawa kecil. Dalam perjalanan ketempat kerja. Mija teringat satu puisi tentang syair penyemangat. Baginya, Ibunya seperti penyemangat dalam hidup dirinya dan ayahnya.


Hatiku begitu menggebu


Setiap kudengar kata kata darimu itu


Rangkai katanya menghayat hatiku


Alur ritmenya memerah di telingaku


Jiwaku menggebu haru gembira

__ADS_1


Setiap derap pergerakan dihentakkan


Menyentak rasa semangat dalam diri


Menggetar senyap kealpaanku


Wahai jiwaku, jangan tenggelamkan


Rasa cintaku pada perjuangan ini


Hanya karena tak bertemu sang cinta


Sematkan dalam ingatanku


Pandangan optimis penuh harapan


Seperti menatap indahnya langit biru


Penuh warna, mewarnai hidupku

__ADS_1


Akan kusambut langkah perjuangan itu,


Bersama kalam dan janji yang telah terpatri


membuktikan rasa peduli, simbol pemberani


Agar sinarnya terangi persada ini


Jadilah bunga yang harum di persada ini


Yang menebar wangi, pesona alami


Bangkit dan melangkahlah dengan pasti


Cinta mesti bangkit dalam setiap diri


Syair ini mengingatkannya kepada lelaki itu.Lelaki yang pernah membelanya,membantunya, dan yang selalu menyemangati dirinya ketika masih di universiti....


Bersambung......

__ADS_1


__ADS_2