
Setelah semuanya usai berbincang dengan dokter, mereka dibenarkan melawat atuknya tetapi harus silir berganti. Doktor tidak membenarkan mereka beramai ramai di dalam wad. Selepas usai melawat, Seorang demi seorang meninggalkan tempat itu. “ Adi, dah boleh masuk. Jom masuk. ” Sapa abangnya mengajak masuk melawat atuk bersamanya.
Dia pun berjalan perlahan mengikuti abangnya dari belakang. Apabila sampai di situ, Sebak rasa dadanya melihat atuknya yang terbaring diatas katil. Atuknya yang dulu sedikit berisi, Kini menjadi lebih kurus darinya. “ Adi, Waktu melawat dah nak habis. Mama dengan abah balik dulu, esok mama dengan abah akan datang kesini ganti dengan Adi pulak" Sambil menghulurkan duit kepadanya“ kalau lapar nanti tengah malam , Beli siap siap takut sekejap lagi dah tak boleh keluar." Beritahu ibunya sambil mencium dahinya lalu berjalan keluar untuk pulang.
Hadi yang masih belum terbiasa menjaga orang tua menjadi sedikit kekok. Dia lalu mengambil earphone dan membuka youtube.“ Bagaimana merawat oang tua yang sedang sakit"...Search.. Dia pun melihat bermacam macam cerita dan hukum merawat orang tua. Dari situ dia menemukan satu video yang sangat menyentuh hatinya.
“ Pernah suatu ketika, Ketika mana satu orang tua. Dia mengangkat tangannya lalu berdoa kepada Allah, Ya Tuhanku. Di hari ini, aku memohon kepadamu ya Allah. Dengan segala kerendahan dan kehinaanku ini Ya Allah. Kau gantikanlah kelaparan yang menimpa anak anakku ini dengan kekenyangan Ya Allah. Biarlah aku yang menanggung laparnya dunia. Jangan engkau timpakan ke atas mereka Ya Allah . Dimakbul akan doanya kepada anaknya. TETAPI! apa yang terjadi ketika anak anaknya sudah dewasa. Ketika mereka sudah mempunyai kerjaya, Ketika mereka sudah mempunyai mobil mobil yang Besar!, Mereka lansung malu akan ibu bapa mereka. Bagi mereka punyai orang tua yang miskin, Akan menjatuhkan imej mereka!. MEREKA MENGHALAU ORANG TUA MEREKA ! Maka ketahuilah, Disaat mereka menghalau ibu bapanya keluar dari rumah mereka ! Disaat mereka tidak mengaku akan ibu bapanya! ..Diasaat itu juga Allah menghalau mereka dari bumi Allah. Rumah segala harta benda Mereka lenyap dijilat api, Bisnes bisnes mereka lesap ditipu oleh manusia yang lainnya! . Segala galanya berubah ketika mana Kita semua menderhakai akan kedua orang tua Kita ! Wahai sahabat sahabatku yang beriman sekalian. Di hari ini, Kita mampu bermegah kerana memikirkan harta benda kita, Kita mampu bermegah megah dengan kekayaan kita. Tapi ketahuilah sahabat sahabatku sekalian. Tidak akan berjaya kita, Kita tidak akan berada dimana kita yang sekarang, Kalau bukan kerana doa dari orang tua kita!... "
__ADS_1
Hadi yang terleka mendengar ceramah itu pun tidak menyedari yang atuknya membuka mata. Setelah Dia mahu ke tandas, dia baru menyedari bahwa atuknya sudah terjaga dari tidurnya. “ Atuk, Ya Allah, sekejap saya panggilkan dokter”
Hadi pun memanggil doktor untuk memeriksa keadaan atuknya. “ Awak ahli keluarga pesakit ke? ”Tanya doktor kepada hadi. “ Iya, saya cucunya". “ Kondisi dia sekarang stabil, Cuma jangan terlalu menekan dia dengan soalan soalan yang boleh buatkan dia stress". “ Baik doktor". Doktor pun bergerak pergi dari situ. Atuknya yang melihat Hadi menemaninya pun mula bercerita atau ajak berbicara“ Kamu tak ade kelas ke Adi?. Kesian kamu, kena jaga atuk kat sini.”Tanya atuknya sambil memegang tangannya. “ Minggu ni Adi takde kelas atuk.. Mana ada, Jangan cakap macam tu. Adi ni anak abah, cucu atuk . Memang dah jadi tanggungjawab Adi untuk berbakti”. Atuknya hanya terdiam mendengar kata kata yang jeluar dari mulut Hadi. Dalam keadaan menangis“ Atuk ni dah gagal sebagai seorang ayah. Sebab tu anak anak atuk semua tak nak jaga atuk sekarang ni”. Hadi yang mendengar atuknya berkata seperti itu lansung menyanggah“ Mana ada atuk. Atuk tak gagal sebagai seorang ayahlah. Bagi Adi, Atuk adalah seorang ayah dan atuk yang berjaya. Mampu mendidik anak anak dan cucu cucu. Kalau tak sekarang ni Adi mesti tak jadi orang dah. ” Balas Hadi sambil menggenggam tangan atuknya.
“ Atukkan dulu, Mungkin terlalu berkeras sangat dengan mereka semua. Mungkin sebab tu mereka semua lepas tok kamu tiada mereka menjadi semakin jauh dengan atuk” Hadi yang mendengar kali ini tidak menyanggah kerana dia tahu, Ini adalah keluhan dari hati sang atuk.
Hadi mencuri curi keluar dari wad untuk menelefon ibunya. Dia tidak mahu atuknya mendengar perbualan diantara mereka. “ Mesej dihantar. ” Dia menghantar rakaman suara itu kepada keluarga besar mereka. Waktu ini, perasaan Hadi seolah olah sedang berada di laut yang dalam. Dia seperti tidak mampu melihat apa itu cahaya, Bahkan telinganya seakan berdesing. Dia pun memutuskan untuk menceritakan kejadian yang berlaku keesokkan Harinya. Dia lansung masuk ke dalam wad semula. Dalam perjalanan masuk ke dalam Wad, Dia melihat banyak nurse dan doktor di katil atuknya... Hadi yang mula merasakan sesuatu yang tidak baik. Dia lansung berlari menuju ke katil atuknya... “ Atuk, atuk... ”. “ Adik sila tunggu di luar. Nurse, Bawak dia keluar” perintah Doktor untuk mengeluarkan Hadi agar keadaan tidak menjadi semakin tegang.
__ADS_1
Hadi yang diluar menghubungi ibu dan ayahnya memberitahu keadaan yang sedang berlaku. Dia hanya mampu berharap atuknya akan selamat. “ Kalau la aku tak keluar tadi, Bodohnya kau Hadi, Bodoh, bodoh, bodoh” sambil menepuk nepuk dahinya. Matanya mula berair. Tanpa disedari dia telah menangis. Beberapa minit kemudian saudara mara mereka mula datang satu persatu. “ Atuk dekat mana?” Tanya ibunya dengan suara yang lirik. Hadi tahu, Pasti ibunya sudah menangis di dalam perjalanan tadi. “ Atuk masih kat dalam” seketika mereka semua menunggu keputusan dari dokter. Suasana kembali menjadi hening.
“ Terkadang kehidupan itu, Akan menjadi sangat menyakitkan. Tetapi terkadang kehidupan itu akan menjadi manis seperti gula. Daun yang mulai gugur menandakan kehidupan sesuatu makhluk akan segera berakhir. Bukan bererti semuanya akan buruk, Tetapi untuk memberi peluang kepada tunas baharu agar menjadi Sihat hijau dan lebih hijau dari daun sebelumnya".
...“ Kamu tahu kenapa ada perpisahan?” Tanya atuk kepadanya sewaktu dia masih kecil. “ Kerana tuhan ingin mengajar manusia bahawa tiada yang hakiki di dunia ini" Sambil mendukung Hadi. Hadi yang masih kecil bertanya“ Nape Tuhan nak ajar atuk, Bukan atuk dah besar” Mendengar persoalan dari cucunya itu, Atuknya lansung ketawa dan berkata“ Kerana manusia itu sukar untuk memahami dan menghargai sesuatu yang baik untuk mereka, dan sesuatu yang buruk untuk mereka”.........
Pintu wad dibuka.... Semua ahli keluarga lansung menuju ke arah doktor. Doktor tidak mengatakan apa apa pun pada ketika itu... ketika itu, Hanya terdengar suara tangisan yang mengisi ruangan itu...
__ADS_1
Bersambung......