Awak,Saya, Kita?

Awak,Saya, Kita?
Hidup Baru


__ADS_3

Jam menunjukkan pukul 5 .45 petang. Mija sudah bersiap untuk pulang ke rumah. “ Mija, Cik Rasyidi panggil kau" Sapa Siti memberitahu.


“ Dia panggil?, kenapa dia tak kol je". “Mana aku tahu". Balas Siti dengan muka yang sedikit mencuka. “ Kau ok tak Ti, macam ada masaalah ja aku tengok". tanya Mija ringkas.“Bos kau tu la, Banyak lagi orang kat company ni, asyik Aku je yang selalu kena buat semua". Mija yang mendengar ocehan dari teman sekerjanya itu hanya mampu merespon dengan wajah yang datar. “ Tak pe lah, Aku pergi dekat cik Rasyidi kejap". Temannya Siti tidak membalas.


Setibanya di bilik encik Rasyidi, Mija mengetuk pintu bilik kerjanya. Tuk,tuk,tuk. Tiada balasan dari ketukkannya itu.“ Tak ada orang ke?" bisik Mija dalam hati. Dia pun menoleh sekiling melihat suasana yang sunyi sepi.Tiba tiba bulu romanya merinding dengan sendiri. Dia yang mula rasa tak sedap hati pun berjalan laju menuju ke mejanya. “ Tak ada apa lah, Kau jangan jadi penakut sangat". Bisik Mija dalam hati untuk menenangkan dirinya". Setibanya dia di mejanya, Dia mencari kelibat Siti, Tapi tiada kelibat seorangpun di ruangan tempat kerjanya itu.“ Mana pulak Siti ni. Tadi cakap kerja banyak, sekarang dah hilang pulak. Dia pun berjalan di lorong koridor menuju ke lift. Tiba tiba dia berhenti dan menoleh ke belakang perlahan lahan. Jantungnya berdegup cukup kencang. Dia menoleh perlahan lahan Dan........ Dia menghela nafas panjang, lega. “Aku ni banyak fikir mengarut ni".


Dia menoleh semula untuk menuju ke Lift, tiba tiba....... Dia merasakan kehadiran seseorang di belakangnya... Dia pun berjalan terus kehadapan dengan berlari lari anak. Semakin laju langkahnya, semakin dia merasakan seperti ada seseorang yang seakan mengejarnya dari belakang. Dia pun terus berlari laju menuju ke lift. Sedang dia menekan tombol lift “Akakkkkkk, Bantu saya kak.... " Dia mendengar suara anak kecil dari belakang. Dia tidak mampu menoleh kebelakang kerana ketakutan. Pintu lift terbuka, Dia cepat cepat masuk ke lift. Kerana begitu takut menoleh, dia lupa untuk menekan tombol pada Lift. Dia berharap pintu lift itu segera tertutup.

__ADS_1


Setelah dia memastikan pintu lift benar benar sudah ditutup, Dia pun berputar badan dan menekan tombol turun pada Lift. Dalam hatinya, Dia tidak berhenti membaca surah suci ayatul kursi. Dia berharap semua ini segera berakhir. Pintu lift terbuka, Dia pun berjalan keluar untuk ke parking... Alangkah terkejutnya dia apabila mengetahui Lift itu berhenti di ruangan kerjanya semula. “ Akak, Bantu saya kak...". Dia mendengar suara anak kecil tadi. Dia pun terduduk dan menangis kerana takut sambil Mulutnya membaca ayat suci Al-Quran.“ Dik, dik. Kamu okay tak". tiba tiba ada suara yang datang menegurnya. “ Dia pun menoleh ke arah suara itu. dia melihat security yang datang untuk memeriksa keadaan seperti biasa. “ Saya okay..." Balas Mija sambil menahan ketakutannya“ cik, saya tadi ada dengar suara budak kecil minta tolong di ruangan ini encik.. " Mija cuba menjelaskan keadaanya itu.“ Security itu pun berjalan melihat sekeliling ruangan itu. “ Takde siapa siapa lah kat sini. Mungkin perasaan adik je ni". Balas security itu. “Betul, Saya dengar suara dia betul betul belakang saya tadi. Lift ni pun berhenti dekat sini jugak". Mija cuba menjelaskan situasi dengan tergesa gesa.“ Lift dah boleh guna ke. Lift ni, tengah hari tadi rosak, sebab tu harini ramai balik awal sikit sebab tak larat nak turun tangga". Mendengar jawapan dari security itu, jantung Mija berdegup semakin kencang.“Li...... Lift rosak". Jawab Mija gagap kerana terkejut.“ Iya, Kalau adik nak turun kena turun ikut tangga la...Sambil security itu memeriksa lift... Lift memang rosaklah adik. Ilusi adik je tadi tu". Balas security itu sambil berjalan menuju ke tingkat atas melakukan tugasnya.


Bak kata pepatah orang utara“ Darah Mija kini tinggal secamca". Dia merasakan tangga itu seperti jalan paling menakutkan yang pernah dia temui. Dia pun berjalan turun laju ke bawah, Dia berharap semuanya baik baik sahaja. “ Kak, Bantu saya kak" Mija yang mendengar lagi suara itu lansung menjerit kerana ketakutan “whaaaaaa..... ".


“Mija, mija. bangun bangun". Mija tersedar dan melihat sekeliling. “Kak Nul". sambil mengusap seluruh wajahnya.“ Kau mimpi apa tadi. sekarang semua orang dah habis kerja". “Tak ade apelah kak".Mija melihat jam di tangan nya menunjukkan jam 6.15 petang. Sambil menghela nafas panjang. Dia pun bersiap untuk pulang. Dalam perjalanan pulang, Dia mendapatkan kol dari teman baiknya, Adik.


Dia melihat jam ditangannya sudah menunjukkan pukul 7.40 petang. Seketika dia merenung ke arah jam tangannya itu. Tanpa disedari... Air matanya mula mengalir. Dia pun mengusap air matanya itu dan keluar dari hospital. Sambil memesan grab untuk pulang. Dia teringat bagaimana dia mendapatkan jam tangan itu.

__ADS_1


“Awak memang tak suka pakai jam ke".“ Tak, saya tak biasa pakai jam. Kalau saya nak tengok jam, saya akan tengok dekat phone je". Balas Mija bersahaja.“ Ha, Bagus la tu.....sambil membuka jam tangannya..... Awak pakai jam tangan saya ni....".“ Tak nak lah, Jam tangan ni kan lelaki punya". Sambil tersenyum lelaki itu pun membalas“ Mana awak tahu jam tangan saya ni lelaki. Saya yang dah pakai lama jam ini pun tak tahu kalau dia lelaki rupanya". "Awak ni kan.... Sambil hendak menarik telinga lelaki itu"


“Aippp, Tak boleh sentuh. Nanti kalau dah sah awak isteri saya baru boleh sentuh". Balas lelaki itu sambil menjelirkan lidahnya.“ Jam saya ni beharga, Bukan sebab jenama... tapi sebab jam ni mampu memutar balikkan waktu". Jawab lelaki itu bergurau. “Iya lah tu.... mengambil jam itu dan memakainya. Kalau awak dah bagi saya ambik je lah. Balas mija sambil memperlihatkan jam itu ditangannya. “Cantik jugak jam awak ni...". Lelaki itu hanya tersenyum melihat gelagat wanita yang disukainya itu. “ Saya cakap betullah. Andai kata suatu hari nanti kita tidak berjodohan. Jam tu boleh beri awak sedikit kenangan tentang masa lalu kita waktu ini. Mungkin dengan sikitnya kenangan itu. Awak atau saya boleh berubah fikiran dan kembali menambahkan kenangan". Balas lelaki itu seperti sedang membacakan buku cerita.


Mija yang teringat akan kenangan itu pun menangis.“ Sekarang kita dah tak ada jodoh. Betul kata awak dulu. Sambil meletakkan tangan di matanya... Jam ni memang berharga..Tapi saya dah pilih jalan hidup baru...Saya harap dengan pilihan yang saya buat ni... Awak mampu untuk move on dari saya.. saya tak nak awak menyesal kedepan hari nanti"


Seketika kereta grab yang dipesan sudah sampai...Mija berjalan masuk ke dalam kereta itu."Sayang, seberharga mana pun jam awak ni, saya hanya mampu untuk mengingat kenangan kita. Tapi saya tak mampu untuk memutar kembali waktu yang lalu... Dunia tetap berjalan seperti seharusnya.... Saya harap awak tak salahkan diri awak atas keputusan yang telah saya buat.... "

__ADS_1


Bersambung......


__ADS_2