Awak,Saya, Kita?

Awak,Saya, Kita?
Cinta pertama IV


__ADS_3

Setelah berbual cukup panjang antara mereka berdua. Mereka seolah olah telah lupa akan kehadiran adik. Adik yang baru duduk semula ke tempatnya hanya diam membisu.“ ” er.. erm." adik berdehem. Mereka yang mendengar adik berdehem pun beehenti memulaukan adik. “ Memang dah kenal lama ke dengan Mija? ” Tanya Nuaim kepada adik. “ Lama la jugak, dari sekolah menengah lagi” balas adik.“ Ouh.... Dia selalu membuli tak?...Sambil merenung ke arah Mija... sebab nampak gaya macam kaki buli” sambil tersenyum ketawa". “ Erm.. memang dia kaki buli... Kalau tak buli orang tak tenang hidup dia.. Dah memang...” Tiba tiba peha adik dicubit oleh Mija..“ hahahahha, Tak delah. Dia budak baik.. Paling baik dunia akhirat” Jawab adik ringkas menyanggah jawapan awal tadi..


“ Jangan la puji macam tu, saya tahu la saya baik. Aduh malu saya..” Balas Mija seolah olah tidak memahami yang dia diperli.. Nuaim hanya ketawa melihat gelagat mereka berdua. Suasana menjadi meriah dengan kehadiran adik dan Mija. Nuaim teringat akan suasana di rumah... “ Nuaim, Nuaim.. awak okay ke? ” tegur Mija melihat Nuaim seperti termenung sendirian.. “ Haa?... ouh, okay. Kenapa? lepas ni nak balik dah ke?" Tanya Nuaim menukar topik perbicaraan. “ Balik la, Nak kemana lagi.. Awak nak pergi mana mana lagi ke?" Tanya Mija inginkan jawaban. “ Eh, tak lah. Saya pun nak balik dah.”Balas Nuaim. Mereka bertiga pun berjalan jalan di sekitar tempat itu lalu memutuskan untuk pulang.. Nuaim pun bergerak pergi dari situ....


Setelah Nuaim memghilang dari penglihatan mereka berdua.. “ Baik kau jelaskan dekat aku, kau dengan dia ada apa apa ke? Macam lain je aku tengok" tanya adik sambil mensepetkan matanya. “ Mana ada apa, semua hutang aku dengan dia dah clean” Sambil menggengam jari kelingking kiri dan kanan.. “ Ye ke? Kiranya hutang kau dan dia dah settle lah kan.... ”. “Iya betul tu sayang" sambil mencubit pipi adik kiri dan kanan. “ Sakit la. Herm... lepas ni kau dan dia dah tak berurusan dah la kan?". mendengar pertanyaan adik, Mija terdiam sejenak.“ Engkau dah habis kelas ke?” Mija menukar topik perbicaraan. “ Kau jangan nak tukar topik?. Kau dah mula timbul bimbit bimbit cinta macam dalam cerita titanic tu Kan? ”. Tanya adik sambil tersenyum senyum. “ Takde maknenya aku nak suka. Kau jangan nak mulakan. ” Balas Mija sambil mengisyaratkan jarinya. “ Manalah tahu, sebab aku nampak janji kau dengan dia memang dah clean, Tapi macam kisah cinta korang baru nak bermula.. ” Balas adik dan berjalan laju meninggalkan Mija. “ Kau ni kan! ” Sambil mengejar adik dari belakang...selepas itu, Mereka pun bertolak pulang ke rumah masing masing.

__ADS_1


Dalam perjalanan pulang, Mija hanya memikirkan kata kata dari sang adik. Kalau benar apa yang dia katakan, Maka mereka berdua tiada lagi sebab untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Mija memikirkan mungkin Nuaim tidak akan menghubungi dirinya lagi. “ Macam mana kalau dia dah tak contact aku lagi?, Aku nak buat alasan apa dekat dia nak still contact". Tanya Mija ke dalam dirinya. Dia mula memikirkan sesuatu yang negatif...


Setibanya di rumah, Mija lansung masuk ke dalam rumahnya. Mummy yang melihat hanya mengangkat kening ke arah ayahnya. Mija yang sedang banyak fikiran, Terkadang akan terus masuk ke dalam biliknya. Sudah menjadi sifat alami dirinya, dia akan menyendiri kalau memikirkan sesuatu yang negatif. “ Awak dah selamat sampai ke?” tiba tiba fonnya bergetar kerana mendapat mesej. Dia yang melihat mesej itu lansung tersenyum senyum seperti kerang busuk. “ Setahun dah sampai, Baru nak tanya.” Mija membalas Mesej itu. Dia terus bersemangat sehingga mampu untuk berlari tiga round stadium pada waktu itu juga. “ Nasib baik, ingatkan pergi melencong ke tempat lain lagi.” Balas Nuaim menyertakan emoji Beruang comel. “ Kenapa kalau saya melencong tempat lain, Bukan salah pun". Balas Mija meletakkan emoji gambar orang yang sedang memeluk tubuh dan menghembus nafas seperti lembu redbull. “ Salah tu memanglah tak, Cuma tak manis la kalau anak dara balik lewat malam. ”


“ Sekarang kan masih petang, Bukan malam lagi encik Nuaim. Dan kalaupun saya balik malam, kenapa yang kamu nak ambil peduli. Bukan perjanjian kita dah selesai?” Balas Mija. Kerana Mesej yang ditulis oleh Mija terbaca seperti sedikit kasar dan seperti sedang marah, Nuaim yang membacanya pun diam dan tidak membalas dalam waktu yang agak lama. Mija yang masih menunggu mesej dari Nuaim pun nampak sedikit gelisah. Dia membaca semula mesej yang dia hantar. “ Lah... kenapa aku mesej macam ni” sambil menepuk dahi. “ Dia mesti ingat aku tak suka dia ambil tahu, Aduh.. Kenapa lah kau Mija oiiiiii... ” Sambil masih lagi menepuk nepuk dahi. “ Aku nak balas ape ni? Dia mesti ingat aku marah..” Dia hanya termenung di depan telefon dalam waktu yang lama memikirkan mesej apa yang patut dihantar agar mereka tidak terputus untuk saling berhubung.

__ADS_1


“ Siapa cakap saya tak suka?. Siapa cakap saya marah kamu?. Saya tanya kamu, Bukan marah kamu. Nanti kalau nak claim untuk yang ketiga tu bagitahu je lah saya, Saya akan cuba tunaikan. Jangan mintak yang bukan bukan sudah, saya Lempar kamu dalam laut nanti.” Balas Mija disertakan emoji budak yang sedang buat muka comel dan emoji seseorang yang ditampar mukanya.


Disisi lain, Dirumah Nuaim....


Ting.... ting.... ting... Telefonnya berbunyi menandakan yang dia mendapatkan mesej baharu. Dia pun membaca sambil sedikit ketawa. “ Iye ke tak marah?, iye ke tak ada masaalah saya menyibukkan diri dengan urusan kamu?. “ Kalau kamu tak selesa bagitahu je saya... Anytime saya tak akan mengganggu kamu lagi." Balas Nuaim lalu dia mematikan data. Dia pun lansung keluar dari biliknya. “ Sini jom makan sekali, Ajak abah makan,angah, abang,adik” Sapa mamanya yang melihat dia keluar dari bilik. “ Mama jom lah makan sekali. ” Balas dia. “ Makan lah dulu, mama nak buat sikit lagi kerja di dapur. ” Seketika Dia pun memanggil kesemua mereka. “ Abah... abang...angah...adik... Jom makan”. Kesemua mereka adik beradiknya pun keluar dari bilik dan menuju ke meja makan. “ mana abah? ” Tanya angahnya. “ abah ada kat luar lagi mungkin. ” Balas abangnya. “ Adik, pergi panggil abah ajak makan sekali” Perintah abangnya kepada adik. Abangnya pun menuju ke dapur dan membawa makanan yang baru sudah dimasak untuk dimakan. “ Dah mama, Jom makan sekali.” Ajak abangnya sambil menarik tangan mamanya ke meja makan.

__ADS_1


Bersambung.......


__ADS_2