
Setibanya Di rumah, Hadi mengetuk pintu rumah dan memberikan salam. “ Assalamualaikum ” Sambil berjalan masuj ke dalam rumahnya. Dia yang kelihatan seperti mendapatka. hadiah besar pun lansung menuju ke bilik ibunya. “ Mama... ” panggil lembut Hadi sambil memeluk ibunya dari belakang. Ibunya yang sedang menyangkut baju di dalam almari pun lansung bertanya kepadanya. “ Adi dah makan ke? tu mama ada masak sambal sotong yang abah kamu bawak balik semalam”. Hadi pun lansung membalas “ Abah pergi ke laut ke semalam? Ke abah beli sotong tu? Aik... semalam bukan abah ada dekat rumah ke? ” Tanya Hadi pelik. Dia masih hairan kerana ibunya memberitahu bahawa sotong itu dibawa pulang oleh ayahnya. “ Tak, Abah tak pergi pun ke laut. Semalam waktu abah kamu tu keluar, Dia ada jumpa Pakcik E. Sotong ni cik E yang bagi dekat abah” Jawab ibunya menjelaskan situasi agar anaknya itu tak banyak bertanya.
“ Ouh, Mana lah tahu. Abah kan suka juga kelaut” balas Hadi lalu berjalan keluar dari rumahnya dan berehat di buaian bawah pokok. Suasana ketika itu sangat menarik, Desiran angin yang menghembus perlahan, Di iringi dengan kicauan burung burung yang hendak pulang ke sarang, Mengimarahkan lagi suasana pada waktu petang itu. Antara sebab setiap petang keluarga suka berkumpul di situ adalah kerana cahaya yang redup, Angin yang segar kerana dikelilingi pokok pokok yang rimbun, Dan paling mengasyikkan adalah apabila waktu matahari terbenam. Melalui celah celah bukit, Cahaya yang terbias dari efek terbenamnya matahari itu sangatlah indah. Mampu menenangkan kepala yang sedang kusut dan mampu merubah suasana hati sesiapa yang melihatnya.
Ayahnya yang sudah selesai menguruskan haiwan ternakannya itu pun berjalan menuju ke arahnya. Ayahnya hanya melihat Hadi dan lalu duduk di depan pondok. Sambil mengeluarkan segenggam rokok daun dan tembakau. “ Lembu semua okay ka abah?” Tanya Hadi ingin memulakan topik perbualan. “ Okay je, Cumanye yang si Putih tu pulak luka di tanduk. Esok jom ikut abah. Kita pergi spray ubat kat luka dia tu” . “ Adi rasa tadi okay lagi, Dia pergi bergaduh dengan siapa pulak la si Putih ni. Buas sungguh” Balas Hadi geram. “ Biasalah Lembu betina, Dia nak kawal kandang tu untuk dia sseekor. Tak leh dah Putih ni, Esok kena tambat asing muka dia tu. Suka tanduk lembu lain tak tentu pasal" Balas ayahnya mengeluh kepadanya.
Ibunya pun datang kepada mereka dengan membawa kopi dan keropok leko. Sambil menuangkan ke dalam cawan dan menghidangkan kepada suaminya. “ Kenapa nampak penat sangat harini? ” Tanya ibunya. Belum sempat ayahnya menjelaskan Terdengar bunyi motosikal abangnya... “ Abang dah balik tu” Hadi memberitahu kepada ibu ayahnya. “ Bunyi kenderaan orang lain tu, Bukan abang kamu” Balas ibunya. “ Adi kenal lah mama, Bunyi motor abang tu. Confirm abang” Balas Hadi sambil menunggunya Motor siapa yang akan melalui jalan depan rumahnya. Seketika kemudian, abangnya pun melalui Jalan dan masuk ke halaman rumah. Abangnya yang melihat ahli keluarga sedang duduk santai di pondok pun lansung menuju ke arah mereka. Sambil tersenyum ke arah suaminya “ Pandai Adi ni... Mama pun tak kenal bunyi motor abang dari jauh. Bijak ni anak mama ni” sambil tersenyum gembira memuji anaknya itu. Hadi yang melayan kerenah ibunya pun menjawab“ Adi... Jarang tak pandai ” sambil ketawa. Ayah dan ibunya pun turut ketawa bersama.
Setelah berbual bual panjang dengan abang, Ibu dan ayahnya. Hadi pun berjalan masuk menuju ke biliknya dan mengambil phone. Dia pun lansung mengahntar chat kepada Mija.
Awak dah selamat sampai ke?” Tanya Hadi memulakan topik perbicaraan nya dengan Mija. Dalam hatinya, Dia ingin sentiasa chat dengan Mija. Setiap hari walaupun hanya satu patah perkataan. Mesejnya itu lansung dibalas “ Setahun dah sampai, Baru nak tanya.” Mija membalas Mesej itu. Dia terus bersemangat sehingga mampu untuk berlari tiga round stadium pada waktu itu juga. “ Nasib baik, ingatkan pergi melencong ke tempat lain lagi.” Balas Hadi menyertakan emoji Beruang comel. “ Kenapa kalau saya melencong tempat lain, Bukan salah pun". Balas Mija meletakkan emoji gambar orang yang sedang memeluk tubuh dan menghembus nafas seperti lembu redbull. “ Salah tu memanglah tak, Cuma tak manis la kalau anak dara balik lewat malam. ”
__ADS_1
“ Sekarang kan masih petang, Bukan malam lagi encik Nuaim. Dan kalaupun saya balik malam, kenapa yang kamu nak ambil peduli? Bukan perjanjian kita dah selesai?” Balas Mija. Kerana Mesej yang ditulis oleh Mija terbaca seperti sedikit kasar dan seperti sedang marah, Hadi yang membaca pun merasakan seperti dimarahi kerana terlalu mengambil tahu tengtang Mija. “ Aku ni sibuk sangat ke pasal dia, Patutlah dia tak suka. Herm....... Baru ingat boleh nak jadikan dia lebih dari sekadar kawan. Awal awal lagi dah kena reject” Bicara Hadi sendirian. Dia pun mula merasakan seperti patah hati. Umpama menabur garam dilaut. “ Kenapa lah aku suka dekat dia.... Aik Bila masa aku suka dekat dia... Takpelah kalau dia nak aku stay contact lagi, kalau tak nak angkat kaki lah” Bicara Hadi kepada dirinya sendiri. Dia pun lansung membalas “ Memanglah tak salah kamu balik lewat, memang saya tiada hak nak ambil tahu. Cuma saya pesan saje... Awak nak dengar atau tak itu terpulang lah kepada awak. Saya ni tak Rugi ape ape. Dan berkaitan dengan perjanjian kite.. Masih ada satu lagi yang saya belum claim.... Claim awak menipu saya... Saya masih belum tebus lagi claim tu. Kalau awak tak suka sorrylah, saya nampak macam suka ambil tahu pasal orang kan. Senang cerita yang claim ketiga tu, lupakanlah. Saya tak akan sibuk dah tentang awak lagi. " Balas Hadi Sambil menghantar emoji orang tersenyum dan emoji okay. Dia mula redha dengan apa jua jawapan yang akan diberikan daripada Mija. Baginya Menaruh harapan setinggi langit, Akan sanvat menyakitkan juga kalau jatuh. Lebih baik dia tidak berharap agar tidak akan ada kekecewaan yang akan menimpa dirinya kelak. Phonenya pun bergetar. Dia melihat mesej yang dihantar oleh Mija.
“ Siapa cakap saya tak suka?. Siapa cakap saya marah kamu?. Saya tanya kamu, Bukan marah kamu. Nanti kalau nak claim untuk yang ketiga tu bagitahu je lah saya, Saya akan cuba tunaikan. Jangan mintak yang bukan bukan sudah, saya Lempar kamu dalam laut nanti.” Balas Mija disertakan emoji budak yang sedang buat muka comel dan emoji seseorang yang ditampar mukanya.
Hadi pun membaca sambil sedikit ketawa. “ Iye ke tak marah?, iye ke tak ada masaalah bagi kamu untuk saya menyibukkan diri dengan urusan kamu?. “ Kalau kamu tak selesa bagitahu je saya... Anytime saya tak akan mengganggu kamu lagi." Balas Hadi lalu dia mematikan data. Dia pun lansung keluar dari biliknya. “ Sini jom makan sekali, Ajak abah makan,angah, abang,adik” Sapa mamanya yang melihat dia keluar dari bilik. “ Mama jom lah makan sekali. ” Balas dia. “ Makan lah dulu, mama nak buat sikit lagi kerja di dapur. ” Seketika Dia pun memanggil kesemua mereka. “ Abah... abang...angah...adik... Jom makan”. Kesemua mereka adik beradiknya pun keluar dari bilik dan menuju ke meja makan. “ mana abah? ” Tanya angahnya. “ abah ada kat luar lagi mungkin. ” Balas abangnya. “ Adik, pergi panggil abah ajak makan sekali” Perintah abangnya kepada adik. Abangnya pun menuju ke dapur dan membawa makanan yang baru sudah dimasak untuk dimakan. “ Dah mama, Jom makan sekali.” Ajak abangnya sambil menarik tangan mamanya ke meja makan.
...Cinta itu datang tanpa amaran, engkau tidak ...
...yang datang itu, kerana ...
...cinta itu tidak datang dengan...
__ADS_1
...paksaan,...
...Dan cinta jugak tidak mampu untuk memilih...
...Andai Hati engkau dan dia sudah terikat...
...Maka ...
... yang akan berlaku jika ditolak hanyalah...
...akan meninggalkan sebuah luka dan persaan rindu. ...
__ADS_1