
3 tahun lalu di universiti Di taman permainan.
"Mija, Kau ingat tak lelaki yang kau tumpahkan air dekat baju dia tu". Tanya Fira kawan lama Mija dari sekolah menegah lagi. “Herm.... Yang mana eih... Ramai yang aku dah tumpahkan air kat baju diorang... " Balas mija berpura pura tak tahu.Bukan dia tak tahu, Fira atau nama panggilannya adik kalau dah mula buka gosip, dia mampu memenangkan gosip terbaik dalam pertandingan gosip paling terbaik antara yang terbaik di dunia. “Alah Mija kau ni, Budak tu lah,sapa nama dia.... Eh, kau ada tanya nama dia tak?". Tanya adik sedikit hairan.“ Tak de, Aku pun tengah Rushing waktu tu. Mana sempat nak berkenalan dulu, ajak lepak tepi pantai, oder kopi dulu". Jawab Mija acuh tak acuh dengan pertanyaan adik itu. “ Bukan itu maksud aku, kau tak rasa bersalah ke.. " adik bercakap sambil menggerak tangan seolah olah menghayati perbicaraan itu. “ dengan dia. Dah la kau tumpahkan air kat baju dia. Kau buat ignore je pulak dekat dia,Kesian dia. Mesti dia balik ngadu kat mama dia tu. Tak pun dia pergi jumpa bomoh, Santau kau". Mija yang mendengar pernyataan adik itu pun lansung mencubit pipinya. “ Engkau ni kan mulut.... celupar sungguh". Balas Mija sambil tangan kanan dan kirinya mencubit pipi adik. “ sakittttt yittt yittt." Sambil mengusap pipinya“ Aku cuma kesian je dekat dia".“ Kalau dia tak puas hati, Dia mesti contact aku dah. Ini dia pun tak ada apa apa respon .Maybe mungkin tu masalah kecik bagi dia..". Jawab Mija bersahaja sambil melihat jam ditangannya itu.
“Ouh... kau bagi nombor dekat dia ke" tanya adik sambil senyum dan mengangkat keningnya.“ Mudah pulak kau bagi nombor kau dekat dia, setahu aku, kau ni bukan jenis low profile Ke ( jenis yang tak berapa suka bergaul dengan orang, suka buat hal sendiri). Apakah tanda tanda kiamat sudah makin dekat ya Allah". Balas adik dalam keaadan bergurau. “Iye, Aku bagi je.. mana la tahu dia nak mintak duit untuk baju dia tu. Aku ni bukan tak berperi.." sambil mengungkap perkataan itu beberapa kali.“ berperimanusia, berkerperi.... Ahhhh sudah la, penat la cakap ungkapan satu ni... sapa yang mula cipta ayat ni entah. Terbelit lidah". Adik yang disampingnya hanya ketawa kecil.“ Berr pee rii kee maa nuu sii aaann". Balas adik seolah olah mempermainkannya. “ Ha, itu yang aku nak cakap. Entah siapa la yang buat ungkapan tu. Menyusahkan oran betul". Balas Mija sedikit emosi.“ Engkau ni kan, ungkapan tu tak salah, engkau yang tak pandai nak sebut bukan salah orang cipta tu". Balas adik sambil ketawa. “Dia tak contact engkau lansung ka, Aku rasa la kan, mesti dia marah betul dekat engkau. Tu yang dia tak contact lansung". “ Mana la aku tahu, Kalau dia nak contact pun dia tak boleh". Adik yang mendengar pon sedikit hairan.“ kenapa? ".“Sebab aku bagi nombor orang lain". Balas Mija sambil bangun dan Bersiap pergi dari situ.“ Nombor orang lain...? " sambil memandang Mija yang mula berjalan meninggalkan dirinya.
“Eh ,Mija kau nak ke mana. Tunggu aku la." Balas adik tergopoh gapah mengejar dari belakang.“ Aku nak ke cafe, lapar" Balas mija sambil melambaikan tangannya ke arah adik sambil berjalan.“ Tunggu la kejap".Balas adik yang mula laju melangkah.
__ADS_1
“Wei, penatla". Tegur adik dengan nafas tercungap cungap. “ Bukan jauh mana pun Kita bejalan, yang engkau penat sangat ni kenapa?. Tanya Mija buat buat tak tahu.“ Engkau yang berjalan, Aku berlari. memang penat la aku.."Sambil duduk di salah satu kerusi yang masih kosong.“ Engkau tu berjalan Macam kena tinggal bas dah kenapa, penat aku ngejornye.Balas Adik dengan nada kepenatan. "Belikan aku air milo tu Mija" sambil menunjuk ke arah air itu... “Aku dah tak boleh nak bejalan dah ni".
“Engkau ni berjalan sikit pon dah penat ke..mana?..aku tak nampak pun?. balas Mija seakan akan tidak nampak.“ Ya Allah, depan mata kau tu,... Mesti menyesal siapa dapat kau"...Balas adik sambil menyumpah.“ Baiklah sahabat Busyukku". Balas Mija sambil menekan hidung adik. Mija pun membeli beberapa minuman dan makanan ringan untuk disantap mereka berdua. Dalam keasyikkan mereka berbual, Tiba tiba ada seseorang yang datang dari belakang terus duduk semeja dengan mereka.“ Saya datang nak claim duit saya, yang kedua"sambil mengangkat jarinya menunjukkan 2 jari“saya nak claim nombor yang sepatutnya saya dapat, dan yang ketiga"sambil mengangkat tiga jari dan memandang ke arah Mija“ saya nak claim.." dia tidak menghabiskan ayat nya“ tak pe lah, dua tu cukup dulu". Mija yang ditatap tajam pun terkejut kaku tidak mampu berkata apa apa. Adik yang merasa kehadiranya seperti udara pun memutuskan untuk berangkat pergi dari situ“ Mija aku kena hantar report aku sebelum tengah hari ni, Aku gerak dulu lah". Berjalan adik tanpa menghiraukan Mija yang masih lagi kaku di cafe itu.
Mija yang masih tak biasa bercakap dengan orang baru pun memutuskan untuk pergi dari situ. “Bila saya boleh claim janji yang awak beritahu tu". Tanye lelaki itu ringkas tapi mendalam. Mija yang mula merasakan tidak selesa pun berpaling semula muka ke arah lelaki tersebut sambil menyebut 019******* dengan laju. Dengan pantas Mija pun bergerak pergi dari situ mengejar adik .“ lelaki itu hanya mampu tercengang mendengar jawapan dari perempuan tadi“ 01, 019, Ah berapa dia sebut tadi" Gumam lelaki itu seorang diri. Dia hanya mampu melihat perempuan itu berjalan pergi.
Sambil berjalan pergi dari cafe itu“ 019*** berapa tadi dia sebut" gumam dia sambil mengingat semula nombor itu.
__ADS_1
“ Adik, Adik" panggil Mija dengan harapan adik akan berhenti menunggu dirinya. “Adik yang mendengar suara itu dari kejauhan pun berhenti dan menoleh ke belakangnya. “La, cepat betul. Aku dah bagi ruang tu untuk kau".
Mija Yang baru sahaja sampai dengan termengah mengah memegang bahu adik. "Bagi ruang apa nya, Kau boleh tinggalkan aku kat situ". Balas Mija sambil mengatur semula pernafasannya. "Ini la peluang kau nak kenal lebih dekat dengan dia, kau ni tak sporting la. zaman muda memang macam gitu".Balas adik seakan akan dirinya menjadi orang tua yang menasihati anak anak muda. “ Sejak bila aku cakap aku nak kenal dia, yang engkau tu, bila masa kau jadi muda". balas Mija permainkan adik dalam keadaan Dia masih mengatur nafas.
Sementara itu,“ Wei engkau pergi mana tadi, tahu tahu engkau dah hilang". Aku pergi tandas tadi. Engkau dah makan ke paan?".“ Tandas mana kau pergi ni, hah tak pe lah. Aku pun tak makan lagi. Jom pergi cafe depan tu. “Cafe tadi ka?".balas lelaki itu. “Tadi, kita kan makan kat luar tadi, Kau mamai lagi ke ni".“ oh haah, Lupa pulak aku". Mereka pun bejalan menuju ke cafe.
“Engkau ni, aku ni ibarat ibu kau kat sini. Aku nak tengok anak anak aku membesar dengan bahagia". Balas adik dengan muka riang gembira. "Dah, sudah la . Aku nak balik" Balas Mija ringkas sambil berjalan ke tempat parkir.
__ADS_1
"Tunggu la aku Mija". Dalam perjalanan mereka, Adik dengan meriahnya bercerita sedangkan Mija Seolah olah tidak mendengarkannya. Dalam fikiranya, dia masih memikirkan tentang kejadian yang berlaku tadi.
Bersambung......