Awak,Saya, Kita?

Awak,Saya, Kita?
Ada apa dengan cinta?


__ADS_3

"Diceritakan banyak sekali di dalam riwayat, tentang kisah akan cintanya majnun kepada si Laila.Pernah dengarkan?. Ini adalah cerita yang cukup populer sehinggakan artis artis barat sanggup untuk menerbitkan cerita ini.Siapa yang tahu?. Romeo dan juliet. pernah dengar?


Majnun adalah seorang lelaki yang dianggap gila kepada Laila. Bahkan ketika mana Sang raja memanggil Laila ke istana, Di suruh akan Raja kepada Laila untuk membuka purdahnya. Ketika dibuka akan purdahnya maka raja pun berkata.“ Aku melihat cantik mu ini biasa biasa saja. Jika dibangdingkan mu dengan dayang istana ini. Pasti lebih cantik akan dayang istaku".


Mendengar akan hal tersebut dari mulut sang raja, lalu Laila tersnyum sambil berkata“ Wahai rajaku yang Mulia, aku ini memang terlihat biasa biasa saja. Bahkan Jika engkau menbandingkanku dengan dayang istana, Nescaya tiada tempat untukku di sana".

__ADS_1


“Wahai rajaku, tuanku mengatakan kepadaku bahwa aku ini biasa biasa saja. Aku mengerti maksud akan tuanku.Aku tidak akan berkecil hati dengan kata kata tuanku kerana aku mengetahui bahawasanya tuanku bukan quwais ibnu mullawi. Mata yang sedang melihatku bukan mata quwais, Hati yang sedang menilaiku bukanlah hati quwais. Maka aku tidak akan berkecil hati kerana aku tahu yang tuanku bukanlah quwais ibnu mullawi. Kerana hanya mata quwais yang memandang indah wajahku. Hanya hati quwais yang sangat mencintai diriku. Hanya kerana itu, Di mata manusia aku tiada beza, Tetapi di mata quwais, aku adalah seseorang yang luar biasa.


Apa yang dapat di simpulkan dari cerita ini. Apa coba. Ketika mana kamu mencintai sesuatu itu yang datangnya dari lubuk hatimu yang terdalam. Maka itulah yang dipanggil akan cinta. Dikala mana kamu terlalu mencintai akan makhluk, Maka semakin besar cintamu itu, semakin besar akan kecewa yang kamu rasakan. Ketika Mana kamu mencintai akan bunga, maka ketahuilah bahwa bunga akan layu. Ketika mana kamu terlalu mencintai akan manusia, Maka ketahuilah bahawasanya manusia akan mati, Manusia akan mengkhianati,manusia akan banyak melukakan hatimu, Manusia akan banyak menjatuhkanmu. Tetapi ketahuilah bahawasanya ketika mana kamu mencintai akan ALLAH, ALLAH itu tidak akan mati, Allah itu maha hidup, Allah tidak akan pernah mengkhianati Hambanya".


Ibunya yang baru datang ke ruang tamu sambil membawa pisang goreng“ Ustaz badli Shah ka tu. Mummy dulu rajin dengar dia punya ceramah, Orang Indonesia ni". Mija yang hanya terbaring di sofa sambil mendengarkan ceramah itu, turun lalu mengambil beberapa pisang goreng yang sudah dihidangkan. “ Dia cerita tentang majnun dan laila. Mija ingatkan tu kisah mitos orang arab, rupanya ada betul orang macam tu. Mummy rasalakan, ada lagi ke orang yang sama macam majnun ni mummy? ". Tanya Mija membuka topik perbicaraan. Ibunya hanya menjawab “Freedom, boleh jadi masih ada, Boleh jadi dah tiada". Mija yang mendengar jawapan dari mummynya hanya membalas “herm.... " kerana masih belum puas dengan jawapan itu.

__ADS_1


“Mungkin betul apa yang kamu cakap, terluka sorang itu lebih baik dari dua dua terluka. Tapi kamu pun kena tahu jugak. Bukan hanya kamu yang ada pendapat, bukan hanya kamu yang ada perasaan. Bukan hanya kamu yang sayang dekat dia. Dia pun manusia. Bila seorang lelaki dah mula fikir pasal kahwin. Dia memang berniat nak jadikan kamu isteri dia. Macam ayah kamu dulu". Jawab ibunya kepadanya seakan akan mengetahui pertanyaan itu adalah tentang dirinya bukan dari temannya. "Ayah dulu macam tu ke mummy. sweet tak ayah dulu". Tanya Mija sambil menunjukkan minat untuk mengetahui. Ibunya malu malu untuk menceritakan tentang kisah cinta mereka.


"Ayah kamu tu dulu mulut manis macam gula, Mummy hampir hampir nak kena potong kaki sebab ayah kamu". Cerita mummy malu malu. "Macam mana mummy boleh suka dekat ayah" Tanya Mija teruja ingin mengetahui... “ Dulu ayah kamu memang suka dekat mummy, Tapi mummy tak layan pun. Waktu tu dekat sekolah menengah kalau tak silap. Waktu tu Mummy tengah ada masalah dengan kawan mummy. Mummy lari dari situ duduk di tepi padang sekolah.Ada pokok lagi waktu tu. Waktu tu ayah kamu datang bagi kata kata mutiara dekat mummy. Mummy waktu tu memang nampak ayah kamu macam....." Tidak menghabiskan ayatnya. “Kira mummy ni memang budak yang beruntung la" celah Mija kepada mummynya.“ “Iya sayang, tapi sekarang perangai ayah kamu tu memang..... herm.... Kadang kadang menyakitkan hati betul". Mija yang merasakan ibunya seperti ingin membebel pun bangun dan bergerak masuk kedalam bilik. Sebelum Mija masuk ke dalam biliknya, Ibunya menarik tangan Mija dan membisikkan di telinganya.


"Jangan jadi seperti pasangan yang gagal. Kamu gagal memahami cara dia mencintai kamu, Dan dia gagal memahami cara kamu ingin dicintai". Mendengar kata kata dari mummynya, dia pun seolah olah merasakan mummynya seperti mengetahui apa yang terjadi pada dirinya. “ Baik mummy, Mija akan dengar pesanan mummy baik baik". Balas Mija sambil berjalan masuk ke dalam biliknya. Dia mengeluarkan semula diarinya dan mula menulis semula“ Hari..... tarikh...... sejujurnya kan, Aku ni pun tak faham dengan diri aku. Aku putuskan dia untuk suruh dia pergi agar dia tidak terluka. Tapi dalam masa yang sama Aku nak dia ada dengan aku. Aku nak dia jadi milik aku sorang. aku pun tak tahu kenapa, semua benda yang aku buat.... pasti mengingatkan aku pasal diri dia. Dia adalah insan yang terbaik setelah rasul, ayah dan mama. Tapi aku takut selepas dia tahu tentang diri aku. Dia akan pergi jauh dari aku. Mungkin sebab ketakutan itulah yang telah memaksa aku untuk putuskan hubungan dengan dia. Aku terlalu takut untuk mengetahui sesuatu yang belum jelas. Disebabkan itulah aku menyakiti dirinya tanpa aku sedari. Aku menjadikan dirinya sebagai alasan untuk mengelak dari mendapat jawapan yang tidak aku inginkan. Wahai hati, Andai benar engkau masih cinta kepadanya. Maka beranilah untuk melihat ke depan. Andai engkau tidak berani mengatakan yang sebenarnya, Maka engkau akan Mati di dalam kerinduan dan penyesalan. Beranikan diri Mija, apa apa pun yang terjadi, Jangan pernah lari dari kenyataan. Penyesalan sentiasa ada di belakang. Kalau bukan sekarang, Bila kau nak sedar. Kalau dah terlambat, menangis merayu pun tiada guna.

__ADS_1


Buku diari pun ditutup. Mija telah mebulatkan tekadnya untuk bertemu dan berbincang dengan lelaki tersebut. Ketika dia membuka telefonya.... Dia pun mencari semula nama lelaki itu“ Jumpa pun"....


Bersambung.......


__ADS_2