Awak,Saya, Kita?

Awak,Saya, Kita?
Re:Start


__ADS_3

3 Tahun lepas


“Sayang, kamu lagi ngapain. aku rindu sama kamu". Tersenyum seronok Hamizah seorang diri membaca mesej yang masuk ke whatsapp nya.“ Memang tabiat kamu ke sayang cakap Indonesia...aku engak lagi ngapa ngapain, aku baru habis kerja di dapur".Hamizah membalas mesej itu sambil tersenyum lalu ke dapur. “Mummy, harini mummy masak apa. Mija bau sedap ni... " Sambil datang dari belakang memeluk ibunya. “ Ish, kamu ni. Terkejut mummy, jaga sama minyak panas ni". Balas mummynya sambil sebelah tangan memegang sudip dan sebelahnya lagi memegang tudung periuk nasi. “Alah mummy ni, nak pegang pun tak boleh. Sebab tu anak anak kalau besar tak nak manja manja dah dengan mak ayah. Garang sangat". Balas Hamizah kepada ibunya sambil melepaskan pelukan. “Kamu ni kan, sekejap lagi mummy habis masak kalau kamu tak peluk sehari, siap kamu!" Balas ibunya dengan nada mengamcam.“ Ni kamu tolong ibu besiang ikan tu. tolong apa yang patut". perintah ibunya kepada Hamizah.“ Ngak, Mija ngak mahu, Mija hanya pengen makan aja". balas Hamizah sambil sedikit tersenyum. Lalu Hamizah pun menuruti apa yang diperintahkan oleh ibunya.“ Anak dara apa pemalas sangat ni, nanti kamu ada laki, laki kamu lari kalau perangai malas macam ni. Baru kamu tahu waktu tu.Ha". “Apa mummy cakap macam tu, untuk suami Mija nanti Mija masak la sedap sedap, ha". balas Mija tidak mahu mengaku kalah.“ Ha ya latu. Ni petang ni ada kenduri rumah pak teh Nik. Mummy nak pergi tolong jap, kamu nak ikut tak?".“ Tak nak lah mummy, Mija tak pandai. Segan jugak dekat orang kampung".“ Sayang mummy dengar sini Mummy nak cakap, Kita ni orang kampung hidup berjiran. Kena la ikut membantu jiran jiran. Kamu jangan sampai kenduri kamu nanti Tak ada orang yang datang!". Balas mummynya dengan nada mengugut.


“Mummy ni, suka cakap macam tu. Mummy tahu tak kata kata itu doa". Sambil mengangkat tangannya seperti sedang berdoa. “Itu la dulu saya nak bercinta mummy tak bagi, Sekarang tak ada orang nak.Mummy ugut pun tak nak pergi". Balas Hamizah dalam keadaan bergurau. “Ha cakap pandai, cakap pandai".balas mummynya dengan nada sedikit tinggi.

__ADS_1


Ayahnya yang baru pulang dari kebun pun datang menyampuk. “ Meriah dua beranak borak. Borak pasal apa? ".“Adalah pasal orang perempuan. Abang tolong kupas kelapa jap, Saya ingat nak buat gulai kepala ikan". “Oh gulai".“ Iya Gulai".“Apa lai" balas ayahnya bergurau sambil mengambil cop kelapa untuk mengupas kelapa. “ Memang, perangai tu memang tak boleh ubah dah, suka permain orang. Sekejap lagi Som tak masak, baru tahu padan muka, yang kita ni, dari pagi sampai malam, buat nu, buat ni. Yang dia tu, penat penat. datang permain orang pulak".“ mummy ni Ayah bergurau manja ja tu, Nak manja manja dengan mummy. Jangan garang sangat, ayah lari nanti ". Balas hamizah sambil bersiap untuk masuk kedalam bilik. Dia tahu lepas ayahnya, dia pulak akan jadi mangsa leteran. Sambil sedikit senyum dan ketawa, dia pun beranjak pergi menuju ke biliknya.“ Anak dengan pak sama ja, cakap sikit tak boleh, cakap sikit tak boleh. Lari la Aku nak tengok, boleh ke tak, Kot nanti jangan menangis air mata darah pulak". Ayahnya yang diluar menggeleng gelengkan kepala.“ Dia start dah". sambil melihat jam ditangan.“ pergi kebun dulu lah, sekejap" bisik ayahnya dalam hati.


Hamizah yang baru sahaja masuk ke dalam bilik, melihat noti di smartphonenya. Hamizah mengambil telefonya dan berbaring di katil sambil membaca mesej tersebut. “ ouh ya ka, rajin. Sayang nak tahu tak tadi kan saya ada baca satu fakta di facebook. Dalam fakta tu kan dia tulis, berat lidah ikan paus sahaja yang masih kecil boleh mencapai 500 kilogram. Saya yang baca pun terkejut.Tapi fakta tu lupa tulis, yang walaupun berat lidah anak ikan paus boleh mencecah 500 kg, tidak sebanding beratnya rindu saya pada kamu. " Hamizah yang membaca mesej itu dalam hati pun lansung tersenyum dan ketawa sorang sorang. “Sayang, Kamu ni banyak akal lah. Pandai dah sekarang ni. " balas Hamizah.Selepas menghantar mesej, Hamizah pun memejamkan mata sambil memutar kembali kata kata dari lelaki yang disukainya itu. Dia pun ketawa mengingati kata kata orang yang disukainya itu.


Tiba tiba dari dapur terdengar suara ibunya memanggil, “ Abang, Anakku sayang, Makanan dah siap, Hamizah tolong mummy hidangkan di atas meja". Hamizah yang baru hendak melelapkan mata, bangun dan bergerak keluar dari biliknya. “ Iya mummy" sambil berjalan menuju ke dapur. “Baru nak tidur "Gumam Hamizah dalam Hatinya.Setibanya di dapur, Ibunya bertanya kepadanya“ Nampak ayah kau tak?".“Tak nampak pun, Tadi bukan ada ke kupas kulit kelapa".“Itu la tu, dia dah kupas kelapa tu, sekarang pergi ke mana pulak tak tahu". “Pergi ke kebun pulak kot. Jap Mija kol".

__ADS_1


Dari kejauhan terdengar bunyi samar samar motosikal ayahnya“ mummy ayah dah balik".“Mija tolong ambil air ni, Mummy dah siapkan.Talam tu ambil dekat rak almari bawah. Jangan ambil yang diatas, itu untuk hari raya. Mummy nak pergi tandas jap". “Iya Mummy". Hamizah pun berjalan mengambil talam dan air yang sudah disiapkan oleh ibunya. Sambil menuangkan air ke dalam gelas, ia berfikir “apa salahnya pakai talam baru tu, setiap tahun beli. Pakai sekali ja. herm.... ". Dari depan terdengar suara pintu dibuka.“Mummy mana, Dah lapar ni"


sapa ayahnya.“Mummy ke tandas jap".“Herm... bau sedap ni, "Sambil menguatkan sedikit suara“ Pandai isteri abang masak".


mummynya yang baru sahaja sudah ke tandas menatap suaminya itu dengan tatapan menjengkelkan.“ Bab membodek serah dekat abang".“ sudah, jom makan, Mija baca doa makan"

__ADS_1


Kenangan itu pun dikejutkan oleh panggilan ayahnya dari luar bilik. “Mija, mari makan dulu isi perut , solat, nanti kalau nak tidur pun tak apa" “Baik ayah" balas Mija sambil bangun duduk.“Kalau lah aku boleh ulang balik waktu tu, Herm.... " dia pun keluar dari bilik dan menuju ke meja makan.


__ADS_2