Awak,Saya, Kita?

Awak,Saya, Kita?
Beruntung?


__ADS_3

Seminggu telah berlalu sejak kematian Atuknya. Keadaan berjalan seperti biasa. Hanya dalam waktu seminggu, Semuanya sudah berjalan seperti biasa. Hadi pun bertolak pergi di pagi hari ke IPT nya. Setibanya dia di tempat parkir kenderaan. Dia melihat perempuan yang menumpahkan Air ke bajunya. Dia melihat dari kejauhan. Motor perempuan itu di parkir tidak berjauhan dari tempatnya memarkir motor. Muncul satu idea dari benaknya untuk berkomunikasi dengan perampuan itu. Dia pun mencari cari nombor angah. “ Ha.. Jumpa pun”


dia pun menghubungi angah.. Seketika kemudian, panggilan diangkat “ Yo bro”. Sapa angah setelah lama Hadi tidak berkomunikasi dengannya. “ Angah kau ada kat IPT ke? ” tanya Hadi. “ Iya kenapa?, kau tak masuk lagi ke?.. Aku dah dengar cerita atuk kau tu... bertabahlah la wahai kawan. Itu ja mampu aku sebut”.. Angah mengucapkan takziah diatas apa yang berlaku terhadap rakannya itu. “ Ouh, thank you bro, Ni aku nak mintak tolong sikit ni. Kau kenal Fira kan, budak kelas kau?". Hadi lansung tidak berbahasa basi. “ Fira... Fira.. Ouh aku kenal. kenapa dengan dia?” Tanya angah hairan. “ Tolong aku jap, Kau jumpa dia mintak nombor kawan dia tu. Kau cakap macam ni... Kawan kau dah bagi nombor dia kat Hadi, Tapi dia lupa. Jadi Hadi mintak nombor dekat kau.. Jangan lupa tanya kawan dia tu habis kelas pukul berapa sekali. Boleh tak? ” Angah yang mendengar sedikit hairan tapi hanya mampu meng iyakan sahaja. “ Orait”

__ADS_1


“ Kau jangan tanya waktu kawan dia tu ada pulak! " tegas Hadi memperingati angah. “ Iya,ya,ya,ya” Balas angah lansung mencari Fira atau adik. Angah yang mencari cari adik akhirnya terjumpa adik sedang duduk seorang diri di cafe menunggu kawannya itu. Dia pun dengan pantas melakukan tugasan yang diberikan oleh Hadi. Tanpa segan silu dia lansung duduk semeja dengan adik. “ Fira ” sapa Angah kepada adik. Adik yang sedikit terkejut pun hanya memandang angah pelik. Walaupun mereka satu kelas. Tetapi mereka tidak pernah bertegur sapa. Adik menjadi hairan kenapa dengan tiba tiba Angah datang menyapanya. “ ya, ya, Ada apa cari aku ni". “Tadi kawan aku suruh jumpa kau mintak nombor kawan kau tu, lepas tu dia tanya jugak kawan kau tu habis kelas pukul berapa?" Adik yang mendengar pertanyaan itu lansung boleh meneka siapa gerangan lelaki itu. “ Alah, Kan aku dah cakap, Kalau nak nombor dia kena mintak dekat dia, Kalau aku bagi tanpa kebenaran dia. Mati aku kena sembelih nanti” Balas adik memberitahu angah. “ Kawan aku cakap dia dah bagi dah haritu, Cuma dia tak ingat nombor?” Adik yang mendengar diam seketika. “ Betul ni dia dah bagi" Sambil menghembus nafas “ yelah, yelah Ni nombor dia” catat elok elok. Nanti cari aku lagi pulak. Balas adik sedikit marah. “ Dia habis kelas tengah hari ni, petang dah tak ada kelas” Beritahu adik kepada Angah.


Tiba tiba Kawanya itu menghantar mesej kepada adik. Adik membuka mesej itu dan melihat gambarnya dengan angah di cafe itu. “ alamak, Dia nampak kita la kat sini ”. Angah pun cuba berlagak tenang dengan memberitahu adik“ Rileks ja, dia tak kenal aku. thank you tolong aku. Aku gerak dulu ” sambil berjalan pergi meninggalkan adik. Angah yang telah mendapatkan info dan nombor seperti yang dipinta oleh rakannya itu pun lansung menghubungi Hadi dan memberi tahukan apa info yang telah didapatkannya. “ Thank you bro, Jasamu tetap kukenang, Boboiboy” Balas Hadi berseloka. “ Baik, Apa apa roger lah aku. Jumpa nanti” Panggilan itu pun ditutup. Hadi membuka beg yang digalasnya itu dan mengeluarkan sekeping kertas dan pen. Dia pun menuliskan sesuatu di atas kertas itu dan meletakkannya di dalam raga box motorsikal wanita itu. Hanya kerana ingin bertemu perempuan itu, Dia lansung ponteng kelas dan menunggu sehingga ke tengah hari. Dia menunggu sambil melihat jam ditangannya. “ Kenapa lama sangat ni ” dia pun mengelap peluh yang ada ditubuhnya itu. Dari kejauhan, Dia melihat sosok yang telah dinanti nantikannya. Dia pun bersembunyi di suatu tempat yang baginya agak tidak terlihat. Dia melihat wanita itu mengambil kertas yang di tulis olehnya. Dalam hatinya dia masih berdebar debar melihat reaksi wanita tersebut. Seperti bulan jatuh ke riba, perempuan itu pun bergerak semula menuju ke Cafe seperti yang dituliskan olehnya. Dia pun mengikuti perempuan itu dari belakang.

__ADS_1


Hadi pun pergi ke arah tempat makanan dihidangkan. Dia pun datang semula membawa dua gelas air Nescafe. Perempuan itu hanya terdiam. Dia yang sedari tadi melihat gelagat Hadi itu pun menyela“ Suka hati je oder..." dengan suara yang sedikit perlahan.Hadi pun cuba menjelaskan situasi agar perempuan itu tidak marah kepadanya. “ Saya nak tanya awak tadi, Tapi awak nampak macam nak marah je... Saya pergi la oder terus.... saya tengok air ni paling menarik..Kalau awak tak suka sory la... saya tak tahu selera awak". Balas Hadi agar perempuan itu tidak menganggap dirinya suka mengatur .“ Saya tak cakap pun saya tak suka".Balas perempuan itu sedikit mencebik mukanya. Dia pun meminum sedikit air itu. “Ni nombor saya " sambil menghulurkan secarik kertas. Hadi memberikan secarik kertas berisikan nombornya kepada perempuan itu. “sapa yang mintak". Balas perempuan itu seperti tidak mahu mengambil kertas itu. “ Awak memang tak mintak, sebab tu saya bagi dekat awak. Kalau mood awak dah okay nanti Kol lah saya" balas Hadi sambil bangun dan bergerak pergi dari situ". Dia meninggalkan perempuan itu sendirian di cafe. Hadi merasakan seolah olah perempuan tadi sangat tidak menyukai dirinya. Dia pun berjalan pergi dengan harapan yang pudar. “ Kalau orang dah tak suka nak buat macam mana, Redho je lah” bisik hati kecil Hadi. “ Tak pe lah, Mungkin aku ni suka menyibuk sangat, Tu yang dia tak suka tu” Bisik hati kecilnya lagi. Dia pun pergi dari situ“ Lupakanlah dia, Dah tak ade peluang untuk kau Hadi” Bisik hati Hadi. Dia pun lansung menuju ke tempat parkir motosikal nya dan bergerak pergi dari situ.


Bersambung.....

__ADS_1


__ADS_2